Friday, January 1, 2016

Anniversary pertama di Korea : Plan, Initerary & persediaan sebelum fly.


Annyeonghaseyo. Kamsahamnida.
Hahahaha seminggu kat korea tu je lah perkataan yang aku dok ulang2 hari2.
Nak buat camne orang tak minat Korea tapi pergi Korea. Gitu la gamaknya. Pastu takde inisiatif langsung nak belajar cakap korea. Kahkahkah.

Okeylah actually dah dekat sebulan lebih kot aku balik dari Korea (26.11 - 2.12). Cuma kemalasan yang amat nak hapdet.
Tapi kene apdet jugak sebab laki I nak baca. Ekekeke.
Sebenarnya aku sendiri yang nak baca nanti bila bosan2. Lolz :P

So sebelum segala cerita menjadi terlalu basi ayuh la temanin guwe kita kembali ke zaman sebulan lepas. Eh tetibe masuk slang Indon dah kenapa kan. Dasar anak Jawa!

Sebenarnya lagi Korea ni tak pernah jadi destinasi dalam pilihan aku.
Entah. Mungkin aku tak minat sangat kot drama Korea. Tak bukan setakat Korea, aku ni jarang nak minat fanatik or gila2 terhadap sesuatu benda. Contoh kalau kau tanya sapa artis fevret aku, mungkin aku kene amik masa 5minit untuk fikir balik sape yang aku minat. Haha!
Aku jarang minat in person. Aku lagi suka minat lagu or filem, gitu lah lebih kurang.

Masa zaman2 University dulu pernah la demam Korea jap sebab layan Running Man. Sampai tak tidur malam dok layan cerita tu. Tu pon sebab pengaruh rakan sebaya.
Dah kalau kawan kiri kanan depan belakang kau dok cerita pasal program tu, kau kat tengah2 dah macam orang dungu, pebenda la kawan2 aku ni merepek. Siap cakap Korea lagi. Pastu gelak2. Eh panas pulak hati aku ni. Haha. Nak tanak ko pon layan la jugak program tu.
Sekali terbest la pulak. Ekekeke. Terminat la pulak kat Jong Kook oppa.Annyeonghaseyo. Hahaha!
Tapi sekarang bila aku tengok balik program tu dah jadi bosan pulak. Manakala rakan2 aku masih setia terhadap segala artis dan drama korea.

Sebenarnya aku lagi teringin nak pergi Istanbul, Paris, Amsterdam, Prague. Tapi nak buat camne. Dah la ringgit tengah jatuh kan. Ke Korea je la yang kite mampu.

So sebab ramai sangat yang tanya itinerary aku, ni ha aku list kan kat bawah.


Tapi aku tak ikot pon semua benda. Tengok lah schedule tu. Banyak lari.
Aku tak jadi pergi Everland dengan DMZ.
Naseb baik lah kitorang tak ikot travel agent tau. Kalau tak rugi2.
Ape tak ruginya. Kitorang jenis yang kalau agak2 penat, malas la nak keluar.
Dah la time tu dah start winter. Bapak lah sejuk gila kan. Dengan berjalan kaki banyak.
Sampai sakit2 kaki aku. Jenis yang nak pijak lantai pon dah sakit kaki. T.T
Kalau agak2 malas nak bangun pagi, kitorang melingkor dulu dalam bilik. Pukul 2 lepas lunch baru kitorang keluar jalan2.

Lagipon aku dah pregnant time tu. So tanak lah penat2 sangat. Lagipon pergi bercuti sebab nak berehat je. Hehehe.
Nanti ada rezeki nak datang masa autumn pulak.

Lagipon Korea ni banyak tempat bersejarah je. Dapat melawat sikit2 pon dah okey kot. Hihihi.
Yang penting dah sampai and dapat tengok depan mata cara hidup rakyat Korea. Dapat tengok teknologi dia macam mana. Dapat kenal perangai orang Korea ni sama tak macam yang digembar-gemburkan dalam drama tu. Gittew la.

Sebenarnya aku ingat akhir bulan 11 tu still autumn.
Nak masuk ke winter and takde lah sejuk sangat.
Tapi tu cuma harapan. Naseb baik bawak jeket tebal. Kalau tak, mereput la aku dalam bilik sebab jaket mahal jugak nak beli kat sana. Hahaha! Maklum lah baru nak start winter. Akram cakap kalau nak beli jaket murah pergi masa nak habes winter. Masa tu dorang selalu buat clearance stok.

