Tuesday, April 28, 2015

Pengsan


Semalam balik keje sampai rumah dalam pukul 8 malam. Terus solat Maghrib lepas tu tunggu Isyak sekali. Habes je solat Isyak rasa macam nak termuntah. Terus baring. Sedar2 je dah pukul 5 pagi. Haha! Padahal nak balik keje tu punya lah lapar. Siap plan nak goreng kopok lekor la buat susu panas la. Dalam mimpi je.

Mungkin weekend lepas banyak aktiviti kot.
Aku gerak ke Nilai macam biasa Jumaat malam.
Petang Jumaat tu hujan selebat-lebat hujan kat JB. Rupanya KLIA pon hujan selebat tidak. Akram cakap takut flight delay je. Sebab jenis hujan tak nampak jalan.
Dah la aku dah beli tiket wayang nak tengok Fast & Furious 7 pukul 11.30 malam.
Alhamdulillah flight still on time sebab pukul 9 malam tu dah reda dah hujan.

Landing KLIa dalam pukul 945 malam Akram terus amik and terus ke Alamanda.

Orang dah start tengok Avenger dah kitorang baru terhegeh-hegeh nak tengok FF7. Haha! Satu-satunya movie yang tak pernah miss tengok kat wayang #forpaul


Masa aku beli tiket wayang online hall kosong lagi. Movie ni dah tinggal hall kecik je sebab hall lain banyak fokus untuk Avenger.
Bila masuk je hall wow full house ok. Sampai seat depan.
Gigih sangat manusia2 ni nak tengok wayang sampai sanggup duduk seat depan sekali.
Seumur hidup aku, pernah sekali je aku duduk seat depan. Masa tu zaman study. Member aku ajak tengok Transformers. Keluar wayang semua sakit tengkuk. Mata berpinar. Haha!
Lepas tu memang tak lah aku nak duduk depan lagi. Kalau wayang full sanggup aku balik rumah tido.

FF7 memang best gila!! Rasa macam nak tengok lagi sekali je. Dari awal sampai akhir action je. Tak bosan. And of course part ending tu sedih gila kot. Tapi aku tak nangis :P


Esoknya Sabtu ada event untuk alumni sekolah aku dulu.
Event setiap tahun. Pesta Futsal Sakti.
Kalau yang follow blog aku dari dulu mesti pernah baca aku post pasal event ni dulu.
Last year aku datang sebagai tunang orang. This year sebagai bini orang. Next year sebagai mak orang maybe? Ekekeke. Ameen. Doakan aku tau :)

So macam biasa lah. Tiap2 tahun pon aku dengan Akram kompom terlambat. Bahaha!
Akram la aku dah kejut awal dia boleh cakap "nak bangun tapi kejap lagi"
Aku sambung la tido balik. Bukan aku yang main futsal pon.

Akram, Wana dan dua biji pau. =__=

Kitorang sampai dalam pukul 9 kot. Tapi tak start lagi.
This year buat kat Bangi. Best sikit sebab dekat dengan kedai2 boleh la jalan2.
Lagi pon rumah Sally and Ajak pon dekat. Bosan2 boleh balik rumah. Selama ni tiap2 tahun buat kat Puchong. Yang ada area sana Tesco kot. Bapak bosan la kan. Nak carik kedai makan pon susah.
This year awal2 lagi Sally and Ajak dah bawak aku pergi breakfast siap2 before event start. Akram aku tinggalkan dengan kawan2 dia kat sana. Sebab dia main futsal tu. Hehehe

Sally dukung anak budak batch kitorang. Well dalam umur 26 nak masuk 27 ni memang patot la datang event bawak anak kan. Kahkah! Kitorang je yang terlambat sikit. Tapi takpe sebab kitorang selalu maintain muda. Ekekeke.


14 years of friendship. Naseb baik ada budak dua orang ni. Takde lah bosan sangat. Sebab selalu aku lepak dengan Datin Fieda. Tahun ni mak datin tu tengah pantang pulak. Tengah hari siap lagi dua orang ni bawak aku tapau nasi kukus ayam lepas tu bawak balik rumah membuta. hahaha! Yang laki aku pon takde nak kol ke apa ke so syok lah aku buat taik mata. Dengan hujan pulak lagi kan. Lepas makan membuta. Pehhh heaven. Bangun2 dah pukul 3.30 petang. Hahaha!


