Friday, January 2, 2015

Bridal Aiman Amin Kota Tinggi : Kalau tanak menyesal sila jangan amik!


Kisah bermula bila bridal idaman (Andaman Ikhlas Bridal) yang aku nak hired untuk majlis aku tu dah full!
Semua gara2 lambat confirm tarikh majlis. Yelah mula2 mak aku nak suruh buat majlis bulan 9. Aku dengan Akram dah plan nak buat bulan 11. So bila aku nak booking bridal tak boleh nak confirm tarikh.
Bila dah confirm tarikh tanya2 balik bridal tu dah penuh :'(
Ada kosong seminggu sebelum majlis aku. Tapi takkan nak ubah tarikh semata2 sebab bridal kan.
Makanya selamat tinggal bridal idaman hati. Penat aku rekemen kat kawan2 pasal bridal tu last2 aku sendiri tak dapat guna.

So ada satu hari Ahad tu aku, Sally & Didie try la keluar pergi bandar Kota sebab nak ushar bridal.
Mula-mula aku try pergi Marsa Andaman. Harga not bad. Pakej pon okey. Marsa Andaman ni kawan aku yang rekemen sebab dia pakai. Boleh la dia kata. Baju pon aku tengok cantik2 jugak.
So masuk dah dalam list aku.
Lepas tu aku try nak tengok bridal lain. Tapi sebab kitorang keluar hari Ahad maka banyak kedai yang tutup. Sedih la jugak.
Last2 kitorang jumpa Aiman Amin Bridal ni. Dan segala drama pon bermula.


Aiman Amin sebelah House of Healing. Deret2 KFC kota tinggi. Kat bawah bangunan baitulmal.


Close Up


Bebetul kat depan jam besar tengah bandar tu. 


Actually Bridal Aiman Amin ni ada sekali dengan set catering.
Tapi dalam banyak2 pakej dia ada satu pakej yang affordable.
Rm1999 untuk pelamin, baju 7 pasang, mekap 2 kali,hiasan meja makan damai dan aku tak ingat apa lagi. Transport free. Murah kan?
Masa tu aku deal dengan Kak Seri.
So aku cakap baju tujuh pasang banyak sangat. Aku nak guna dua je. And mekap nak tambah lagi satu.
So dia pon okey je. So untuk harga RM2k tu aku dapat pelamin, hiasan meja makan damai, baju dua, mekap tiga kali, pintu gerbang dan free kek. Lepas tu dapat free test mekap. Lepas tu kalau ada pelamin yang berkenan boleh tunjuk kat dorang.
Dan Kak Seri cakap boleh request baju baru. Tu yang aku eksited tu. Sebab dapat baju baru weh. Bridal before tu aku tanya kalau nak baju baru kene tambah rm200 ke rm300 macam tu.

So aku tanya Sally, dia cakap pon macam okey sebab dapat baju baru kan.
Sally tanya aku nak survey tempat lain tak. Mungkin silap aku jugak sebab aku malas nak survey banyak2 tempat. Dan jugak malas nak semak2 otak pikir pasal persiapan kawen.
Aku terus bayar deposit.

Sebenarnya masa first time aku datang sana banyak gambar pelamin tak apdet.
Gambar mekap pon banyak tak apdet. Tapi entah la ek. Mungkin dah takdir kot. Haha!

Next monthnya kot Kak Shida (anak Kak Seri) mesej aku suruh tambah payment Rm500.
Aku okey je time tu. So aku datang untuk bayar lagi duit bridal. Aku bayar Rm500.
Next appoinment tu memang dah tak handle dengan Kak Seri dah. Semua anak dia yang handle, Kak Shida.

Tak silap aku masa nak raya kot, aku nak tambah payment lagi. Tapi masa tu aku cakap awal² aku boleh bayar Rm350 je sebab tak gaji lagi. Lagipon nak raya kan. Tau dia cakap apa "Alaa bayar la Rm500" Ko rasa manusia jenis apa ni eh?? Haha. Dua kali tau die cakap camtu. Padahal aku dah terangkan dah awal2.
Dah la masa aku mesej dia boleh tanya aku ni siapa. Dem betul. Tapi kawan aku cakap mula2 memang macam tu. Nanti lepas jumpa sekali tu dorang dah ingat dah. Yelah tu. Aku punya kes sampai ke sudah dia takde save pon nombor aku. =_____=

Okey sambung.