So untuk winter list yang korang kene bawak ialah :

1. Jaket tebal
2. Long John
3. Stokin tebal (yang kapas lagi elok)
4. Scarf
5. Ear Muff
6. Sarung tangan
7. Ubat-ubatan
8. Passport
9. Makanan
10. Extension & Adaptor
11. Charger
12. Camera & power bank
13. Toiletris
14. Wet tissue / botol kosong (toilet takde hose ya)
15. Minyak angin
16. Lotion
17. Lip bam (penting sangat ni sebab cuaca dia kering)
18. Baju yang berpada2
19. Peta Korea, peta subway (boleh donlod apps). Tapi kat Korea pon setiap port tourist memang banyak sediakan map.
20. Termos kecik untuk travel. Sebab cuaca sejuk sangat so kalau bawak air panas masa berjalan memang sangat best.

Macam aku, makanan memang aku standby banyak dari Malaysia.
Antaranya.

1. Beras
2. Tuna
3. Nasi segera jenama Brahims
4. Sambal bilis kering
5. Roti pita
6. Maggi
7. Milo & Nescaffe 3 in 1
8. Sup cambell

Tu je kot. Kalau nak senang, korang beli je nasi Brahims tu banyak banyak banyak. Memang senang, mudah, cepat. Serius tak tipu. Tinggal panaskan dalam microwave je pastu dah boleh makan. Ada nasi goreng, nasi beriani, dll

Dia dah separuh masak tau. So tinggal panaskan lagi 20 minit camtu je. Senangkan? Harga dia memang mahal sikit. Tapi nak dibandingkan dari makan kat Korea lagi berganda2 mahalnya. Haha! Dalam setiap pek ni dia sediakan sudu besi yang besar tu. Dah satu keje aku mengumpul sudu jenama Brahims. 

Kalau korang stay area Itaewon tak payah risau sangat pasal makanan halal. Memang bersepah kedai halal. Standby duit je lah. Macam aku duduk area Myeondong, susah nak carik kedai halal.
So nak tanak memang kene standby makanan dari Malaysia la banyak2.

Baju pulak untuk winter tak payah bawak tshirt banyak2 sangat pon sebab bukan orang tau pon kau pakai tshirt yang sama. Bahahaha!
Bawak tiga helai dah cukop. Seluar bawak la 2-3 helai sebab seluar nanti amik gambar boleh tukar2. Luar kau memang kene pakai jaket tebal je. Lagipon tak payah risau sebab tak berpeluh langsung walaupon berjalan banyak.
Kalau rasa tak selesa pakai baju sama, jangan risau sebab selalunya guest house ada sediakan mesin basuh siap dryer sekali. Iron2 pon tak payah bawak sebab ada disediakan. Buat berat bag je.

Make sure bawak jaket tebal walaupon kau datang baru nak masuk winter sebab memang sejuk yang amat. Lagi2 bila berangin pehhhh terus beku muka kau.
Aku mula2 macam tak percaya begitu sejuk kat Korea. haha. Berlagak. Sebab fikir ala baru nak masuk winter. Tak sejuk sangat lagi kot. Sekali menggigil ok. Naseb bawak jugak jakel tebal. Awal winter pon suhu dah jejak negatif. Paling tinggi pon masa aku datang tu 12C.


Untuk total perbelanjaan pulak (Aku + Akram):

Tiket tak payah kira la eh sebab aku tak aci naik Mas dapat tiket murah. Hihihi.

Sebelum fly beli barang2 makanan + barang2 untuk winter = Rm400

Perbelanjaan kat Korea = Rm2000

Guest house (Namsan Guesthouse) = Rm1125

Total = Rm3525 (7 hari 6 malam)


So far perbelanjaan kat Korea tu banyak habes untuk beli tiket2 masuk + makan.
Lain2 untuk beli T-money (ala-ala touch n go) untuk naik subway. Shopping sikit2.
Korea lagi mahal dari Malaysia ok. Macam Singapore la. Bagi dorang murah tapi bila kita convert ke duit kita jadi mahal. Gaji kat Korea dua kali ganda gaji kita. Kalau gaji pekerja biasa2 standard dalam 3k-4k gitu. Kalau professional gajinya dalam 8k-10k duit malaysia gitu. Sebab tu barang2 dia pon mahal. Arraso? Cewaahhhhh :P

1000 Korea Won (KRW) = RM3.80 (hujung bulan 11 aku tukar)
Tu pon tukar kat Mid Valley sebab paling murah. Kalau kat Nilai dah Rm4.

