Monday, November 28, 2016

Ameera Naqeesya's Food Diary


So basically semalam 27.11.16 ucil dah genap 6 bulan.
Macam mak2 yang lain, aku eksited gila kot nak bagi ucil makan. Hehe.
Lagi2 anak pertama kan :D
Sebulan sebelum tarikh semalam dah siap print segala info berkaitan solid food.
Google, pesbuk, tanya kk, tanya member dokter, tanya makcik sister nurse keje lama kat paed, tanya kawan2 eh banyak lah. Haha!
Siap beli kerusi khas untuk ucil makan. Anak aku tu dah start merangkak and memanjat. Alangkan nak pakaikan pampers pon bergaduh inikan pulak nak makan. Sebelum anak tekak aku terkeluar jerit2 panggil dia baik aku belikan kerusi siap2. Hehe.

Actually ramai jugak kawan2 aku yang start bagi makan anak2 dorang before 6 bulan.
Bagi makan yang lembut2 la such as puree buah and sayur.
Kadang2 ada jugak paed yang memang suggest untuk bagi makan awal.
Macam Dr. Halina pon bagi makan anak dia Bella masa umur 5 bulan setengah.
Kalau ikotkan aku rasa ucil pon dah boleh start makan awal tapi aku malas nak amik risiko. So aku bersabar jugak tunggu sampai 6 bulan. Hihihi.

So bila sepatotnya baby dah bersedia untuk makan?

1. Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
- Ucil dalam pantang lagi dah start angkat kepala sendiri. Haha. Siap suka tido dukung macam budak besar. Tanak orang dodoi macam baby tu.

2. Duduk dengan baik apabila dipegang
- Start 4 bulan kot dah boleh duduk bila kita pegang. Start 5 bulan setengah dia dah belajar duduk sendiri. Tapi tak stabil. Dekat2 nak masuk 6 bulan memang dah steady sangat dah duduk. Hehe. Tak payah pegang dah. Kalau pergi makan luar dah boleh letak dalam baby chair tu.

3. Melakukan pergerakan mengunyah
- Haha! Yang ni masa 4 bulan dah buat. Orang makan dia sibuk nak mengunyah. Siap telan air liur. Siap nak capai2 apa kita makan.

4. Berat badan telah naik secara sihat.
- Aku baca2 baby dah ready untuk makan bila berat dia dah dua kali ganda berat masa lahir. Ucil punya berat memang naik ok tiap2 bulan. So passed!

5. Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
- Macam aku cakap kat point no 3 la. Bukan setakat berminat. Siap nak rampas apa kita makan. Kalau kita makan dia tenung je makanan tu. Hahaha!


So basically semua dah pass kan. Maka bila dia genap 6 bulan semalam aku pon dengan gembiranya start bagi dia makan.

Sebenarnya banyak je isu untuk start baby solid food ni.
Ada orang cakap puree ni orang2 barat je buat.
Orang melayu masak je lah bubur.

Ada orang lain pulak cakap kene start with puree. Sebab baby baru nak start belajar makan. Bagi dia yang light2 je dulu.
Masa aku bawak ucil check up 6 bulan nurse kk pesan genap 6 bulan je terus masak bubur untuk ucil. Tambah ikan n sayur. Blend halus. Makan sekali sehari lunch menu yang sama seminggu.
Minggu kedua baru baru start bagi makan dua kali sehari.

So aku tanya kawan2 aku yang dah ada experience. Tanya jugak kawan aku dokter yang anak dia sebaya anak aku. Dia cakap pon nak start with puree dulu.
Lepas tu aku tanya makcik aku yang keje as sister kat jabatan paed lama. Dia cakap sebenarnya tak kisah pon nak start dengan apa2 pon asalkan lepas 6 bulan dah kene start.
Sebab ada nutrien dalam makanan yang takde dalam susu. Hehe.

So setelah berfikir-fikir, aku pon akan start with puree dulu. hehe.

Boleh jadikan panduan. Hehe. 


Basically apa yang aku akan buat:

6 bulan

1. 4 days rule sebab senang tak payah pikir banyak2 menu. Wakakaka.
2. Puree buah & puree sayur.
3. Bagi aku 6 bulan ni untuk introduce food je untuk baby. Nak bagi baby kenal makanan. Nak check allergik. Bukan untuk kenyang sangat. So aku akan bagi sekali sehari waktu lunch.
4. Susu badan macam biasa. Alhamdulillah susu aku cukup lagi untuk baby. Belom campur formula :)


So ni jadual yang aku dah buat untuk ucil. Hehe.


Labu + ebm. Potong bersih, cuci, kukus, blend dengan ebm, siap! So semalam dah start dengan labu. So far ok. Memula tu dia jelir2 lidah jugak. Dah lama2 tu naik syok pulak. Siap marah kita lambat. Sibuk nak rampas2 sudu kita. Hehehe. Perot ok, berak ok, tido ok. So mak is happy! :D

Good girl! :) Kerusi tu beli Lazada. Rm75 kot. Paling murah jumpa. Ekekeke. Namanya booster seat. Takde brand tapi ok je aku tengok. Sebab pergi  kedai semua ratus2 punya tak kuasa la aku kan nak beli.

So far aku berniat nak masak hari2.
Bukannya apa. Aku tak sampai hati nak bagi frozen punya. Huhu.
Sebab ayah dia hari2 aku masakkan bekal pagi2. Tak adil la ucil nak makan frozen punya kan. kekeke.
InshaAllah selagi mampu aku akan masak hari2.
Sekarang pon untuk susu dia hari Isnin je aku guna frozen punya from deep freezer. Hari Selasa sampai Jumaat aku bekalkan chiller ebm pam semalam punya :)
Tapi bukanlah nak cakap mak2 yang frozen stok makanan tu tak bagus. Well, mothers know what is the best for her children ok? Ini cuma cara aku. No issues here.

Oh untuk blend aku guna blender biasa. Malas nak beli yang baby punya.
Guna blend kering tu sebab tak pernah guna pon untuk masak.
Untuk steam, pon guna kukus manual. Jimat. Ekekeke.

Untuk bekal ucil ke pengasuh, aku tak campur ebm siap2. Aku pesan kat pengasuh untuk campur masa dia bagi ucil makan nanti. Itu je lah.

Untuk 7 bulan aku belom decide lagi nak bagi menu apa. So nanti once ucil dah 7 bulan aku akan apdet lagi k :D

okbai.









Friday, September 23, 2016

Cerita berpantang anak pertama


Since tahun ni memang ramai sangat2 kawan2 yang sama2 mengandung dan beranak, maka kat pesbuk tu memang penuh cerita pasal anak, susu, makanan pantang, barut baby, eh macam2 lah. Rasanya macam page2 gosip yang aku follow dah entah mana2 entah segan agaknya nak keluar. Tu yang aku pon jarang menulis blog dah sebab jarang jugak baca blog orang. Sibuk layan instagram tengok gambar baby comel, baju baby, barang baby. Ya Allah mak2 sangat perangai sekarang. Hahaha!

Berbalik pada cerita berpantang.
Masa aku pregnant dulu memang ada lah jugak study pasal pantang2 ni semua.
Pulak tu aku pantang guna produk Nona Roguy kan. So aku follow sekali bidan Kak Ice yang pemes tu. Kalau baca cara dia pantang memang strict! Bukan setakat pantang. Even kalau dia datang bulan pon ada pantang2 yang dia still amalkan. Patot lah body cantik. Ekekeke.

Masa aku pantang dulu kan admit lama kat hospital sebab ameera on antibiotik tiga hari. So memang kene makan je la makanan hospital tu. Kau tahu je lah hospital mana ada istilah makanan pantang ni.
Aku bersalin kat Pontian so sepanjang admit memang Mil aku akan masakkan untuk makan tengah hari. Kadang2 makan malam jugak. Breakfast memang tak sempat. So aku bedal je la hospital bagi nasi goreng telur. Hahahah! Takkan nak tengok je nasi tu melambai2 kat aku. Dah la lapar. Bedal! Kalau tengah hari siap pakej buah tembikai kau. Tapi aku tak makan la.

Mak aku siap pesan jangan makan ayam dulu awal2 nanti gatal. Habes dah hospital bagi lauk ayam takkan aku nak tenung je. Aku bedal la jugak. Naseb baik tak gatal kau. Dah la jahit banyak! :P

Mak mertua aku lagi best. Mula2 pantang tu Mak Long aku buat kenduri. So Mil aku tapaukan nasik minyak, ayam, pakej sekali sambal kacang daging! Mak aku memang pantang sikit awal2 pantang dah makan daging. Biasalah alasan takot gatal merenyam. Masa tu aku pandang Akram sambil tanya boleh ke makan kacang dengan daging ni? Hahaha blurr sungguh. Tapi makan je la. Alhamdulillah tak gatal.

Lepas seminggu kat rumah mil, aku balik rumah mak aku pulak.
Masa mak aku dengan mil borak2 pasal makanan pantang ni dah masuk satu hal pulak. Mil aku tak bagi makan ikan cencaru sebab bisa. Tapi ikot mak aku boleh pulak. Pening kan? Antara mak2 pon yang orang lama bercanggah pendapat pasal makanan pantang. Apatah lagi kita generasi moden ni.

Masa kat rumah mak aku memang makan ikan je banyak. Pastu sup ayam. Daging memang mak aku tak bagi makan lagi. Seafood semua tak boleh. Telur pon tak boleh.
Dah hujung tu baru dia bagi makan daging dengan telur.


Mak aku  masakkan tukar2 ikan selar, ikan bilis, ikan gelama, ikan jenahak.


Aku makan je tempe. Dah mak aku masakkan. Haha! Sedap weh kacang panjang masak air asam letak tempe. Fuhhh meleleh air liur. Masakan berminyak pon dah makan sebab mak aku bagi makan ikan goreng. haha. pastu ada la masak tumis2 sikit.


Sayur tukar2 kacang panjang, brokoli, bayam. Eh dah kenapa semua sayur tak boleh makan. Haha! Aku tak makan ulam la nak buat camne.


Buah pon tak makan masa pantang sebab mula2 tu konon2 soh laki beli oren banyak2. Nak cepat baik luka. Sekali anak tak tahan pulak. Berak2. So makan vitamin C Shaklee je dengan makan NR punya phytonatal bagi elak sembelit.

So start dari situ aku telah membuat kesimpulan sendiri.
Nak pantang ke tanak pantang makan ke ikot ketahanan badan sendiri.
Sebab yang sakitnya kita bukan orang lain pon Kahkahkah.
Aku rasa makan je benda2 yang berkhasiat asalkan ko tak membantai macam makan asam pedas, masak lemak cili api, sambal, dll dah la. Lagipon kita nak tenaga nak handle baby. Nak menyusukan baby lagi. Kalau tak makan mana nak dapat tenaga.

