Selamat Hari Raya AidilAdha korang!! (beselah ketapi lambat sikit)
Ketupat segera, Sambal kacang daging & Ayam (Beli kat Tesco) goreng.
Adapun ini lah sahaja menu aku di pagi AidilAdha.
Masak sendiri ni tau. Cewah nak explain bagai macamkan ada orang kisah kan.
Aku beraya kat KL saje.
Tak balik kampung pon walaupon dah amik cuti hari Isnin tu.
Plan asal nak balik kampung naik bas. Tu yang siap apply cuti bagai tu.
Tapi aku kan pandai last minit baru nak carik tiket bas memang tak lah kan nak ada.
Dah la bas KL-KOTA TINGGI tu dua jenis je. Satu Mara Liner lagi satu Transnasional.
Pulak tu dorang punye jadual bukan banyak sangat pon.
So memang time2 raya ni fullhouse. Semua sold out.
Ada je bas ke JB tapi malas la aku. Malas nak susah2 kan orang amik aku kat Larkin tu.
Rumah aku nak ke Larkin dekat dua jam la kot. Ke sejam setengah lebih kurang.
So aku decide takpe lah raya sini je lah. Lagipon kalau ikot plan asalnya 1 November ni aku dah kene transfer ke Nusajaya, Johor.
Tempat Legoland nu ha.
So dah senang la nak balik kampung kan.
Sekali tetibe bos baru bagitau delay lagi.
Bos aku ni memang sukahati dia nak buat pape.
Takpe2. Aku mampu bersabar lagi. Gittew.
So sebab aku tak balik and Akram pon tak balik, aku tanye la Akram nak masak ape pagi raya tu.
Akram cakap die suke makan sambal kacang daging.
Aku memang tak pernah la makan sebab selalunya mak aku buat sambal kacang plain.
Tak pernah pulak tambah2 daging bagai ni.
Tapi sebab aku ni hebat (wakakakaka), dan cute maka aku buat jugak.
Ala ape susah google je la resepi kan. Apedehal.
Sekali type "Resepi Sambal Kacang Daging" berpage-page keluar. Tinggal kau nak pilih yang mana je.
Dan tinggal lagi kau malas dengan rajin je.
Daging tak nampak sebab diseliputi oleh kekacang tanah yang mantap. Kakakaka.
So basically Akram cakap sambal kacang daging aku sedap.
Wiwiwiwiwiwiwi (poyo sangat kennn)
Tapi seyesly aku pon macam tak caya aku ni buat sambal kacang.
Hamagad selalu tiap2 tahun bangun tido je kat kampung dah terhidang seperiuk sambal kacang aku pon tak pernah amik tau camne nak buat.
Tetibe tahun ni masak sendiri.
Terasa diri ini sungguh matured. Dan keibuan (WTF!)
Aku punya menu raya memang simple. Asal ada sambal kacang dan ayam merah.
Tapi sebab ayam bape ketul je kan tak payah la beria nak masak merah.
Kalau kat kampung pon sama. Every year wajib masak sambal kacang and ayam masak merah.
WAJIB ye.
Kalau takde boleh mendatangkan amukan melampau. Ngagagaga.
Setakat rendang ke lodeh ke aku boleh pandang sebelah mata je.
Dalam pukul 11 pagi camtu Akram ade majlis korban kat Serdang.
Die ajak jugak aku tapi kalau aku ikot pon ape je lah yang aku boleh buat.
Aku dah la tak boleh tengok binatang2 kene sembelih ni.
Nanti aku kesian. Dah rugi tak dapat makan daging kan.
Takkan aku nak tolong melapah daging pulak.
Karang daging ke mana, pisau kemana, aku kemana.
Jadi baiklah duduk rumah je.
Disebabkan seharian aku duduk rumah, segala jenis sarung bantal aku basuh, selimut aku basuh, tuala aku basuh, sapu satu rumah, mop satu rumah, Iron baju keje bebanyak Fuhhhhhhhhhhhhhhhh terus rasa macam tak sabar nak kawen sebab nak tunjuk kat Akram yang aku ni hebat. Wakakakaka Pengsan.
Masa tengah buat2 keje tetibe Akram wassap.
Wiwiwiwiwiwiwi lagi sekali.
Korang!
Jangan muntah ye. HAHA!
Selama 25 tahun 2 bulan 1 hari aku hidup first time dalam sejarah Akram puji aku masak.
Takdelah perkataan puji pon kan dalam mesej tu.
Tapi aku anggap sebagai appreciation la. Gittew.
Selama ni asal aku tanya sedap ke tak manjang je cakap "Eh mane de sedap. Tak sedap lah" sambil tangan menambah nasi dan licin
Tak ke ko malas nak layan disitu.
Tapi aku syak Akram fed up la sebab aku asyik je suruh die puji aku.
Wakakaka.
Aku kan selalu buat ayat "Tak dengar ke ustaz cakap kene selalu puji perempuan masak"
Cewah padehal belum kawen kennn lantak die la nak puji ke keji.
Okey takpe.
Aku masih mampu bersabar lagi.
Mihmihmih.
Dan disebabkan aku masih lagi feeling2 aku masak sedap, terpaksa la puji diri sendiri lagik.
Hahahahahaha!
Dah2 la kan buat orang nak pitam.
Haritu Akram ade bagi daging korban.
So dis week nak buat sup daging.
okbai.