Tuesday, April 19, 2016
Baby kurang aktif @ 34weeks
Alkisahnya semalam tiba-tiba baby macam kurang aktif. Masa aku bangun pagi pukul 5 tu ada lah rasa dia bangun jugak. Tapi tu memang biasa je sebab dia memang suka teman aku bangun pagi2. Haha! So macam biasalah aku masak, solat, siap2 nak pergi keje.
Pukul 6.40 pagi aku keluar pegi keje. Selalunya masa aku drive tu dia dah tendang2 aku dah. Memang time aku bercerita dengan dia masa drive. Masa tu memang dah aktif kemain la. Tapi semalam senyap je. So aku fikir takpe lah. Dia tido lagi kot. Aku pon drive lah macam biasa sampai office.
Tunggu2 sampai pukul 9 pagi still tak aktif. Aku minum air. Tekan2 perot. Pegi toilet pastu usap2 perot suruh dia bangun. Dalam hati dah risau jugak. Sebab selama ni memang terlebih aktif anak aku ni. Dah macam main bola dalam perot. So bila dia senyap je gelabah la aku kan.
Bila aku tekan2 perot tu adalah dia gerak2 sikit. Cuma slow sangat. Macam orang mamai2 gitu. Hahahaha!
Aku pon cakap la ngan baby "baby mamai eh. bangun lah. Asyik tido je" Sambil gelak2. Padahal dalam hati dah risau.
Pukul 10, 11, 12 pon sama. Senyap je. Gerak sikit2 masa aku tekan2 perot. Dah minum air banyak2 pon still slow. Terus whatsapp Akram cakap baby slow je harini.
Akram cakap dia penat kot. Haha! Penat apa tah nya.
Sambil2 tu aku dok google2 la internet carik info pasal baby tak aktif masa 34 minggu. Tapi majoriti aku jumpa semua jenis yang tak aktif bila dah dekat2 nak beranak macam 38 minggu, 39 minggu gitu. Bila dorang pergi hospital doctor check semua ok je. Jantung baby okey. Takde masalah pon. Aku macam lega lah jugak. Akram pon cakap tunggu je dulu tengok macam mana.
So aku still la kira gerakan baby. Start pukul 9 tu walaupon slow aku still je kira as satu gerakan. Huhu. Sampai pukul 5 petang tu baru 6 kali gerakan. Selalunya pukul 5 petang je dah habes 10 gerakan dah. Aku memang plan kalau tak cukup 10 gerakan sampai 9 malam nak terus pergi hospital je.
Tiba-tiba dalam pukul 5.30 petang camtu 'pap' kuat gila baby tendang perot aku. Hahaha! Masa tu rasa gembira yang amat lah cerita dia. Alhamdulillah baby ok. Haha! Tulah selama ni dok bising2 kat Akram sebab baby aktif sangat masa aku buat keje. Jenis yang menendang macam tengah berlawan dengan raksasa dalam perot. Sampai bergegar meja. Bila dia senyap tau pulak cuak. Ekekeke.
Lepas dia tendang kuat tu terus dia aktif macam biasa. :D
Balik2 rumah je terus Akram cakap2 ngan baby dalam perot.
Bila cerita2 dengan Akram kitorang pon buat kesimpulan yang baby penat main masa weekend.
Last week Akram keje malam. Seminggu memang aku tak jumpa dia sebab aku keluar keje awal.
Selalunya tiap2 pagi before aku pergi keje memang Akram borak2 dulu dengan baby.
So bila dah seminggu tak jumpa tu yang agaknya dia pulun main dengan ayah dia weekend tu.
Sebab first time sebenarnya tak jumpa seminggu. Selalu Akram keje malam pon still je jumpa pagi2. Hehehe. Rindu la kot konon2 nya. Ceh mengada betol dua beranak ni.
Ayah dia pulak asyik je mengendeng kat perot aku.
Tapi memang rasa lah masa weekend haritu dia banyak gerak.
Malam tu Akram cakap kat perot "ucil ucil. Main tak ingat dunia masa weekend. Pastu Isnin tido tak ingat dunia jugak" Hahahaha!