Before pergi semua kat tempat futsal sally bawak aku singgah kedai jual barang2 party sebab aku nak beli something.
Weekend ni birthday Akram and i am planning something sweet. Auwwww terasa hormon romantik mengalir deras dalam badan. :P
So lepas dah siap2 bayar tu rasa macam nak feeling2 gedik sikit. Terus beli satu belon helium tulis I love u nak letak kat kereta Akram. Hahaha!


Ni masa dah nak balik tu. Gigih la kan lari2 kejar Akram dari belakang sebab nak snap gambar. Hahaha!


Sometimes, all we need just a little bit of suprise in our life. So takde la bosan sangat kan. Tapi selalunya aku je la yang buat suprise nya pon. Hahaha! Tapi tak kisah la sebab aku suke benda2 camni. Yelah dulu2 zaman bercinta tak mampu weh. Mana ada duit. Sekarang dah kawen baru la boleh nak buat camni. 


Sebelum balik amik gambar kenang-kenangan sikit.


Ni antara alumni sekolah aku yang join event ni. Tapi ni separuh je. Yang senior2 dah balik awal dah. Biasalah makin veteran makin sendu main futsal. Dah kalah awal balik la. Bahahaha! Alumni dari tahun 2001 sampai tahun lepas 2014. So ada 14 group of student. Sampai datang2 je semua dah tak kenal lagi2 adik2 yang baru habes sekolah kan. Bila tanya "Eh korang batch mana?" "Batch spm 2013 kan" Pehhhh terasa tua disitu. Baru perasan dah dekat 10 tahun tinggalkan zaman sekolah. Muka pon dah berubah. Yang paling ketara of coz la size badan. Ekekeke.


Balik futsal tu singgah jap pasar malam bangi sebab Akram cakap dah lama tak rasa air tangan bini die ni.
Okey lah. AKu pon dah lama tak masak.
Tapi menu aku yang pilih sebab dari hari tu teringin nak makan asam pedas daging tak dapat2.


Asam pedas daging, timun & sambal ketuk. Akram makan tambah dua kali. I is happy. Hahaha! Cuma kurang pedas sikit and nak kene belajar nak bagi pekat je lagi.


Makan tengah hari dalam pukul 2 petang.
Lepas tu terus solat siap2 and ke ioi city mall sebab dah beli tiket wayang nak tengok Avengers. Ehehehe
Sampai2 sana tengok raammaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiii gila orang beratur. Naseb baik dah beli tiket online awal2.

Basically aku rasa FF7 lagi best dari Avengers. Hahaha!
Sebabnya aku hampir tertidur masa tengok tu.
Siap boleh keluar pergi toilet jap. Banyak sangat dialog la. Action macam kurang sikit.
But okey lah jugak. Takde la tak best langsung.


Habes wayang terus ke Magnum cafe sebab nak jugak try apa yang orang dok cakap2 pasal ice cream ni kan.

Mula2 tu plan nak dine in. So kitorang pergi la pintu untuk dine in. Ada sorang staff tu cakap tunggu jap nanti cashier dia layan.
Tunggu 10 minit takde orang layan pon okey.
Akram dah start bengang dah. Dah la takde sorang pon staff tunggu kat depan.
Tiba-tiba ada orang lain datang terus masuk dalam cafe tu. Pehhh lagi la kitorang bengang kan.
Akram terus panggil sorang staff dalam tu. Dah la staff myanmar tak reti cakap melayu =___=

Disebabkan Akram memang bengang giler time tu terus masuk dalam jumpa manager dia. Hahaha!
Tak tau la manager ke supervisor ke. Tapi kitorang komplen la takde staff tunggu depan nak layan bla bla bla.
Pastu lelaki melayu (manager/sv) tu cakap sorry2 nanti die carikan table for two. Masa tu dah malas dah nak layan. Terus take away je.

Harap je cafe mahal. Layan orang nak tanak. Pirahhh.
Kaunter take away jugak yang bagus. Layanan tip top.


Kitorang amik dua. Total RM28++ Yang aku punya ni namanya cookies monster. Apa aku boleh cakap aku rasa Walls selection lagi sedap. Bahahaha!


Lepas tu jalan2 kejap kat ioi city mall sebab aku nak beli back pack baru.
Masuk Tesco jap terus balik rumah.
Buat nasi goreng sebab nasi tengah hari banyak lebih lagi. Lepas makan membuta. Ish2. Pastu komplen gemok. Dasarrr kan.

Esoknya flight pagi pukul 7.35 pagi and terus pergi keje. Dengan dua meeting lagi semalam.
Agaknya sebab tu aku penat sangat kot.


bye.