Wednesday, September 30, 2020

Resepi Siakap Stim Limau Paling Sedap

Assalamualaikum.



 

Tudiaa sedapnya Siakap steam limau.
Actually dulu kan tak pernah suka masa steam ni. Sebabnya tak suka ikan yang lembik2.
Rasa tak masak. Rasa geli 😂
Menyebabkan aku tak pernah rasa nak makan ikan patin jugak.
Walaupon orang dok terbayang2 lah teringin lah mengidam lah. Haha

Maybe 10 tahun lagi. Siapa tahu kan.
Sebab nya kalau nak diikotkan sejak 10 tahun kebelakangan ni preference aku terhadap makanan dah berubah sikit2.
Contohnya macam ni lah dah start makan ikan steam, dah makan ulam2 mentah. Dulu tak suka makan ulam kecuali ulam yang dah dicelur.
Dah tetibe suka makan Nandos! Walaupon dulu beria kata Nandos tak sedap Kahkahkah.

Ya manusia berubah. Or citarasa berubah sebab dah berumur?

Sebab ada kajian mengatakan bahawasanya taste kite akan berubah like 10 tahun ke 20 tahun macam tu.

Ok cut it short, sejak2 dah makan ikan siakap stim ni kan aku rasa resepi Hanis Zalikha pernah upload kat Ig Story dia ni sangat lah sedap!
Like everytime orang nak datang rumah mesti aku masakkan lauk ni and semua orang suka dan cakap sedap gila siap mintak resepi siap ratah habes ikan. *Mak terharu lap air mata* bahahaha.

Mintak halal ye Hamis Jalikha. Korang boleh tengok dekat Highlight Ig story dia jugak.
Aku nak save dalam blog supaya senang nak jadi rujukan masa depan cewah.

So bahan-bahannya adalah:

1. Seekor ikan tak kisah la ikan apa. Siakap atau kerapu. Aku suka siakap tapi Akram suka kerapu.
2. Satu cawan air panas + satu kiub pati ayam
3. Sos tiram - 1 sudu besar
4. Sos ikan - 1 sudu besar
5. Gula perang - 4 sudu besar
6. Batang ketumbar - Hiris 
7. Limau nipis - 1 biji besar diperah untuk dapatkan air dia
8. Limau nipis - 1 biji (hiris untuk hiasan)
9. Cili padi - 3 batang hiris (ikot kepedasan masing2)
10. Bawang putih - 5 biji tumbuk halus
11. Bawang putih - 5 biji cincang halus untuk digoreng kemudian
12. Bawang putih - 5 biji (hiris) untuk sumbat ikan
13. Serai - 4 batang (ketuk) untuk sumbat ikan
14. Daun ketumbar - hiris untuk sumbat ikan



Cara-caranya.

1. Ikan tadi korang cuci bersih2 kalau nak buang hanyir dia boleh scrub dengan limau nipis. Lepas tu kelar kelarkan, letak dalam bekas untuk steam dan sumbat dengan bawang putih, serai & daun ketumbar. Sumbat celah2 bedah ikan tadi. Bawang putih boleh letak celah kelar2 ikan jugak.



2. Pastu bancuhkan satu cawan air panas tadi dengan kiub pati ikan tu. Biasa aku guna jenama knor. Masukkan sos tiram, sos ikan, gula perang, batang ketumbar, limau nipis yang dah diperah, cili api dan bawang putih yang dah ditumbuk. Kacau2 sampai sebati.



*Tips perah limau nipis dengan senang adalah dengan ketuk limau tadi guna anak lesung ketuk ketuk ketuk InshaAllah bila nak perah nanti dia lembut dan air senang keluar*

3. Dan curahkan atas ikan tadi sorrrrrrrrrrrrr [sound effect] Jangan lupa baca bismillah dan berdoa semoga masakan kite sedap. Hihi.



4. Dan steam lah ikan kite dalam 10-15 minit macam tu.


Takde pengukus takpe. Guna je periuk besar. Pastu guna aluminium foil tu omg so convenient hahaha. Tapi aku punya tu dah habes pulak. Boleh la lepas membalut ikan.