Sekarang ni aku pantang makanan yang berangin je la, Tapi tu pon takde lah sangat. Macam cempedak goreng aku dah start makan Hahah!

Mengikut eksperimen aku, anak aku kalah ais, ais krim, kopi, teh, kafein.
Yang lain2 dia ok.
Aku minum kafein anak aku ngarok tanak tido. Ngantok tapi tanak tido. Masa dalam pantang memang selalu minum kopi. Bila dah duduk sendiri eh elok pulak anak aku tido. Bila baca2 owh rupanya ada budak tak tahan dengan kafein.

Macam aku masa kat hospital dorang hidangkan air teh minum petang. Aku pulak boleh lupa air teh berangin. Balik rumah mengamok anak aku kembung perot! Hahahah! Tengah malam asyik je bangun nangis meraung2. Naseb baik mil aku tolong sapu2 kan minyak okey sikit. Haru sungguh la time tu. So sampai sekarang aku memang pantang minum air teh. Tobat lahum weh. Fully bf lagi kan. Ehehe.

Pastu ada sekali aku makan ais krim baskin robin. Tak tahan la weh. Hahaha. Hestek jangankecamsis.
Hmmm dekat seminggu anak dara tu selsema. Ekekeke.
Macam aku makan pedas dia ok. Takde cirit birit ke apa ke.
Seronok la mak makan asam pedas kan. Good girl Ameera!

Orang cakap berpantang ni sebenarnya bukan kesan dia kita boleh tengok sekarang. Tapi kesan dia masa umur2 macam Che Ta tu nanti. Masa tu baru lah nak sakit urat la apa lah.
So sendiri makan sendiri tanggung je la jawapannya.
Oh aku still pantang makan laksa jugak. Sebenarnya dari start aku gugur dulu aku tak makan laksa dah. Ada makan sekali masa kawan aku buat open house. Pastu tak makan dah.
Masalahnya sekarang aku tak makan laksa, tapi makan mee kuning, mihun, macam sama je kekdahnya. Ekekeke. Apa-apa je lah.

Nak ikot cakap dokter ke cakap orang lama ke tak kisah pon asalkan kita tau apa yang terbaik untuk kita. Doktor berilmu. Orang lama pulak banyak pengalaman.

Yang penting anak sihat, ibu sihat, suami sayang. Eh? :P



Nah belanja sikit gambar anak dara ni. 27hb ni masuk 4 bulan.
Dah pandai meniarap pastu angkat2 bontot nak ke depan.
Macam sekejap je. Tiba2 nanti dah makan. Pastu dah jalan. Pastu dah dapat adik. Omg did I just said that? lek luuuuuuuuuu. Hahaha.

okbai.

Tuesday, September 6, 2016

Resepi nasi butter, ayam bakar, sos black pepper, sayur goreng & sandwich ayam.



Okey ramai sangat suruh apdet resepi.
Sebenarnya bukan bajet2 kedekut nak bagi resepi. Tapi sebab malas nak menaip. Dah la jari gemok asyik dok typo je.
Lepas tu aku ni style gugel resepi pastu bukan ikot pon. Main campak ikot suka hati aku je. So aku tak tau nak letak sukatan macam mana.
Tapi demi korang yang tercinta (ehemm) aku try la up resepi. Heheh. Siap on laptop tau demi nak menaip. Sila belanja makan. Eh. :P

Tapi nak bagitau awal2 yang resepi aku ni memang bahan paling simple sekali. Sebab aku tak suka bahan leceh2 ni. Eehehe. Guna apa yang memang ada kat dapur je. Kalau nak resepi yang perfect boleh follow Mat Gebu ke, Kak azlita masam manis ke. Haa hat tu resepi memang lengkap.


1. Nasi butter

Bahan-bahan:
1. Nasi 3 pot kecik (cuci dan tos)
2. Butter / planta (2 sb)
3. Bawang putih (3 ulas-cincang halus)
4. Halia (seinci-hiris halus)
5. Carrot sikit potong dadu
6. Basil
7. Serbuk pati ayam satu sudu kecik

Cara-cara:
1. Panaskan butter, tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Masukkan beras yang dah ditos. Kacau sikit bagi sebati. Transfer masuk periuk nasi biasa. Tambah air macam masak nasi biasa. Campak carrot, serbuk pati ayam, tabur basil. Masak macam biasa. Basil tu tak letak pon takpa. Atau nak pakai daun ketumbar pon boleh takde hal. Aku guna apa yang ada kat rumah. Ehehe. Siap!


2. Ayam Bakar

Bahan-bahan:
1. Ayam ikot suka la nak banyak mana. Aku buat untuk 2 orang makan je.
2. Kicap pekat
3. Sos tiram
4. Bawang Putih 3 ulas
5. Halia seinci
6. Garam sikit.
7. Lada hitam.
8. Basil.

Cara-cara:
1. Amik ayam, cuci, tos kan.
2. Gaul lah dengan semua bahan yang ada. Aku perapkan semalaman. Esok paginya campak je dalam pemanggang ajaib. 20 minit balik-balikkan dan siap!


3. Sos blackpepper simple

Bahan-bahan:
1. Butter 1sb
2. Black pepper kasar tumbuk
3. Kicap pekat 2 sb (untuk gelapkan kuah)
4. Bawang besar setengah biji-potong dadu
5. Tepung gandum - 2 sb
6. Air dua cawan
7. Serbuk pati ayam satu sudu kecik
8. Sos lada hitam (guna brand giant je :D)
9. Sos tiram (2 sb)

Cara-cara:
1. Panaskan butter, tumis bawang besar sampai layu.
2. Masukkan tepung gandum. Tak payah bancuh air. Make sure api kecik kang hangus pulak. Gaul2 bagi rata.
3. Masukkan air. Bagi didih. Masukkan kicap pekat, serbuk pati ayam, sos lada hitam, serbuk pati ayam, sos tiram dengan black pepper.
4. Masak sampai agak2 dah puas hati matikan api. Hahah!

Kalau agak2 kuah tak gelap boleh tambah kicap pekat. Kalau agak2 tak masin tambah garam. Pandai2 la ye. Ehehehe. Ikot gerak hati katenye.


4. Sayur campur goreng

Bahan-bahan:
1. Brokoli
2. Carrot
3. Cauliflower
4. Bawang besar setengah biji
5. Ikan bilis sikit
6. Sos tiram 1 sb
7. Serbuk pati ayam satu sudu kecik & garam 1 sk

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sikit. Goreng ikan bilis garing, masukkan bawang besar and tumis sampai layu. Masukkan air sikit. Besarkan api. Masukkan semua sayur dan sos tiram. Biarkan 3 minit. Tutup api. Siap!


5. Sandwich ayam simple

Bahan-bahan:
1. Roti sandwich panjang macam subway tu. Nak guna roti biasa tade hal k.
2. Isi ayam
3. Sos bbq. Aku guna jenama life. Memang ada kat rumah lama dah.
4. Sayur kobis hiris nipis
5. Cheese beberapa keping

Cara-cara:
1. Roti tu belah tengah.
2. Ayam aku rebus dengan bawang putih, garam, serbuk basil, lada hitam.
3. Dah empuk, siat2 kan ayam tu macam nak buat soto.
4. Sumbat isi ayam dalam roti. Sapukan atas isi ayam tu dengan sos bbq. Letak cheese ikot suka bapa banyak nak letak. Bakar kejap dalam 5 minit gitu bagi cheese cair.
5. Pastu baru sumbatkan sayur.

Dah tak payah letak sos bagai dah. Sedap dah. hehe


Ok lah. Itu je.
Selamat mencuba bagi yang nak mencuba.
Babai. Ahkak nak tido dulu. Ehehe.



Wednesday, August 24, 2016

Rutin harian setiap hari


Sebab ramai sangat pm tanya rutin harian seorang Syazwana setiap hari, maka aku tulis je lah kat sini eh. Senang semua orang boleh baca. Hihi. Tak. Bukan nak poyo2 bajet bagus sangat tapi dah ramai tanya. Aku pon tak larat nak taip satu2. So ni taip sekali nanti kalau orang tanya aku bagi link je soh baca. Aci tak? Ekekeke. Nak tulis kat fb panjang sangat.

Ok so kita start dengan awal pagi la.
Aku kunci jam pukul 5.15 & 5.30 pagi setiap hari. 5.15 tu kira macam warning alarm la soh get ready untuk bangun lagi 15 minit.
Tapi kadang ikot mood jugak. Kalau rajin aku bangun sharp 5.30. Kalau agak malas2 sikit pukul 6 baru aku bangun. hahaha.

Lepas bangun tu cuci2 muka sikit pastu terus ke dapur.
Sebelum start masak, amik milk collector lekap kat miss B and terus buat keje.
By the time aku siap semua keje dalam 6.30 camtu dapat la dalam 4oz. Kalau ucil nak susu pagi tu nanti Akram terus la bagi guna botol. Kalau dia tanak susu, terus simpan dalam peti ais. Gittew.

Ucil ni waktu menyusu dia tak boleh nak diagak. Suka hati dia bila tekak dia rasa2 nak susu.
Kadang satu malam bangun dua kali. Kadang sekali. Kadang tiga kali. Tapi dia tak nangis. Dia akan hisap jari kuat2 dengan harapan aku akan dengar dan paham.
Naseb baik lah telinga aku ni jenis alert. Kalau mak kau ni tido mati memang kehausan la kau sampai ke pagi nak.
Ada satu malam tu aku penat sangat sebab demam. So aku malas nak bangun bagi dia susu. Hahahah!
Pagi tu sampai 4 oz lebih sekali dia minum.


Aku pakai jenama ni. Beli online. Sekali haritu pergi kedai baby kat Bangi 30 lebih je. Ciss. Basically aku rasa semua jenama pon sama je kot.

Thanks sangat2 la kat member yang rekemen benda alah ni. Memula dulu aku ingatkan untuk collect susu je. Rupanya boleh pam sekali. Aku sejak2 pakai benda ni dah jarang dah on pam. Weekend je aku on. Tu pon sebelah guna pam sebelah lagi guna benda ni. Kadang tu benda ni collect lagi laju and banyak dari pam. Konpius jugak aku.

Berbalik kepada cerita asal. Aku akan make sure aku masak tak lebih dari 6.15pagi.
Selalunya 30-40 minit dah siap dah.
Sebab aku kan dah prepare semua barang siap2. Tinggal masak je.
Cuma kadang2 ade je benda2 yang aku tak prepare. Macam kupas kentang, kupas and potong bawang besar, potong sayur. Depends la atas kerajinan. Huhu.

Bila dah siap masak, aku akan tuang susu ucil siap2 dalam botol susu dia.
So far sekarang ni dia minum 2oz sekali minum.
Kalau Akram keje siang aku bekalkan 7 botol untuk 7 pagi - 6 petang.
Kalau Akram keje malam aku bekalkan 8 botol untuk 8/9 pagi - 8 malam.
Kadang2 habes semua. Kadang2 lebih 1 or 2 botol.