So bayangkan beli stokin kat Korea pon dah KRW3000 = lebih kurang Rm12
Kalau makan kebab (kebab dia macam wrap) dalam KRW5000 = RM20 (darab 4 je la eh senang kira. hehe)
Kalau makan nasi tu sekali makan dalam KRW 30000 = Rm120. Padahal makan nasi biasa je. hehe. Apa nak buek. Nak sangat berjalan kan.

Tips nya bila kau dah tukar duit tu kau tak payah la convert2 dengan duit Malaysia. Kalau nak beli pape anggap je la kau sebagai orang Korea selama seminggu.
Lagipon kau memang dah budget siap2 tukar duit untuk travel kan. So selagi duit tu tak habes kau guna je la. Haha!

Jangan risau sangat sebab InsyaAllah takkan sesat kat Korea. Asalkan bawak peta Subway or donlod je kat henpon memang senang. Lagipon subway dorang user friendly. Banyak map, banyak direction.
Orang Korea pon baik2 walaupon kadang2 kene bercakap macam itik dengan ayam.
Tapi kalau budak2 University tu majority boleh cakap English. Mintak je tolong or tanya dorang.
Kalau kat setiap tourism spot akan ada pekerja from tourism yang standby.


So kalau ternampak orang2 berbaju merah ni ha pergi lah tanya pape kat dorang. Tanya apa yang menarik kat  tempat tu, kedai halal, port mana yang boleh dilawat. Dorang ni hebat sikit speaking. Memang dorang kerja dengan jabatan perlancongan. Tugas dorang memang untuk membantu pelancong asing. Siap ada logbook khas lagi untuk record berapa pelancong dorang dah tolong haritu. Aku rasa dorang nak tau adakah kewujudan dorang ni memang betol2 membantu pelancong. Takde lah makan gaji buta je. Gitu la kot. Bagus kan?


Lagi satu tak silap aku Korea ni salah sebuah negara paling selamat untuk dilawati.
Korang takkan jumpa sorang pengemis pon kat sini.
Kan semua para lelaki lepas sekolah wajib masuk macam military service tu kan. Apa tah nama dia. Kalau kat Malaysia macam PLKN la.
Kat Korea sangat strict! Handphone memang tak boleh bawak. Setahun dua kali je tak silap aku dorang boleh keluar dari kem.

And menurut manager guest house aku, dalam kem tu dorang memang diajar skill untuk membunuh especially bunuh tentera korea utara in case dorang di serang. Dan dorang diajar sekali kelemahan2 musuh dorang. So aku rasa semua orang pon takut nak buat jahat sebab tau semua lelaki pon ada skill membunuh dan survival. Berani kau nak buat jahat? Carik nahas la. haha!

Setelah penat menggoogle, study map, tanya member, dan lain2 so dapatlah aku senaraikan antara tempat2 menarik yang korang boleh lawati bila datang Korea ni.

1. Cheonggyecheon Stream


Apa yang aku baca, sungai ni dulu kotor and buruk. Tapi goverment Korea cantikkan balik untuk tujuan perlancongan. Dan aku baca lagi selalunya musim panas, orang suka lepak2 sepanjang sungai ni untuk rendam2 kaki. Dan juga dating.

Tapi bila aku datang malam, sungai ni sendu gila. Pokok pon macam hidup segan mati tak mau je. Bahaha. Tak seperti yang digambarkan. Mungkin winter kot. Apa kejadahnya orang nak melepak tepi sungai sejuk2 kan. Baik duduk rumah panaskan badan. Aku baca lagi dalam bulan November ada pesta tanglung sepanjang sungai ni. Memang happening. Tapi takde pon masa aku datang. Aku rasa pesta tu masa awal November masa nak hujung2 autumn camtu.

So kalau rasa nak melepak kat sungai ni datang lah musim selain winter. Winter memang orang fokus nak main salji je.


