Sunday, February 24, 2013

Tony Romas's Mid Valley : Sesi menggembirakan diri dengan makanan yang menggembirakan.


Actually dah lama aku teringin nak makan kat Tony Roma's ni.
Dari sejak zaman2 study lagi.
Asal datang Mid Valley je dok ushar2 Restoran ni kecik besar kecik besar je mata.
Buat2 macam tak heran lah setakat nak makan kat sana padehal seluk beg tengok purse nangis dalam hati.
HAHAHHAHAHA!


Bila aku cakap dengan member aku "Weh belanja aku Tony Roma's"
Dia jawab "Weh harga tu tak agak2 untuk aku belanja ko"
HAHAHHA! Okey fine.
Dan akhirnya Mekdi dan kfc juga kami kunjungi untuk kesekian kalinya.


So disebabkan last month aku dapat bonus so aku memang plan nak belanja family aku dengan Akram makan best2 sikit.
Yelah selalunya asal Akram gaji je aku pow dia.
Kali ni biar aku yang treat dia pulak. Dalam hubungan mesti lah kene ade give and take kan?
Ceaaaaaaaaaaaaaaa. Kihkih.


Bab2 family dah lepas so aku tanya Akram nak makan mana.
Akram cakap nak Tony Romas so aku okey saje.
Sebab aku pon memang teringin nak makan sana kan :)
Jadi permintaan diluluskan.






Kitorang memang plan nak makan untuk dinner pon.
So sampai sana area2 dekat pukul 8 camtu macam just nice je lah.
Orang pon tak berapa ramai lagi.
By the time kitorang tengah makan memang semua table full. Ramai sangat orang.
Naseb datang awal sikit.







Ruang dalam.




Orang dah mula ramai.



Before datang sini aku memang dah usha siap2 dah nak makan ape.
So senang sampai sana terus order.
Sebab aku kan pesen tak tau nak makan ape.
Jadi membuat research terlebih dahulu adelah penting bagi mengelakkan pembaziran masa.




Akram macam biasa lah every time datang tempat2 camni dia akan interview waiter sedalam-dalamnya. Kalau boleh every menu tu dia nak tau ada ape. Masak dengan apa. Sedap ke tak. Besar ke tak. Bla bla bla.




Siap pening lagi fikir nak makan ape. Mentang2 orang belanje kan. Kemain lagi die pening nak pikir menu. Huhu. Tapi salah satu sebab aku suka makan tempat2 macam ni sebab waiter dia bagus. Tempat mahal kan. So ape kite tanya semua memang dia akan jawab dengan berhemah gittew. Tanya lah banyak mana ko nak tanya pon. Bukan macam masa aku makan ayam golek kat Pantai Dalam hari tu. Makcik amik order macam nak tanak je cakap. Aku sepak kang. Kan dah emo.




Dah habes sesi 'meng-interview' Akram pon order Lamb Ribs macam gambar kat atas nombor 2 tu. Aku pulak order dua jenis starter. Tak order main course pon. Memula macam nak try burger dia. Tapi Roma's Sampler tu lebih menggoda-goda. So aku order lah beliau dengan Kickin' Shrimp. Yang waiter tu asyik je lah cakap Roma's Sampler tu untuk 4 orang makan. Ewahhh tak percaya dengan kemampuan perut haku nampaknya. HAHHAHA !




Untuk air, Akram order Mint & Fruit Dream. Aku pulak macam biasa akan order air yang menjimatkan iaitu air freeflow. So aku order Craneberry Juice. Tapi bukan Juice betol pon. Guna cordial saje. Takpelah yang penting best sebab boleh refill banyak2 kali. Cewahhh padehal dua kali je pon aku refillnya. Yang gambar atas ni Craneberry Mojito tak boleh refill. Air Akram pon tak boleh refill.




Lepas amik order dorang akan hantar roti free ni. Krim colet2 garlic tu sedap ! Habes kitorang makan. *Sebenarnya lapaq* HAHAHHA ! Aku sanggup tak makan dari malam sebelumnya kot semata-mata teruja nak makan sini. Paham tak macam mana perasaan itu? HAHHAHA!




So inilah air kita. Kiri tu air aku. Kanan tu air Akram. Air Akram RM14.90. Air aku RM8.90.



Actually dorang tersalah hantar air aku.
Aku kan order Craneberry Juice tapi yang dorang hantar ni Craneberry Mojito macam dalam gambar menu.
By the time aku nak refill waiter tu cakap air aku tak boleh refill.
Eh apehal pulakkan. Aku cakap lah aku order Craneberry Juice.
Waiter tu cakap air aku ni Craneberry Mojito.
Aku tak puas hati. AKu cakap lagi aku order Craneberry Juice yang refill punya.
So waiter tu cakap tunggu jap dia refer dengan waiter yang amik order aku.


Sekali memang betul dorang tersalah hantar air. Yesssssssssss.
So waiter tu cakap dia tukarkan air aku.
Padehal aku dah habeskan Craneberry Mojito yang bape belas hinggit tu baru dia nak refillkan dengan Craneberry Juice yang rm8.90 tu.
Huntunggggggggg hakuuuuuuuuu. HAHAHAHA !



Dan inilah menu pertama aku. Kickin' Shrimp. RM22.90.