Masuk siap2 dalam botol camni biar senang pengasuh tinggal nak panaskan je. Aku kan mak yang baik. Ekekeke. Ni jenama autumz. Aku guna wide neck punya. Puting tu aku pakai pigeon wide neck size s. Aku belikan dia botol susu pigeon jugak. Tapi guna kat rumah je la. Hihihi.

Lepas dah siap2 semua aku akan mandi, solat subuh and siap2 pergi keje.
Masa tu Akram akan tolong kemaskan bekal, kemaskan beg, sapukan nutella kat roti, tuangkan jus nak minum pagi2, panaskan kereta etc.


Kalau Akram keje siang jadilah dua bekal. Satu aku satu dia. Kalau dia keje malam, aku je bawak bekal. Dia makan siap2 kat rumah before pergi keje.


Pukul 7 pagi aku keluar rumah. Akram akan hantar ucil ke pengasuh sebab dia pergi keje 15-20 minit je. Rumah pengasuh 5 minit je dari rumah. Akram masuk keje 7.45 pagi.
Kalau dia keje siang, dia akan hantar dan amik. Kalau dia keje malam, dia hantar dan aku yang amik. Sebab tu lewat sikit sampai 8 malam tu.

Masa drive pagi2 tu aku collect susu jugak. Dapat la 4 ke 5oz.
Kat opis pon aku tak guna pam. Aku guna milk collector tu. Senang. Hahaha!
Seharian kat opis dapat lah dalam 7-8oz.
Pastu aku balik keje pukul 6 petang, sambil layan jam sambil collect susu. Dapat jugak dalam 5oz.
So far setakat harini aku dapat pam susu ikot kuantiti susu yang keluar haritu.
Kadang lebih jugak. Alhamdulillah. Rezeki si ucil.

Pukul 7.30 malam paling awal aku akan sampai rumah.
Kadang2 ucil dah tido. Kadang2 belum tido.
Aku akan mandi and solat maghrib terus. Baru aku layan dia.
Pastu main2 jap dengan dia, agak2 dia dah ngantuk susukan dia, tidokan dia.
Dia ni spesis kalau nak tido mesti nak nangis dulu. Tak lapar tak ape pon. Cuma tebiat dia nak kene nangis dulu sebelum tido. Saje nak menguji kesabaran mak dia yang macam singa ni. Hahahah!
Tapi kadang kalau dah penat sangat lepas susu terus zzzzzzzz sampai pagi.

Dalam pukul 8-9malam lepas dia tido tu aku pon start la buat keje.
Basuh botol susu. Defrost bahan basah. Potong sayur. Kemas beg2 ucil nak bawak esoknya.
Defrost susu si ucil.
Baju2 aku semua aku dah iron masa weekend. So takde lah penat sangat.
Ape lagi eh aku buat. Tu je la kot. Pinggan mangkuk yang aku masak pagi tadi semua Akram dah siap basuh. Hehe.Owh transfer susu si ucil yang pam haritu daripada botol masuk plastik. Sebab nak masuk dalam freezer. Pastu aku pon tido. Tak pam susu dah. Malas. Hahah!
Kalau aku rasa aku sampai rumah tu susu belum mencapai target susu yang keluar haritu, aku akan pam. Tapi kalau dah capai target aku tido je. Haha!

Malam aku memang tak masak dah. Dulu aku masak pagi sekali untuk malam. Tapi aku tak makan. Akram je makan. Pastu dia tengok aku tak makan malam dia pon malas nak makan.
Tapi kadang2 kalau datang saka rajin aku tu, aku masak jugak malam. Tapi yang simple la.
Macam roti cheese, mee sup, burger, cheesy fries, etc etc yang simple.
Sebab aku pon benci benda susah2 ni. Sebab tu jugak lauk2 bekal aku semua jenis simple.
Padahal pemalas. Bahahah.


 Ni lah peti ais aku. Peti ais kecik orang bagi. Kikiki. Sebab tu aku beli freezer nak simpan susu ucil. Bekas putih tu bahan blend (bawang merah, putih, ikan bilis). Bekas oren bawah tu stok lada kering. Dua bekas bulat belah kiri tu lada besar, cili dan kobis bunga aku dah siap potong kecik2.


 Sayur tinggal sikit. Dah masak dua hari. Beli stok sayur seminggu sekali. Cuci dengan air garam pastu simpan dalam bekas. Bawah bekas letak tisu. Aku baca tips ni kat fb. Maybe nak serap air kot.


 Frozen ebm tengah defrost. Chilled ebm memang standby untuk Akram jaga ucil sementara tunggu aku balik. Hihi.


 Ok inilah freezer aku. Sila jangan kecam. Bukan nak menunjuk. Nak share je camne aku simpan susu and barang basah. Huhu.


Ni lah dia yang orang dok pm2 aku camne seal bag tu. Aku beli jenama giant je paling murah. Aku kan kedekut :P Kalau kat packaging dia tulis plastic sandwich. Aku panggil zip lock bag. Apa2 je la janji paham. Aku tak pernah recycle plastik ni. Dah guna terus buang.


Dah masuk dalam plastik, masuk pulak dalam bekas bertutup. Sebab campur dengan susu kan. Kesian nanti susu tercemar walaupon tak tau macam mana dia boleh tercemar. Hehe.


So itu je lah kot.
Aku ni sebenarnya bukan rajin mana pon. Tapi sebab aku pon nak bawak bekal jugak so aku masak la. Haha!
Lagipon kedai makan kat Mont Kiara ni mahal! Tau je la Mont Kiara kan.
Tempat orang2 kaya. Haha. Lagi satu sebab aku nak pam susu pulak. So kalau bawak bekal jimat masa sikit. Tak payah nak beratur amik nasi, amik lauk, nak bayar pulak.
Begitu lah cerita dia :D

Ok lah takde apa kot nak cerita lagi.
Sebelum mengakhiri entry ni, izinkan aku tayang sikit selfie dengan anak dara aku ni sekeping dua.
Budak ni memang pantang tengok muka sendiri kat kamera. Perangai sapa entah. Hahah!


Kawan2 kat fb memang dah muntah dah tengok gambar selfie kami. Ekekeke



okbai.



Wednesday, August 10, 2016

Perihal nama Ameera Naqeesya


Seperti tipikal pompuan Melayu yang lain, aku pon selalu je berangan2 carik nama anak even before kawen lagi. Gedik kan? Ekeke.
Gabung dengan nama boipren la. Carik nama mula pangkal huruf boipren la.
Macam2. Siap dah ada beberapa nama lagi yang berkenan.
Pastu bila kahwen siap cakap dengan laki jangan bagi nama anak. Biar aku je yang bagi. Wakakaka.
Bila dah mengandung baru tau sebenarnya bagi nama pada anak ni bukan tugas mudah. Hihi.

Rasa macam ada satu tugas yang mencabar gila. Nak bagi nama orang weh. Mesti lah nak kene fikir betul2 kan. Bukan boleh ditukar-tukar. Nak kene pikir nama tu okey ke tak. Makna dia macam mana. Agak2 sesuai tak dengan anak. Lagi satu tanak lah nama yang biasa orang guna. Macam dikalangan kawan2 aku yang aku perhatikan paling ramai pilih nama Adam, Aisy, Zara, Sofia, Irdina. Aku dapat rasakan masa budak2 ni start sekolah kompem pening cikgu nak panggil biar takde budak2 yang terperasan :P Tapi kalau dah kenan sangat memang nak guna jugak lah kan. Hihi.

Masa aku dah 8 bulan pon still takde nama lagi.
Ada jugak aku list2 nama tu tapi macam tiba2 eh tak berkenan la pulak.
Akram jenis tak kisah.
Aku suruh dia carik satu nama pon kemain payah. Konon aku carik satu dia carik satu la. Kan senang gitu boleh gabung je.

Dan nama untuk baby boy aku dapat banyakkkkkkkkkk sangat yang berkenan. Nama baby girl yang kemain payah lagi nak carik yang betol2 berkenan. Haha.
Akram cakap semua anak2 dia nak letak Nur/Nor kat awal nama sebab nama dia Nor Akram. Nama aku Nur Syazwana. Tapi last2 Pak Anjang dia cakap better tak payah letak Nur sebab nama dia dah ada Nor. Aku tak tau lah kenapa. Tapi aku suka je sebab jadi dua perkataan je. Takde lah panjang sangat. Hihi.

Aku join satu group nama Arab kat fb. Thanks a lot to Liyana Aziz sebab suggest. Hihi.
Salah sorang admin dalam tu lecturer bahasa arab. Lepas tu dia memang suka sangat baca kamus Arab. So dia memang banyak lah list kan nama2 Arab beserta maksud dan ejaan nya sekali.
Memang banyak gila beribu2 sampai berpinar mata aku baca. Siap nama2 yang kita dengar pelik tapi sebenarnya ada je maksud dalam Arab. Contoh nama Naylufar. Dia membawa maksud bunga.
Raaeea (yang cantik), Quzah (pelangi), Lu' Lu' (mutiara), Silmina (kesejahteraan kami) eh banyak lagi la. Hahah. Kite dengar je macam pelik kan?

So nak dijadikan cerita, masa on the way balik kampung ada lah jugak aku bawak senarai nama2 yang aku dah shortlist untuk Akram approved.
Masa mula2 dulu aku berkenan sangat dengan nama Sofia. Tapi sebab sekarang macam ramai sangat guna nama tu so tak jadi lah. Pastu berkenan dengan nama Nayla. Tapi sebab anak sedara belah Akram dah guna Saufiyyah Nailah so kensel lagi. Haha.

Pastu berkenan dengan nama Aqisha tapi google2 tak jumpa makna nama tu. Bila join group nama tu jumpa dengan nama Naqeesya. Terus jatuh cinta. Hihi. So tinggal carik lagi satu nama untuk combinekan. So last2 ada dua nama yang aku berkenan. Naqeesya Alayna & Layna Aqeelah.

Nak dijadikan cerita lagi, lepas bersalin kan baby, Pak Anjang Akram call tanya dah ada nama ke? Akram cakap ada lah pilihan tapi tak confirm lagi. So Pak Anjang dia suruh bagi nama penuh Akram, nama penuh aku and anak aku anak nombor berapa.
Sebab nya dia ada kawan dengan sorang Maulana ni. Orang alim2 la. Orang tu memang pandai bagi nama2 untuk baby. So aku pon okey lah.

Lepas beberapa hari tu dapat feedback dari Pak Anjang antara nama2 untuk dipilih.

1. Aisha
2. Amirah
3. Fatimah Munirah
4. Aminah Karimah

Semua nama islamik2 kan. Hakak je yang suka sangat carik nama2 moden. Ekekeke.

