Friday, December 23, 2011

The making of Vector and ehem ehem wana nak bagi vector for free ?

                  
ini sticky post. entry baru di bawah :)

                        
ada satu hari tuh aku bukak email tiba2 tersenyum.
ada orang nak tempah lukisan vector daripada aku.
ni semua sebab naz cci up entry pasal vector aku dekat blog dia.
hihihi.




ni dia orangnya yang menempah. nama dia Ni Da.
aku tak sure dia da blog ke tak.






memula kene draft gambar dulu.
memang leceh.
kene banyak sabar.





close-up sikit.
hehehe.






dah siap garisan barulah boleh main kaler2.
main kaler pon stress jugak.
tapi fun sebab benda yang aku suka kan.
ce kalau boss suruh buat keje manjangg muka aku masam.
keh keh :P






lepas tuh kita tambah background sikit bagi ceria.
hihihi.






and done after 3 hours.
fuhhh berpeluh ketiak haa.






ehem sempena hujung tahun ni dan sempena aku nak bercuti seminggu ni aku nak bagi vector free kat sorang pembaca bertuah blog ni.
yelah dah setahun lebih ada blog tak pernah nak buat penghargaan kan.
ahkak takde duit uolls nak buat giveaway2 ni.
sob sob.



jadi kepada anda yang berminat untuk mendapatkan vector free senang sajeee.
tak payah follow tak payah buat entry tak payah tag2 bagai sebab aku pon paling pemalas kalau nak join giveaway leceh cenggitu. hihi :P



just komen entry ni dengan ayat "saya nak wana vectorkan gambar saya kerana ............... "


pemenang akan dipilih berdasarkan komen yang paling kreatif.
bukan aku yang pilih tapi aku pon belum tentukan sape yang akan jadi juri. hihi 

oh jangan lupa tinggalkan email sekali ye.


tarikh tutup akan diberitahu kelak.

sebelum lupa, komen takkan dipublish sampai tarikh tutup untuk mengelakkan peniruan.
hihihi


gud luck :)



kalau nak tengok contoh gambar lain yang aku vectorkan boleh klik SINI.
okbai.

                                   
 

Antara sahabat dan kekasih.

                 



kalau terpaksa memilih antara bestfriend dan juga boyfriend, mana satu yang akan dipilih ?




ada orang akan pilih bestfriend.
tak kurang jugak yang akan pilih boyfriend.
konon boipren akan tinggalkan kite, akan curang, akan berubah perasaan and so wateva.
bestpren pulak konon setia, ada susah dan senang, susah nak cari ganti and bla bla bla.
setiap orang akan bagi jawapan yang berbeza. nama pon manusia.



tapi bagi aku, aku takkan pilih sesiapa.
memang setiap jawapan ada pro and contra.
setiap jawapan ada risikonya.
kalau kau cakap boipren boleh tinggalkan kau, tapi kau kene tahu yang bestfren pon boleh tinggalkan kau sekelip mata.



dah berapa banyak entry aku baca pasal sahabat yang tak jujur.
sahabat yang ada waktu senang je.
waktu susah harammm.
sahabat yang sanggup tipu kita semata-mata sebab duit.
macam kess Fizo Omar tuh.
tak memasal tanggung hutang.
sape punya keje kalau bukan kawan ?





zaman sekarang kawan boleh berubah jadi lawan dalam sekelip mata je.
sebab dalam hidup ni kau tak boleh percayakan sesiapa 100% walaupon kawan ko dah berjanji nak susah senang dunia akhirat.
kau patot percaya diri kau sendiri sahaja.



macam aku, banyak jugak aku dah jumpa kawan macam ni.
bila kite senang memang kawan keliling pinggang.
tapi bila kite minta tolong ?
semua lari.
aku tak cakap aku adalah sahabat yang baik.
tapi aku sedaya upaya menjaga hati kawan2 aku.
walaupon aku selalu kene tipu sebab mungkin aku terlalu lembut hati :')



sepatutnya aku gembira hari ni sebab hari ni last day aku kerja untuk tahun 2011.
tapiiiii.
hmmm fikiran aku macam bercelaru.
memikirkan orang2 di sekeliling aku.





bagi aku, kalau sahabat aku tuh nak berubah memang bagus.
tapi ingat, kalau dah berubah tuh tegur2 lah orang lain dengan cara berhemah.
bukan dengan cara yang menyakitkan dan mengecilkan hati.
jangan ingat bila kau dah berubah ke arah kebaikan kau akan jadi betul untuk semua perkara.
itu salah.




sekarang ni aku memang takut sangat nak cakap buruk pasal orang.
takut aku sendiri buat benda yang sama satu hari nanti.
serabutnya hari Jumaat aku ni.
entry sedikit kecewa di situ.



tapi satu benda yang pasti.
aku hampir menangis tengok video Dumex Dugro Sayang Mama Full Version kat bawah ni.
tengok ombak rindu pon aku tak nangis tahu.







oh video ni sangat menyentuh hati.
nasib baik esok aku balik rumah :)





Pada sesiapa lagi yang berminat untuk dapatkan vector free boleh klik SINI.
komen pada entry tersebut. mana tahu anda bertuah.
komen paling kreatif akan dipilih oleh Hazwan sebab dia budak seni.
aku budak comel so tak berseni. kahh kahh.


Giveaway akan ditutup tepat pukul 4 petang ini. jadi sila cepat.
harap maklum.



okbai.