Beberapa bulan sebelum majlis aku datang lagi hantar design baju. Aku tambah lagi duit okey.
Seriously aku memang takde masalah nak bayar duit orang. Tapi macam ni orang layan aku.
Sedih pedih bak ditusuk sembilu. T___T

Sebulan sebelum majlis bridal aku tu still tak apdet bila aku kene datang fitting baju semua.
Aku request nak pakai songket untuk malam berinai. So aku macam takut la kalau lambat kang semua baju dah kene cop kan. Baju sanding aku tak kisah sebab aku dapat pakej baju baru. Tinggal fitting je.

So tadi aku mesej lah dengan Kak Shida tu.

"Salam kak. Nak tanya selalunya fitting baju bila ya? Pastu sy ada satu baju songket nak guna untuk malam berinai. Agak2 bila boleh book? Kang penuh semua orang guna sy takda baju pulak"
Sesopan mungkin dah ni aku mesej. Haha!

Sekali ko tau dia reply apa. Dia reply pakai nombor lain "Wasalam. sape ni ek. Huhu"

Ko tak rasa ke jantung aku ni macam nak gugur T____T

Ya Allah dia ni tak reti ke nak jaga hubungan dengan customer. Takkan nombor aku dia tak simpan.
Masa mintak tambah payment kemain pandai pulak carik nombor aku nak mesej.
 Pastu aku malas nak kecoh2 aku cakap lah aku Wana dari Sungai Ara majlis aku sekian2.

Pastu die reply "Owh hihi. Bulan 10 pon dah boleh booking"

Ya Allah lagi sekali jantung aku macam nak tercabut. Dia ingat bulan 10 tu lagi 5 bulan ke? Ni dah bulan 10 dah. Dah la tak cakap sorry.

Sedihnya aku.
Aku tak tau lah bridal lain layan customer macam mana. Mungkin dorang busy or banyak customer.
Tapi kau bisness suppose ko tau la nak handle even banyak customer pon kan. Bila aku apdet status kat FB rupanya kawan aku pon ramai je yang kene tahik dengan bridal.
Ada yang esok nak sanding malam tu baju baru siap.
Paling teruk kawan aku punya bini. Tempah kat designer glemer tau. Tapi baju buruk. Last2 beli baju baru. Dua pasang pulak tu.

Bila aku pikir2 balik Oh takde lah teruk sangat aku kene. So aku macam buat2 nak sedapkan hati sendiri. Sebab aku pikir ramai lagi yang naseb lagi teruk dari aku.
Masa tu aku baru teringat yang ada sorang kawan aku pernah tulis kat Fb jangan guna bridal depan jam besar. Aku rasa bridal yang dia maksudkan mesti bridal yang aku guna ni. Tapi masa tu dah terlambat dah. Aku dah separuh jalan. Kalau aku kawen dengan anak datok mungkin boleh lagi nak berpatah balik. Tapi aku cuma kawen dengan Akram yang montel tu je. Ekekeke. So aku keep positif.

Masa aku pergi booking untuk baju songket tu aku tanya lah sekali Kak Shida tu pelamin nanti macam mana. Dia ada design baru ke apa ke? Dia cakap nanti dia whatsapp kat aku. TAPIIIIIIII memang harapan lah. Sampai ke hari aku pergi fitting takdenya dia whatsapp aku gambar pelamin.

Kak Shida tu cakap boleh datang fitting baju sanding paling lambat seminggu before majlis.
Paling awal dua minggu before majlis. Aku pon okey je lah. Tapi aku memang dah bagitau dia awal2 kene bagitau aku awal sebab Akram duduk jauh. Susah nak balik sebab kerja tak tentu.
Aku dengan Akram pon dah plan nak fitting baju seminggu sebelum majlis.
And guess what?
Bila baju siap, sikit pon dorang takde mesej aku cakap baju dah siap.
Dua minggu sebelum majlis tu ak try la mesej Kak Shida tu cakap next weeknya (seminggu before majlis) aku nak datang.

And guess what lagi sekali???