So akhirnya kitorang sepakat pilih yang Amirah tu. Pastu refer group Arab tu untuk tengok ejaan dia.






Ameera Naqeesya binti Nor Akram :)
Bila tah nak panjang rambut tu. Penat mother tunggu. Hahah!



Budak suka buat muka. Hahhaha!


Semoga  menjadi pemimpin yang terbaik buat adik2 dan semua orang ya Ameera Naqeesya.
Jangan nak jadi pemimpin cengeng je.
Ekekekeke


okbai.


Friday, August 5, 2016

Cerita Ameera Naqeesya binti Nor Akram.


Cerita mengandung third tri semester pon tak habes karang lagi tetiba dah up cerita bersalin pulak. Kahkahkah. Sebenarnya banyak gila cerita dalam draft. Cerita honeymoon Korea pon tak habes lagi. Elak sampai anniversary kedua je kang nanti. Hahah. Ape nak buat. Mak busy uols :P

Takpe lah. Up dulu cerita bersalin. Kang free2 kite kasi throwback cerita lepas2. Kalau free la. Huahua. Okey so sape2 yang fren dengan aku kat fb and ig dah tau aku dah selamat bersalin baby girl 27.5.2016 yang lepas. Wah anak dah 2 bulan lebih baru nak up cerita kan. Ekekeke. Aku dengan Akram sepakat namakan dia Ameera Naqeesya. Membawa maksud pemimpin contoh. Maklum lah anak pertama. Harap2 dapat lah jadi contoh terbaik untuk adik2. Cewahhh sakit bersalin haritu tak boleh lupa lagi dah pikir pasal adik2 Naqeesya.

So aku start maternity leave aku on 21.5.2016. EDD aku 27.5.2016. Aku memang tanak lah bersalin kat KL or Selangor or N9. Memang plan nak bersalin Johor. Disebabkan history mak and kakak aku semua anak2 bersalin ngam2 edd, so aku takde lah cuak sangat terberanak awal. Haha. Tapi dalam hati berharap la anak aku keluar 25hb ke kan. Lama sikit aku uli anak aku tu kat rumah. Tapi nak jugak dia keluar ngam2 due date dia. Hari Jumaat. Sama dengan ayah dia. Anak ayah sangat =_=

23.5.2016 - Isnin

Aku dah ada kat Johor. Rumah mak aku kat Kota Tinggi.
Pagi tu macam perasan ada air keluar kat panties. Tak banyak sangat tapi lagi banyak dari biasa.
So aku decide nak pergi check kat Hospital Kota Tinggi.
Sampai sana nurse check2 takde bukaan lagi. Frust di situ. Hahah! Tapi nurse cakap ada progress contraction. Cuma slow la. Dan dia buat test, air yang keluar tu bukan air ketuban. Mungkin keputihan je. Aku sepanjang pregnant memang takde keputihan. Kalau ada pon sikit sangat. Tu yang macam tak pasti.
So lepas doctor dah check2 semua, check heart beat baby, contraction progress, blablabla, so dorang bagi aku balik. Dapatlah ubat keputihan untuk insert dalam tut tut. Haha!

Actually aku start sakit kat bahagian ari2 tu dah lama. Dua minggu ke tiga minggu sebelum bersalin kot. Tu yang feeling2 nak bersalin awal. Tapi nan hado.

24.5.2016 - Selasa

Last check up aku sebelum bersalin. Masa ni dah 39 minggu 6 hari. Aku punya EDD tu 40 minggu 2 hari. Tak tau lah camne dorang kira.

Disebabkan takde tanda2 nak beranak lagi, so aku dengan Akram decide nak balik kampung Akram dekat Pontian dulu. Saje jalan2. Haha! Lagi satu, aku kan sebenarnya plan nak bersalin kat Hospital Sultanah Aminah dekat rumah kakak aku. Sebab situ ada tukang urut best. Hehe. So nanti dari Pontian dekat je nak ke JB kan. Plan nya lah. Ekekeke. Hebat dah aku rasa plan aku ni. Tapi sesungguhnya tak dinafikan bahawasanya aku cuma insan yang lemah. Plan Allah tu yang lebih baik :D

Sebab aku tak bersalin pon kat JB. Huahuahua.

Ok sambung.

Petang tu sempat la layan rojak mee dulu dengan cendol sebab teringin nak makan. Puas mencarik rojak mee area Pontian tu tapi tak jumpa. Last2 kitorang makan kat As Salam je. Naseb baik sedap jugak.

25.5.2016 - Rabu

Genap 40 minggu.
Petang tu aku perasan ada keluar darah kat panties.
Ok dah start dah cuak. Haha! Memang tak sabar nak jumpa anak. Tapi at the same time cuak jugak. Sape tak cuak hoi nak bersalin. Alangkan nak tengok video orang beranak pon aku tak sanggup inikan lagi nak mengharunginya. Haha!

So kitorang laki bini pergi lah check dekat Hospital Pontian dulu sebab memang dekat je dengan rumah. 10 - 15 minit dah sampai.

Sampai2 je nurse suruh warded sebab dah nak dekat edd kan. Tapi aku taknak lah. Dah kate nak bersalin kat HSA kan. Haha! So okey lah. Dorang soh masuk treatment room untuk check baby and contraction berserta bukaan.

Check2 takde bukaan lagi. Heart beat semua ok. Aku memang tak rasa sakit langsung time ni. Boleh la kalau setakat nak gelak2 18 harakat tu. Memang boleh sangat lagi. Hahaha. So doktor bagi balik dengan syarat terus pergi JB. Senang apa2 hal kang nak beranak ke apa ke. Okey baiklah doktor. Hehe. Tapi tak pergi lagi pon :P Plannya nak pergi esoknya tu 26hb. Tapi tulah aku cakap. Plan aku memang aku dah standby baik punya. Cuma plan Allah yang lagi baik. Ehehe.

Malam tu bermulalah kisah yang lebih tragik.
Dalam 11.30 malam camtu ada darah lagi kat panties. Kali ni lagi banyak and aku dah start rasa sakit.
Jeng jeng jeng.

So berfikir-fikir nak pergi hospital mana. JB ke Pontian.
Mak mertua aku tak bagi ke JB sebab dah malam sangat. Dia suruh ke Pontian je.
Aku siap nangis2 cakap dengan laki nanti kene marah dengan nurse camne. Dah la pagi tu dah janji nak ke JB. Pastu tak pergi. Tup2 malam tu nak admit kat Pontian. Ekekeke.

Pastu Akram pon pujuk2 la cakap takpe dia ada semua. Nanti dia tolong cakap kan blablabla. So okey lah. Aku pon memang dah tak tahan sakit time tu. Selang setengah jam sakitnya.

Dan seperti dijangka. Admit Hospital Pontian.
So goodbye HSA. Goodbye my good plan :P
Baby nak lahir kat kampung ayah. Huhu. Malam tu aku tido hospital. Akram balik. Tapi memang ada hikmahnya la admit kat Pontian ni. Aku admit lama. Rumah dengan hospital dekat. Takde lah kesian sangat kat laki aku nak ulang-alik kan. Jantung baby semua ok. Bukaan dah 2cm. Contraction mild lagi. Tak sakit la weh kene seluk tu. Orang selalu cerita lebih2 mana ada sakit pon. Geli-geli je. Wakakaka.

26.5.2016 - Khamis

Contraction makin sakit. Setiap kali check bukaan takde progress. Still 2cm. Lama ok 2cm tu stay situ je. Tapi sebab jantung baby semua ok takde lah dorang buat apa2 kat aku. Aku memang tak amik pain killer ke apa ke. Bukan tanak amik. Hospital tu macam takde je. Dorang pon tak offer apa2 kan. Malas la aku nak tanya2.

Kakak aku datang melawat dari JB cakap muka aku dah macam pisang goreng benyek dah. Hahaha!
Aku pon tak kuasa nak tengok cermin. Dengan sakitnya. Nak makan takde mood. Nak tido tak boleh. Orang depan katil aku sama kes dengan aku. Kejap2 aku tengok malam2 dia bangun duduk kat kerusi. Rupanya sama lah. 2cm tak gerak2 dah 2 hari. Huhu.

Pastu tiba2 katil depan aku tu dah kosong. Rupanya dah kene transfer HSA. Baby dah berak T___T

Aku rasa tak terkira dah berapa kali kene seluk check bukaan. Nurse pesan kalau sakit makin bertambah bagitau. Mintak check. So selang beberapa jam memang aku mintak check. Memang sakit weh. Aku rasa dah selang 15 minit dah. Tapi still bukaan 2-3 cm. Frust gila aku Y__Y

Paling membencikan sebab aku ngantuk gila tapi tak dapat tido sebab melayan sakit. Nak makan pon payah. Sakitnya pulak tu bukan kat perot tapi kat ari2. Mak aku kol siap menangis2 dengan aku. Hahaha! Mak aku cakap namanya tu kembar darah. Sebab keluar darah dulu. Kalau keluar air dulu tak berapa sakit. Mak aku lah yang cakap.

Sampai lah pukul 9.30 malam. Bayangkan masa tu dah 22jam aku dok menahan sakit 2cm. Huhu.

Tengah aku melayan sakit atas katil tiba2 bunyik 'pop'

Disertai dengan air yang amat banyak keluar atas katil. Cepat2 aku jerit panggil nurse. Neves mak uols. Haha! Rupanya tu lah yang dinamakan air ketuban pecah.

Pastu nurse soh makan dulu. Naseb baik aku memang standby makanan. Aku buat esp Shaklee. Buat air susu kambing. Makan roti ngan kurma. Pastu nurse soh masuk labour room. Aku cakap ok nanti aku masuk. Tapi sebab dia tengok aku tak jalan2 dah banyak kali dia panggil last2 dia pon datang dengan wheel chair. Huhu. Masa tu memang dah sakit selang 10 minit. Nak jalan pon dah tak mampu. Aku terus mesej Akram suruh standby.

Masa kat dalam labour room tu Ya Allah rasa nak meraung kalau boleh. Bayangkan ketuban pecah dorang check jalan baru 5cm. Dari 5cm nak menyampaikan ke 10cm tu adoi tak mampu aku nak bayangkan lagi. Cukop lah kau bayangkan macam mana sakitnya macam tahan sembelit tu tapi lagi sakit. Fuhhh. Pastu nurse dok pesan2 jangan teran lagi sebab takot rahim pecah. Ko bayangkan lah ko rasa nak berak tapi orang tak bagi berak. Pastu ko kene tahan taik tu dari keluar. Adoi mak ai kan. Aku rasa tenaga aku dah habes kat situ je.

