Tuesday, December 24, 2013

Chicken Chop Hutan Bandar RM5 Yang pemes tuuuuu.


Lama gila tak buat entry makan2 kan.
I is on diet u know. Kakakaka. Sila jangan percaya.

Weekend lepas aku follow Akram balik rumah dia kat Pontian.
Actually pakcik die kawen Ahad tu. So plan asalnya Akram balik naik flight, aku amik dia kat airport, kitorang balik Pontian, aku tido sana, Ahad nanti aku hantar dia pergi Senai Airport and terus balik rumah.
Aku okey2 je lah sebab ingatkan rumah dia takde orang.
Tapi tetibe last minit rupanya abang dia satu family balik, and adik dia yang keje kat segamat pon balik.
So bila dah ramai2 aku pon macam segan jugak. Dah la tak kawen lagi. Nak menyidai2 kat rumah orang. Hahah!
So aku suruh Akram hantar aku balik Sabtu petang tu. Dia bawak kereta aku. Ahad dia amik aku, terus pergi airport.


Sabtu petang masa on the way balik JB aku dok menyanyi2 kat telinga Akram cakap lapar.
Sekali Akram cakap "Eh tengah hari kan dah makan"
Macam tak paham2 perot aku ni camne kan. Lagi mau tanya. Hahaha!
Dan disebabkan aku ni dari dulu lagi teringin nak try Chicken Chop yang pemes gila ni maka ke sana la kite.

Rasanya orang JB semua tau kot Chicken Chop RM5 ni.
Dia dah ada banyak cawangan dah tapi aku mana la nak tau. Harap je orang Johor tapi duduk JB pon baru sebulan.
Aku tau yang kat Hutan Bandar ni je lah.
Tapi takpe kite try dulu.


Sampai2 je dah berderet kereta. Tapi luckily dapat parking bebetol depan kedai. Padehal depan aku time tu ada kereta lain carik parking. Mungkin dia tak nampak. 



Chicken Chop Hutan Bandar RM5. Papehal mai kite carik seat dulu.








Penuh gila orang!
Masa aku sampai pon dah ramai yang tengah menunggu seat kosong.
Tapi mungkin sebab aku lucky gila malam tu, budak2 yang duduk makan area aku berdiri tu dah nak habes makan.
Dorang bangun je terus kitorang pergi duduk kat situ.
Ada yang datang lagi awal still tak dapat tempat lagi.
Nak buat camne kan.
Kalau nak makan tempat2 camni memang memerlukan ketangkasan dan sifat kurang malu yang amat tinggi.
Ada satu group tu dorang dah la ramai. Patotnya dorang berpecah la tunggu kat meja2 yang orang dah nak abes makan.
Ni dorang tunggu satu tempat je. So aku yang tak malu ni duduk dulu la ye.



Kat atas meja ada orang letak jelly kelapa, otak2 dengan kacang rebus.



Dia ni memang hantu kacang rebus. Itu pasal kepala pon dah bentuk macam kacang. Hahahahaha! Sikit tak pelawa aku. Tengok2 dah tinggal sikit. Naseb baik tak sedap.



Sementara nak tunggu makanan sampai marilah kita menghabeskan masa dulu. Alamak guna camera depan gelap pulak.



Goyang pulak.



Okey baru cun! Si comel dan si kepala kacang. Ngagagaga. Aku rasa bentuk kepala Akram macam kacang. Ke aku sorang je yang rasa?



Cewah kawan2 aku dok menganjing cakap kene tunggu 3 jam. Masa aku baca tu tetibe neves kalau betul2 sampai tiga jam kene tunggu. Aku dah la lapar gila time tu. Tak lama lepas tu terus makanan sampai. Bagus. Macam tau2 je aku ni pelanggan untuk pertama kali. Kalau lambat memang aku meroyan la kat blog. Kakakaa.



Fresh oren untuk aku. Durian belanda untuk Akram. Sebenarnya aku ni kureng sikit dengan air manis. Tapi disebabkan Akram baru gaji marilah kita order air sedap2 sikit.



Akram dan kambing memang tidak dapat dipisahkan. So menu untuk Akram, Lamb Chop.


Aku try sikit lamb chop ni. Tapi aku kan jarang makan kambing ni so aku tak tau lah sedap ke tak.
Tapi yang aku rasa, kambing ni die rasa kambing sangat.
Memang la rasa kambing kan dah nama daging kambing. Tapi aku pernah makan kat tempat lain yang daging kambing dia tak rasa langsung daging kambing.
Akram cakap lamb chop dia ni banyak lemak. So macam pening kepala sikit.



Menu aku. Grilled Chicken Chop.


Ini bukan chicken chop RM5 tu.
Ni up sikit RM7.50.
Kalau yang RM5 tu chicken chop biasa.
Tapi ayam die ni tersangat lah lembut.
Kuah pon sedap.
So berbaloi lah dengan harga tu.



Okey nanti aku try cawangan die pulak.
Nak rasa chicken chop yang paling femes dengan harga RM5 tu.

Kalau nak try boleh usha alamat bawah ni:

Chicken Chop Hutan Bandar
Hutan Bandar Johor Bharu,
Jalan Tasek Utara, Taman Bakti,
80200 Johor Bahru.
GPS: N01 28.840" E103 44.772"


okbai.