Tuesday, February 19, 2013

William Corner PJ : Edisi meng-kempis-kan Wallet Akram dan membuncitkan perot kami berdua.


Sebenarnya dah lama aku ajak Akram makan kat William Corner ni.
Tapi Akram tu kalau tempat dia tak familiar, harini ko cakap nanti bulan depan baru dia bawak.
Sangat femes sebab portion makanan dia yang super besar dan sangat berbaloi dengan harga dia.
Sama dengan Restoran Murni SS2.
Actually aku selalu makan kat Murni SS2. Ni kalau budak2 UM kompem tau dah.
Lepak mana?
Jom Murni ! HAHAHA!


Dan William dengan Murni ni sebenarnya adik-beradik.
Mula-mula dulu aku ingat Mamak, sebab pattern kedai yang open table kat kaki lima banyak2.
Rupanya owner dia Chinese.


Disebabkan jumaat malam lepas tak jadi tengok wayang, so Akram bawak aku makan kat sini.
Mula-mula ramai jugak kawan2 dia nak datang.
Last2 sorang je pon.
Itupon lambat sikit.
Kitorang dah habes makan baru dia sampai.



Sebelah kiri air aku. Ribena Longan. Sebelah kanan air Akram. Herb ape ke benda entah. Tapi dia campuran laici, serai, daun pudina kot.




Dua2 pon tamak order tanak kalah air besau. Dasar perot bela hantu raya. kahhkahh.




Ini lah dia air herba Akram. Tapi dont worry takde rasa herba langsung. Yang penting takde rasa serai. Serai pon boleh dibuat air eh? Sedapp!! Memang pemes air ni kat sini.



Kat sini takde buku menu ye anak2.
Menu2 semua dorang pakat tulis pakai kapur atas papan hitam je kat dalam ruang kedai.
Tapi dont worry. Ko tanya je kat budak yang amik order tu semua menu.
Dorang memang hafal.
Western, Nasi, Roti, bla bla bla.
Cuma takde ilustrasi je lah kan macam secret resepi. haha.




Kegembiraan yang harus dikongsi dengan korang. Hehehehe. Dulu kat Murni aku pernah try Roti Daging dia. Sedap ! So malam tu aku try Roti Hawaii daging dia. ada campur dengan hotdog sekali. Nak order nasi aku tau dah memang super banyak. Dan time tu aku tak berapa lapar sangat pon.




Ish susah kawan dengan orang tangan tak bedung ni. Wakakakakkaka!





Okey Akram order Nasi Goreng Softshell Crab. Orang tamak memang macam ni. Dah tau portion dia besar lagi mau order nasik. Last2 tak habes. Naseb baik duit dia bukan duit haku. Kalau aku yang bayar memang aku sumbat kat bontot dia. Wakakaka! Ok tak kelakar kan?





Takde niat pon nak amik gambar orang belakang tu. Tetibe dah siap amik gambar aku tunjuk kat Akram "Orang belakang buat muka comel pulak" HAHAHAHHAHA! Kekenyangan lettew. Tapi aku tengok meja dia, dia order spagheti carbonara share dengan gepren dia. Patot gepren dia kurus tak macam aku. Kihkih.



Dah nak abes makan kawan Akram, Umar pon sampai.
Kitorang pernah keluar sama masa operasi mencari Burger Bakar Kaw-Kaw dulu.
So aku memang kenal lah.
Lagi pon Akram selalu je cerita pasal kawan2 dia ni.


Umar order Chili Crab dengan Mantao Bun.
Tapi aku segan nak amik gambar.
So aku tunjuk gambar google eh.




sumber : http://hazmanfadzil.com


Besar gabak gile ketam dia.
Dorang dua je makan. Aku cuit2 sikit rasa.
Sebab memang perot aku dah keras gile kenyang.
Ape taknya minum air yang entah berapa liter tu. Ais pulak tu.


Tapi dorang cakap sedap.
Ketam dia manis.



sumber : http://hazmanfadzil.com



Yang roti ni aku makan.
Lembuttttttttttttttttt gileeeeeeeeeeeeeeeee.
Rasa macam nak jadikan bantal bawak tido je.
HAHAHAHHA!
Tapi roti dia takde lah portion besar. Comel2 lote je.


Tapi betul lembut gila.
Roti ni digoreng.
Dalam dia kosong.
Macam pau goreng tu.
Tapi ni lembut dan sedap.
Eh sedap lahhh.


Umar order air teh o ais dengan limau air je.
Hantu raya dia belum tahap macam kitorang lagik.
HAHHAA!



Aku tak sure lah makanan aku harga berapa tapi Umar punya Chili Crab tu harganya RM40.
Total harga = RM90.

Puas hati sebab Akram dengan Umar yang bayar. AHAHAHHAHA!
Balik terpaksa singgah petronas sebab terlampau banyak air masuk.
Tak tertahan-tahan nak mengeluarkannya.
Hhehehe.


Sila jangan tanya aku camne nak datang sini.
Aku memang fail!
Aku dengan Akram pon guna google map je.
Alhamdulillah sampai jugak takde sesat2 pon. Huhu.
So korang google je k.
Tak pon google alamat.


okbai.