Monday, October 29, 2012

Lembu Korban.







Akram bagi dua gambar ni kat aku semalam.

Ko tengok Akram (baju biru).
Sukati je nak duduk atas lembu tu.Dah la berat. kuikui.

Pastu aku cakap "Kesian lembu ni. Terpaksa menampung beban yang berat di saat-saat akhir. Hehe"




okbai.

                                                  

Thursday, October 25, 2012

Surprise !!

Wah dah hari Khamis lah.
Tetiba mata yang kuyu jadi segar mengenangkan malam ni balik Johor.
Okey tak payah nak cakap yang korang dah sampai rumah la, dah otw balik rumah la.
Aku tak heran lah.
*jeles sebenarnya*



Semalam Akram ada exam kat Subang.
so dia amik cuti lah.
dulu2 masa zaman aku study kat UM dulu bila dia ada exam kat Subang selalu jugak dia singgah UM masa otw nak balik Nilai.
tapi now aku tak expect ape2 lah sebab aku pon kerja kan.
Dia exam pukul 9 pagi sampai 10 lebih.
Pastu dia cakap nak tunggu member dia sebab nak bagi barang and nak pergi lunch dengan member dia tu.
aku pon okey je lah.



tiba2 dalam pukul 1.30pm masa aku tengah lunch dapat call dari dia.
actually aku memang slow kan sikit ringtone aku.
pastu time lunch aku letak dalam poket. vibrate pon tak rasa sangat sebab aku slow kan jugak.
tetiba by the time aku nak tengok hp dah ade 6 miscall dari Akram.
Aku pelik la apehal dia nak call banyak2 kali.
sekali bila angkat dia dah marah2.
dia memang bengang kalau aku silent2 phone ni. tapi bukan aku silent pon. aku memang pekak sikit. hahaha ! tak lah kedai makan tu yang bising. hihi.


Aku pon dengar dia dah macam nak marah aku ape lagi bengang lah.
sebab tak angkat phone je pon.
selama ni aku call die kejut bangun pagi sampai 100 kali tu tak pikir pulak kan. *ceh mengungkit*
kahhkahh.


pastu malas nak layan.
tetiba dia whatsap hantar gambar kat bawah.


dengan mesej berbunyi "dah puas hati sekarang?"


okey sangat terkedu.
dia dah parking bawah opis aku.
tetiba neves. neves pasal ape aku pon tak tau. hahaha !


pastu aku cakap lah memang bagus sangat buat aku camni.
yelah tetibe je datang. dah la tak bagi tau. huhu
pastu call tak dapat emo. hahaha !


Pastu Akram cakap "Nak buat suprise macam ni pon tak boleh ke?"

okey terharu. hihi.
Aku bukan ape. Tak kisah la nak suprise ke ape ke kan.
Tapi opis aku ni pelik sikit. Banyak sangat bangunan. Jalan pulak salah masuk je boleh sesat sampai ke mana2 entah.
Aku takut je dia sesat ke ape ke. Risau lah. huhuhu.



terus call Akram. Dia tu tengok je badan besar tapi boleh tahan sensitif jugak.
saje je nak lawan sape paling sensitif dengan haku ni.
Aku pon cakap la sorry. bukan silent tak dengar je. hihihi.
terus cakap elok2.
aku kan sejak dua menjak ni memang penyabar sikit :P



Jumpe2 dia pujuk2 sikit okey dah. hihi.
sebab kan time tu dah nak pukul 2 so pergi minum2 kat Starbuck saje.
Harus lah Akram yang belanje. wiwiwiwiwiwi.



Ini orang sangat penyabar. Tapi sampai satu tahap kalau dia tak boleh tahan sabar memang meletup jugak. Aku rasa aku je kot yang pernah rasa kene marah dengan dia. Hehe. Sebab aku kan degil. Kalau merajuk tu dah pujuk pon still tak nak dengar cakap. Mane la dia nak tahan. Kalau tanya kawan2 die kompem mesti tak pernah ada yang tengok dia marah. Hihi.