5. Di satu kuali yang lain, panaskan minyak sikit, tumis bawang putih yang dah cincang halus tu. Tumis agak2 perang tapi jangan sampai hangus sebab kite nak buat minyak bawang putih untuk siram atas ikan tadi lepas masak.



6. Bila ikan dah masak, keluarkan, hias dengan hirisan limau nipis dan siramkan dengan minyak bawang putih tadi. Pastu nak tabur daun ketumbar lagi pon boleh. 



Ya I just love daun ketumbar I dont even get it why orang cakap dia berbau busuk kesian daun ketumbar disamakan dengan kumbang.

Siap!

Limau nipis jangan steam sekali ya sebab nanti ikan ko akan jadi pahit.



Love,
Wana


Monday, September 28, 2020

Rezeki stay CyberView Resort & Spa, Cyberjaya

Assalamualaikum

Disebabkan minggu lepas rasa terlalu stress yang aku pon tak paham kenapa aku stress 😅 Nak kata banyak keje tak jugak, nak kata anak2 buat perangai sangat pon tak jugak. Entah lah. Haha! Masalah dalaman seorang wanita yang complicated [maybe] 😂 So hari Rabu aku terus book hotel.

Kalau korang nak tau, perkara pertama aku nak buat lepas habes MCO tiga bulan dulu, aku nak rehatkan badan dekat hotel! Sebab aku rasa penat jaga anak kat rumah hahaha! Padahal masa MCO tu kat kampung ramai orang. And aku bukan buat keje rumah pon kahkahkah. Tah apa penatnya tak tau lah 😜 Penat mental kot 😂

Tapi tulah. Aku tak pernah check in hotel sendiri. Akram pulak belom ada tanda2 nak balik Malaysia. Aku dah banyak kali cakap aku malas nak check in hotel sendiri dengan anak2. Sebabnya:

1. Everytime pergi hotel Akram akan park kereta kat lobby hotel pastu dia check in dulu pastu baru carik parking and naik bilik sama2.

2. Kalau lobbby takde parking kosong, dia akan drop aku kat lobby dulu dengan bebudak dan beg2 pastu dia carik parking and kitorang pergi check in.

3. Kalau mandi pool biasanya Akram handle bebudak, aku tukang amik gambar and video je.

4. Kalau time breakfast pon biasa dia jaga bebudak sebab dorang semua ni bukan sejenis morning person. Aku je yang enjoy my morning breakfast and nak try semua makanan hahah.

5. Masa check out biasanya aku dengan bebudak tunggu kat kerusi and Akram pergi check out. Pastu Akram amik kereta dan pick up kitorang kat lobby.

So aku membayangkan kalau aku kene buat semua benda tu SENDIRI dengan dua anak yang meligat OMG 😭 Nak bawak beg sambil mata perhati anak sambil nak berjalan ke kereta hmmm.

Tapi tulah bila dah lama tak bawak bebudak staycation dorang pon pandai dah nak stress2 😑

Takpelah kite try.

Mula2 tu aku try book Dash-Box Hotel, Cyberjaya sebab pool dia lawa.

Masa tu aku bukak official website semua bilik dah fully book. Try guna booking.com pon full. Tapi bila bukak Agoda eh ada bilik kosong. Maybe slot untuk Agoda still ada yang available. Tapi tinggal bilik yang kecik je lah. Takpelah aku tiga orang je pon. Yang penting nak bawak bebudak happy mandi pool dia sebab ada slide2 tu.



Kecik je bilik ni.
Konsep dia ko tido dalam cabin.
Masa tu aku dapat harga RM173/night with breakfast.
Bila aku check2 actually harga dia takde la mahal sangat. RM173 tu aku boleh dapat bilik yang lagi besar.
Tapi maybe sebab dah last minute booking pastu permintaan tinggi so dorang caj kaw2 lah. Weekend pulak tu kan. Combo!
Sama macam tiket flight lah konsepnya. Last minit baru ko nak hegeh2 booking bayor la ko harga mahal.