Haih baby baby.
Sayang ayah lebih eh. Takpe. Nanti malam2 suruh ayah jaga baby k. Mother nak tido. Hahahaha!
Harini pegi check up alhamdulillah la semua ok. Nurse cakap kepala baby memang dah kat bawah je. Belom engaged tapi dah macam fix takley gerak dah. Camne tah istilah dia aku pon tak reti nak explain. Tapi nurse cakap anak first 34weeks dah fix ni bagus la. So dia dah tak berguling lagi dalam perot. Tinggal tunggu engaged je. Selalunya 36weeks camtu baru dia fix. Aku kira awal jugak.
Kalau dah 36 weeks still kepala baby tak fix kat bawah tu yang doktor risau sikit. Gitu la kiranya nurse explain. Patot aku rasa baby tendang2 kat bahagian atas je. Memang kaki dia dah kat atas rupanya.
Ok baby, mother tak sabar nak jumpa baby. Tapi jangan keluar awal tau. Keluar ngam2 40weeks sebab nama pon mother tak prepare lagi ni. Wahahahaha. Hampeh betol makpak ni. Hehe.
Weh susah jugak lah nak pilih nama baby. Dulu masa bujang kemahin la buat list nama2 anak yang best. Ni bila dah nak keluar betol2 hambek kau kemahin payah nak decide. Sabo je la. hehe.
Nurse pesan kalau baby kurang aktif lagi minum air sejuk banyak2. Makan ais krim pon boleh.
Ais krim???? Mak sukaaaaaaaaaaaaaa. Ok nurse. Hihihi.
okbai.
Sunday, April 10, 2016
Second Pregnancy: Second trisemester.
Tiba-tiba je dah masuk second tri semester ek.
Rasa macam kejap je. Hehe.
Masa masuk second tri ni perot aku still tak membesar lagi. Bila tengok cermin rasa macam ala bila lah perot ni nak besar2. Ekekeke.
Tapi bila check up doc cakap ok je. Pertumbuhan baby seiring dengan bulan. So aku pon okey je lah.
Check up keempat - 17/12/2015 (17 weeks)
So check up ke empat ni aku amik pukul 2 petang. Tepat2 pukul 2 aku dah sampai depan KK. Orang pertama kau. Siap nampak lagi nurse tengah nak bukak2 pintu. Haha!
So terus la masuk letak buku and amik nombor.
Tetibe aku nampak nurse kalut2.
Rupanya buku pink aku yang kat KK hilang.
Ish camne tah boleh hilangnya =.=
Tapi takpe lah biar dorang carik nanti. Hihihi.
So macam biasa aku pergi la amik sample urine dulu. Pastu timbang berat. 58.9kg!!
Omg berat gila aku T.T
Mana tak beratnya pagi makan, tengah hari makan, balik keje malam makan nasi sebab laki aku nak makan nasi. Lepas makan terus ngantuk pukul 10malam dah tido. Memang makin di pam2 la badan kan jawabnya. *nangis*
Tapi nurse takde lah pulak nak bising2 ke apa. Hihihi.
Urine okey. Tekanan darah ok. Paling best sebab Hb naik dengan jayanya. Yeayy!
Last check up 11.8.
Kali ni punya 12.6.
Takde tips pape pon. Cuma aku memang makan vitamin on time. Thanks la Datin Fieda sebab beri tunjuk ajar. Ekekeke.
Pagi2 lepas breakfast terus makan vitamin. Pagi2 masa breakfast tu minum jus. Jangan mengada2 nak minum teh ke kopi ke susu ke sebab tak elok untuk penyerapan vitamin. Gittew :P
Pastu malam sebelum tido baru minum susu.
Aku memang wajib minum susu sebab nak elakkan angin dalam badan.
Ada one time tu seminggu aku tak minum susu sebab malas nak pergi beli. Sekali perut aku keras gila. Risau la jugak. Jenis yang bila pegang perut tu tegang nak mati.
Bila gugel2 orang cakap baby tengah aktif la apa la. Masalahnya baby aku kecik lagi kot. Hahahaha!
So aku call KK, dorang cakap sebab tak minum susu ni. Badan berangin.