Dia boleh cakap next week tu dorang tak bukak kedai. Sebab dorang ada catering kat Mersing.
Dorang takde nak mesej ke apa cakap baju dah ready. Takda panggil aku try fitting baju.
Tak bagitau yang aku ada dua minggu before majlis je untuk fitting sebab next weeknya dorang tak bukak kedai.
TAK ADA!!

Agaknya kalau aku tak terniat nak mesej dorang, aku tak dapat fitting la baju aku tu T_____T
Masa tu aku call Akram menangis-nangis. Seriously aku sedih gila.
Akram cakap takpa dia boleh balik minggu tu untuk fitting. Padehal sabtu tu dia ada lawan bola. Habes je bola terus amik bas balik Kota Tinggi. Pukul 4 pagi sampai Kota.
Ahad dah nak kene balik Nilai semua. T____T


Aku hantar design ni. Penat tau berfikir nak design apa. Disebabkan untuk belah Akram aku dah pakai dress, so belah aku ni aku nak yang kurung biasa sikit. Baru lah nampak lain. Aku request kaler Hijau Biru. Aku berkenan dengan bunga2 3D tu. Gojes okey. Haha! Dah dorang kata boleh buat baju baru kan. Aku hantar la baju yang aku nak.


Lepas tu aku request nak reben besar macam ni kat belakang. Dia cakap okey je.


Tapi ini yang aku dapat! HAHAHAHAHA! Masa fitting baju aku tak tau nak gelak ke nak nangis. Tapi sebab aku dah belajar redha daripada awal makanya aku takde perasaan nak marah sangat. Jangankan nak kata sama, sipi pon takde. Bila tunjuk akak aku mula2 akak aku cakap "Macam ni akak pon boleh jahit. Ni kalau beli baju raya kat Jalan Tar dapat lagi cantik" nanges. Cuma kaler je lah yang menepati cita rasa aku.

Masa aku fitting baju dengan Akram pon banyak barang tak lengkap. Tanjak Akram takde. Samping takde. Tudung aku dengan veil takda. Aku dengan Akram fitting baju semata.
Such a bad services!! Haaaa kan dah keluar bahasa Jawa tu. Bahahaha.
Lepas tu baju Akram macam berdaki kau. Kata baju baru kan. Masa fitting aku tengok Akram, Akram tengok aku. Pastu dua2 pasrah. Hahahah!

Aku tak kisah okey kalau awal2 lagi masa aku bagi design baju tu dia cakap tak boleh buat. Ni tak cakap pape. Sengih je manjang. Bila tanya cakap okey. Boleh. Takda masalah. Malaysia Boleh! Tapiiiiiiiii????

So time tu aku mintak la nak tengok design pelamin kan.
Tau dia tunjuk apa?
Gambar kat henpon dia yang dia macam screen shot dari page lain.
Oh my God. Tapi time tu aku memang takde daya dah nak meroyan. Aku dah memang betol2 pasrah dah. Dia tunjuk design satu pelamin tu. Aku setuju. Aku mintak kaler cream + pink. Dia suruh pilih nak kerusi satu ke dua. Disebabkan pelamin yang dia tunjuk tu ada bunga kat belakang, so aku pilih kerusi satu. Sebab nak nampakkan bunga2 dan barang belakang pelamin.
Tak silap aku ada lampu kot.


Tapi ini yang aku dapat


Sepatotnya bunga besar kaler pink yang belakang tu takde. Ada macam meja lepas tu ada bunga2 atas dia and props lain. Tapi jadi lain T____T Bunga berhabuk, bunga mak aku lagi cantik T___T 



Kerusi koyak. Alas kerusi buruk T____T


Tapi aku terima je lah seadanya.
Mak aku cakap "Ini je pelaminnya?? Simplenya! Jangan bayar duit balance!"
Bahahaha.

Dan bila Sally tanya aku "Weh ko tak pegi test mekap ke?"