Tup2 hari Khamis Agoda hantar email cakap Dash-Box ni fully book.
So dia tanya sama ada nak fully refund dan dapat cashback dalam akaun agoda kot or nak stay hotel yang dia pilih. Dia bagi pilihan stay dekat Cyberview Resort & Spa. Dapat bilik Deluxe Chalet.

Aku pon ushar2 lah hotel tu. Not bad jugak. Memula dulu memang ada ushar jugak hotel ni tapi sebab Dash-Box hotel punya pool lagi fun untuk bebudak tu yang aku book Dash-Box.
Tapi sebab aku tak payah tambah duit lagi untuk stay dekat Cyberview Resort ni so why not kite amik je kan. Rezeki jangan ditolak 😁 So aku reply lah Agoda yang aku cakap aku accept offer dia untuk stay Cyberview ni.




Sekali bila Agoda confirmkan booking aku, instead of dia bagi aku bilik Deluxe Chalet, dia bagi aku EXECUTIVE DELUXE CHALET!
Dengan harga RM173 weh!
Hahahaha! Tapi tak termasuk breakfast. Its ok. Still berbaloi.
Bila aku ushar2 hotel ni actually boleh dapat harga RM280/night kalau ko booking awal.
Tapi untuk date weekend haritu harga dia Rm400+ weh. Rezeki anak2 hehe. Mungkin jugak rezeki seorang isteri yang bersabar kahkahkah.

Kawan aku pernah tanya kenapalah sekarang asal weekend je semua tempat full.
Teori aku mengatakan bahawasanya orang2 kaya dalam Malaysia ni tak boleh nak pergi oversea.
So mana lagi dorang nak pergi?
Dorang pon cuti2 Malaysia lah. Betol tak?

So hari Sabtu tu pepagi lagi aku dah siap2 vacuum rumah, kemas bakul sekolah anak2, cuci baju cadar selimut tuala semua dan siram semua pepokoks. Supaya balik rumah nanti dalam keadaan tenang.
Sempat lagi buatkan breakfast dan masak lunch.
Pukul 2pm lebih gerak pergi hotel.
Dekat je pon dalam 20 minit dah sampai.




Tempat check in aka lobby. Resort ni besar tau naseb baik tak sesat. Agak bijak di situ hahaha.
Dan naseb baik jugak dapat parking dekat2 dengan lobby. Menapak sikit lah nak masuk dalam tu.





Alhamdulillah urusan check in smooth dan dipermudahkan. Takde drama kejar anak2 dan sebagainya 😜 Tak silap aku sepatotnya kene bayar deposit during check in tapi disebabkan PKP ni hotel tak amik apa2 deposit supaya masa check out nanti just pulangkan kad dekat luar lobby je pastu chow. Tak payah buang masa ramai2 menyempit kat lobi kan. Social distancing gittew. Haha.

So masa check in tu aku double confirmkan booking aku ada breakfast ke tak. Aku rasa memang takde. Sebab masa Agoda re-offer tu dia takde mention breakfast. So staff cakap takde breakfast tapi kalau nak add in boleh je bayar RM38/pax esok pagi tu dekat tempat buffet.

Lepas dah siap semua tu staff bagi maps and bagitau jalan nak ke chalet kitorang.
Kene drive pergi chalet sebab memang boleh parking betol2 depan chalet.
So let's go!

Kitorang dapat bilik tingkat atas


Ni pemandangan chalet dari bahagian belakang jalan nak pergi kolam renang. kanan sekali tu lah bilik kitorang.


Park depan chalet. Belakang tu semua hutan. Tapi dont worry hotel ni pasang pagar kawat duri haha.


Our room 😍
Aku rasa ni bilik paling besar pernah aku duduk selama aku duduk hotel ni. Seingat aku lah. Yelah selama ni kalau book hotel untuk 4 orang je kan confirm lah amik bilik yang sedang aje. Ni rezeki lah merasa bilik besor walaupon bertiga je hahaha.



