Minggu lepas Akram tanya aku nak follow tak tengok Johor Darul Takzim lawan Selangor kat Stadium.
Sebab kawan dia nak belikan tiket.
Aku cakap aku tak kisah sebab kalau tak follow pon bukan aku buat ape pon.
Mengangkang kat rumah tengok tv je pon.
So Sabtu tu tunggu Akram balik kerja. Then dia suruh teman pergi Bangi dulu sebab nak carik kasut bola baru.
Bila dah sampai Bangi tu memang aku terus cakap nak makan Ayam Penyet Wong Solo aaaa.
Dah lama okey mengidam.
Dari dua bulan lepas kot dok teringin.
Tapi tak pergi2. Padehal bukan jauh mane pon.
Tengah2 antara KL dengan Nilai.
Tapi sebab takde benda nak buat kat Bangi tu so memang tak menyinggah lah.
Disebabkan alang2 dah sampai Bangi aku awal2 dah cakap dengan Akram nak pergi Wong Solo.
Walaupon time tu dah dekat pukul 7 malam aku tak kire.
Kene jugak makan dulu baru pergi Stadium Shah Alam.
Pedulik hape lambat ke ape tengok bola asalkan tembolok haku penuh sebelum sampai stadium.
Penting ye bagi mengelakkan berlakunya amukan di dalam stadium akibat lapar.
Kesannya nanti aku boleh berzikir kat telinga Akram dengan perkataan lapar dari start bola sampai abes bola tanpa henti.
Daripada dia kemalu-maluan dengan perangai aku baik dia bawak aku makan siap2. Hehehe.
Sedapppppppppppppppp sangattttttttttttttttttttttttt. Satu benda yang aku paling suka makan dekat Wong Solo ni sebab ada terung berlado tu. Kalau makan Ayam Penyet tempat lain mane ade. Balik2 tempe dengan Tahu. Ya Allah meleleh-leleh air mata makan sambal dia. Tapi tatappppppppp licin. Akram selalu terpegun tengok aku makan sambal macam sambal tu sejenis lauk ayam. Baru dia tau Orang jawe ni makan sambal macam mane. Kakakakaka.
Selalu sangat kalau pergi makan mane2 pastu kan dapat timun dengan sambal belacan kan.
Akram dah siap2 bagi kat aku sambal belacan tu.
Hari tu aku makan Yee Mee Sup pergi bantai bubuh sambal belacan sebab sambal kicap takde.
Ko mampu? HAHAHHA!
Esoknya saket perut padan muke dengan diri sendiri.
Masa tengah makan tu tetibe Akram cakap dengan aku "Eh macam kenal lah budak tu."
"Sape?" aku tanya.
AKu ni kan rabun tapi memang pemalas tahap dewa nak pakai spek mata.
Tak hensem aaaaa.
Nak pakai lens memang tak aaa. AKu tak reti pegang mata.
"Macam budak sekolah kite. Macam Hezy tu" Akram cakap.
Ceaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kenal je.
Mentang2 peminat dia zaman sekolah kan.
Kakakakaka.
Aku kalau ingat balik mesti aku gelakkan Akram guling2. Adoii zaman2 sekolah ni kalau ingat balik memang senak perut gelak.
Aku cabar Akram pergi tegur budak tu lepas makan.
Akram cakap okey je. Dia kan pantang di cabar.
Siap cakap "Okey kalau pergi tegur dapat ape?"
Elehhh macam lah aku suruh pergi tegur Siti Nurhaliza kan.
Mula2 Akram pergi tegur dulu. Ape lah yang awak pandang dekat Akram dulu Hezy. Dah la kurus tak hensem pulak tu. Wakakaka sedap je mengata orang. Kalau Akram baca ni kompem cancel pergi Cameron hujung bulan ni.
Aku dulu zaman2 sekolah memang pandang Akram tutup mata je.
Of coz lah kene minat kat abang2 senior yang hemsem dan jambu kan.
Pastu ari tu Akram buat ayat "Yelah zaman sekolah pandang yang hensem je. Macam dot dot, dat dat, dut-dut, bla bla bla"
Ayat nak pasrah je. Menyampah.
Bila aku datang Hezy cakap "Kite perasan akak je. Kite tak kenal dia ni. Pastu kite pelik apesal dia asyik pandang2 je"
Aku cakap "Mesti sebab Akram dah gemuk kan?"
"Aah"
Wakakakakkaka.
Tapi tak borak lama pon sebab kitorang kan nak kejarkan ke Shah Alam.
Dalam pukul 815 kot sampai stadium.