Baru aku teringat aah boleh test mekap. Bridal takda panggil aku pon. *nanges*

Gambar ni nak tunjuk kerusi makan damai untuk pengantin. Perasan tak kerusi Akram tu? Ye itu adalah kerusi meja makan mak aku yang digunakan sebab bridal tak bagi kerusi makan untuk pengantin. Ko pernah pergi kenduri kahwen pengantin duduk kat kerusi meja mak dia? Setakat ni aku tak pernah lagi la. Selalunya aku pergi kenduri kawen kerusi untuk pengantin sebesar-besar alam sampai orang nak amik gambar pon susah. Ape ke sengkek agaknya bridal ni kan? Naseb baik memang tak banyak pon gambar kitorang kat meja makan. zzzzz


Mekap

Aku mintak mekap tiga kali. Nikah, malam berinai & sanding.

Aku nikah lepas asar around pukul 4.30 petang.
Kalau ikotkan aku tanya bridal, mak andam sampai rumah aku lepas zuhur. Tapiiiiiiiiii harammmm. Maka segala drama pon bermulalah. Ish kalau boleh aku memang tanak ingat dah tapi nak buat camna kan.

Dari lepas zuhur membawak ke pukul 3 petang mak andam tak sampai2. Ko tak hangen?
Tapi tak tau lah time tu kenapa aku macam bertabah giler. Kebiasaannya kalau orang buat taik dengan aku, aku dah terjerit2 depan muka dia dah.
Tapi maybe dari awal aku dah redha dan pasrah sebab salah pilih bridal kan. So aku macam pasrah je la weh. Marah memang marah tapi nak mengamuk tu macam dah takde rasa.
Dah la tiba2 ada kawan mak aku bagi feedback negatif pasal bridal tu.
Lagi lah dia dah bayar banyak kat bridal tu last minit dia kehensel sebab servis tak puas hati. Last minit jugak carik bridal lain. Sobsss.

So lepas pukul dua lebih tu aku dok la kol2 mak andam ni tanya dia kat mana semua. Nikah lepas asar weh. Pukul 4.30 petang. Giler apa kol 3 tak datang lagi T___T
Yang si mak andamnya asyik dok cakap on the way. Dah la time tu hujan. Ada one time aku kol boleh MUA cakap tengah jem. Nak menipu pon tak beragak. Selama 26 tahun aku hidup takdanya nak jem hari minggu biasa kalau bukan cuti apa2.
Bila aku cakap dengan nada tinggi "Haaa jem!! Jem kat mana?"
Tau pulak nak jawab "EH bukan jem. Slow je. Hujan la tak nampak"

Pukul 330 petang aku kol lagi dia cakap dah nak sampai dah. Dah dekat dah. Aku macam lega la.
Sekali tak sampai lagi jugak.
Last aku cakap kalau lambat sangat aku nak mekap sendiri.
Aku bagi masa sampai pukul 4 petang je kalau tak memang aku mekap sendiri.
Yang si Ajak dah stand by dah nak mekapkan aku. Bila aku cakap nak mekap sendiri boleh dia cakap tak payah datang la macam tu. Ya Allah tak tau la dia tu manusia species apa. Takda perasaan ke apa tah. Aku cakap aku dah bayar dah. Nak tanak dia kene la datang jugak.

Bila aku kol lagi tanya betul2 MUA gerak pukul berapa, dia cakap pukul 3 petang.
Lepas tu asyik je lah cakap "Nikah 430 kan? Sempat mekap sempat"
Time ni aku dah mengucap panjang dah. Aku cakap dah tau hujan kenapa tak gerak awal. Nak datang rumah aku dah la jalan satu lane. Kalau ada lori memang slow. Tambah hujan lagi. Dengan aku nak pakai shawl lagi. T___T MUA asyik cakap sempat2. Lepas tu bagi alasan bukan sengaja nak lambat. Kereta rosak la nak kene betulkan dulu la. Macam-macam. Lepas tu suruh aku paham keadaan die jugak. Buat apa aku nak paham? Aku bayar dia kot.

Hampir nak menangis jugak lah aku. Kakak aku dah suruh sabar bebanyak. Bawak mengucap. Huhuhu. Tapi memang time tu tak tau lah. Kesabaran aku still ada lagi. Boleh kawal diri lagi.
Cuma lepas tu aku bagi Ajak yang pegang hp aku. Tanak dah aku kol2 lagi MUA tu. Ajak je yang call and jawab.