Semua ok. Ada bilik untuk shower jugak


First time jumpa hotel yang sediakan DVD player siap speaker untuk sound system lagi. Haha

Lain2 macam biasa lah ada iron [tapi aku tak jumpa iron board. malas nak tanya so aku iron baju guna sejadah je atas meja]
Tuala, bantal 4 biji, selipar, berus gigi, sabun2, peti ais kecik, hair dryer, sejadah, aircond sejuk, tv pon clear.

Oh haritu ada orang tanya apa yang tak best pasal hotel ni. Aku cakap entah la tak tau apa yang tak bestnya. Tapi ni baru teringat. Selain takde iron board [maybe kene request], dia takde penunjuk kiblat jugak. Aku ni dah la tak pernah ada apps menunjuk kiblat so dan2 tu jugak aku donlod apps. Haha!
So tu je lah kot pasal hotel ni.



Bahagian beranda luar.



Pemandangan dari beranda. Chalet depan ni punya beranda terus menghadap pool.

Izinkan mak lalu. Dah macam detective dah aku tengok baju ni 😂

Pastu macam biasalah bebudak dah berzikir nak mandi kolam.
Ok kite siap2.
Sebelum tu tengok maps dulu kolam kat mana. Kang sesat kang naya je.


Ok kolam kat sini ada 3 peringkat. Yang ni paling atas sekali. Jenis landai means depan tu cetek pastu makin ke dalam tapi tak berapa dalam pon. Memang untuk budak2.




Bawah kolam tadi ada kolam ni. Ni kolam untuk dewasa. Sama jugak konsep dia dari cetek ke dalam.


Ni kolam paling bawah. Pon untuk budak2. Tapi kotor sikit sebab banyak daun2.


Tapi this girl tak enjoy dengan pool. Apa kene tah. Padahal selama ni asyik mintak nak mandi pool. Aku syak sebab dah 8 bulan tak terjun pool dalam. Dia dah la gayat 😆 Masa dekat sama-sama hotel bulan 3 dulu siap boleh baring atas air lagi. Ni nak tinggal dalam air terus menjerit. Haha! Tapi selama ni dia mandi dengan ayah dia. Pastu buat alasan nak mandi dengan ayah. Mengada sangat kan. Bapak ko tahun depan agaknya baru boleh balik.


Naseb baik lah si kakak memang enjoy sangat dengan staycation kali ni. Walaupon takde orang layan dia sebab adik dia tanak masuk pool tapi kakak relax je berenang2 sorang2 ke hulu ke hilir siap pakej terjun pool lagi 😂



Pastu kakak baik hati mengalah dan mandi kat kolam atas sekali. Baru lah si bulat ni nak mandi sendiri

Sabtu petang ni tak ramai sangat orang mandi pool so bebudak ni enjoy sangat mandi manda sampai kecut.
Dalam pukul 4.30pm macam tu kitorang naik bilik.
Lepas bilas badan bebudak terus tido. Penat sangat gayanya tu.




Lepas maghrib bawak bebudak dinner dekat Dpulze Mall.
Lama gila tak masuk mall ni. Tak silap aku last aku masuk masa si kakak umur setahun kot.
So dah 3 tahun tak datang. Bila masuk fuhh bestnya macam2 ada.
Tapi punyalah ramai umat manusia sampai kene que nak masuk parking. Naseb baik tak sampai 5 minit dah dapat parking.

Pastu jumpa 4fingers so decide nak makan sini.
Tapi lambat ya ampun 40 minit menunggu. Dah la bebudak dah lapar. Naseb baik masih behave.
Maybe yang order food panda pon ramai so lambat la dorang prepare makanan. Sebab yang dalam kedai tu takde lah ramai sangat.

First time makan 4fingers ni.
Sedap jugak ayam dia tu.
Tapi aku rasa sedap lagi ayam kyochon. Aku rasa lah.

Plan pergi Dpulze ni sebenarnya nak pergi kedai Good2u sebab nak cari leggings bebudak. Tapi sebab menunggu ayam lambat sangat siap makan pon dah 9.30pm kedai pon dah kemas2.
Jadi lepas tu terus balik hotel.
Otw balik tu Ameera Naqeesya nampak lampu2 tepi jalan banyak warna. Dia cakap 'ma cantiknya lampu kat hotel ni'
Padahal lampu jalan. Nampak sangat dah lama tak keluar berjalan malam since ayah dia tak balik Malaysia. Haha.

