Ya Allah rasa lega sangat bila dah habes uruskan pasal borang2 nikah yang memeningkan kepala ni.
Lagi tiga minggu nak nikah baru submit borang. Heheh.
Padehal masa awal2 lagi dah bertekad nak settlekan pasal borang ni awal2. At the end lambat jugak. Dasar manusia. Ekekeke.
Akram punya borang dah siap awal dah sebab aku yang paksa dia siapkan awal2.
Tapi aku yang lambat :P
Ayah aku lah lambat sangat amikkan surat akuan bujang tu. Dasar manusia lagi sekali sebab suka salahkan orang lain. Hahah!
Walaupon Akram orang Johor tapi dia daftar dekat Selangor sebab tanak kene interview. Siot betol. Orang Johor kan wajib kene interview. Akram keje kat Sepang tapi tinggal kat Nilai. Disebabkan dia malas nak daftar kat Negeri Sembilan dia guna alamat kawan dia yang duduk salak, selangor. Nilai dengan sepang kan sebelah2 je. So aku tanya Pejabat Agama tempat aku, kalau Akram dah daftar kat Selangor perlu tak dia kene daftar online untuk Johor pulak. So akak kaunter tu cakap tak perlu.
encr.johor.gov.my
Sebenarnya aku dah daftar online ENCR dari bulan 6 lagi. Awal 5 bulan. Gigih kan nak siapkan awal. Tapi memandangkan kat Johor ni boleh submit borang nikah and HIV test genap 3 bulan sebelum tarikh nikah so aku biar je lah pendaftaran tu.
Bulan lepas baru aku pergi Pejabat Agama Kota Tinggi sebab nak tanya pasal pendaftaran Akram tu. Alang2 dah pergi tu aku amik sekali borang HIV test dengan cara2 nak daftar daripada dorang.
Borang HIV test memang kene amik dekat Pejabat Agama ya.
Takde online2. Kalau borang lain semua online. Surat akuan bujang boleh dapatkan dari majikan yang beragama Islam sahaja. Kalau tak boleh mintak kat penghulu kampung.
So cerita pasal ENCR. Disebabkan aku dah daftar awal sangat aku pon konpius boleh guna lagi ke tak yang aku daftar tu. So aku call pejabat agama. Dorang cakap boleh je guna lagi. Cuma aktifkan dulu lah. So aku bagi nama dengan nombor IC, dorang akan aktifkan. Dahla tulis alamat Akram salah. Lepas tu pergi submit. Pandai sangat. Bila dah submit online tu tak boleh edit dah. Tapi takpa. Korang print je borang tu and tulis pakai tangan. No hal.
Mula2 korang kene daftar macam gambar atas tu. Lepas tu call je pejabat agama mintak dorang aktifkan akaun korang. Bila dah aktif boleh la sambung isi borang online tu macam maklumat wali, maklumat pasangan, maklumat diri dan lain2.
Lepas dah isi semua boleh la print.
Kat borang2 online tu semua dah tulis siap2 checklist untuk benda2 yang korang kene bawak masa nak submit borang tu.
Complete dah checklist ni. Tinggal ikot je. To be safe korang buat je semua borang tu
DUA SALINAN sebab ada sesetengah dokumen yang dorang mintak salinan.
Macam aku haritu borang yang online tu terlupa nak potostat. Naseb kat sana boleh potostat. Bayar sekeping 30 sen. heheh.
Dan rabu lepas aku pon selamat dah hantar borang2 tu semua.
Untuk orang2 Johor WAJIB ada interview okey.
Aku siap print lagi soalan2 yang selalu kene interview. Dah la dah lama tak pergi interview. Dia punya neves peh jangan cakap. Padahal soalan2 biasa je tapi dah nama interview tatap lah neves.
So lepas korang dah submit borang kat kaunter nanti akak kaunter bagi satu borang interview and suruh korang masuk jumpe ustaz yang nak interview kat bilik lain.
Masa aku pergi tu memang tak ramai sangat orang yang uruskan borang nikah ni. Lagi lah neves. Yelah takde orang kan. Takot ustaz tu boring nanti dia tanya banyak2. Haha!
Ini contoh borang temuduga untuk Negeri Johor.
Semua sekali ada 6 bahagian.
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Bacaan Al-Fatihah.
