Tuesday, January 29, 2013

Ye saya memang tak makan sate.


sumber : google


Again.

Semalam masa dinner dengan Akram and kawan die, kawan die order sate.
Then pelawa aku makan.
Aku kan tak makan sate.

Kawan : Ha ! Tak makan sate? Jage susuk eh? *gelak-gelak*

Aku : HAHAHA ! Memang tak makan la.

Yang Akram melayan je.

"Tu lah aku pernah jugak amik lidi buluh dok cucuk2 kat dia ni tapi tak jadi ape pon"

Cisssssssss. Tak kosser nak layan.


Dan bese lah kalau buat open house kompem mesti ada sate kan.
Ala-ala macam hidangan yang senang, mudah tapi mungkin tak berapa jimat.
Wakaka.
Kira macam semua orang pon mesti makan sate. Hidangan yang tak payah nak susah2 pikir nak bagi ape orang datang makan.
Macam tahun lepas aku pergi open house rumah kawan Akram.

Kawan : Weh makan la sate.

Aku : Aku tak makan sate lah.

Kawan : Asal? Ko pakai susuk eh tak makan sate? *gelak-gelak*



Apa orang pakai susuk pantang larang dia memang tak boleh makan sate ke ape?
Ke tak boleh makan makanan yang ade cucuk dengan lidi?
Ape aku ni jelita sangat ke orang ingat aku pakai susuk?
Wakakkaka. Lempang diri sendiri.

Aku bukan lah tak makan sate langsung.
Cuma kurang suka.
Makan boleh la setakat 2 ke 3 cucuk camtu.
Kalau aku makan 5 cucuk pon dah kire banyak dah.


Masa zaman2 duduk asrama dulu sekolah aku selalu buat makan beradab.
Aku lupe lah makan beradab ni sebulan sekali ke or kalau ade majlis tertentu je.
Maklumlah dah 7 tahun tinggalkan sekolah.
Tapi kalau makan beradab tu mesti makan sedap2. Dan memang selalu sangat lah ade sate ni.
Dan memang selalu sangat lah jugak aku akan offer pada orang2 yang berdekatan dengan aku.


Kalau nak ikotkan sebenarnya aku tak suka makan benda2 yang kering ni.
Macam sate, ayam bbq, and burger bakar.
Aku suka makanan yang berkuah.
Aku kalau makan nasi memang tak boleh kalau takde kuah.
Kalau boleh biar lah kuah lagi banyak dari nasi.
Takpe aku suke. haha !


Akram selalu je cakap "Ni nak makan nasi ke nak makan bubur air?"


Hikhik.


Kalau balik rumah mak aku masak tomyam memang mak aku selalu sound "Ko apesal kuah lagi banyak dari nasi ni? Makan nasi ke makan kuah?"


Hahaha !



Orang cakap aku hilang satu nikmat duniawi yang paling top sebab tak makan sate.



Tapi tak kisah la sebab aku makan pizza, kenny rogers, kfc, tgi friday bla bla bla.
Biasa lah orang tak berapa putih memang poyo mengalahkan orang putih. Hihihi.

Ini semuaa poyoooooooooo.

Okbai.