Paling sakit hati dia dah tau pukul 4 lebih dia tak boleh sampai boleh dia miskol aku.
Ya MISCALL! Giler takde duit ke apa tah pompuan tu. Haha!
Dengan baiknya aku call la balik. Tau dia cakap apa "Eh tadi cakap boleh mekap sendiri kan? Mekap la dulu. Takot tak sempat"
Haaaaa tau pon kau kan. Masa ni tak tau lah aku nak cakap apa. Aku terus pandang Ajak & Didie sambil buat muka "Dengan rela hatinya aku bagi korang mekapkan aku"

Time tu rasa bersyukur gila kawan2 ada kat sebelah. Dan kawan2 yang boleh diharap. Bahahaha.
Ajak memang pernah masuk kelas mekap ape ke benda tah.
Didie tu memang sejak azali lagi dia suka main dengan barang2 mekap ni. Nampak je macam kakak sado (wakakaka) tapi suke mengait lah, jahit la, masak lah. Ekekeke.

Bila aku dah siap mekap baru MUA sampai. 4.30 lebih jugak. Siap sesat lagi. Tulah dari awal tanak call aku kan.
Siap cakap "Eh majlis tak mula lagi pon"
Habes dia ingat kalau tak mula lagi sempat la dia nak mekapkan aku semua? =__=
Tapi time tu aku memang senyap je. Sebab bila aku dah start cakap kang aku rasa terbalik rumah aku.
Silap2 pak imam balik rumah semula sebab aku dah bertukar jadik The Hulk. Kakaka.
MUA siap offer "EH nak touch up2 sikit tak?"
Aku buat bodo je. Ajak cakap kitorang mintak lelaki sampai lambat sikit sebab mekap ni la.

Pastu MUA nak sentap.
Siap cakap "Kalau camni kitorang balik je la. Macam dah tak best je"
Ewah2 sedap beno mulut kau bercakap kan. Masa ni aku hot balik dah. Baik2 aku dah okey kan.
Aku cakap "Saya dah bayar servis k. Pasal apa pulak nak balik?"
Ape tah lagi aku cakap. Malas dah nak ingat. T___T

Luckily aku tak bayar habes lagi servis bridal.

Lepas tu aku mesej Kak Shida dengan Kak Seri pasal MUA dorang. AKu cakap MUA lambat aku kene mekap sendiri.
Satu mesej pon dorang tak reply k. Mintak maaf apatah lagi. Shit.

Mekap masa malam berinai sumpah scary! Lama giler pulak tu. Lepas mekap aku macam nak menangis tengok muka sendiri. Kawan aku pon cakap menakutkan T___T

Ni masa khatam quran sekali majlis berinai. Mata tu sumpah menakutkan. Naseb baik lah malam kan. Tapi aku rasa muka aku macam bangla. Bahahah.


Lepas tu masa aku berinai takdanya MUA nak tunggu.
Tiba-tiba hilang tak dapat dikesan.
Yang paling sakit hati masa mekapkan aku sibuk sangat dengan henpon dia tu. Kejap2 ada orang mesej. Kejap2 ada lelaki call. Sekali aku pangggg kang berpusing kepala dia.

Esoknya masa bersanding alhamdulillah la MUA datang awal. Tapi yang tak bestnya dia menjadi patung di pelaminan aku. Wakaka.
Aku tak tau lah tempat lain. Tapi macam masa aku kat Pontian haritu MUA yang handle semua. Sape nak amik gambar. Bila nak pergi makan. Siap tolong bukakkan makanan. Bila nak potong kek.
Kat majlis aku takde okey. MC karaoke bapak aku yang atur majlis. Lepas tu masa makan damai OP aku yang tolong arrange nak potong kek semua. Hahaha! Naseb la OP aku the best!