Btw hotel ni sediakan transport untuk pergi alamanda & Dpulze tapi ada dua masa je lah.
gerak pagi tak ingat pukul berapa. Kalau petang 3pm.
Pastu pick up pukul 3.30pm & 8.30pm.


Tido awal. Mak layan drama sambil online. Dah macam kembar dah bila tengok. Bukan sekali orang tegur kembar ke bila duduk sebelah2. Sebab beza setahun je kan. Tapi bila berdiri nampak beza sebab kakak tinggi. Mina rendah sikit.



Esok paginya tu bebudak bangun pukul 9am.
Naseb baik lah tak bayar siap2 untuk breakfast. Kalau tak rugi je.
Haish tak dapat mak nak ushar2 buffet breakfast dia.
Takpelah next time Akram balik nak ajak dia check in lagi sini sebab memang best sangat tempat ni.
Yelah resort kan so ko boleh bayangkan tempat dia super besar dan banyak bangunan.

Bila aku tengok maps ada kolam ikan, playground bebudak, pastu ada bangunan lain yang aku tak pasti untuk apa sebab dia letak nama je.
Kot next time check in boleh la explore naik buggy dia pusing2 dalam resort. Hehe.







So pagi tu just habeskan masa untuk mandi pool je.
Pagi dah start ramai orang. Agaknya semalam tu ramai yang check in lambat kot.
Lagi pon semalam ada renyai2.

Layan bebudak sampai 10.45am pastu terus siap2 naik hotel untuk check out.

Check out pukul 12pm. Alhamdulillah urusan check out pon senang. Bebudak pon dengar cakap.


Next time kite try check in Dash-Box Cyberjaya pulak ye.

Terus ke Dpulze nak beli leggings kat kedai semalam.
Masa ni tak tau nak lunch kat mana. Bebudak request nak beli Roti bakar unicorn, alah roti bakar cheese yag warna warni boleh tarik2 macam rainbow tu.
Aku panggil roti kayangan sebab harga dia RM12.90 😂
Dah la dorang request nak sorang satu sabo je lah.

Dah siap tu bebudak nampak molly fantasy pulak. Dah kene pow dua jam dalam tu.
Pukul 3.45pm singgah Elews Mart saje lah nak ushar2 sebab dah alang2 sampai area sana.
Tak tau nak cakap murah ke tak mart dia tu sebab aku jenis tak hafal harga hahah.
Beli lah sikit barang beras, telur, vitagen, coklat.
Ingat nak beli barang lebih letak kat depan mart dia tu untuk sedekah tapi tempat tu pon penuh. Huhu.



Dah siap2 tu baru nak carik kedai makan.
Masa tu dah 4.30pm. Naseb baik la bebudak tak meragam.
Yelah seharian belom tido.
Tapi satu je lah aku puji anak aku ni [cewah] dorang jarang menangis kalau nak tido. Kalau tengah tido dalam kereta pon bila kejut dorang tak menangis. Jadi memang senang nak dibawa berjalan.

Makan cepat2 pastu terus balik.
Dalam kereta baru dorang tido.

Sampai rumah pukul 5.15pm terus segar balik masing2. Haha!
Naseb baik lah aku dah siap2 kemas rumah before pergi hotel takde lah banyak sangat benda nak buat. Just basuh baju kotor je.

Penat memang penat tapi kalau nak dilayankan penat memang terperuk je lah aku kat rumah tu.
nanti aku jugak yang merempan stress 😂

Aku syak sementara menunggu Akram balik Malaysia ni ada habes jugak aku round hotel2 dekat rumah aku ni. Selama ni dok tido hotel jauh2 rupanya hotel dekat2 pon nice je.
Nanti adik aku dari Johor nak datang dah plan nak try tido Avani.
Pastu maybe kite boleh ushar area Putrajaya pulak 😆
Berbulu je Akram hahaha.



Love,
Wana.