So terus la aku pergi beli susu. Susu HL je uols. Lepas tu baru la okey. Terkentut-kentut aku :P
Pastu aku tanya nurse kenapa belakang aku ni sakit sangat. Belah kiri je. Kat bahagian urat tu. Memang sakit gila weh. Memula pregnant tu boleh la seminggu sekali dia menyerang. Dah 4 bulan ni hari2 nak kene urut belakang + sapu minyak panas. Baru okey. Nurse cakap biasa je sebab badan makin berat T.T
Aku pon rasa aku berat gila. Dengan breast yg bapak membesar dengan jayanya. Punggung jangan cakap la. Kawan aku sendiri terkejut dengan bontot aku. Hahahahahah!
Aku kalau baring memang nak kene alas something kat tulang belakang. Memang rasa lenguh gila. alau kat opis tu alahai rasa macam nak baring je regangkan otot.
Pastu nurse amik tinggi rahim. Dengar heartbeat baby. Alhamdulillah lega aku bila dengar. hehe.
Bukan apa lepas balik dari Korea aku dah buat check up langsung. Dah la belom boleh rasa baby gerak2 kan. So aku tak tau dia okey ke tak kat dalam. Aku tanya nurse bila next scan. Nurse cakap masa 28weeks nanti baru buat scan lagi. Alahai lambatnya. Tak sabar nak tengok budak kecit kat dalam tu. Hehehehe.
So 2.30 camtu dah habes dah check up. Memang sekejap je. Once nama dah kene panggil terus check semua takde tunggu2 lagi. Macam kat KK Larkin dulu kalau tak 3 jam tak sah. Sebab ramai yang bawak baby check up. Hehehe.
So tu je lah kot perkembangannya.
Seluar jeans semua dah tak boleh nak button T.T
Tapi kalau aku keluar orang memang tak nampak perut aku sebab aku pakai blouse besar. Haha.
Kalau kat rumah memang terbonjol jelas la perut ku yang bulat tu.
Masa ni 4 bulan. Perot still tak nampak. Tu yang officemate lelaki semua tak percaya aku pregnant. Hahahaha
Scan 4D pertama (20weeks)
Sebenarnya tak plan pon nak buat scan seawal ni.
Tapi sebab time tu macam takde keje kan. Hari2 balik keje lalu depan klinik tu sebab klinik tu 5 minit je dari rumah.
So aku cakap dengan Akram jom la kite try scan baby nak?
Laki aku okey je. Hehe.
Lagipon laki aku ni tak pernah tengok perkembangan anak dia. Kesian.
Yelah kat KK pon bukan dia ikot kan. Everytime aku cakap aku dengar heart beat baby dia tak dapat dengar. Pastu aku cakap baby macam dah bergerak sikit2 la. Dia pon tak dapat nak rasa. hehe.
So jom je lah kita pergi buat scan.
Kalau ikot plan asalnya nak buat scan 4D ni masa 28-32 weeks camtu. Tapi takpe lah.
Anak pertama kan. Bagi la lebih sikit. Ekekeke.
So sabtu tu Akram try call klinik Nur Qaseh kat Salak Tinggi.
Tapi doctor takde la pulak haritu.
Naseb baik hari ahad doktor masuk. So kitorang datang ahad tu pukul 2.30 petang.
Before datang call dulu nak tanya okey ke tak kalau nak datang. Bila dorang cakap ok, kitorang terus lah siap2.
So inilah dia si kecik ni. Hihihi. Dalam perut dah pandai hisap jari pulak. Ish ish :)
Doktor perempuan yang check. Baik sangat doktor tu. Lama gila kitorang buat scan ni sebab banyak doktor explain. Rasa macam dekat sejam kot.
Dia tunjuk ukur lilit kepala, kaki, tangan, jantung, dengar degupan jantung, dan lain2 lagi.
Kitorang amik scan 4D je tak amik details scan pon sebab doc cakap selalunya orang buat detail scan tu kalau ibu ada sejarah penyakit atau kandungan bermasalah.
Pastu doc tunjuk la takde sumbing semua. Alhamdulillah.