Yummsssssssssss :)




Terliur tak? Hikhik. Sorry lah. Tak tahan nak share kegembiraan dengan korang. Hikhik.



Sedaaaaaaaaaappppppppppppppppppppppp sangat udang tu.
Sampai sepuloh kali aku dok cakap sedap sedap kat telinga Akram.
HAHAHAHHA!


Atas dia udang. Bawah dia Salad.
Udang dia besar2 gila.
Gemuk2 gila.
Eh memang sedap lah.
Tak tau dah nak cakap camne lagi.
Tapi disebabkan susah nak makan dalam cawan macam kat atas tu maka aku selamber suruh Akram terbalikkan dia masuk pinggan.



Jadilah macam ni. HAHAHHAHA! Senonoh tak senonoh kan. Janji aku senang nak makan. Janji perot kenyang.




Ini Akram punya Lamb Ribs. Dua ketul daging kecik belah kanan tu daging lembu. Ribs kanan tu je kambing. Dua side dish boleh pilih nak ape. Banyak jugak pilihan side dish die. Harga Rm69.90



Macam biasa Akram akan pilih medium well.
So dia akan rasa juicy2 sikit. Tak kering sangat.
Daging lembu tu liat2 sikit.
Kambing tu memang lembut gilaaaaaaaaaaaaa.
Tapi kalau ko tanya aku, aku rasa sama je lah.
HAHAHHAHA!
Sebab aku bukan penggemar steak.
Tapi kalau kat Tony Roma's ni memang menu ni paling pemes.



Akram cakap Chilli's punya lagi sedap.
Eleh sebenarnya Akram terpengaruh dengan persekitaran kat Chilli's
Dia cakap suasanan dalam Chilli's lagi best so dan2 semua makanan dalam Chilli's jadi best.
Porahhhhhhhhhhh.



Dan ini lah dia menu kedua aku. Heehehehhe. RM39.90


Yang kiri atas tu kulit kentang ada isi2 dia sikit pastu atas tu ade cheese.
Kalau makan kat Chilli's dengan TGIF dulu potato skin tu die guna Nachos.
So yang ni die guna potato skin. Sedap lah jugak.


Ayam bawah tu ala-ala macam ayam Nandos.
Errrr boleh la makan tapi aku kan tak berapa suka Nandos sangat so aku tak berapa gemar gittew.
HAHAHA!


Yang kanan tu Onion Ring.
Tapi aku rasa A&W punye onion ring lagi sedap.
Dah la aku sorang je yang makan sebab Akram tak suka Onion ring tu.
Last2 ayam aku makan satu Akram makan satu.
Potato skin pon sama.
Onion ring aku makan separuh.
Yang lain tapau bawak balik tak larat nak habeskan. Banyak gile.
Memang patot waiter tu tak percaya bila aku pesan menu tu.
Huhu.



Makan pon nak buat muke bajet comel dari tepi.




Susah betul nak pandang kamera. Huh.



Alhamdulillah :) Total semua sekali Rm180++




Lepas makan jalan2 jap kat dalam Mid Valley.
Tem tu Rexona tengah buat macam promosi.
Kau beli produk dia minimum RM20, then kau boleh race guna kereta ala-ala F1 punya kereta tu.
Kalau ko punye masa pantas dalam minggu tu kot ko dapat dua tiket free grandstand tengok F1 kat sepang.
Lebih kurang camtu lah.



Tapi masa kitorang jalan2 tu die tengah tanya2 soalan sape dapat jawab dia bagi race kereta tak payah beli produk dia.
Ada satu soalan tu dia tanya kalau masa race terpantas tu dapat ape?
Aku suruh Akram jawab.
Alah kacang je pon.
Sebab before tu gadis2 litar dah terangkan dah.
Aku yang bagi jawapan tapi Akram yang pergi race.
Ini tidak adil !! ahahahah!



Tapi disebabkan Akram mok mok makanya dia tak dapat race guna kereta yang sebelah dia tu. Dia kene guna kereta yang ada kat bahagia depan. HAHAHA!





Dengar penerangan dulu ape2 pon.





Gelak dengan diri sendiri sebab bawak kereta ni sampai terbalik. Ini kalau real life ni kompem tak lama dah. huhu.




Ini kalau Michael Schumacher tengok ni mau berguling2 berdekah-dekah ketawa tergolek2 atas lantai tengok mamat ni bawak kereta. Dengan langgar dinding nya. Dengan tersasar daripada litar bapak punya jauh. HAHA *Cewah mengata orang nombor satu*




Dan of coz tak menang. hahahaha!



Dah habes beronok-ronok aku pergi gunting rambut jap pastu terus gerak balik.
Perut kenyang hati pon senang.
Rasa macam dah lama je tak mengamuk sebab lapar.
Wakakakaka.




Oh pasal entry before ni dah ade pemenang.
Congrates to Cik Pipi bajet comel letak nama Cik Pipi. Wakakakaka!


Sorry yang jawab awal tapi tak letak nama penuh Akram dengan bapaknye sekali.
Tak dapat nak diterima.
Takpe next time cube lagi ye. Hihi.


Well nama penuh Akram is Nor Akram Jamil.
Nama aku Nur Syazwana Jamal.

Nama mak dia Samiah.
Nama mak aku Saerah.


Sebab tu mak aku selalu cakap aku ade jodoh dengan dia.
HAHAHAH!

Ameen :)



okbai.