Wednesday, September 23, 2020

Hari yang mendung

Assalamualaikum.

Entah la kenapa semalam seharian hari tak menjadi.
Jarang2 hari aku  kelaut. Biasanya kalau kat rumah awal pagi dah kelaut, bila sampai office ok dah.
Tapi semalam satu hari rasa moody, stress. Nak kata dah nak period lama lagi.
Tak tau lah apa yang triggered.

Semalam bangun2 tido je Aminah nangis. Dia memang suka nangis tapi biasanya kalau aku malas nak layan, malas nak bukakkan baju dia nanti dia melalak lah.
Semalam bangun2 je terus nangis. Geram dah.

Pastu masa aku tengah siap2 boleh pulak dorang bergaduh. Sebab berebut susu je pon!
Aku tau semua mak2 alami fasa ni. Anak umur 3-5 tahun pagi2 dok melalak, bergaduh, meraung, berebut barang.
Bezanya Akram takde kat sini untuk tolong 😭 
Aku yang setiap hari berazam tanak marah pepagi gagal jugak. 

Otw pergi office supervisor call.
Dia cakap pukul 10 pagi ada inspection dengan consultant. Ok lah aku pergi.
Yang aku bengangnya tu tempat yang aku nak inspect tu kunci. Kunci tu ada dua. Satu supervisor aku pegang. Satu lagi kunci Main Cont pegang.
Nak dijadikan cerita kunci yang supervisor aku pegang tu dah hilang dua minggu dah. Aku tau benda tu.
So aku ingat pagi tu nak pergi inspection supervisor aku ni dah pergi mintak kunci dengan main cont dah la. Sekali belom!
Aku sampai baru kelam kabut. Pergi office main cont semua orang takde nak amik kunci! Eii geram betol aku.

Call2 supervisor banyak kali tak berangkat.
Alasan dia pagi2 kelam kabut. Aku tak terima lah alasan takde masa kalau sempat nak breakfast bagai pepagi.
Pelik aku dengan semua orang. Aku sampai site memang pukul 9am tapi aku takde nak pergi breakfast bagai. Kadang lunch pon aku lunch dalam office je.
Orang lain kadang aku sampai pukul 9am tu baru balik breakfast. Sama je kan? 😑
Pastu minum pagi lain pulak pukul 10am.
Lunch lain. Minum petang pukul 4pm lain. Sekali minum dah setengah jam.

Last2 aku pergi inspection tempat lain dulu. Dah tu call2 supervisor nak tanya barang tak angkat2 haihhh terus moody aku seharian.

Pukul 5pm sharp aku terus balik.
Daripada site aku tu nak balik Sepang kene lalu Mex Highway.
Semalam before masuk Mex dah jem teruk dekat jalan nak ke aras Plus Highway. Biasa tak jem macam tu. Aku syak sebab before tu hujan lebat gila. Masa aku balik site aku dah stop hujan. Tapi maybe tempat lain still hujan.
Masuk Mex dah dekat nak sampai tol putrajaya tu jem gila tak gerak!
Mex ni jarangggggggggg jem masa balik. Ni kalau dah hujan + jem memang confirm ada eksiden. Dekat 40 minit sangkut kat situ.
Bila lalu situ nampak macam serpihan2 kaca atas jalan tapi takde nampak kereta yang eksiden. Staff Mex tutup dua lane. So dari 3 lane jadi 1 lane memang confirm lah jem tak bergerak. Yang best tu takde staff nak tolong jaga jalan, suruh la guna laluan emergency ke apa ke.

Aku sampai taska bebudak 7.07pm. Masa tu hujan renyai2. Tengok jalan basah. Air sungai dah naik. Confirm hujan lebat gila tadi.
Naseb baik pukul 5pm aku dah order makanan siap2. Tinggal nak pick up je kat truck dekat2 area rumah2 tu.

Lepas maghrib, habes je solat masa tengah doa aku ternangis 😭
Masa tu dengar Aminah dok cakap dengan kakak dia 'Kak, kenapa mama nangis?'
Banyak kali dia tanya kakak dia. Kakak dia just jawab tak tau je.