Tiba2 doc tanya nak tau jantina tak?
Eh mesti lah nak tau. Bahahaha. AKu siap tanya doc lagi eh dah boleh tengok ke? Yelah macam awal lagi kan.
So doc tunjuk lah celah kaki dia tu. Nampak macam rata je. So kebarangkalian perempuan.
Takpe lah perempuan ke lelaki ke mother terima seadanya. Cewahhh.
Pastu doc tunjuk la graf perkembangan anak aku tu.
Dia ada range2 dia. Contoh untuk lima bulan ukur lilit kepala patot berapa, berat patot berapa, semua lah. So alhamdulillah anak aku dalam range yang betul. ehehe. Good girl :D
So bila dah siap semua boleh la balik. Doc print satu gambar je. Yang lain dia burn kan dalam cd.
Total RM85. Aku rasa murah sangat sebab pernah dengar tempat lain macam ada yang cas sampai 100++
Tunggu besar sikit nak buat scan lagi :)
Sapa2 yang duduk area Sepang boleh la google klinik Nur Qaseh.
Ni no telefon dia 03 87053394
Check up kelima - 18/1/2016 (21 weeks)
Aku datang pagi time ni. Saje je la nak ubah selera. Haha. Pukul 9 baru sampai klinik. Ingatkan tak ramai orang. Sekali ramai gila kot. Terus menyesal sebab datang pagi. Haha.
Kk sini memang campur pregnancy and baby check up. Maybe sebab tak ramai sangat orang kot. So semua orang pon macam sukati je nak datang bila2 masa.
Aku sampai dalam pukul 9pagi. 10.30 baru siap semua. This time Akram temankan sebab dia keje malam. So saje je la die nak ikot. Naseb baik masa kat klinik tetibe terjumpa member dia masa study dulu tengah bawak anak check up. So takde lah bosan sangat.
Macam check up sebelum2 ni la. Kene amik air kencing, amik darah, tekanan darah dll. So far semua ok. Hb aku dah maintain je 12 ke atas. Alhamdulillah. Hehe. Berat pon naik konsisten. So nurse memang tak bising apa la.
Pastu check up kali ni kene amik inject kancing gigi. Gila lenguh ok tangan lepas inject tu. Sabo je la. Pastu cek heart beat baby. Amik tinggi rahim. Tu je la. Pastu habes dan boleh balik. Hehe.
Lepas aku masuk 5 bulan ni nafsu makan aku macam terkawal sikit. Mungkin baby dah besar kot, so aku macam cepat kenyang. Balik keje selalu memang tak makan nasi dah. Kalau lapar makan roti or biskut or minum esp shaklee. Tapi selalunya memang kenyang lagi dari makan lunch tu. So aku rasa sebab tu berat aku naik normal je. :)
Tapi aku sangat lah suka makan benda manis. Orang cakap kalau suka manis2 ni baby girl. Yeke? Haha. Asyik je rasa nak makan kek, ais krim, coklat. Ada sekali tu pergi pasar malam. Punya lah panjang pasar malam tu ade lah dekat 30 gerai satu pon aku tak berkenan. Last2 cakap ngan Akram nak makan ais krim. Hehe. Gigih la Akram bawak singgah Seven E pulak lepas tu.
Ada sekali tu jugak gigih pergi Giant semata2 nak beli ais krim. Bahahaha.
Tiba2 masa lima bulan eh dah nampak dah baby bump. Hihihi. Macam magic pulak. Tapi bila baring terlentang perot macam jadi flat. Pastu cakap ngan Akram eh baby sembunyi mana pulak ni perot flat je. Wakakaka :P
Check up keenam - 15/2/2016 (25 weeks)
This time aku request nak amik petang balik. Hahaha. Balik keje aku singgah umah dulu makan tengah hari. Akram keje malam so dia nak ikot sekali. Aku ok je. Hehe.