2. Dongdaemun Ikan Bakar


Ikan bakar ni ramai yang suggest untuk korang try kat area Dongdaemun. Lokasi dia dekat2 je dengan Cheonggyecheon stream tu. Dekat lorong kecik. Nanti aku apdet details kat pos lain. Dia ada banyak kedai tapi kitorang pilih kedai pertama sebab dia pandai cakap Malaysia sikit2. Hahaha!

Ikan bakar dia serius sedap. Lain dari Ikan bakar kat Malaysia ni. Susah nak describe. Kalau datang Korea pergi lah try. Dan kat sini lah first time aku rasa Kimchi. Sedap jugak rupanya. Dulu masa aku try makan kat Seoul Garden tak boleh terima tekak lah pulak.

Kedai ikan bakar ni memang jual seafood je. No daging2. Harga mampu bayar. Dont worry. Haha! Tapi masa nak order tu pelayan dia tak pandai nak speaking. Biasalah makcik2. Sikit2 dok cakap "Iga Hana iga hana" dua tiga kali. Aku dengan Akram dah blurr gila. Rupanya maksud dia "Ini satu" sambil tunjuk kat menu. Pandai2 lah korang ye. hehe.

Kat atas tu aku order Japanese Spanish Mackerel Fish dengan ada lagi satu ikan. Lupa pulak. Order ikan je. Nanti die datang sekali satu set dengan nasi dan side dish.

Kat Dongdaemun ni ada jugak night market. Tapi tak sebesar Namdaemun market. Aku beli baju Korea kat Dongdaemun ni la sebab tengok2 harga lebih kurang je. 3 helai KRW10000. Tu yang paling murah aku jumpa. Yang best sebab ada banyak size. Size budak2 pon banyak. So kalau jumpa harga camtu boleh la beli.


3. Ewha Woman University


Salah satu University top kat Seoul, Korea. Actually ada dua University kat area ni. Lagi satu Yongsei Uni. Tapi kitorang melawat Ewha ni je. Tapi die dekat2. Boleh jalan kaki je. Tarikan dia cuma dia ada kawasan yang cantik. Cantik kan?

Nanti nampak lah student2 University ni ramai2 masa nak pergi kelas. Syok cuci mata. Sebab dorang kan pandai berfesyen. Haha!

Kat tepi2 University ni menghala ke Subway ada satu street dorang panggil "Must visit street" kot. Lupa sudah. Kebanyakan kedai jual barang2 fesyen macam kasut, handbeg, baju, jaket. Katanya winter jaket kat sini murah2 tapi mahal jugak aku tengok. Haha! Makanya iols takde la nak shopping kat sini.

Basically tempat ni sesuai untuk golongan muda belia je untuk datang. Kalau bawak mak ayah, tepat ni takde yang menarik pon. Amik2 gambar je yang cantik.


4. Gwanghamun Square & Gyeongbokgung Palace


Gwanghamun square ni depan2 je dengan Gyeongbokgung Palace. Kat sini memang banyak polis berkeliaran sebab keliling tempat ni banyak embassy lagi2 ada UK embassy.
Kat sini ada tugu peringatan King Saejong The Great (gambar atas - dia cipta huruf Korea) dan ada jugak tugu laksamana Yi Sun Shin. Katanya Laksamana Yi Sun Shin ni dia punya hebat sampai perang dengan Jepun berkali-kali pon tak pernah lagi kalah.

Kalau korang bernaseb baik kat area ni ada orang buat pertunjukan lagu Korea. Pastu masa aku datang tu dorang tengah buat pameran sempena memperingati kejadian feri karam yang bawak budak2 university tu.



Tak silap aku kat Seoul ni ada 5 istana yang korang boleh lawat. Tapi yang paling famous dan besar yang ni lah. Orang cakap banyak drama Korea buat penggambaran kat sini. Jangan tanya aku sebab aku bukan tengok pon. Haha!

Lagi satu tarikan palace ni sebab dia ada changing guard ceremony. Tu nampak guard2 pakai baju kaler2 depan istana tu. Tu pintu masuk utama Istana tu. Kat situ je ceremony tu dorang buat. Free of charge. Kalau nak masuk pintu tu untuk tengok istana belah dalam baru kene beli tiket.

Ada orang cakap boleh try pakai pakaian tradisional Korea kat sini free. Tapi masa aku datang macam takde je tempat yang boleh try2 baju tu. Tak tau la kot2 die dah tutup ke apa kan sebab ramai sangat orang.