Masa nak tido tu, lepas baca doa si kakak tanya 'kenapa mama nangis lepas solat maghrib tadi?'
Aku memang tak boleh orang tanya2 aku kenapa bila aku down. Terus merembes air mata aku.
Aku cakap aku penat. Ayah takde. Atok nenek takde nak tolong. Mama kene buat semua.

Aku cakap dengan dorang tolong lah dengar cakap mama ni.
Bangun pagi jangan nangis, terus bukak baju, mandi. Lepas mandi sidai tuala, sikat rambut, kemas susu nak bawak pergi sekolah. Terus buat tak payah nak suruh2 dah.
Lepas main kemas mainan. Jangan bergaduh. Jangan menangis. Mama rasa mendidih darah bila dengar anak2 menangis. Kadang2 mama bukan nak marah, tapi mama penat.
Pergi keje jalan jem, balik keje jalan jem.
Mama pergi keje cari duit. Kakak dengan Mina nak apa semua mama bagi. Nak coklat mama beli, nak pergi kedai mama bawak, nak apa semua mama beli.
Dulu masa mama kecik2 atok nenek takde duit. Mama tak pernah dapat apa2. Atok nenek tak pernah bawak jalan2 apatah lagi tido hotel.
Kakak dengan Mina selalu mama bawak jalan2, beli basikal, tido hotel, naik kapal terbang.
Mama mintak satu je, dengar cakap mama ni.

Aku luah semua macamkan dorang paham je. Hahah!
Masa ni si kakak dah menangis. Kakak ni dia memang cepat touching sikit.
Terus dia bangun keluar bilik amikkan tuala adik dia 😂 Sebab adik dia ni memang sindrom second born betol. Buat tak tau je manjang. Haihhh.
Padahal masa tu dah lights off dah.
Biasanya before tido aku suruh dorang letak tuala sesiap dalam bilik. Senang nak mandi. Pastu amik baju sesiap jugak kat bilik sebelah letak sekali kat bilik tido.
Nanti pagi tak payah terhegeh2 nak cari baju. Sekarang semua nak berteman nak suruh mama buat 😪
Kecik2 dulu elok pulak semua nak buat sendiri.

Yang si Mina tengok kakak nangis dia pon nangis. Masalahnya dia pulak yang beria menangis 😑
Macamkan paham aje. Dok cakap faham faham janji tanak nangis dah.

Tapi pagi ni nahhhhhhhhhhh semua lupa balik. Pepagi dah menangis bergaduh dua beradik.

Inilah kehidupan 😇

To all the people who haven't felk OK lately but still get up every single day & refuse to QUIT - you're AWESOME!

Stay Strong.

Oh btw harini aku terus booking hotel untuk weekend ni hahaha! Plannya nak check in hotel bulan 11 nanti masa adik aku datang. Tapi aku rasa dah stress sangat dah. Takpelah takde laki pon. Kite gigihkan diri lah check in sendiri dengan anak2. Semoga Allah permudahkan. Aamiin.



Love,
Wana.

Tuesday, September 22, 2020

Dinner di Hilltop Cuisine Kota Warisan

Assalamualaikum.

Kisahnya sabtu lepas adik aku satu family dari Perlis datang rumah.

Sebab Ahad tu dia ada kenduri kawen kat Seremban. Rumah aku ke Seremban setengah jam je. So tido rumah aku Sabtu malam tu. Aku tanya dia pukul berapa sampai. Dia cakap dalam 4/5 petang sampai. Ok ngam! Terus aku plan nak bawak dinner dekat Hilltop Cuisine Kota Warisan ni.



Aku tau restoran ni sebab ada dua orang kawan pernah makan sini. Tengok2 review semua ok. So ok lah nak try. Tak pernah tau kewujudan tempat ni walaupon 15 minit je dari rumah hahaha.

So lepas maghrib dalam 7.30 malam kitorang gerak dari rumah.