MUA aku mintak duit kipas RM120 tau which is memang mahal pon. Tapi kitorang standby je.
Masa kat pelamin mula2 dia duduk sebelah aku tiba2 kakak aku sailang dia, so die terpaksa merempat kat bawah pelamin. Bila aku habes makan damai nak ke pelamin sibuk lah dia mintak2 kat kitorang duit kipas dia. Seriously dia berdiri tepi pelamin tunggu duit kipas.
Bila kawan aku dah bagi duit kipas tu dia terus cakap "Okey lah kitorang balik dulu eh. mintak bunga telur tiga eh"
Wah2 kemain bergaya lagi okey. Takde nak touch up aku pon. Nak betul2 kan baju aku ke veil aku apatah lagi =____=


Hari isnin esoknya tu aku dengan Akram singgah bridal nak pulang baju and aksesori.
Sebelum sampai kedai tetiba Kak Shida msg aku wish selamat pengantin baru semua. Tak tau la nak amik hati ke apa.
Sampai kedai Akram yang banyak cakap. Kebetulan aku demam time tu. So aku senyap je. Lagipon ikotkan hati aku macam dah tak marah sangat dah. Biasalah aku kan cepat sejuk. Aku macam nak let it go je. Benda dah lepas. Tapi disebab kan aku bawak Akram, maka Akram yang cakap banyak. Tau je lah perangai laki aku tu. Selagi tak tido selagi tu mulut tak berhenti cakap. Haha!

Tapi kitorang just komplen pasal MUA je. Lagi2 dia lambat sampai masa nikah tu.
Akram komplen cakap MUA tak jaga kitorang masa majlis. Kalau orang lama2 ni tau lah Mak Andam ni sebenarnya bukan calang2 orang boleh pegang title tu. Selalunya dorang jaga luar dalam. Kak Seri pon paham. MUA kitorang tem tu muda sangat. Awal 30-an kot.
Kak Seri tu cerita lah MUA tu sebenarnya memang bermasalah. Takde disiplin. Before ni dia ada dengan orang cerita2 belakang. Tapi first time dia dapat komplen depan2 macam kitorang buat haritu.
Kak seri still amik dia sebab katanya dia punya mekap paling cantik yang kak seri hado.

Kak Seri cerita lagi MUA aku tu memang ada masalah disiplin. Selalu snagat lambat. Tapi Kak Seri ni still hired dia sebab kesian la. Orang nak bagi rezeki kat dia, dia buat macam ni kat orang.

Lepas tu Kak Shida suruh aku tulis surat official so that takde lah MUA tu tuduh bridal saja buat cerita pasal dia. Aku pon tulis lah.

Kemain berjela aku tulis. Siap sign lagi kat bawah surat tu. Bahaha.


Duit balance aku ada lagi RM350 nak bayar bridal. So haritu dorang suruh bayar Rm180 je sebab tolak duit kipas RM120 + duit mekap RM50. Lepas tu dorang cakap lah duit kipas sebenarnya RM100 je. MUA tu yang melampau mintak lebih. So nampak sangat la terdesak kan.

Mungkin orang akan cakap alah setakat bayar 2k apa yang ko nak expect sangat kan. Fine. Kalau bridal rasa tak boleh bagi servis tip top dengan harga tu jangan letak harga tu. Kesian okey pengantin yang berharap. Baik bayar mahal tapi servis baik daripada jadi macam ni.

Aku tulis ni bukan nak tutup periuk nasi orang. Tapi aku tanak orang rasa macam apa yang aku rasa. Sedih oi. Kahwen bukan banyak kali seumur hidup. Unless anniversary ke 20 aku nanti Akram ajak bersanding lagi kan. Haaa time tu memang Bridal taraf retis aku nak hired. Bahaha! Tak sedar muka time tu dah kerepot. Kakaka!

Bagi aku Bridal Aiman Amin ni just bukak bridal untuk untung je. Bukan untuk kepuasan diri sendiri dan pelanggan. Macam pelamin pon dia sub kat orang lain pasang. Dia macam one stop centre je kot.
Banyak bridal lain yang aku jumpa yang jenis pasang pelamin sendiri. Mekap pon boleh sendiri.

Dulu sebelum kahwin aku selalu cakap kat kawan aku mintak2 majlis aku lancar. Takda masalah dengan bridal. Tapi terkene jugak. Haha! Takpe lah pengalaman kan. So terpulang lah pada korang nak menilainya.

Jiran aku siap cakap "Lah kenapa kau amik bridal tu. Tak pernah2 orang kampung kita guna bridal tu"
Aku awal2 dulu macam konon2 tengok pakej die okey harga pon affordable dah pasang niat nak up entry kebabom untuk bridal ni. Bagi sales naik sikit. Tengok baik tau niat aku. Tengok2 jadi camni. Haha! Ape pon tak boleh.