5. Hangang River Cruise


Cruise ni terletak kat Hangang Park. Hangang park kalau musim lain memang ramai orang lepak2 sini. Tempat dia memang besar dan cantik. Lagi2 kalau musim panas dan musim bunga. Boleh naik basikal ronda2 sepanjang sungai ni.

Kalau datang winter memang sendu je lah tempat ni. So dapat naik cruise je. Boleh la tengok pemandangan sepanjang sungai Han ni. Sungai ni sungai terbesar kat Seoul. Nanti masa naik cruise ni ada orang yang akan bagi penerangan tentang sungai ni. Tapi aku tak dengar pon. Aku sibuk bergambar kat depan cruise. haha!

Ada tiga stesen boleh pilih untuk naik cruise ni. Aku pilih yg paling dekat dengan Hangang Park tu. Nama dia Yeouido. Boleh check time table kat kaunter tiket.


6. Bukchon Hanok Village


Perkampungan ni yang aku baca adalah satu perkampungan tradisional yang dikekalkan di sebalik bandar2 besar kat Seoul tu. Kampung ni kat area2 Gyeongbokgung Palace jugak. Boleh jalan kaki kalau larat. Kalau tak larat naik je Subway satu stesen.

Tapi nak berjalan dalam area kampung ni penat tau. Sebab dia atas bukit. Dah la kene mendaki. Kene naik tangga lagi. Kalau lutut kau sejenis longgar tak payah la datang. Haha! Basically dia adalah rumah2 lama macam dalam drama korea tu. Kat sini tak boleh buat bising tau sebab dia macam kawasan yang agak privacy gitu. Walaupon agak tradisional, namun cctv adalah bersepan2 depan rumah. Moden kau. hehe.

Kat sini ada 8 spot untuk amik gambar (dalam map pon ada tunjuk). Tapi aku bet korang takkan jumpa lapan2 tu. Haha! Sebab dah la takde direction. Banyak lorong2 pulak tu. Aku jumpa 3 spot je kot. Dah la turun2 bukit jumpa tempat yang sama. Ciss betol. Last2 malas nak layan. Balik je.

Selain tu ada jugak kampung lain macam Namsangol Village. Tu area2 Namsan Tower tapi kitorang tak pergi pon.


7. Hongdae / Hello Kitty Cafe


Kalau kau seorang peminat tegar Hello Kitty boleh la ushar cafe ni. Cafe ni dah pindah tau. Tapi dorang tak apdet dalam map. Nanti aku apdet lain. Naseb baik Akram tanya orang tepi2 jalan sebab dua tiga kali kitorang pusing jalan yang sama memang tak jumpa. Rupanya dah pindah. Hampeh betol.

Sebenarnya dia kedai makan biasa je. Cuma dia hias dengan design Hello Kitty. Aku takde lah minat sangat Hello Kitty ni tapi sebab kitorang dah tak tau nak pergi jalan mana, so kitorang singgah je la sini minum coffe dia. Nak masuk sini wajib order satu air ok setiap sorang. Siot punya strategy. haha!

Kat Hongdae ni jugak ada kedai2 tepi jalan jual baju2. Kalau nak beli glove murah2 kat sini la sebab tempat lain aku tengok mahal. Sini agak murah sikit.


8. Itaewon


Tempat wajib datang kalau pergi Korea ya. Sebab kat sini banyak kedai makan halal. Hehe.
Kedai kebab bersepah-sepah. Sediakan duit je :P
Selain tu ada makanan arab, india, indonesia, korea halal pon ada.
Dan kat sini ramai orang Malaysia yang stay sepanjang duduk Korea sebab senang carik makan halal.

Selain tu boleh la singgah masjid besar kat sini.
Aku solat zuhur + asar sekali kat sini. Imam dia masa tu orang Indonesia.
Kalau datang sini boleh beli buah-buah dia yang besar2 dan manis2 macam strawberry dan persimon.
Pastu kalau nak beli barang basah pon dijamin halal kat sini sebab ramai jugak Muslim Korea duduk sini. Ada jugak kedai2 jual baju tepi2 jalan area sini tapi tak banyak sangat.