Sampai klinik kol 3 petang. Ok memang tak ramai orang. Ahkak suka. Ada la dalam 2-3 orang camtu tengah tunggu turn. Macam biasa lah aktiviti aku kene cek urin, cek hb, cek berat. Hb naik lagi. Sukanyaaaa. Hehehehe. Kali ni 12.6 :)
Bila timbang berat tetibe rasa terkejut sebab dah 63kg. Omg aku memang tak pernah bayangkan berat aku seberat itu. Haha. Pastu aku cakap la kat nurse banyaknya naik. Seram pulak aku. Last month 60.5 je. Pastu nurse cakap naik 2.5kg je ok la tu. Now dah start seminggu kene naik 0.5kg. Owh baru tau. Ekekeke. Cuma terlebih setengah kg je la :P
Pastu dalam setengah jam camtu dah boleh masuk bilik rawatan. Kali ni dapat nurse yang best sebab dia bagi Akram masuk sekali. Haha. Seronok lah mamat tu sebab dia kan banyak tanya. Segala benda dia nak tanya.
Cek tinggi rahim. Cek heartbeat baby. Heartbeat tinggi. Nurse cakap macam boy pon ada. Haha. Tak sabar nak 8 bulan nak buat scan lagi sekali nak confirmkan jantina. Huahua.
Pastu nurse cerita la ada sorang ibu ni baru 30 tahun lebih. Keje dengan Brahims catering Mas. Angkat periuk la apa la. Satu hari tu terjatuh terus kene slip disk. This lady ni sebenarnya dah tanak anak dah. Tapi dia tak amik perancang. Dia buat rawatan batin ikat peranakan. Camne tah. Haha. Dan ditakdirkan pulak masa tu die baru dapat tau dia peknen dah 13 minggu. Dah besar la kiranya baby tu kan. Nurse cakap memang kesian. Orang biasa peknen pon dah sakit2 belakang sakit2 pinggang inikan pulak bila ada slip disk. Terus amik cuti tanpa gaji dekat dua tahun.
Pastu Akram tanya la nurse tu aku selalu gak sakit2 belakang. Pastu ada sekali tu kene simpul biawak masa bangun pagi. Dah la Akram keje malam time tu. Menangis aku sorang2 dalam bilik. Sakit gila woi. Terus suruh Akram urutkan betis dia balik tu. 2 - 3 hari jugak sakitnya. Sekali nurse cakap sebenarnya tak boleh urut pon. Nak letak minyak pon sebenarnya tak berapa elok. Sebab minyak kan meresap. So takut ada effect pape kat baby. Nurse la yg cakap. So aku macam emmm ok la pasni tak payah la sapu pape. Just enjoy the pain je la. Wakakaka
Tapi sekarang aku dah tau dah camne nak buat kalau bangun pagi nak terkena simpul biawak. Dia macam boleh rasa tau masa bangun pagi tu kaki kau mcm semacam je. So bila aku dah rasa something wrong tu aku memang takkan terus bangun. Gerakkan kaki pon tak. Aku akan luruskan kaki dan tegakkan tapak kaki bagi betis macam tegang sikit. Pastu memang tak kene dah. Hehe.
Pastu kene inject kancing gigi dos kedua. Dan boleh balik. Next check up kene pegi kk salak pulak sebab nak kene jumpa doctor untuk scan, cek uri and minum air gula lagi sekali. Horreyyyy. Wakakaka. Dulu first time minum sebab mak aku ada kencing manis. Yang lagi tiga minggu ni sebab macam wajib. Tapi kawan aku cakap die tak kene pon minum air gula. Maybe ikot kk kot. Nak kata berat aku over takde jugak. Dulu akak aku tipu mak aku ada kencing manis pon kene minum gak. Haha. Takpe lah. Tak menakutkan sangat pon air gula tu :P
Kk desa yang aku check up ni cuma ada nurse je. Tu yang nak jumpa doctor kene ke kk besar sikit. Nurse cakap better amik cuti sebab kk sana memang ramai gila orang. Okey kita tunggu la lagi tiga minggu nanti macam mana. Hehehe. Oh btw nurse cakap ada kk yg bagi makan kuih manis + air gula. Dorang macam dah kira siap2 kandungan gula dalam kuih tu. Pastu campur ngan air gula sikit. Gila best kan. Die cakap kat Melaka ada. Aku first time pulak dengar. Untunglah sape yang dapat camtu. Hehe.