Yang baju kuning hitam tu MUA aku. Baju merah kawan dia. Time ni dia buat muka tak puas hati. Hahah! Mesti bengang tempat die atas pelamin kene caras dengan akak aku :P


Aku tau kebanyakan bridal mesti akan back up bridal punya.
Tapi tolong jangan compare harga Kota Tinggi dengan KL or paling dekat JB. Aku survey area Kota Tinggi kebanyakan offer harga 2000-2500 untuk pakej biasa. So bukan aku yang lebih2. Bridal yang penipu.
Macam bridal yang aku nak sangat guna tu. 2500 dah dapat pakej kebabom! Tak pernah lagi aku tengok page dia ada komen negatif. Kawan2 aku yang guna dia semua puas hati. Tapi FULL! Sedih!

Majlis kat Pontian pon sama. Kitorang bayar 2100 untuk pakej lebih kurang sama. Pelamin lagi cantik. Baju cantik. Mekap super duper cantik!! MUA bagus tunggu sampai habes majlis. Kerusi meja makan 4 biji (sebab dua pengantin) yang besar punya macam raja2 tu. Siap pakej khemah makan damai lagi. So? Salah siapa sekarang?

Untuk bakal pengantin, carik lah bridal yang banyak orang review. Macam bridal aku, lepas aku booking baru aku try google. Satu apa tak keluar. FB page takde. Blog takde. Tapi dah booking kan.So good luck to all bride to be! Mahal ke murah tak penting. Kalau bayar mahal sekalipon servis macam sampah lagi kau meroyan kan. So pokok pangkalnya keikhlasan bridal tu sendiri. :)

Untuk bridal. Kebanyakan bakal pengantin ni baru pertama kali nak kawen. Bukan dah dua tiga kali kawen. Takde experience. Bridal adalah orang paling pengantin percaya. Tolong lah jangan punahkan harapan pengantin dengan janji palsu.
Kalau rasa dengan harga yang kau bagi tu, tak boleh dapat baju baru CAKAP. Kalau rasa2 boleh dapat baju baru tapi dengan syarat bridal punya design, CAKAP. Kalau kerusi meja makan damai kene tambah duit, CAKAP. Jangan bila pengantin tanya semua okey. Semua boleh. Tapi hujung2 haprak. Susah sangat ke nak cakap? Bukan kene bayar kot. Baju baru tu kalau cantik pon bukan dapat kat aku okey. Bridal punya jugak. Baju cantik kompom lah boleh tarik customer. Tu pon nak kene ajar ke? Ni bagi harga murah semata-mata nak tarik customer. Speechless!

Pengantin ni bukannya takda duit. Cumanya bila die survey, dapat harga murah dengan pakej okey sape yang tanak kan. Buat apa bayar lebih untuk pakej yang sama. Duit tu banyak lagi benda boleh bayar. Entah lah. Kalau aku tau dari awal memang aku takkan amik punya! Janji manis tapi tak serupa bikin. Takpe lah dah lepas. Yang penting Allah tau sape salah dan sape yang betul. Harap2 semua orang yang dah terkene tu halalkan la duit dorang. Aku halalkan. Cuma keberkatan tu tak tau lah dorang dapat ke tak sebab menipu.

Kalau aku sorang je yang kene takpe. Bila baca komen raamaaaiiiiiiiiiiiii lagi yang kene. Bezanya selama ni takda sape yang nak cerita balik. Aku tulis pon sebab kawan aku beria suruh tulis. Korang nilaikan lah elok2.

bye.

UPDATE!


Ada orang cakap bridal ni dulu guna nama Seri Andaman. Tau tak aku pernah tanya Kak Shida, mak dia Kak Seri tu dulu ada bridal lain ke? Dia cakap takde. Aiman Amin ni je satu bridal dia. Now aku tau. Mesti dulu ramai maki hamun dia bagi feedback negatif. Lepas tu dia bukak bridal lain pulak, tukar nama. Tetap menipu orang lagi. Ya Allah apa lah nak jadi dengan dunia ni. Semoga hidup korang berkat. Tu je aku mampu cakap sekarang.

Ni kawan aku sendiri pm. Dia dah ada anak dah pon sekarang T___T




Korang nilaikan :')