9. Myeongdong night market


Myeongdong ni tempat kitorang stay sepanjang kat Seoul. Namsan Tower pon kat Myengdong ni. Dah sampai sini baru tau bandar ni kira macam pusat bandar dorang la. Kalau kat Malaysia bandar ni ala2 macam Bukit bintang and pavilion gitu.
Bandar yang terkenal dengan kedai2 jual barang kosmetik & baju2. Butik2 pon banyak kat sini. Souvenier tak payah la beli kat sini sebab agak mahal.

Kat sini kitorang try lempeng pisang nutella dia. Macam tu pon harga dah KRW4000. Haha! Kat rumah tanak pulak buat. Padahal benda basic je. Ekekeke. Biasalah tempat orang kan. Kene lah try semua. Hihi.

Kalau setakat kedai body shop dengan kedai etude house tu satu night market ni ada lah 3-4 kedai yang korang akan jumpa. Naseb baik aku bukan peminat tegar barang2 kosmetik. Selamat duit. Haha!


10. Namdaemun Market


Haaa kalau nak beli souvenier boleh beli kat sini sebab ada banyaaakkkkkkkkk pilihan dan banyak gila kedai. Larat tak larat je kau nak pusing semua kedai. Kalau kat Malaysia ala2 macam Jalan Tar la.

Tapi Namdaemun ni bukak siang je tau. Pagi sampai dalam 6 petang camtu. Sebab malam orang akan fokus kat Myengdong dengan Dongdaemun market pulak. Gittew.
Kat sini kene try honey candy dia. Sedap! Dia gula2 madu yang dibalut tepung jagung lepas tu dalam tu boleh pilih nak perisa almond ke coklat ke.

Pastu kat sini ada satu bangunan nama E-Lengdang. Satu bangunan tu jual brooch, gelang, emas Korea, dll. Semua kedai ok jual benda yang sama. Dah la kedai dekat2 sebelah2 je. Berpinar mata. Hehe. Aku tak beli pape pon kat bangunan brooch tu sebab tak tau nak beli apa. Cuci mata je.

Cuma kat market ni sempat la beli set sudu garfu die sebab cantik panjang2. hehe. Pastu beli fridge magnet + sepit kuku buat ole2. Kat sini best sikit nak tawar menawar sebab banyak kedai. Kalau die tak bagi kau tawar kau pergi je kedai lain.


12. Nami Island


Wajib datang jugak! Kalau tak singgah maka tak lengkap lah percutian ke Korea.
Sapa yang tak tau kan Pulau ni femes sebab cerita Winter Sonata.
Nasihat aku kalau nak datang sini naik Subway kene keluar hotel seawal pagi sebab dia jauh. Bukan kat Seoul. Kat hujung stesen sana ha. Dalam sejam setengah kot.
Pastu nak kene naik bas pulak. Timing bas ikot jadual bukan sepanjang masa bas ada. Pastu nak naik feri lagi.

Kalau keluar lambat tak sempat la nak amik gambar cantik2 kat sini. Hehe. Kebetulan masa kitorang datang ni snow tengah heavy jugak. Terus la feeling winter sonata gitu. Dah la hari kitorang datang tu tarikh first anniversary. :D


12. Seoul Tower


Seoul Tower ni atas bukit je satu jalan dengan guest house kitorang. Nak naik puncak ni boleh jalan kaki atau naik cabel car. Tapi nak menapak ke stesen kabel car tu hazabullah jugak. Sebab kene mendaki bukit. Termengah-mengah aku. Dah la peknen kan. Terus bad mood sebab sampai stesen kabel car tu dah semput. Hahaha!

Kitorang decide naik turun namsan tower ni guna cabel car je. So terus beli tiket cabel car pergi balik. Paling famous kat Namsan Tower ni of course la orang dok beli pad lock pastu kunci kat semua tempat. Aku nasihatkan korang beli je la siap2 mangga dari Malaysia. Sebab harga kat Korea ni fuhlamak mahal bebenor. So kitorang takde lah nak membelinya.

Pastu kalau nak datang sini datang lah dari petang ke malam. Sebab petang2 boleh amik gambar and tengok pemandangan siang. Gambar clear. Bila dah malam tu boleh tengok pemandangan malam pulak. Cantikkk.