Lagi beberapa minggu je nak masuk third tri semester.
Belom rasa nervous lagi. Hahaha!
Kerajinan memasak semakin menjadi2. Sampai aku pon konpius. Aku yag rajin ke pembawakan budak yang lebih2 ni. Hahaha!
Akak aku sampai tak percaya dengan tahap kerajinan aku memasak. Kalah dia :P
So tu je lah kot cerita pasal second tri semester.
Sakit belakang dah kurang dah. Cuma kadang2 je lah lenguh2. Tak macam masa first tri dulu.
Nanti2 apdet lagi.
okbai.
Saturday, April 2, 2016
Second Pregnancy: First trisemester.
So pengalaman mengandung kali ni memang sangaaaaaaaaaaaaattttttttttttt mencabar.
Tri semester pertama aku jadi lesu gila.
Nak jalan pon malas. Asyik nak baring je.
Masa nak sampai ke 5weeks badan aku terlalu sakit. Pinggang sakit. Belakang jangan cakap lah nak menangis aku sebab sakit sangat. Sampai Akram nak ajak pergi berurut. Tapi bila aku google2 awal2 mengandung ni agak berisiko jugak kalau berurut, maka aku batalkan je hasrat tu. Takut dapat tukang urut yang tak berapa nak mahir kang susah jugak.
Start 6weeks, aku jadi semakin malas. Hahaha!
Nak bangun pagi pergi keje Ya Allah tuhan je yang tau dia punya malas tu macam mana.
Selalunya aku akan bangun subuh pukul 6.30 pagi camtu. Pastu solat subuh, baca al-mathurat, dan boommm tido balik kejap. Kadang2 rasa tak bergunanya diri ini asyik je tido lepas subuh.
Tapi apakan daya, sumpah tak larat. Aku pening2. Mual2 tapi jarang muntah.
Lepas tu manjang kebulur.
Selalunya aku breakfast makan roti, buah kurma, minum susu dalam pukul 9 camtu. Kang pukul 12 aku dah pergi lunch makan nasi. Nanti petang masa balik kerja dia punya lapar macamkan kau tak makan lunch. Sampai nak menangis sebab lapar melampau sampai nak muntah sebab lapar!
Haihhhh sabar je lah mak kau ni nak.
Nak masuk 7weeks tu aku start loya yang teruk. Tapi still tak muntah.
Nafsu makan aku jadi kurang. Tapi lapar. Kau boleh bayangkan tak azabnya tu macam mana. Kau nak makan tapi takde selera. Bangun pagi pening kepala. Badan letih. Dah la suami jauh. Sedih aku. hahaha!
Tapi aku selalu cakap dengan diri camni. Kalau ini lah yang harus aku lalui untuk dapatkan cahaya mata, aku rela. Wah gittew ha. Lepas tu nanti aku okey balik. Hihihi. Macam geli2 pulak kan. ekekeke. :')
Check up Pertama - 22/9/2015
Aku bukak buku awal. 4 weeks + dah bukak buku. Sampai nurse tu cakap awalnya nak bukak buku. Hehe. Tapi dia tak marah pon.
Aku cakap sebab dulu pernah gugur. So this time nak pantau elok2 sikit.
Sebelum bukak buku tu aku call KK awal2 bagitau nak bukak buku. So dia suruh sediakan dokumen siap2 la macam potostat IC laki, potostat surat nikah, bawak sekali surat nikah asal. Gitu.
Senang je pon nak bukak buku pink ni.
Mula2 datang amik nombor pastu semua nurse tolong isikan kat buku ni. Kau duduk je tunggu kene panggil. Bila dah kene panggil nanti dia cek tekanan darah, check hb, buat test air kencing, cek berat semua lah.
Pastu nanti masuk bilik rawatan dengan nurse. Nurse akan cek kaki, ajar camne nak check breast setiap kali lepas period. Pastu nanti dia terang kan la pasal kene makan makanan berkahsiat semua2 tu.