Yang para nurse seronok lah malam2 dok makan2 dulu. Tido2 dulu. Husband memang tak boleh masuk lagi selagi kepala baby tak keluar. Bayangkan lah macam mana aku dok menahan sakit sorang2 dalam tu. Menangis2 aku. Nak tido memang tak boleh la. Makan dorang memang tak bagi dalam tu. Dengan takde pain killer nya. Pastu ada sorang nurse berumur masuk marah2 aku sebab aku meneran. Dia cakap rahim aku dah bengkak. Soh aku tarik nafas bagai. Dia ingat aku saje2 ke nak meneran. Aku tarik nafas hembus nafas kot. Memang dah prektis lama dah. Haha. Habes dah tak tahan sangat terteran la jugak. Tapi still aku tahan jugak.

Paling ngeri bila contraction paling maximum datang. Adoi tak mampu la nak gambarkan camne. Mesin ctg tu dah la sebelah aku je. So aku boleh tau bila contraction nak datang bila tengok nombor kat skrin tu. So bila dia nak datang cepat2 aku tarik nafas dalam2. Seksa weh. Serius seksa. Haha! Memang tenaga aku banyak habes dok menahan contraction je. Orang cakap aku hebat gila tak amik painkiller. Entah ler. Kalau ada gas kat hospital tu memang aku dah request dah. Huahuahua. Masa ni Akram dah standby je kat luar tunggu bila masa dia dapat masuk.

Pastu ada nurse puaka siap suruh baca La ilaha illa antaSubhanakainni kuntu minaz zhalimin” siap sound tak dengar aku baca. Wah2 memang sedap la dia layan aku begitu. Dia tak tau bukan setakat ayat tu je aku dok ulang2 selama admit wad malah segala jenis surah aku dok baca punyalah berdoa bukaan cepat sikit sampai 10cm -___-

Akhirnya selepas 6 jam macam nak tercabut nyawa, Jumaat, pukul 3.00 pagi nurse pon masuk. Check2 ok dah 9cm. Masa tu rasa fuhhhhh finally sampai jugak. Nurse suruh bagitau doktor cakap dah fully dilated. Tapi takde pulak doktor datang. So nurse buangkan kencing semua tu pastu tetiba soh aku try meneran. Eh dah start ke? Ekekeke.

Bila contraction datang aku try jugak meneran tapi tak berjaya. Sadis. Ada 4 orang nurse dalam tu. Sorang agak berumur. Dia jaga perot aku. Sorang nurse mulut puaka. Muda. Jaga pintu baby nak keluar. Lagi dua orang bagi kata2 semangat di samping tolong tolak perot jugak.

Aku ingat lagi masa aku check up, nurse kk bagitau nanti masa bersalin katil kat kepala tu akan dinaikkan supaya bayi senang keluar. Masa aku nak bersalin dia naikkan jugak tapi sikit. Pastu suruh aku angkat kepala sendiri biar boleh meneran kuat. Percayalah time tu aku memang dah habes tenaga nak meneran. Tenaga dah habes 6 jam layan contraction dalam labour room. Lagi sadis bila nurse marah sebab tak pandai teran pastu siap turunkan kepala katil aku. Suruh aku angkat kepala sendiri dagu cecah dada dengan aku dah lemah gitu. Naseb baik ada sorang nurse tu, sebab dia pregnant dia pujuk2 aku, cakap lembut2, angkat kan kepala aku, pegang tangan aku. Masa tu dah macam scene 18sg dah dalam bilik bersalin tu. Takda doktor ok. Semua nurse.

Selagi kepala baby tak keluar selagi tu la laki tak boleh masuk. So nak tanak terpaksa la aku berjuang sorang2. Huhu. Dekat 40 minit try. Tak berjaya. Nurse dah bising2 dah. Siap cakap jantung baby dah lemah. Kalau nak hantar ke HSA dorang takkan bagi aku bersalin dalam ambulans. Jadi apa2 aku tanggung sendiri. Aku tak tau la tu betol2 ke atau sekadar nak takotkan aku bagi aku meneran kuat2. Haha.

Aku sendiri tak dapat nak kira berapa kali aku dok try meneran. Memang bising gila dalam tu. Sampai laki aku kat luar pon boleh dengar dorang dok jerit2 soh aku push. Huhu. Yang nurse tukang tolak baby dalam perot jangan cakap lah. Dah macam roti canai dah perot aku. Tolak sana tolak sini. Lantak lah asalkan baby aku keluar cepat. Masa tu nak nangis rasa kenapa baby susah sangat nak keluar. Takot la aku kan kalau tetiba baby lemas ke.

Yang sakit hati nurse puaka siap cakap "awak ni tak mintak maaf dengan laki ke? kemain payah lagi nak bersalin" wah2 kemain sedap kau cakap aku kan. Tapi aku diam je sebab dah penat sangat.

Akhirnya 3.43 pagi. Setelah tak ingat berapa kali percubaan, aku tak tau lah camne aku meneran. Yang aku tau last2 baby boleh keluar jugak. Masa tu aku dah mamai2 dah. Dengan mengantoknya. Dengan penat nya. Masa dorang gunting pon serius tak rasa pape sebab rasa contraction tu lagi sakit. Bila aku tanya nurse ada gunting ke, dia cakap mesti lah ada. Dah baby tanak keluar2. Ok tak rasa pape. Pastu nurse terus bawak baby aku pegi mana entah. Bersih2 kan dia kot timbang semua.

Pastu tak lama uri pulak keluar. Nurse cakap uri aku keluar tak cantik tapi luckily takde tertinggal pape kat dalam tu. Nurse gomen memang buat keje keras sikit tapi kakak aku cakap takpe. Darah cepat kering. Memang betol pon. Aku pantang sebulan dah kering dah darah siap boleh puasa dah. Hihi.

Sampai part jahit. Tak rasa sangat sebab dia bius kan. Cuma last2 jahit tu ada lah rasa sikit masa dia tarik benang. Tapi still tak boleh lawan rasa sakit contraction. Hahaha. Masa jahit ni la dapat nurse puaka tu. Membebel je sepanjang menjahit tu. Antaranya

"Bukan tanak bagi laki masuk. Awak tu tak pandai meneran. Kang laki awak tengok macam mana kita buat kat awak tadi kang dia bising2 pulak"

"Tu dia dok luar dengar jerit2 tu tanak masuk dalam fb ke kata nurse jahat?"

"Awak dok KL ni sebab banyak retis je kan? Glemer la kononnya. Padahal gaji biasa je. Harta pon takde kan?"

Hahahah! Cukop puaka tak? Tapi aku senyap je sebab dia yang menjahit. Kang aku sound kang tak pasal2 dia sabotaj aku. Malas la. Haha! Banyak lagi sebenarnya kepuakaan dia tu tapi malas la nak tulis banyak2.

Lepas jahit dorang bagi aku makan and minum milo. Pastu panggil laki masuk. Bagi aku baby suruh aku susukan.

Beberapa jam selepas lahir :)

Yang bestnya first time susukan baby, terus pandai baby hisap. Good job baby! Heheh. Aku memang konpiden time tu aku dah ada susu sebab before bersalin memang aku dah try picit2 breast aku. Memang nak keluar susu kuning tu. Tapi tak picit habes la sebab orang cakap kan susu first tu paling bagus.


Pastu Akram azan kan baby semua pastu aku masuk wad balik. Akram balik rumah.
Masa Akram masuk bilik tu aku perasan la dia macam nangis. Heheh. Masalahnya aku ni yang tak nangis. Aku dah plan baik punya nak nangis2 kan. Kakakak. Bongok betol siap plan :P
Takdelah. Aku macam nanti kalau baby lahir aku nak bayangkan la saat2 masa aku peknen dulu bagi terharu2 sikit. Tapi sebab penat punya pasal aku macam blur. Anak dah keluar pon rasa macam eh dah siap ke? Gitu ler.

27.5.2016 - Jumaat

Still belum boleh keluar wad lagi sebab dorang pantau luka dulu.
Nurse tolong cucikan luka hari2.
Tapi yang aku perasan anak aku asyik muntah2 je. Asal minum susu muntah. Aku bagitau lah nurse. Nurse cakap mungkin masa lahir dia terminum air ketuban. Nanti2 ok lah.

Malam tu anak aku asyik nangis je. Dah la aku sorang2 kan. Mana tau nak buat apa.
Bukak surah Quran pon nangis lagi. Bagi susu nangis. Tido kejap lepas tu bangun balik nangis.
Naseb baik time tu wad bersalin dah tak ramai orang sangat. 2 - 3 orang je kot.
So nurse pon ajar la aku camne nak bf baby betol2. Pastu ajar aku urut2 baby. Sapukan minyak kat baby.

Pastu ok lah baby tido. Tak sampai setengah jam bangun nangis lagi.
So nurse cakap takpelah dia tolong aku jaga. Dia suruh aku tido. Aku pon tido lah dengan aman. Hahahah!

Pukul 4 pagi kot. Nurse kejut aku. Cakap anak aku dah dua tiga kali muntah. So dia refer ke wad kanak2. Masa tu dah sedih dah. Berdoa jangan lah ada apa2 kat baby. Pastu terus mesej Akram bagitau.

28.5.2016 - Sabtu

Naseb baik masa doktor datang check luka, perot aku semua ok. So dia bagi discharge. Terus aku pergi wad kanak2 mintak tido situ. Tanak lah aku balik rumah. Kesian anak aku sorang2. Aku nak menyusukan dia lagi.

Masa tu memang hazab la dok hospital. Dengan luka banyak. Katil tinggi. Serius tak selesa. Dengan aku tak berurut lagi T___T

Doktor cakap dah on antibiotik so nak tanak kene jugak tunggu tiga hari. Anak orang lain semua kene tahan sebab kuning. Anak aku je kene tahan sebab tertelan air ketuban. Hahahahha! Kesian sangat baru lahir dah kene cucuk masuk air lah amik darah la. Haihh tak sampai hati nak tengok. Dah la makanan kat hospital semua macam bukan makanan pantang. Haha. Akram cuma hantar makanan untuk lunch ngan dinner je. So breakfast tu aku makan je la nasi goreng telur. Naseb baik tak gatal kau. Hahaha!


Lepas tiga hari, Isnin tu dah boleh keluar wad sebab baby takde muntah2 dah. Aku stay rumah mertua seminggu. Lepas tu baru balik rumah mak sendiri.
Selama duduk hospital ni memang nurse je yang dok mandikan baby. Hari ketiga je dah tanggal dah pusat budak ni.


Comel sangat la tu buat muka camtu

Hari ke 10 dah botak


 Budak kuat berangan


Nak tido mesti nak tongkat dagu. Pastu buat muka serius. Mak pon serius tak paham. Hahaha.


 Bakal2 pencetus ummah Naqeesya. Hihi


 Anak dara mother :)

 Gambar terkini. Si gedik. Ekekeke. Ikot perangai siapa lettew :P


 Mother buli diaaaaaaaaa :P


Oh si gendut ni ada dua lesung pipit dan dua pusar jugak. Heheh.


