Monday, July 23, 2012
Giant, Peneraju harga rendah. Kononnya lah.
Pernah tak korang pergi beli barang tak kisah lah kat Giant ke, Carefour ke, Tesco ke ape2 je lah and excited nak amik barang tu sebab harga dia murah sekali pergi bayar kat kaunter eh apehal mahal pulak kan.
Fuhhhhhhhhhhhh memang mendatangkan kemarahan ini.
pernah?
kalau tak pernah baguslah.
aku dengan Akram selalu jugak lah kene.
setakat ni dah 3 kali.
semua kat Giant sebab kitorang suka beli barang kat Giant sebab terpengaruh dengan tagline Giant Peneraju harga rendah padehal kadang2 mahal jugak.
Gambar atas ni yang kali ketiga kitorang kene.
time tu nak beli buah pear yang kecik comel ade kaler merah2 sikit tuh.
Giant buat promosi memang murah la.
dia dah siap2 packing and letak harga.
kitorang jumpa ada satu packing ni dalam dia ada 6 bijik. yang lain2 semua 5 bijik.
so kitorang assume Giant silap packing so kitorang amik.
jalan2 tengok2 tempat lain memang takde jual buah pear camtu.
kat situ je ade.
so bila dah bayar tup2 harga yang keluar lain.
takpe. kite pergi customer service.
rupa2 nya buah yang kitorang amik tu yang paket lain.
besar sikit.
eleh padehal satu tempat tu je lah yang jual buah tu.
last2 budak tu tukar dengan yang paket 5 bijik tu and pulang duit baki.
masa first time kitorang kene time tu nak beli cecair untuk letak kat cermin kereta bagi clear sikit bila hujan.
time tu ade promosi.
bape hinggit tu of crosss aku dah lupa kan.
sekali bila bayar eh apehal mahal.
takley jadik. mari ke customer service.
rupa-rupanya staff Giant lupa nak tukar harga.
time tu kitorang dapat barang yang sama and dapat duit baki.
sebab salah dorang.
aku pernah kene sekali kat Giant Bangi tapi time tu aku sorang.
aku nak beli hanger baju. time tu die tulis ade promosi.
sekali time nak bayar aku perasan mahal.
aku tanya lah.
cashier tu cakap camni "dorang lupa nak tukar. so nak ke taknak?" sial je kan jawab camtu.
aku bayar jugak sebab malas nak panjang2.
lepas tuh bila aku cerita kat Akram dia cakap "Lah apesal cakap dengan cashier. cashier bukan boleh buat ape. Lain kali bayar dulu then pergi customer service"
owhhhhhhhhhh okey.
baru tau. hehehe
So sekarang everytime lepas bayar barang kitorang akan check harga satu persatu.
hehe.
bukan lah tak mampu nak bayar.
tapi buat ape nak bayar lebih kalau boleh dapat harga murah kan?
baru dorang reti sikit nak buat kerja.
selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa.
aku sambut puasa 1 Ramadhan je.
malam tu terussssssss dan dan cuti.
jadi mari kita lunch sorok-sorok.
hakk hakk.
okbai.