Disebabkan ibu aku ada sejarah kencing manis, so aku kene minum air gula awal. Next check up tu dah kene minum air gula. Haha! Dan disebabkan aku bukak buku awal so tak payah jumpa doktor dulu. Next check up baru jumpa doktor.
Lepas tu kene jumpa doktor gigi. Tapi doktor cakap bawah 5 bulan kot tak boleh buat rawatan gigi. So dia check camtu je lah.
Aku punya result awal okey. Hb: 13. Tekanan darah : 110/80. Yang lain2 tu biasa lah. Dalam pukul 10 lebih camtu dah siap dah.
Senang je rupanya.
Check up kedua - 20/10/2015 (8 weeks)
Second check up ni Akram amik cuti semata-mata nak temankan aku. Aku tak mintak pon, dia yang beria sangat. So ikot lah kau situ.
Sepatotnya pagi2 sampai klinik aku dah kene bagitau nurse yang aku kene minum air gula. Tapi aku ni blur bukan nak tanya nurse kat kaunter. Tahan lah aku sampai pergi letak buku je kat kaunter.
Dah la tak boleh makan pape kan. Sudahnya dalam pukul 9 baru nombor aku kene panggil naseb baik tak kene marah dengan nurse. Hehe.
Dia cakap bukan apa takot perot aku tak tahan je sebab dari pukul 10 malam dah tak makan pape.
So pukul 9 pagi tu baru aku minum air gula. Naseb baik okey je. Takde lah scary mana pon air gula tu. Orang selalu ekjazeret cerita minum air gula tu begitu scary sampai nak termuntah2. Aku minum okey je. Dah la aku ni bukan jenis kuat manis. Mungkin rezeki aku kot senang minum benda2 camni. Alhamdulillah.
Lepas minum air gula aku pergi jumpa doktor. Barulah doktor buat scan perot. Heheh.
Hello there! Duduk baik2 tau kat dalam tu. Hihihi.
Masa doktor tunjuk sceen monitor kat aku, rasa macam nak nangis kat situ jugak. Yelah masa first pregnant dulu nampak kecik je pastu tak jadi kan. This time nampak seketul besar gitu Ya Allah memang nak nangis la rasa. Hehe. Lagi2 bila doktor cakap dah nampak jantung dia rasa macam nak melompat2 aku kat situ. Hihi. Alhamdulillah Ya Allah untuk rezeki ni :) Check up kali ni Hb aku dah jatuh sikit :12.6. Tekanan darah : 110/72.
Pastu baru aku tau aku ni jenis darah B positif. Haha! Dah 27 tahun hidup baru tau jenis darah. Tu lah penakot sangat nak derma darah sampai ke sudah la tak pernah tau kan. hehe. Tapi selama ni memang aku rasa aku darah B pon. Cuma tak pernah pasti.
Cuma doktor cakap bacaan MCH aku tu rendah sangat which is bawah 27. Dia cakap itu indicate kalau kita ada Thalasimia atau pembawa. So dia suruh buat test darah lagi sekali. Bila aku buat lagi sekali pon bacaan lebih kurang sama je. Tapi doktor cakap jangan risau sangat. So dia cakap tak payah amik acid folic lagi. Terus makan obimin je.
Dalam pukul 11 lebih baru siap semua sebab minum air gula kan kene tunggu dua jam.
Yang paling boring laki aku la. Baru dia tau. Hahaha!
So terus aku cakap pasni tak payah gatal la nak ikot. Aku okey je. Takde la payah sangat buat check up ni sampai nak teman2 bagai. Ekekeke.
Check up ketiga - 19/11/2015 (13 weeks)
Masa check up ketiga ni aku dah pindah Sepang. So aku buat check up sini lah.
Kat sini just pergi Klinik desa je. Mungkin KK ramai sangat orang kot. So bila aku call KK salak tinggi, dia mintak aku buat check up kat Klinik Desa Geching.
Memang betol2 dalam hutan klinik desa ni. Hahaha!
Masa aku datang, aku sorang je yang nak check up pregnant. Yang lain semua check up baby.
Masa kat KK Larkin dulu masing2 kene bawak bekas urine sendiri. Kat sepang ni dorang sediakan bekas tetap kat area toilet tu. So semua orang pon letak urine kat situ guna bekas sama. Blur sungguh aku. Haha!
