Tuesday, January 20, 2015

Kesekian kalinya ke Wak Lan Bayu Malam, Bagan Lalang


Sabtu lepas untuk kesekian kalinya aku pergi makan kat Bagan Lalang.
Selalunya aku berdua je dengan Akram.
This time aku bawak Didie, Ajak & Sally sekali sebab memang dah niat nak belanja dorang makan lepas habes majlis kat rumah aku haritu.
Sally yang beading baju2 aku and buat hantaran aku, Ajak yang tolong gubah hantaran dan bawak fresh flowers all the way dari Puchong, dan Didie yang pakaikan aku henna.
Dan juga sebagai membalas jasa dorang yang jadi penyelamat mua terjun aku pada waktu itu. Hewhew.

Didie bawak kawan die sorang. Dari KL naik ktm sampai Bangi dan gerak sama2 dengan Ajak dan sally.
Aku of course lah gerak dengan my beloved husband kahkah dari rumah.
Mula2 nak jumpa kat Nilai. Last2 gerak sendiri2 je.
Aku keluar rumah 6.45 kot. Terus ke Bagan Lalang. Tak sangka lah pulak jem haritu.
Bila sampai je Bagan Lalang fuhhhhhhhhhhhh semua kedai full house!
Akram cakap mungkin sebab gomen baru bonus kot. So pakat bawak family makan besaq kat Bagan Lalang.



So kitorang decide nak makan lagi kat Wak Lan.
Mula2 tu dah park kat Senandung Malam. Tapi Akram tengok ikan takda ikan bawal. Aku yang nak makan ikan bawal tu.
Then Akram ajak pergi Wak Lan. Kalau ikotkan Senandung malam lagi ramai orang. Sekali je aku pernah makan kat Senandung Malam. Tapi Akram beria nak jugak makan kat Wak Lan. Ikot kan malas dah nak tukar. Sama je pon. Tapi Akram beria nak pergi aku ikot je la. Sebelah2 je pon kedainya tapi kene bawak kereta jugak.

Sampai kat Wak Lan meja memang full tapi ada pelayan tu cakap takpe pilih je seafood dulu nanti dia reserved kan meja.
So okey lah macam tu. Lagi bagus. Sebab before this kitorang datang kene carik meja sendiri then baru boleh pilih seafood.



Macam biasa tugas memilih seafood diserahkan kepada Akram.
Dorang yang lain sampai lambat. So aku order dulu sambil mesej2 dorang.
Cuma kupang je yang takde.

Habes je pilih seafood meja dah ready. :)
Tak lama lepas tu dorang pon sampai.
Bagus. Takde lah aku menunggu makanan sendiri dengan Akram. Biar seksaan menunggu makanan tu bersama-sama. Bahaha.


Dari kiri Ajak, Hainie (kawan satu UM tapi kos lain), Didie, Sally & Fazura

Sebenarnya Didie datang ke KL dengan membawa creampuff untuk aku.
Tapi sabtu tu Didie keluar berfoya-foya dengan Hainie dulu. So takkan lah nak hangkut creampuff aku bersama-sama dia kan. Mau benyek seharian. Haha! So creampuff di tinggalkan di rumah kakaknya di Cheras
So Didie cakap next time dia buatkan untuk aku. Aku nak amek pon Akram keje sabtu tu. So pasrah je lah. Next time Didie, next time. Aku tunggu.


Gambar ni membuatkan aku terasa kecik di sisi Akram. Haha! Tapi Ajak cakap Akram dah kurus. Menyampahnya. Sebab aku lepas kawen dah naik 3 kilo!! Grrrrr. Mana taknya sekarang malam asyik makan je. Yang si Akram ni "Takpe, bby mana gemok, gebu je" Cehhh.


Makanan sampai okey lah takde lah lambat sangat pon.


Ketam masak cili dan udang goreng kunyit. Mula2 nak tempah udang butter tapi orang kedai cakap tukang masak untuk menu tu cuti. So terpaksa lah tukar menu. Nak masak sambal macam dah semua pon nak masak sambal. So buat goreng kunyit je. Udang 100gram RM7.00 kau. Pengsan jap dengan harga udang sekarang. Mak aku kat rumah pon bercinta kalau nak beli udang. Nak menangis tengok harga. Sebab musim hujan kan. Rasanya nelayan pon berapa kerat je yang turun laut.


Sayur campur. Saje tambah2. Last2 aku sorang je yang makan. Dorang dah syok meratah ketam mana nak tengok sayur picisan macam ni. Terkial-kial aku habeskan sayur. Hahaha! Sebab sayur biasa je. Kureng kick. Sedap lagi sayur aku masak. Kahkah.


Pepahat. Ajak request. Siap pesan suruh order banyak2. Aku memang tak makan pepahat ni. Makanan berkerang yang aku makan cuma kerang & kupang je kot. Lain2 macam kepah ke pahat ke lala ke sorry tak boleh telan. Pepahat masak sweet sour telur masin.


Ketam masak cili. Bila orang kedai tu cakap pepahat boleh masak sweet sour telur masin, kitorang tanya jugak ketam tak boleh ke? Dia cakap tak boleh. Aku pon tak tanya lah kenapa. Padahal macam sama je kan? Takpe lah belasah je lah. Habes jugak. Akram, ajak, didie & sally je lah yang beria makan ketam ni. Aku makan kalau Akram kopek dan letak kat pinggan aku. Nama aku nak mengkokak ketam ni takda nya. Aku malas. Hahaha! Jenahak bakar sambal. Okey je.


Makanan kat atas ni je yang sampai awal. So kitorang terus makan.
Tengah2 makan baru sampai tomyam ayam, sotong goreng tepung, bawal sweet sour & siakap stim limau.
Sotong goreng tepung sedap. Rangup. Siakap stim limau biasa je sebab aku makan kat Pontian paling sedap!
Aku memang tak makan ikan masak stim ni. Tapi haritu masa kat rumah Akram dorang order siakap stim limau kat satu kedai ni memang sedap gila! Terus aku suka makan. Rencah dia banyak sangat. Next time kalau balik Pontian nak ajak Akram makan sana lagi order menu tu.


Tak berapa nak lichen. Haha! Ikan lah tak habes sebab banyak sangat. Last2 ajak tapau bawak balik. So far okey la masakan dia. Tapi aku tetap rasa Sungai Duyong, Melaka paling best setakat ni. Hehehe.


Lepas makan sempat jugak dorang ni buat aktiviti henna. Zzzzz


Lama gak kitorang melepak sambil bergosip. Tak sedar dah pukul 11 lebih time tu.
Didie dah la nak balik KL nek train.
Sekali sampai ktm Nilai, train pon dah takde.
Makanya Sally dan ehem2 terpaksa lah hantar dorang ke KL. :P


So total harga untuk menu:

1. Nasi putih x 6
2. Siakap stim limau x 1
3. Jenahak bakar sambal x 1
4. Bawal sweet sour x 1
5. Udang goreng kunyit macam dalam gambar
6. Lala sweet sour telur masin macam dalam gambar
7. Sotong goreng tepung x 5 ekor besar
8. Ketam sambal x 6 ekor
9. Tomyam ayam x 1
10. Sayur campur x 1
11. Limau ais x 2
12. Ais kosong x 3
13. Fresh oren x 2
14. Teh O limau panas x 1
15. Barli suam x 1

RM235.00

Ok lah harga dia. Sebab kalau aku makan berdua dengan Akram pon dalam rm70-rm80 jugak.
So ni makan untuk 6 orang just nice lah harga dia.

okbai.