So tu je lah pengalaman bersalin aku. Hopefully yang kedua dan seterusnya senang la sikit baby keluar. eh? :P

okbai.





Tuesday, April 19, 2016

Baby kurang aktif @ 34weeks



Alkisahnya semalam tiba-tiba baby macam kurang aktif. Masa aku bangun pagi pukul 5 tu ada lah rasa dia bangun jugak. Tapi tu memang biasa je sebab dia memang suka teman aku bangun pagi2. Haha! So macam biasalah aku masak, solat, siap2 nak pergi keje.

Pukul 6.40 pagi aku keluar pegi keje. Selalunya masa aku drive tu dia dah tendang2 aku dah. Memang time aku bercerita dengan dia masa drive. Masa tu memang dah aktif kemain la. Tapi semalam senyap je. So aku fikir takpe lah. Dia tido lagi kot. Aku pon drive lah macam biasa sampai office.

Tunggu2 sampai pukul 9 pagi still tak aktif. Aku minum air. Tekan2 perot. Pegi toilet pastu usap2 perot suruh dia bangun. Dalam hati dah risau jugak. Sebab selama ni memang terlebih aktif anak aku ni. Dah macam main bola dalam perot. So bila dia senyap je gelabah la aku kan.

Bila aku tekan2 perot tu adalah dia gerak2 sikit. Cuma slow sangat. Macam orang mamai2 gitu. Hahahaha!

Aku pon cakap la ngan baby "baby mamai eh. bangun lah. Asyik tido je" Sambil gelak2. Padahal dalam hati dah risau.

Pukul 10, 11, 12 pon sama. Senyap je. Gerak sikit2 masa aku tekan2 perot. Dah minum air banyak2 pon still slow. Terus whatsapp Akram cakap baby slow je harini.

Akram cakap dia penat kot. Haha! Penat apa tah nya.

Sambil2 tu aku dok google2 la internet carik info pasal baby tak aktif masa 34 minggu. Tapi majoriti aku jumpa semua jenis yang tak aktif bila dah dekat2 nak beranak macam 38 minggu, 39 minggu gitu. Bila dorang pergi hospital doctor check semua ok je. Jantung baby okey. Takde masalah pon. Aku macam lega lah jugak. Akram pon cakap tunggu je dulu tengok macam mana.

So aku still la kira gerakan baby. Start pukul 9 tu walaupon slow aku still je kira as satu gerakan. Huhu. Sampai pukul 5 petang tu baru 6 kali gerakan. Selalunya pukul 5 petang je dah habes 10 gerakan dah. Aku memang plan kalau tak cukup 10 gerakan sampai 9 malam nak terus pergi hospital je.

Tiba-tiba dalam pukul 5.30 petang camtu 'pap' kuat gila baby tendang perot aku. Hahaha! Masa tu rasa gembira yang amat lah cerita dia. Alhamdulillah baby ok. Haha! Tulah selama ni dok bising2 kat Akram sebab baby aktif sangat masa aku buat keje. Jenis yang menendang macam tengah berlawan dengan raksasa dalam perot. Sampai bergegar meja. Bila dia senyap tau pulak cuak. Ekekeke.

Lepas dia tendang kuat tu terus dia aktif macam biasa. :D

Balik2 rumah je terus Akram cakap2 ngan baby dalam perot.
Bila cerita2 dengan Akram kitorang pon buat kesimpulan yang baby penat main masa weekend.
Last week Akram keje malam. Seminggu memang aku tak jumpa dia sebab aku keluar keje awal.
Selalunya tiap2 pagi before aku pergi keje memang Akram borak2 dulu dengan baby.
So bila dah seminggu tak jumpa tu yang agaknya dia pulun main dengan ayah dia weekend tu.

Sebab first time sebenarnya tak jumpa seminggu. Selalu Akram keje malam pon still je jumpa pagi2. Hehehe. Rindu la kot konon2 nya. Ceh mengada betol dua beranak ni.
Ayah dia pulak asyik je mengendeng kat perot aku.
Tapi memang rasa lah masa weekend haritu dia banyak gerak.

Malam tu Akram cakap kat perot "ucil ucil. Main tak ingat dunia masa weekend. Pastu Isnin tido tak ingat dunia jugak" Hahahaha!

Haih baby baby.
Sayang ayah lebih eh. Takpe. Nanti malam2 suruh ayah jaga baby k. Mother nak tido. Hahahaha!

Harini pegi check up alhamdulillah la semua ok. Nurse cakap kepala baby memang dah kat bawah je. Belom engaged tapi dah macam fix takley gerak dah. Camne tah istilah dia aku pon tak reti nak explain. Tapi nurse cakap anak first 34weeks dah fix ni bagus la. So dia dah tak berguling lagi dalam perot. Tinggal tunggu engaged je. Selalunya 36weeks camtu baru dia fix. Aku kira awal jugak.

Kalau dah 36 weeks still kepala baby tak fix kat bawah tu yang doktor risau sikit. Gitu la kiranya nurse explain. Patot aku rasa baby tendang2 kat bahagian atas je. Memang kaki dia dah kat atas rupanya.

Ok baby, mother tak sabar nak jumpa baby. Tapi jangan keluar awal tau. Keluar ngam2 40weeks sebab nama pon mother tak prepare lagi ni. Wahahahaha. Hampeh betol makpak ni. Hehe.

Weh susah jugak lah nak pilih nama baby. Dulu masa bujang kemahin la buat list nama2 anak yang best. Ni bila dah nak keluar betol2 hambek kau kemahin payah nak decide. Sabo je la. hehe.

Nurse pesan kalau baby kurang aktif lagi minum air sejuk banyak2. Makan ais krim pon boleh.
Ais krim???? Mak sukaaaaaaaaaaaaaa. Ok nurse. Hihihi.

okbai.


Sunday, April 10, 2016

Second Pregnancy: Second trisemester.


Tiba-tiba je dah masuk second tri semester ek.
Rasa macam kejap je. Hehe.
Masa masuk second tri ni perot aku still tak membesar lagi. Bila tengok cermin rasa macam ala bila lah perot ni nak besar2. Ekekeke.
Tapi bila check up doc cakap ok je. Pertumbuhan baby seiring dengan bulan. So aku pon okey je lah.


Check up keempat - 17/12/2015 (17 weeks)

So check up ke empat ni aku amik pukul 2 petang. Tepat2 pukul 2 aku dah sampai depan KK. Orang pertama kau. Siap nampak lagi nurse tengah nak bukak2 pintu. Haha!
So terus la masuk letak buku and amik nombor.
Tetibe aku nampak nurse kalut2.
Rupanya buku pink aku yang kat KK hilang.
Ish camne tah boleh hilangnya =.=

Tapi takpe lah biar dorang carik nanti. Hihihi.
So macam biasa aku pergi la amik sample urine dulu. Pastu timbang berat. 58.9kg!!
Omg berat gila aku T.T
Mana tak beratnya pagi makan, tengah hari makan, balik keje malam makan nasi sebab laki aku nak makan nasi. Lepas makan terus ngantuk pukul 10malam dah tido. Memang makin di pam2 la badan kan jawabnya. *nangis*

Tapi nurse takde lah pulak nak bising2 ke apa. Hihihi.
Urine okey. Tekanan darah ok. Paling best sebab Hb naik dengan jayanya. Yeayy!
Last check up 11.8.
Kali ni punya 12.6.
Takde tips pape pon. Cuma aku memang makan vitamin on time. Thanks la Datin Fieda sebab beri tunjuk ajar. Ekekeke.
Pagi2 lepas breakfast terus makan vitamin. Pagi2 masa breakfast tu minum jus. Jangan mengada2 nak minum teh ke kopi ke susu ke sebab tak elok untuk penyerapan vitamin. Gittew :P

Pastu malam sebelum tido baru minum susu.
Aku memang wajib minum susu sebab nak elakkan angin dalam badan.
Ada one time tu seminggu aku tak minum susu sebab malas nak pergi beli. Sekali perut aku keras gila. Risau la jugak. Jenis yang bila pegang perut tu tegang nak mati.
Bila gugel2 orang cakap baby tengah aktif la apa la. Masalahnya baby aku kecik lagi kot. Hahahaha!
So aku call KK, dorang cakap sebab tak minum susu ni. Badan berangin.
So terus la aku pergi beli susu. Susu HL je uols. Lepas tu baru la okey. Terkentut-kentut aku :P

Pastu aku tanya nurse kenapa belakang aku ni sakit sangat. Belah kiri je. Kat bahagian urat tu. Memang sakit gila weh. Memula pregnant tu boleh la seminggu sekali dia menyerang. Dah 4 bulan ni hari2 nak kene urut belakang + sapu minyak panas. Baru okey. Nurse cakap biasa je sebab badan makin berat T.T
Aku pon rasa aku berat gila. Dengan breast yg bapak membesar dengan jayanya. Punggung jangan cakap la. Kawan aku sendiri terkejut dengan bontot aku. Hahahahahah!

Aku kalau baring memang nak kene alas something kat tulang belakang. Memang rasa lenguh gila. alau kat opis tu alahai rasa macam nak baring je regangkan otot.

Pastu nurse amik tinggi rahim. Dengar heartbeat baby. Alhamdulillah lega aku bila dengar. hehe.
Bukan apa lepas balik dari Korea aku dah buat check up langsung. Dah la belom boleh rasa baby gerak2 kan. So aku tak tau dia okey ke tak kat dalam. Aku tanya nurse bila next scan. Nurse cakap masa 28weeks nanti baru buat scan lagi. Alahai lambatnya. Tak sabar nak tengok budak kecit kat dalam tu. Hehehehe.

So 2.30 camtu dah habes dah check up. Memang sekejap je. Once nama dah kene panggil terus check semua takde tunggu2 lagi. Macam kat KK Larkin dulu kalau tak 3 jam tak sah. Sebab ramai yang bawak baby check up. Hehehe.

So tu je lah kot perkembangannya.
Seluar jeans semua dah tak boleh nak button T.T
Tapi kalau aku keluar orang memang tak nampak perut aku sebab aku pakai blouse besar. Haha.
Kalau kat rumah memang terbonjol jelas la perut ku yang bulat tu.


Masa ni 4 bulan. Perot still tak nampak. Tu yang officemate lelaki semua tak percaya aku pregnant. Hahahaha

Scan 4D pertama (20weeks)

Sebenarnya tak plan pon nak buat scan seawal ni.
Tapi sebab time tu macam takde keje kan. Hari2 balik keje lalu depan klinik tu sebab klinik tu 5 minit je dari rumah.
So aku cakap dengan Akram jom la kite try scan baby nak?
Laki aku okey je. Hehe.
Lagipon laki aku ni tak pernah tengok perkembangan anak dia. Kesian.
Yelah kat KK pon bukan dia ikot kan. Everytime aku cakap aku dengar heart beat baby dia tak dapat dengar. Pastu aku cakap baby macam dah bergerak sikit2 la. Dia pon tak dapat nak rasa. hehe.
So jom je lah kita pergi buat scan.