3. Bacaan Doa Qunut.
4. Munakahat.
5. Toharah.
6. Tanggungjawab suami/isteri
Mula2 tu macam biasa lah sesi perkenalan. Ustaz tu tanya orang mana. Tunang keje mana. Duduk mana. Dan lain2. Lepas tu baru sesi soal jawab. Dah la dalam bilik tu ada sorang lagi lelaki buat kerja kat meja sebelah. Malu iols. Hahah!
U untuk Ustaz. W untuk Wana.
U : Okey. Rukun Islam ada berapa?
W : Ada lima ustaz.
U : Cuba baca satu2
W : 1. Mengucap dua kalimah syahadah. 2. Solat lima waktu. 3. Berpuasa di bulan Ramadhan 4. Menunaikan zakat 5. Pergi haji bagi yang mampu.
U : Okey cuba Mengucap dua kalimah syahadah
W :
أشهد أن لا إله إلا ألله وأشهد أن محمدا رسول الله
U : Okey cuba baca selawat.
W :
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
Lepas tu aku tergelak sikit.
U : Eh awak jangan lah gelak.
W : Saya neves la ustaz. Lama tak interview. Haha!
U : Rukun solat ada banyakkan. 13 semua sekali. Salah satunya bacaan Al-Fatihah. Cuba baca.
W : Bismillah. *baca al-fatihah*
Lepas tu ustaz suruh baca doa qunut. Aku baca separuh je tiba2 ustaz tu cakap
"Okey dah. Ok la tu maknanya hafaz la tu"
Masa kene tanya rukun nikah aku macam blur giler. Haha!
Lepas tu ustaz tu cakap
"Eh macam mana nak kawen ni"
"Saya dah study tapi tiba2 lupa" Ekekeke selamba betol menjawab.
Rukun nikah :
1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan.
3. Akad
4. Wali
5. Dua orang saksi
U : Okey darah haid selalunya keluar dari hari keberapa sampai berapa?
W : Darah haid dikira dari hari pertama sampai ke 15 sahaja. Kalau lebih dari 15 hari dikira darah istihadah.
Lepas tu kene tanya pasal cara2 mandi wajib sikit dengan tanggungjawab isteri.
Make sure korang study la sikit. Google je contoh soalan interview kahwin. Dah banyak dah orang upload. Nanti takde lah blur sangat
(cewah kemain nasihat orang) :P
Last sekali ustaz tu bagi nasihat sikit lepas kawen. Kalau boleh rajin2 lah laki bini pergi ceramah agama kat masjid. Solat jangan tinggal walau apa cara sekalipon. Hhuhu.
Bila dah selesai interview, ustaz akan sign kat borang dan korang bagi borang tu kat kaunter.
Nanti kaunter akan bagi borang2 yang korang kene bagi kat Imam pulak sebelum tarikh nikah.
Aku tak tau tempat lain tapi haritu aku kene bayar RM22 tunai untuk proses. Haha! Lepas tu dah boleh kawen yeayyy!
Disebabkan aku memang kerja kat Johor, so bila2 masa aku boleh uruskan pasal borang ni.
Tapi untuk korang yang kerja luar Johor boleh je nak siapkan dalam satu hari.
But kene make sure supporting dokumen semua lengkap lah.
Kalau korang kerja luar Johor, make sure korang dah daftar siap2 permohonan online tu before korang balik johor. So bila nak balik Johor, print siap2 semua borang2 tu lepas tu pergi pejabat agama amik borang HIV, buat hiv test kat klinik kerajaan, make sure jugak surat pengesahan bujang pon dah sediakan awal2. Surat beranak korang, surat nikah parents, ic wali, ic korang, semua check list tu make sure lengkap. InsyaAllah cepat je siap.
Haritu aku pergi submit borang dengan ayah aku sebab ayah aku telah mengkonpiuskan aku.
Dia cakap
"Eh ayah tak payah kene datang sekali ke?"
Lepas tu aku macam malas nak call pejabat agama tu. Ayah aku terus cakap
"Takpe lah ayah ikot je lah nanti senang kalau ada apa2"
Tapi sebenarnya wali tak payah ikot pon takpe.
Tapi masa Akram uruskan borang dia, kene bawa dua saksi borang dia sekali masa submit borang. So untuk lelaki aku tak pasti pulak.
So di kesempatan ni aku nak menjemput kawan2 blogger semua untuk datang ke majlis aku dan Akram pada 30 November 2014 di Kota Tinggi Johor. Belah lelaki kat Pontian, Johor (27 Disember 2014). Kalau nak kad boleh pm aku kat fb ya.
bye.