13. Petite France


Ini satu kawasan dengan Nami Island. Kalau kat Malaysia ala2 bukit Tinggi la. Tapi bukit tinggi lagi cantik. Tempat ni kecik je. Amik2 gambar je. Dia adalah sediakan peta untuk rumah2 kat situ. Dalam setiap rumah ada la benda2 antik zaman dulu. Tapi kami laki bini tak berapa minat pon nak round semua. Bosan. Haha!

Sejam je duduk sini pastu terus amik bas balik stesen subway.


14. Everland


Okey ni memang masuk dalam itinerary aku tapi aku tak pergi pon. Haha!
Sebabnya aku tengah peknen dan of course aku takkan naik benda2 tu semua. Pastu Akram cakap die pon malas nak naik benda2 tu semua, so cancel.
Tapi banyak aku baca review tempat ni best. Ala2 genting la. So korang try la k. Hehe


15. DMZ


DMZ ni pon kalau korang ada masa singgah la. Dia ni kira sempadan Kore Utara & Korea Selatan la. DMZ (Demilitarized Zone) ni kalau boleh pergi dengan tour sebab senang. Lagi satu dia jauh and payah kalau nak pergi sendiri. Kat guest house memang banyak pamplet2 tour guide untuk pusing DMZ ni. So mintak tolong je staff hotel korang tolong boking kan.

Kitorang tak pergi pon sebab kemalasan mengatasi segala-galanya. Bahahaha!
Nanti lah kalau ada rezeki datang Seoul lagi time autumn aku nak singgah sini pulak. Hehe.
Kalau korang sejenis pencinta sejarah lagi best datang sini. Sebab sejarah perang South-North Korea ni sangat interesting. Sampai sekarang sebenarnya tak silap aku dorang takda lah cakap dah berdamai. Cuma dorang tangguhkan perang je. Ala-ala gencatan senjata la. So bila2 masa je dorang boleh berperang balik. Sebab tu semua lelaki kat Korea Selatan kene masuk military camp untuk di train menghadapi peperangan.

Kalau korang tanya rakyat Korea Selatan samaada dorang ada niat tak nak jejak Korea Utara, laju2 dorang cakap No! Haha! Sebab dorang memang membenci korea utara. Siap cakap tak mungkin dan takkan terjadi dorang akan jejakkan kaki kat sana.

Kalau nak ikot kan sejarahnya dulu Korea ni kene jajah dengan Jepun. Bila Jepun kalah dengan Allied Forces, Korea Utara jatuh kat USSR & Korea selatan jatuh kat US. So Korea Utara ni memang diperintah oleh komunis la manakala Korea Selatan ni lebih demokrasi. Masa pilihanraya untuk tubuhkan kerajaan Korea, dorang ni berbalah la dua pihak sebab sorang dah macam Komunis, lagi sorang pulak sejenis harmoni. Terus korea selatan kene serang dengan Korea Utara. US pon tolong lah Korea Selatan dari kene atatck dengan Korea Utara. Dipendekkan cerita, bincang punya bincang dorang dua pon setuju la nak tangguhkan perang. Masa tu wakil Korea Utara, wakil USSR & Wakil US je yang datang. Wakil South tak datang pon. So dorang decide untuk isytiharkan DMZ tu sebagai sempadan kawasan. Dan sampai sekarang lah Korea Selatan semakin maju dan bergaya manakala Korea Utara terus dengan perangai suka menyendiri dan anti-social. Bahaha!

Lain2 kalau korang nak google boleh la masukkan list kat bawah sekali:

  • Mount Sorak
  • Garden of Morning Calm
  • Insadong Street
  • 63 Building

So itu je kot antara yang boleh aku senaraikan.
Korang boleh la google2 website lain. Hehe.


Jangan lupa try susu pisang dia yang pemes ini. Murah je. Hehehe. Sedap. Kat seven E semua ada jual.

Lastly before korang fly, rajin2 la bukak laman web tourism Korea. Banyak kupon diskaun yang dorang bagi kat website. Just print je. Aku pon tak tau. Aku dapat diskaun untuk Everland je kat website Everland. Tu pon tak pergi. Haha!
Aku tau sebab masa nak pergi Petite France, ada sorang chinese ni bagi satu kupon diskaun sebab dia print lebih. Jimat KRW1000 ke KRW2000 camtu.
So silalah rajin2 ushar ya kalau nak jimat.

So tu je lah kot. Nanti2 aku apdet lagi ye.
bye!