Kalau ikot plan asalnya nak buat scan 4D ni masa 28-32 weeks camtu. Tapi takpe lah.
Anak pertama kan. Bagi la lebih sikit. Ekekeke.

So sabtu tu Akram try call klinik Nur Qaseh kat Salak Tinggi.
Tapi doctor takde la pulak haritu.
Naseb baik hari ahad doktor masuk. So kitorang datang ahad tu pukul 2.30 petang.
Before datang call dulu nak tanya okey ke tak kalau nak datang. Bila dorang cakap ok, kitorang terus lah siap2.



So inilah dia si kecik ni. Hihihi. Dalam perut dah pandai hisap jari pulak. Ish ish :)
Doktor perempuan yang check. Baik sangat doktor tu. Lama gila kitorang buat scan ni sebab banyak doktor explain. Rasa macam dekat sejam kot.
Dia tunjuk ukur lilit kepala, kaki, tangan, jantung, dengar degupan jantung, dan lain2 lagi.
Kitorang amik scan 4D je tak amik details scan pon sebab doc cakap selalunya orang buat detail scan tu kalau ibu ada sejarah penyakit atau kandungan bermasalah.

Pastu doc tunjuk la takde sumbing semua. Alhamdulillah.
Tiba2 doc tanya nak tau jantina tak?
Eh mesti lah nak tau. Bahahaha. AKu siap tanya doc lagi eh dah boleh tengok ke? Yelah macam awal lagi kan.
So doc tunjuk lah celah kaki dia tu. Nampak macam rata je. So kebarangkalian perempuan.
Takpe lah perempuan ke lelaki ke mother terima seadanya. Cewahhh.

Pastu doc tunjuk la graf perkembangan anak aku tu.
Dia ada range2 dia. Contoh untuk lima bulan ukur lilit kepala patot berapa, berat patot berapa, semua lah. So alhamdulillah anak aku dalam range yang betul. ehehe. Good girl :D

So bila dah siap semua boleh la balik. Doc print satu gambar je. Yang lain dia burn kan dalam cd.
Total RM85. Aku rasa murah sangat sebab pernah dengar tempat lain macam ada yang cas sampai 100++

Tunggu besar sikit nak buat scan lagi :)

Sapa2 yang duduk area Sepang boleh la google klinik Nur Qaseh.
Ni no telefon dia 03 87053394


Check up kelima - 18/1/2016 (21 weeks)

Aku datang pagi time ni. Saje je la nak ubah selera. Haha. Pukul 9 baru sampai klinik. Ingatkan tak ramai orang. Sekali ramai gila kot. Terus menyesal sebab datang pagi. Haha. 

Kk sini memang campur pregnancy and baby check up. Maybe sebab tak ramai sangat orang kot. So semua orang pon macam sukati je nak datang bila2 masa. 

Aku sampai dalam pukul 9pagi. 10.30 baru siap semua. This time Akram temankan sebab dia keje malam. So saje je la die nak ikot. Naseb baik masa kat klinik tetibe terjumpa member dia masa study dulu tengah bawak anak check up. So takde lah bosan sangat. 

Macam check up sebelum2 ni la. Kene amik air kencing, amik darah, tekanan darah dll. So far semua ok. Hb aku dah maintain je 12 ke atas. Alhamdulillah. Hehe. Berat pon naik konsisten. So nurse memang tak bising apa la. 

Pastu check up kali ni kene amik inject kancing gigi. Gila lenguh ok tangan lepas inject tu. Sabo je la. Pastu cek heart beat baby. Amik tinggi rahim. Tu je la. Pastu habes dan boleh balik. Hehe. 

Lepas aku masuk 5 bulan ni nafsu makan aku macam terkawal sikit. Mungkin baby dah besar kot, so aku macam cepat kenyang. Balik keje selalu memang tak makan nasi dah. Kalau lapar makan roti or biskut or minum esp shaklee. Tapi selalunya memang kenyang lagi dari makan lunch tu. So aku rasa sebab tu berat aku naik normal je. :) 

Tapi aku sangat lah suka makan benda manis. Orang cakap kalau suka manis2 ni baby girl. Yeke? Haha. Asyik je rasa nak makan kek, ais krim, coklat. Ada sekali tu pergi pasar malam. Punya lah panjang pasar malam tu ade lah dekat 30 gerai satu pon aku tak berkenan. Last2 cakap ngan Akram nak makan ais krim. Hehe. Gigih la Akram bawak singgah Seven E pulak lepas tu.

Ada sekali tu jugak gigih pergi Giant semata2 nak beli ais krim. Bahahaha.


Tiba2 masa lima bulan eh dah nampak dah baby bump. Hihihi. Macam magic pulak. Tapi bila baring terlentang perot macam jadi flat. Pastu cakap ngan Akram eh baby sembunyi mana pulak ni perot flat je. Wakakaka :P


Check up keenam -  15/2/2016 (25 weeks)

This time aku request nak amik petang balik. Hahaha. Balik keje aku singgah umah dulu makan tengah hari. Akram keje malam so dia nak ikot sekali. Aku ok je. Hehe. 

Sampai klinik kol 3 petang. Ok memang tak ramai orang. Ahkak suka. Ada la dalam 2-3 orang camtu tengah tunggu turn. Macam biasa lah aktiviti aku kene cek urin, cek hb, cek berat. Hb naik lagi. Sukanyaaaa. Hehehehe. Kali ni 12.6 :) 

Bila timbang berat tetibe rasa terkejut sebab dah 63kg. Omg aku memang tak pernah bayangkan berat aku seberat itu. Haha. Pastu aku cakap la kat nurse banyaknya naik. Seram pulak aku. Last month 60.5 je. Pastu nurse cakap naik 2.5kg je ok la tu. Now dah start seminggu kene naik 0.5kg. Owh baru tau. Ekekeke. Cuma terlebih setengah kg je la :P

Pastu dalam setengah jam camtu dah boleh masuk bilik rawatan. Kali ni dapat nurse yang best sebab dia bagi Akram masuk sekali. Haha. Seronok lah mamat tu sebab dia kan banyak tanya. Segala benda dia nak tanya. 

Cek tinggi rahim. Cek heartbeat baby. Heartbeat tinggi. Nurse cakap macam boy pon ada. Haha. Tak sabar nak 8 bulan nak buat scan lagi sekali nak confirmkan jantina. Huahua. 

Pastu nurse cerita la ada sorang ibu ni baru 30 tahun lebih. Keje dengan Brahims catering Mas. Angkat periuk la apa la. Satu hari tu terjatuh terus kene slip disk. This lady ni sebenarnya dah tanak anak dah. Tapi dia tak amik perancang. Dia buat rawatan batin ikat peranakan. Camne tah. Haha. Dan ditakdirkan pulak masa tu die baru dapat tau dia peknen dah 13 minggu. Dah besar la kiranya baby tu kan. Nurse cakap memang kesian. Orang biasa peknen pon dah sakit2 belakang sakit2 pinggang inikan pulak bila ada slip disk. Terus amik cuti tanpa gaji dekat dua tahun. 

Pastu Akram tanya la nurse tu aku selalu gak sakit2 belakang. Pastu ada sekali tu kene simpul biawak masa bangun pagi. Dah la Akram keje malam time tu. Menangis aku sorang2 dalam bilik. Sakit gila woi. Terus suruh Akram urutkan betis dia balik tu. 2 - 3 hari jugak sakitnya. Sekali nurse cakap sebenarnya tak boleh urut pon. Nak letak minyak pon sebenarnya tak berapa elok. Sebab minyak kan meresap. So takut ada effect pape kat baby. Nurse la yg cakap. So aku macam emmm ok la pasni tak payah la sapu pape. Just enjoy the pain je la. Wakakaka

Tapi sekarang aku dah tau dah camne nak buat kalau bangun pagi nak terkena simpul biawak. Dia macam boleh rasa tau masa bangun pagi tu kaki kau mcm semacam je. So bila aku dah rasa something wrong tu aku memang takkan terus bangun. Gerakkan kaki pon tak. Aku akan luruskan kaki dan tegakkan tapak kaki bagi betis macam tegang sikit. Pastu memang tak kene dah. Hehe. 

Pastu kene inject kancing gigi dos kedua. Dan boleh balik. Next check up kene pegi kk salak pulak sebab nak kene jumpa doctor untuk scan, cek uri and minum air gula lagi sekali. Horreyyyy. Wakakaka. Dulu first time minum sebab mak aku ada kencing manis. Yang lagi tiga minggu ni sebab macam wajib. Tapi kawan aku cakap die tak kene pon minum air gula. Maybe ikot kk kot. Nak kata berat aku over takde jugak. Dulu akak aku tipu mak aku ada kencing manis pon kene minum gak. Haha. Takpe lah. Tak menakutkan sangat pon air gula tu :P

Kk desa yang aku check up ni cuma ada nurse je. Tu yang nak jumpa doctor kene ke kk besar sikit. Nurse cakap better amik cuti sebab kk sana memang ramai gila orang. Okey kita tunggu la lagi tiga minggu nanti macam mana. Hehehe. Oh btw nurse cakap ada kk yg bagi makan kuih manis + air gula. Dorang macam dah kira siap2 kandungan gula dalam kuih tu. Pastu campur ngan air gula sikit. Gila best kan. Die cakap kat Melaka ada. Aku first time pulak dengar. Untunglah sape yang dapat camtu. Hehe. 


Lagi beberapa minggu je nak masuk third tri semester.
Belom rasa nervous lagi. Hahaha!
Kerajinan memasak semakin menjadi2. Sampai aku pon konpius. Aku yag rajin ke pembawakan budak yang lebih2 ni. Hahaha!
Akak aku sampai tak percaya dengan tahap kerajinan aku memasak. Kalah dia :P

So tu je lah kot cerita pasal second tri semester.
Sakit belakang dah kurang dah. Cuma kadang2 je lah lenguh2. Tak macam masa first tri dulu.
Nanti2 apdet lagi.

okbai.


Saturday, April 2, 2016

Second Pregnancy: First trisemester.


So pengalaman mengandung kali ni memang sangaaaaaaaaaaaaattttttttttttt mencabar.
Tri semester pertama aku jadi lesu gila.
Nak jalan pon malas. Asyik nak baring je.
Masa nak sampai ke 5weeks badan aku terlalu sakit. Pinggang sakit. Belakang jangan cakap lah nak menangis aku sebab sakit sangat. Sampai Akram nak ajak pergi berurut. Tapi bila aku google2 awal2 mengandung ni agak berisiko jugak kalau berurut, maka aku batalkan je hasrat tu. Takut dapat tukang urut yang tak berapa nak mahir kang susah jugak.