Pastu cek berat guna penimbang manual! Tau tak yang jenis adjust2 pemberat tu.
Berat naik 2.8kg kau!
Tapi nurse cakap mungkin ikot jenis penimbang jugak. So pasni check up follow bacaan baru je. Hehehe.
Hb makin turun : 11.8. Tekanan darah okey : 100/70
Nurse kat sini baik2 sungguh. Mungkin sebab tak ramai orang kot. Dia lah duduk kaunter. Dia jugak yang amik darah kau. Dia jugak yang check dalam bilik. haha!
Pastu nurse suruh baring atas katil nak check rahim. Tetibe dia keluarkan satu alat pastu cakap "Okey kita try check jantung baby ye"
Mula2 neves jugak sebab tak dengar pape pon.
Bila dia try lagi sekali baru dengar dup dup dup laju gila. Ya Allah rasa macam nak nangis okey. Haha! Gembira gila rasa. Camni rasa dia ek. Bahagia betol :D
Terus mesej Akram cakap dah dengar jantung baby. Apa lagi jeles la laki aku tu. Haha!
Dalam pukul 9 lebih dah siap dah semua. Kejap sangat. Tapi aku tetap masuk opis pukul 12 lebih. Ekekekeke :p
Balik rumah dulu tido jap sebab selsema. Pastu lunch dulu baru masuk opis
Next check up aku amik sesi petang sebab nanti boleh balik awal yeayyy. Ekekeke.
Trisemester pertama berlalu dengan jayanya. Hehe.
Result gula pon ok. 5.3 je.
Kalau nak cerita pasal pemakanan, aku tak banyak pantang sangat. Kalau ikot kata mak aku, dia cakap kalau nak pantang bair pantang betol2. Kalau tanak pantang jangan pantang langsung. nanti susah. Haha!
Tapi ada la sesetengah makanan yang aku tak makan jugak. Macam laksa, buah2 yang tak boleh makan (boleh google), daging yang kurang masak, sushi pon memang aku dah tak sentuh dah. Pastu ikan2 yang besar pon aku cuba elakkan sebab tinggi merkuri. Air tebu totally aku tak sentuh. Air kelapa pon tak minum masa awal2. Air soya pon tak minum. Kaffein aku kurangkan. Kadang2 ada lah minum teh O kalau makan kat kedai. Kopi memang aku tak minum.
Sebenarnya kalau ikot doktor, bukan tak boleh makan langsung, cuma kene berpada-pada. Jangan makan ikot nafsu. Tu yang jadi bahaya tu. Huhu. Kalau dalam bidang perubatan cuma ada tiga benda je yang korang kene elakkan.
1. Air tebu - sebabnya kurang bersih masa tebu tu di mesin. So ada sejenis bakteria bahaya dalam tu yang bahaya untuk jandungan.
2. Betik - Tak kisah la betil muda atau tua. Sebab getah dia tu boleh lembutkan daging. So elakkan.
3. Nenas muda - semua orang tau kot nenas muda bahaya kan. Hehehe
Pagi2 memang aku minum jus oren. Sebab nak makan vitamin. Susu aku minum malam before nak tido je. Pastu Akram ada lah belikan kurma, kacang2 tu semua. Sebab selalu lapar kan. Bahahaha!
Aku banyak jugak google benda pasal peknen kali ni. Apa boleh makan tak boleh makan. Apa boleh buat, apa yang tak boleh. Sebab pernah gugur kan dulu. Huhu
Keguguran Part 1
Keguguran Part 2
Akram pon jaga lebih sikit kali ni. Dia belikan bantal kekabu untuk buat alas masa aku drive. Yelah drive jauh kan. Pastu kalau nak travel jauh memang dia alas tempat duduk aku tu tebal2. Bantal, comforter, selimut semua dia hangkut. Hahahaha!
Itu je la kot cerita pasal awal2.
Nanti2 apdet lagi :)
Oh kalau nak baca cerita pasal macam mana aku buat untuk peknen kali kedua ni boleh baca sini Second Pregnancy.
okbai.