Semalam pergi makan malam kat satu kedai makan ni.
time tuh dah pukul 11pm lebih.
disebabkan nak kejar wayang pukul 1250am kitorang decide nak makan makanan yang cepat siap.
so decide makan nasi goreng je.
bukak2 buku menu je terkekeh-kekeh aku gelak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
NISI GORANG KAMPUNG 1 !!
sumpah lawak.
nak kata typo semua perkataan goreng jadi gorang.
kalau satu je boleh tahan lagi.
Okey yang ni aku paham typo. maybe nak tulis biasa tertulis baisa. dimaafkan. tapi bila bukak menu bahagian air sumpah nak menangis tahan gelak.
Den nak order Jus Tombikai 1 dengan Jus Corrot 1 ! Eh nak Jus Appel 1 jugak lah. Nama macam sedap je :P
Sambil makan sambil gelak.
adoii bagus betul kedai makan ni.
menghiburkan hati betul.
lepas makan terus pergi Mid Valley.
Akram la ajak tengok wayang mid nite.
aku ni kalau mid nite memang sah2 lah wayang yang tengok aku.
dah la pukul 1250am.
tapi full house kau !
sebesar-besar hall tu penuh.
dah la tengok Avengers. sanggup pulak orang2 yang amik seat depan sekali tuh.
macamkan esok GSC Mid Valley tuh tutup.
padahal esok kan cuti.
naseb baik Akram beli online so dapatlah seat belakang.
dan seperti yang dijangka, tersengguk-sengguk aku tengok cerita tuh.
cerita tu memang superb.
mata aku je yang banyak syaiton bergayut-gayut.
tetiba je terlelap. padahal aku rasa besar dah aku bukak mata.
tup tup tersedar tengah scene perang. tup tup lagi tengah kejar-kejar. tup tup lagi scene lain.
oh stress.
naseb baik paham jugak cerita tuh.
kalau tak berangin je lah si Akram tuh.
dah la tiket mahal pat belas hinggit.
pastuh aku yang beria nak tengok Avengers.
tetibe tertido. dulu tengok Eagle Eye yang action tu pon midnite aku tido jugak. hahaha !
hanya orang yang dah tengok Avengers je akan paham dialog ni "Dewa Lembik!"
kalau nak paham sila pergi tengok. hahakkk.
okbai.