Start 6weeks, aku jadi semakin malas. Hahaha!
Nak bangun pagi pergi keje Ya Allah tuhan je yang tau dia punya malas tu macam mana.
Selalunya aku akan bangun subuh pukul 6.30 pagi camtu. Pastu solat subuh, baca al-mathurat, dan boommm tido balik kejap. Kadang2 rasa tak bergunanya diri ini asyik je tido lepas subuh.
Tapi apakan daya, sumpah tak larat. Aku pening2. Mual2 tapi jarang muntah.
Lepas tu manjang kebulur.

Selalunya aku breakfast makan roti, buah kurma, minum susu dalam pukul 9 camtu. Kang pukul 12 aku dah pergi lunch makan nasi. Nanti petang masa balik kerja dia punya lapar macamkan kau tak makan lunch. Sampai nak menangis sebab lapar melampau sampai nak muntah sebab lapar!
Haihhhh sabar je lah mak kau ni nak.

Nak masuk 7weeks tu aku start loya yang teruk. Tapi still tak muntah.
Nafsu makan aku jadi kurang. Tapi lapar. Kau boleh bayangkan tak azabnya tu macam mana. Kau nak makan tapi takde selera. Bangun pagi pening kepala. Badan letih. Dah la suami jauh. Sedih aku. hahaha!

Tapi aku selalu cakap dengan diri camni. Kalau ini lah yang harus aku lalui untuk dapatkan cahaya mata, aku rela. Wah gittew ha. Lepas tu nanti aku okey balik. Hihihi. Macam geli2 pulak kan. ekekeke. :')


Check up Pertama - 22/9/2015

Aku bukak buku awal. 4 weeks + dah bukak buku. Sampai nurse tu cakap awalnya nak bukak buku. Hehe. Tapi dia tak marah pon.
Aku cakap sebab dulu pernah gugur. So this time nak pantau elok2 sikit.
Sebelum bukak buku tu aku call KK awal2 bagitau nak bukak buku. So dia suruh sediakan dokumen siap2 la macam potostat IC laki, potostat surat nikah, bawak sekali surat nikah asal. Gitu.




Senang je pon nak bukak buku pink ni.
Mula2 datang amik nombor pastu semua nurse tolong isikan kat buku ni. Kau duduk je tunggu kene panggil. Bila dah kene panggil nanti dia cek tekanan darah, check hb, buat test air kencing, cek berat semua lah.
Pastu nanti masuk bilik rawatan dengan nurse. Nurse akan cek kaki, ajar camne nak check breast setiap kali lepas period. Pastu nanti dia terang kan la pasal kene makan makanan berkahsiat semua2 tu.
Disebabkan ibu aku ada sejarah kencing manis, so aku kene minum air gula awal. Next check up tu dah kene minum air gula. Haha! Dan disebabkan aku bukak buku awal so tak payah jumpa doktor dulu. Next check up baru jumpa doktor.

Lepas tu kene jumpa doktor gigi. Tapi doktor cakap bawah 5 bulan kot tak boleh buat rawatan gigi. So dia check camtu je lah.
Aku punya result awal okey. Hb: 13. Tekanan darah : 110/80. Yang lain2 tu biasa lah. Dalam pukul 10 lebih camtu dah siap dah.
Senang je rupanya.


Check up kedua - 20/10/2015 (8 weeks)

Second check up ni Akram amik cuti semata-mata nak temankan aku. Aku tak mintak pon, dia yang beria sangat. So ikot lah kau situ.
Sepatotnya pagi2 sampai klinik aku dah kene bagitau nurse yang aku kene minum air gula. Tapi aku ni blur bukan nak tanya nurse kat kaunter. Tahan lah aku sampai pergi letak buku je kat kaunter.
Dah la tak boleh makan pape kan. Sudahnya dalam pukul 9 baru nombor aku kene panggil naseb baik tak kene marah dengan nurse. Hehe.

Dia cakap bukan apa takot perot aku tak tahan je sebab dari pukul 10 malam dah tak makan pape.
So pukul 9 pagi tu baru aku minum air gula. Naseb baik okey je. Takde lah scary mana pon air gula tu. Orang selalu ekjazeret cerita minum air gula tu begitu scary sampai nak termuntah2. Aku minum okey je. Dah la aku ni bukan jenis kuat manis. Mungkin rezeki aku kot senang minum benda2 camni. Alhamdulillah.

Lepas minum air gula aku pergi jumpa doktor. Barulah doktor buat scan perot. Heheh.

Hello there! Duduk baik2 tau kat dalam tu. Hihihi.

Masa doktor tunjuk sceen monitor kat aku, rasa macam nak nangis kat situ jugak. Yelah masa first pregnant dulu nampak kecik je pastu tak jadi kan. This time nampak seketul besar gitu Ya Allah memang nak nangis la rasa. Hehe. Lagi2 bila doktor cakap dah nampak jantung dia rasa macam nak melompat2 aku kat situ. Hihi. Alhamdulillah Ya Allah untuk rezeki ni :) Check up kali ni Hb aku dah jatuh sikit :12.6. Tekanan darah : 110/72.

Pastu baru aku tau aku ni jenis darah B positif. Haha! Dah 27 tahun hidup baru tau jenis darah. Tu lah penakot sangat nak derma darah sampai ke sudah la tak pernah tau kan. hehe. Tapi selama ni memang aku rasa aku darah B pon. Cuma tak pernah pasti.


Cuma doktor cakap bacaan MCH aku tu rendah sangat which is bawah 27. Dia cakap itu indicate kalau kita ada Thalasimia atau pembawa. So dia suruh buat test darah lagi sekali. Bila aku buat lagi sekali pon bacaan lebih kurang sama je. Tapi doktor cakap jangan risau sangat. So dia cakap tak payah amik acid folic lagi. Terus makan obimin je.

Dalam pukul 11 lebih baru siap semua sebab minum air gula kan kene tunggu dua jam.
Yang paling boring laki aku la. Baru dia tau. Hahaha!
So terus aku cakap pasni tak payah gatal la nak ikot. Aku okey je. Takde la payah sangat buat check up ni sampai nak teman2 bagai. Ekekeke.


Check up ketiga - 19/11/2015 (13 weeks)

Masa check up ketiga ni aku dah pindah Sepang. So aku buat check up sini lah.
Kat sini just pergi Klinik desa je. Mungkin KK ramai sangat orang kot. So bila aku call KK salak tinggi, dia mintak aku buat check up kat Klinik Desa Geching.
Memang betol2 dalam hutan klinik desa ni. Hahaha!

Masa aku datang, aku sorang je yang nak check up pregnant. Yang lain semua check up baby.
Masa kat KK Larkin dulu masing2 kene bawak bekas urine sendiri. Kat sepang ni dorang sediakan bekas tetap kat area toilet tu. So semua orang pon letak urine kat situ guna bekas sama. Blur sungguh aku. Haha!

Pastu cek berat guna penimbang manual! Tau tak yang jenis adjust2 pemberat tu.
Berat naik 2.8kg kau!
Tapi nurse cakap mungkin ikot jenis penimbang jugak. So pasni check up follow bacaan baru je. Hehehe.
Hb makin turun : 11.8. Tekanan darah okey : 100/70

Nurse kat sini baik2 sungguh. Mungkin sebab tak ramai orang kot. Dia lah duduk kaunter. Dia jugak yang amik darah kau. Dia jugak yang check dalam bilik. haha!
Pastu nurse suruh baring atas katil nak check rahim. Tetibe dia keluarkan satu alat pastu cakap "Okey kita try check jantung baby ye"

Mula2 neves jugak sebab tak dengar pape pon.
Bila dia try lagi sekali baru dengar dup dup dup laju gila. Ya Allah rasa macam nak nangis okey. Haha! Gembira gila rasa. Camni rasa dia ek. Bahagia betol :D
Terus mesej Akram cakap dah dengar jantung baby. Apa lagi jeles la laki aku tu. Haha!

Dalam pukul 9 lebih dah siap dah semua. Kejap sangat. Tapi aku tetap masuk opis pukul 12 lebih. Ekekekeke :p
Balik rumah dulu tido jap sebab selsema. Pastu lunch dulu baru masuk opis
Next check up aku amik sesi petang sebab nanti boleh balik awal yeayyy. Ekekeke.


Trisemester pertama berlalu dengan jayanya. Hehe.
Result gula pon ok. 5.3 je.

Kalau nak cerita pasal pemakanan, aku tak banyak pantang sangat. Kalau ikot kata mak aku, dia cakap kalau nak pantang bair pantang betol2. Kalau tanak pantang jangan pantang langsung. nanti susah. Haha!

Tapi ada la sesetengah makanan yang aku tak makan jugak. Macam laksa, buah2 yang tak boleh makan (boleh google), daging yang kurang masak, sushi pon memang aku dah tak sentuh dah. Pastu ikan2 yang besar pon aku cuba elakkan sebab tinggi merkuri. Air tebu totally aku tak sentuh. Air kelapa pon tak minum masa awal2. Air soya pon tak minum. Kaffein aku kurangkan. Kadang2 ada lah minum teh O kalau makan kat kedai. Kopi memang aku tak minum.

Sebenarnya kalau ikot doktor, bukan tak boleh makan langsung, cuma kene berpada-pada. Jangan makan ikot nafsu. Tu yang jadi bahaya tu. Huhu. Kalau dalam bidang perubatan cuma ada tiga benda je yang korang kene elakkan.
1. Air tebu - sebabnya kurang bersih masa tebu tu di mesin. So ada sejenis bakteria bahaya dalam tu yang bahaya untuk jandungan.
2. Betik - Tak kisah la betil muda atau tua. Sebab getah dia tu boleh lembutkan daging. So elakkan.
3. Nenas muda - semua orang tau kot nenas muda bahaya kan. Hehehe

Pagi2 memang aku minum jus oren. Sebab nak makan vitamin. Susu aku minum malam before nak tido je. Pastu Akram ada lah belikan kurma, kacang2 tu semua. Sebab selalu lapar kan. Bahahaha!

Aku banyak jugak google benda pasal peknen kali ni. Apa boleh makan tak boleh makan. Apa boleh buat, apa yang tak boleh. Sebab pernah gugur kan dulu. Huhu

Keguguran Part 1

Keguguran Part 2

Akram pon jaga lebih sikit kali ni. Dia belikan bantal kekabu untuk buat alas masa aku drive. Yelah drive jauh kan. Pastu kalau nak travel jauh memang dia alas tempat duduk aku tu tebal2. Bantal, comforter, selimut semua dia hangkut. Hahahaha!

Itu je la kot cerita pasal awal2.
Nanti2 apdet lagi :)

Oh kalau nak baca cerita pasal macam mana aku buat untuk peknen kali kedua ni boleh baca sini Second Pregnancy.

okbai.