Fuhhhhhhhhh penuh gila parking.
Dah la kitorang parking kat pintu Selangor.
Dah satu hal menapak nak carik pintu Johor.
Memang dah macam tawaf satu stadium dah.
First time tengok Johor Darul Takzim perform live. Dan kali kedua masuk stadium. First time masuk masa Harimau Malaya lawan Indonesia dulu.
Tapi seat giler tak best.
Tak boleh sandar.
Bayangkan 3 jam dalam tu duduk menegak je. Pehhhhhhhhhhhh nak terkehel tulang belakang aku.
Tapi kalau korang tengok match ari tu, ref utama tu cikgu aku masa sekolah dulu.
Dulu belajar KH dengan dia.
Nama glemer ---> WAK.
Stadium penuh ! Amy Search pon datang support Johor jugak okey. Bila bukak Instagram ramai jugak artis yang datang. Jep dengan Mamat Sepah datang jugak.
Kawan2 Akram dalam 5 orang camtu.
Semua kawan2 satu sekolah dulu.
Siap nyanyi lagi sekolah. Motif sangat.
Bila ada offside aku pandang Akram.
"Offside tu ape?"
Akram pon bla bla bla terangkan.
Ada sorang kawan Akram datang bawak tunang dia.
Tunang dia pon spesis aku jugak "Offside tu ape?"
Pastu ape lagi diorang pon "Eh korang dua duduk jauh sikit lah. Main masak2 ke"
Cissss.
Tapi sedih jugak lah.
4-1 tu kene bantai.
Paling tak boleh terima dua gol terakhir masa Selangor main 10 orang je.
Tapi sedih2 pon tetap rembat sehelai dua sticker kat Stadium.
Hehehehe.
Barulah sepadan dengan nombor plet J. Tak macam Akram. Beria tampal sticker tapi pakai plet W jugak.
-___-
Lepas habes tengok bola macam biasalah lepak jap makan-makan minum2.
Ya Allah melepak dengan kawan2 Akram ni sumpah nak pecah pundi kencing gelak.
Lagi2 bila masing2 mengimbau zaman2 sekolah dulu.
Dah la geng2 dorang ni semua pattern muka golongan pertama bukak buku rekod disiplin.
Macam tak sangka semua pon dah jadi bapak orang.
Sebab dulu zaman sekolah aku takde lah tau sangat aktiviti underground dorang ni.
Bila dorang start cerita memang sumpah nak gelak guling2.
Dengan pecah kantinnye tengah malam sebab lapar.
Dengan kes bergaduh antara batchnya.
Dengan aktiviti fly nya.
Cerita2 pasal pailang tetibe masuk cerita sape paling banyak dapat surat masa kat sekolah dulu.
Wakakakakaka.
Siap tanya aku "Ko rasa masa sekolah dulu nama sape yang paling top ko selalu dengar buat hal?"
"Emmmm Apai Kamisan" Aku jawab.
Apai dah gelak2 gila babeng. "Apesal nama aku jugak yang keluarrrrrrr?"
Muka tak puas hati.
Kakakakakka.
Dah tu mase aku form 3 memang nama yang selalu keluar tak lain dan tak bukan.
Apai Kamisan, Arip Ahmad, Ammar Latip.
Nama2 yang digeruni lah konon2 nya. Kononnnnnnnnnnnnn.
Hehehe.
Kalau macam nama Akram tu takde pulak selalu keluar.
Tapi sebenarnya Akram cakap nama dia lah antara nama yang paling awal bukak buku rekod disiplin.
Huhu.
Pandai bersembunyi di sebalik baju pengawas nampaknya.
Siap ada yang dah kene buang sekolah, cikgu panggil balik masuk sekolah.
Cikgu Ajis.
Walaupon dia cikgu disiplin paling garang, suka merotan, bla bla bla tapi after all tiap2 tahun sambutan hari guru mesti dia dapat anugerah cikgu paling best (aku lupe sebenarnya nama anugerah tu. Wakakaka)
Tapi anugerah tu student yang vote.
Masa aku form 3, belajar dengan cikgu Ajis tu.
Ada one time dia suruh buat karangan "Tulis sepucuk surat kepada kekasih anda di luar negara"
Boleh?
Petang tu masing2 menceroboh kelas sebab nak baca surat kawan2.
Kakakaka.
Kehadapan dinda, kanda.
Apa kabar adinda di sana? kahhkahh.
Puihhhh.
Aaaaaaaaaaaaaaaaa how fast time flies.
Dah 8 tahun aku tinggalkan sekolah.
Rindunyaaaaaaaa.
okbai.