Sampai2 je fuhhhh penuh! Parking dia banyak. So jangan risau pasal parking. Cumanya tempat dia kan berbukit so kalau ko lambat ko kene parking bawah bukit. Maka menapak lah ko naik atas 😂

Kitorang dapat parking tengah2. Ok lah menapak sikit je. Tapi still semput 😁




Sampai atas je nampak orang tengah beratur. Pastu nampak signboard 'Maaf penuh'
Aku ingat dah tak boleh masuk dah. Sekali tanya orang depan dia cakap boleh je cuma kene beratur lah. Nanti staff dia uruskan meja.
Aku syak ramai datang dari petang sampai ke maghrib. Tu yang dah ramai tu. Sebab kedai ni bukak dari 4pm.
Sementara nak menunggu tu aku bawak bebudak amik gambar dulu.



Cantik kan? 😍 Boleh nampak belakang tu area Sepang. Pastu boleh nampak jugak kapal terbang lalu.
Beratur dalam 10 minit macam tu baru dapat meja. 








Bagi aku harga dia ok lah. Standard Secret Recipe macam tu. Nanti tulis menu yang nak order tu lepas tu pass kat staff dia.



Kitorang dapat meja paling tepi. Payah benor nak panggil staff dia. Last2 aku bangun sendiri pergi kat staff untuk pass kan kertas menu tu.

Pastu tengok gaya macam lambat lagi je makanan sampai sebab aku ushar meja depan aku tak dapat lagi makanan so aku bawak bebudak pusing2 area situ.

Tempat makan ada indoor and outdoor. Outdoor pon ada dua tempat. Satu dalam bangunan dekat dengan cashier. Lagi satu outdoor tapi berbumbung. Lagi satu tempat yang aku duduk ni la open space.







Masa nak duduk kat buai ni ada sorang budak ni duduk dekat sini. Kat buai ni ada meja. Bila bebudak ni nak duduk budak tu (umur dalam 9-10 tahun macam tu) cakap tak boleh sebab ada orang.
So aku tanya lah meja ni tempat makan ke?
Dia cakap tak.
Aku tanya lagi nak makan ke kat meja ni?
Dia cakap tak.

Jadi maknanya apa?
Ko nak cop2 main buai pulak kan. Ewahhh memang tak lah 😂
Aku terus suruh bebudak ni duduk je.

Pastu tak lama tu ada dua orang dewasa dengan sorang budak datang.
Tapi dorang guna dua buai je pon. Ada 4 buai semua sekali. Satu buai kosong jugak. Kecoh lah hahaha.



Ni dalam pukul 8 lebih orang dah start ramai beratur.


Aku punya Premium Australia Rib Eye.

Aku bukan lah pencinta Steak. Tapi nak order pasta bebudak dah makan pasta. Nak order ayam boring pulak. So try lah  makan steak. Not bad lah rasa dia. Bebudak cakap liat tapi untuk dewasa makan takde lah liat pon. Kalau tanak liat langsung kene makan wagyu 😆


Adik aku punya Grilled lamb leg


Bebudak punya Spicy Carbonara With Soft Shell Crab

Pasta ni sedapppppppppppppppp. Tak pedas sangat pon. Tapi kalau bebudak tak tahan pedas still boleh rasa pedas dia tu. Anak2 aku memang dah makan pedas so takde hal. Sedap sebab dia goreng tu letak daun kari so rasa wangi dia tu.


Adik ipar punya Chicken Parmigiana


Anak sedara namanya Orked Zahra. Tapi baru 7 bulan so boleh tengok je. Hehe.


Adik ipar aku memang orang Perlis. So adik aku apply transfer bahagian utara. Makanya dorang balik Johor pon setahun sekali or dua kali je.

Ni adik aku yang kat Johor nampak kitorang makan2 dia dah pesan awal2 nanti dia datang sini bawak dia pergi sini.
Alah setakat 15 minit dari rumah takde hal lah hahaha.
Tapi next time nak pergi dalam 6.15pm macam tu. Lepas maghrib balik lah 🙈
Tak pasti ada surau ke tak kat sana. Sebab aku biasa kalau nak keluar makan kene bajet2 dapat solat kat rumah. Senang.



Love,
Wana.