Tuesday, September 8, 2020

Luangkan masa di Nabila AgroFarm, Seremban

 Assalamualaikum.

Cuti Merdeka 31/8/2020 haritu aku luangkan masa bawak anak2 jalan dekat Nabila AgroFarm, Seremban. Actually tak tau pon kewujudan tempat ni. Walaupon dekat je dengan rumah (takdelah dekat sangat pon, sejam jugak 😂) tapi macam tak pernah nampak kawan2 upload gambar kat tempat ni.

So macam mana boleh tau?

Masa aku bawak Aminah check up doctor last weeknya tu jumpa dengan sorang member ni. Dia tanya cuti merdeka buat apa. Aku cakap takde plan lagi. Dia cakap jom lah keluar. Fikir2 mana tempat best nak bawak bebudak sebab area Sepang/Nilai bukan banyak tempat2 macam zoo tu kan. Pastu dia pernah pergi Nabila AgroFarm ni. Aku cakap aku tak pernah pergi so aku nak pergi sana. Jadi terus lah confirm nak bawak anak2 pergi sana.



Aku keluar rumah dalam 9 lebih. Amik member dekat Nilai, pastu terus pergi mamak sapedek dulu. Bawak anak2 macam ni lah, kene make sure dorang kenyang dulu barulah boleh keluar dengan aman. Yang kanan tu anak member, Amsyar. Dah macam adik beradik pulak gayanya. Ameera - Aminah - Amsyar.

Pukul 10.30am baru gerak dari Bandar Baru Nilai. Dalam 40 minit macam tu sampai Nabila AgroFarm ni. Masa tu cuaca dah start panas.

Parking alhamdulillah senang. Dan free. Dari parking nak masuk farm pon tak jauh nak berjalan kaki.



Masa mula2 sampai tu macam biasalah kene check in MySejahtera dulu. Make sure mask on! Pakai hand satinizer dan jangan dekat2 dengan orang lain.

Nak masuk tempat ni free je. Cuma dalam kawasan ni ada aktiviti2 yang korang boleh buat contohnya boleh bagi makan haiwan2, naik kuda, memanah, naik train (bajak) & naik atv. Macam nak bagi makan haiwan tu kene bayar Rm3/pax. Pastu boleh beli sayur nak bagi makan haiwan. Sepeket RM1. Kalau nak naik kuda RM15/3 round, boleh tukar2 orang dan ada pakej2 lain jugak. Naik train RM5/dewasa & RM3/kid. Memanah & naik atv tak pasti sebab kitorang tak beli yang tu.

So kitorang beli tiket untuk petting zoo, naik kuda & naik train/bajak.




Ada ayam, kambing, rabbit & rusa. Kambing2 kat sini aggresif ya mungkin kelaparan. Asal kitorang hulur sayur confirm dia makan. Siap nak menjulur kepala luar pagar haha.

Area rabbit tak amik gambar sebab semua tengah membuta. Tengah hari kan. Maybe waktu rehat dorang. Macam masa aku pergi zoo negara dulu waktu tengah hari semua haiwan pakat membuta sabo je lah. Lagipon rabbit2 tu semua tak berapa bersih jadinya aku tak bagi bebudak dekat sangat. 


Mak feeling2 anak tiga orang 😂


Bila bebudak dah boring, kitorang decide nak naik bajak. Tapi que panjang lah pulak. So makan dulu lah. Cafe dia dekat tempat beli tiket2 tu. Ada nasi ayam, masakan panas goreng2, buah, ice cream, air, dan celup tepung. Kitorang amik nasi dua, sup campur satu, ikan & sotong celup tepung. Tapi jangan expect celup tepung dia macam Terengganu punya ya. Sangat jauh beza. Haha! Tapi alhamdulillah lah rezeki masih boleh makan.

Ngam2 masa kitorang makan tu cuaca dah mendung. Ahh sudahhh. Tak lama lepas hujan turun selebat tidak 😆 Naseb baik lah tak naik bajak masa tu kalau tak mesti kene tempias2 jugak kan. So kitorang bertenang2 lah habeskan makan nasi dulu.

Lepas makan agak2 tengok hujan dah reda kitorang terus pergi area menunggang kuda. Masa tu tak ramai orang dah. Ada satu family je tengah que. Masa memula datang tu panjang gila orang que.



Tapi sayangnya anak2 mak semua penakut nak naik kuda. Jadinya rezeki Amsyar lah dapat naik 3 kali. Sekali dengan mak dia. Dua kali dengan makcik ni.

Serius neves weh. Aku tak ingat aku pernah naik kuda ke tak. Dah luput dari memori. Tapi masa naik kuda ni rasa kesian sangat. Dah la macam kurus. Aku ni dah la berat 😂 Masa memula naik tu terduduk belakang sikit. Terasa lah terduduk macam kat tulang kuda tu. Pastu budak tu suruh adjust ke depan. Eh terdepan sangat pulak haha! Kali ketiga baru ok.

Dah tu bergoyang2 pulak atas tu tak stabil. Adoi seriau betol aku kot2 aku tersenget pastu jatuh tersembam ke tanah 😆

Ngam2 masa pusingan last ni dah start renyai balik. Dan2 berlari masuk area cafe balik.



Tak lama lepas tu train/bajak sampai. Kitorang pon cepat2 que untuk naik takot lambat2 nanti makin ramai orang. Masa tu hujan pon alhamdulillah dah stop.

Belakang gambar tu lah cafe tu. Haritu kemain ramai umat manusia. Dah la dengan panasnya. Area Nabila AgroFarm ni tak banyak sangat pokok jadi bahang kemain. Naik pening kepala aku. Kalau macam Farm in the City tu redup je kan sebab banyak pokok berteduh. 







Bebudak cakap dorang tak suka naik benda alah ni 😂 Maybe sebab gayat. Yelah bajak yang bawak pastu belakang tempat2 duduk camni kan of coz lah bergoyang2 sikit. Masa amik corner pon dengan aku2 sekali menjerit sebab takot terbalik hahaha!

Jauh jugak dia bawak jalan round area farm dia ni. Sebenarnya tempat ni besar lagi cuma dia belom make use lagi semua area. Boleh nampak dia lepas kan kuda2 kat tanah lain, pastu ada kerbau, sungai. Ada tanah yang dia tanam limau kasturi Ya Allah gemok2 limaunya geram aku!



Aktiviti lain seperti memanah & atv

Bila dah takde aktiviti nak buat kitorang pon balik. Tak silap 3 jam je kitorang dalam tu. Dari 11.30am ke 2.30pm.

Ok lah untuk korang yang nak bawak anak fun sekejap2 je and tanak penat sangat. Tapi kalau ramai orang tu rasa semak sikit lah dah la panas. Hehe.



Kalau ada aktiviti baru nanti boleh datang lagi 😊

Dekat2 dengan Nabila ni ada Ostrich Farm, yang ni tak singgah haritu so tak tau apa ada kat sana. Maybe next time.



Love,

Wana.