tadi aku try check kan adik aku punye result UPU sebab kan orang pung pang pung pang UPU kuar arini kan. so secara tak langsung aku pon tau lah jugak so boring2 tadi aku check la kejap. terkejut aku adik aku dapat asasi UIA. biar betol ko apply UIA ni yun?
adik aku ni Pn. Saerah beria suruh dia jadi doktor. tapi si adik aku ni entah doktor ape dia nak jadi dia pon tak tahu. tapi dia ni agak cemerlang jugak dalam Biology. dia ni kira terbalik lah dengan aku. dulu kat sekolah kan aku minat fizik kan tapi dia ni lebih kepada subjek yang aku benci iaitu biology (skema gila ayat)
aku pernah citer dekat Pn. Saerah yang kawan aku sorang ni kene paksa dengan mak dia amik medic. tetiba Pn. Saerah cakap,
' Ibu pon nak paksa ayun jadik doktor jugak lah. hehe '
so everytime adik aku balik dari asrama Pn. Saerah mesti cakap ' Eh Doktor Aiman dah balik lah '
aku ni dulu naseb baik Pn. Saerah tak kisah aku amik ape. kalau dia nak aku jadik doktor masaakk aku. celah mana nak bagi aku suke biology tuh. memang mintak ampun lah :P
aku bukan ape aku dok dengar orang cakap UIA ni susah la tu lah ni lah. kene amik bahasa arab berduyun-duyun lah. lepas tuh subjek english kene tough jugak. tak kisah lah. tapi yang bahasa Arab tuh yang tak tahan tuh. boleh tahan ke adik aku ni amik Arab. dah la sekolah agama sampai darjah 4 je macam aku. lepas masuk asrama taknak sambung sebab malas :P
dental macam course yang tough la jugak nanti tambah2 dengan subjek2 lain yang takde kaitan lagi lah bertambah-tambah dugaannya kan. well aku ni ramai lah jugak kawan dekat UIA tuh. mendengar cerita dorang ni agak scary lah jugak. kawan aku siap cakap jangan terima lagi. haha !
lagi satu adik aku dapat offer Matrik Johor jugak. so kalau dia nak amik matrik dulu pon takpe. tapi matrik sains fizikal. well boleh tukar kan nanti. bagi aku matrik tuh takdelah susah sangat. yep memang matrik setahun tapi okey je. agaknye sebab dulu aku matrik kedah kot so tak banyak hiburan. boleh la study kan. setakat duduk changlun tuh ape je yang ada =____= so tiap2 minggu aku balik umah kakak aku dekat kuala perlis lagi best.
matrik kedah di hatiku *muntah.
ala matrik setahun je. kalau asasi UIA dua tahun kan? ke setahun jugak? matrik lagi senang. 3 subjek je kot. fizik or biology, then kimia and math. 3 je yang wajib. then adalah tambahan sikit like english, agama and ape tuh yang susun2 pinggan mangkuk tuh. lupa dah. tapi ramai cakap matrik susah sebab setahun tak sempat study kene rush bagai. errr no komen lah.
ari tuh adik aku dapat interview dengan jpa pergi korea tapi tak pergi sebab surat tak sampai. then check online dah terlepas tarikh. nak wat cane takde rezeki kot. huhu.
so ade sape2 yang boleh bagi info pasal asasi UIA ni or pasal dental dekat UIA ni boleh drop comment ye. really2 appreciate. tapi kalau aku taknak UIA ni. eleh ko ingat UIA ni nak ko ke syazwana. haha ! well dulu aku tak bijak sangat so dapat offer matrik kedah je. satu tuh je lah tak payah pening2 nak pilih. ni lah susah jadik pandai ni banyak sangat choice nye. :P
eh tapi kalau adik aku masuk UIA mesti ada chance aku dapat adik ipar orang Arab kan?
ok bai.