Maafkan makcik saya yang tersengih lebar itu. Haha!
Dalam banyak2 persiapan kawen, aku paling eksited nak buat candy buffet.
Beselah aku bab2 makanan ni memang eksited lain maciammm sikit. Bahaha.
Lagipon masa aku balik rumah aritu mak aku sibuk bercerita teruja sebab die pergi kenduri kawen kat kampung aku ada orang letak makanan ringan atas meja. Terus aku cakap "Lah memang nak buat camtu pon" Hahaha! Kesian mak aku :P
Tapi sebenarnya ada cekedis yang aku terlupa nak keluarkan. Lepas tu ada frame pon lupa nak keluarkan. Ciss betol.
Plan asalnya banyak giler makanan aku nak letak atas meja tu.Tapi last minit macam banyak benda tak sempat nak buat. Haha! tapi takpelah mana tau makanan2 ringan aku bagi idea kat korang nak letak apa atas tu kan.
So basically makanan ringan tu semua aku beli kat kedai pemborong kat bandar Kota Tinggi. Lepas tu kaca2 tu aku memborong kat IKEA. Letak frame gambar sikit. Meja panjang tu memang meja lebih untuk khemah. Alas meja cantik tu aku beli kat Kemboja dulu. Heheh. Siap!
Cupcakes ada orang sponsor. Alhamdulillah. Aku plan nak bake sendiri tapi biasalah last minit mana ada masa. Tak sangka Allah turunkan rezeki cara lain. Heeee. Yang dalam bekas kaca depan tu chipsmore. Aku beli yang bekas besar. Lepas tu packing satu2 dalam plastik kecik supaya tak lemau. Malam sebelum majlis baru aku nak packing. Gigih tak gigih la kan.
Ketahuilah bahawasanya jajan yang panjang2 kat kanan tu paling orang suka. Aku bawak balik rumah anak sedara aku berebut kan yang tu. Bukan setakat anak sedara. Bapaknya pon sama naik. Haha! Aku beli dua peket. Ingat nak letak dalam dua kaca kiri kanan. Tapi bila satu peket satu kaca nampak sikit. So letak dua peket sekali. So kalau korang nak beli make sure beli lebih sikit 5-6 peket. Nanti die mengembang cantik!
Lolipop comel. Rasanya wajib ada kat atas meja candy. Sebab die comel. Coki-coki pon selalunya orang akan letak. Gigih aku potong bekas gabus tu nak buat cucuk lolipop tiga tingkat tau.
Masa ni entah mana guest book aku dorang letak.
So untuk guest book aku buat sendiri je.
Cantik tak? Cantik kan? Kahkahkah. Senang je buat guest book ni. Buku guest book tu aku beli kat Popular. RM50. Tebal pon tebal. Banyak ruang nak tulis. Page depan tu aku print sendiri. Lepas tu letak gambar aku dengan Akram. Yang tulisan nama Wana Akram tu aku terjumpa kat Mydin. Tempat lain aku tak sure.
Mula-mula aku fikir jugak macam mana nak buat tulisan yang cantik. Aku try print cover page tu sekali dengan tulisan. Tak menarik.
Satu hari tu aku pergi mydin kat Nusajaya ni. Mungkin rezeki aku kot. Selama setahun aku dok merewang kat Mydin tu tak nampak pulak benda alah ni.
Hari yang aku pergi tu tiba2 perasan eh tulisan timbul la. Banyak choices pulak tu. Apa lagi kasi rembat la satu kali. Lepas tu aku tambah manik2 kat atas cover tu kasi menarik sikit.
Itu berapa puluh kali keje aku dok menampal manik je. Asal aku tengok hilang satu.
Kang aku tengok lagi hilang lagi satu. By the time aku nak bawak pergi Pontian dah tinggal dua bijik je. Sabo je lah.
Kalau korang rasa malas nak buat, boleh la tempah kat aku. Bahahah!
Untuk photobooth props pon aku print sendiri. Jimat!
Ni masa hari sabtu, majlis nikah. Kitorang letak kat atas meja kecik camni. Masa majlis sanding letak semua sekali satu meja dengan candy buffet. Senang!
Gambar canvas tu aku order dengan Canvas D'Arte. Servis tip top! Harini order, terus buat payment. Dua hari kot dah sampai. Memang terbaik. Aku recommend! Cumanya aku tempah terkecik sangat. Kayu belakang tu adik aku buat kan kemain lagi besaunya. Ahaha! Gambar tu size A3. RM75.
Untuk props2 tu aku google je. Banyak jugak yang orang aplod. Ada yang aku design sendiri guna photoshop.
Nak tempah macam tak berbaloi la pulak sebab boleh buat sendiri kan.
Kemahin lagi semua berposing.
Pengantin nak jugak. Tepi sikit! Hahah!
Kalau korang nak buat sendiri dengan baik hatinya aku aplod gambar2 yang okey.
Aku ni memang baik sebenarnya. Sampai kadang2 kene tindas. Bahaha!
Ada lagi tapi tak tau lah aku save kat mana.
So tu je la kot. Pandai2 korang la potong ye :D
Hah! Sebelum tu! Korang nak doorgift yang super unik tapi murah tak? Dorang ada macam2 doorgift tau! Doorgift kayu, batik, eh semualah!
Korang boleh tengok website dorang cepat cepat, kalau tak rugi nanti!!
Klik sin ---> https://reemdoorgift.com
bye!