Perangai Akram macam bapak aku jugak lah.
Penyabar tapi sekali dia marah memang kecut perut. hahaha !
Dan persamaan yang kedua adalah, aku je yang pernah kene marah dengan bapak aku.
adik beradik lain tak pernah okey kene marah. *tetibe feeling2 anak angkat* puihhhh.
sebab aku ni degil sangat kot.
namun begitu masih mempunyai perasaan sedikit romantik kahh kahh.
dan jugak comel. walllawehhhhhhhhhh *pitam*




Aku order Choclate Chip dengan whipe cream size small. Akram order sama just dia punye ada campur cofee and of coz dia akan amik size large. dasar dot dot dot. haha ! ni third time kot aku minum starbuck. Aku bukan pencinta cofee sangat. Plus aku kan kedekut. Haha. First time sebab kawan aku ajak beli sebab kalau beli dua baru murah sikit. so aku layan je lah. Sekali murah2 pon sampai rm15. oh pitam !



Second time member aku ajak teman dia sebab kawan dia yang kerja kat sana nak belanje.
oh heaven betol kalau orang nak belanje2 ni.
sampai rasa nak muntah kat dalam tu sebab kenyang sangat. ahhaha !





Pastu masa kitorang bayar tu adik cashier tanya nama Akram.
pelik la jugak kenapa tetiba dia tanya kan.
rupanya dapat Customer Voice macam kat atas ni.
masuk laman web starbuck. masukkan code yang kitorang dapat sebab beli kat sana.
pastu kene buat survey dulu then dapat voucher code.
voucher code tu boleh bawak pergi mana2 Starbuck and boleh redeem air for FREE !



TAPIIIIIIIIIII !!!


Hehehehe.
jangan nak suka sangat lah.
Barang free of coz lah ada tapinya.

Voucher ni tak semua orang dapat ye.
cashier cakap untuk lucky customer sahaja.
sila jeles. wakakaka.
ape lagi kenyit2 la mata dengan adik2 starbuck. hihihi.



Naseb baik Akram yang bayar.
Kalau aku yang bayar kompem tak dapat sebab aku rasa aku ni bukan golongan bertuah.
sepanjang 24 tahun (mude lagik. motif nak tulis mude lagi? gelabah sangat :P) hidup tak pernah sekali pon dapat lucky draw.
oh tetibe terus rasa nak down.



ok dah.
semalam apdet pasal kawan kawen.
dan macam biasa tak sah kalau tak dapat komen "kau tu bila pulak?"
well haku masih merasakan aku ni 18 tahun.
so what? wiuwiuwiu.



aku nak kawen kalau aku rasa dah bersedia untuk menyambut Hari Raya di rumah lain.
boleh tak bagi jawapan camtu?
mentang2 lah esok nak raya haji kan.
feeling raya sangat.

dah tak payah nak feeling sangat.
*sambung buat kerja yang melambak*



okbai.


                                                  

Monday, October 8, 2012

Maskulin.



Hari ni aku sangat mengantuk.
Maybe sebab penat sangat.
Jumaat malam balik Johor. Gilir2 drive dengan adik aku.
sabtu ahad sibuk servis kereta lepas tu menyibuk-nyibuk kat rumah kawan aku yang kawen semalam.
tido bape jam je. pukul 5 petang gerak dari kota tinggi balik KL.
tak berhenti langsung sebab nak cepat sampai.
adoi tak larat sangat.


disebabkan lama tak jumpe Akram (lama lah sangat kan. hahahaha !) so saje2 je lah wassap die malam tadi tanye dia rindu aku ke tak.


Aku : Cakap rindu ke tak?

Akram : Eleh tanya soalan cepumas pulak..

Aku : Cakap la.

Akram : Malu lah nak jawab. huhuhu. Tak maskulin la kalau cakap2.

Aku : Ahhhhhhhh. taknak cakap takpe.

Akram : aah~~~taknak cakap...malu..



Dengan aku je pon. itu pon nak malu.
tumbuk kang.


cuba lah romantik sikit sekali sekala.
hahahaha.
pengsan.

okbai.