Monday, January 16, 2012

Biar tak kacak asal poket tebal.

                                    
aku layan supernatural (yang dah makin merapu sekarang) ni pon sebab nak tengok dia ni je. hehehe.


Aku dah lupa mana aku dapat fakta (eh ke mitos. haha !) ni.
maybe dalam remaja kot.
dia tulis lelaki kacak terdiri daripada:



Doktor : 89 %

Peguam : 75 %

Pelakon : 63 %

Atlet : 41 %

Tentera : 23 %




Tentera tuh maybe termasuk lah polis and sebagainya kot.
tapi yang aku konpius kenapa engineer tak masuk dalam list.
hello hemsem sangat ke semua doktor tuh ha?
jawab jawab.


tapi takpa.
walaupon depa buat research kata engineer tak bapa hemsem la ni aku nak habaq mai kat hampa kenapa hampa perlu kahwen dengan engineer walaupon depa tak hemsem.



1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

Manakala
Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
Lulusan seni masih mencari pekerjaan
Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital




2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.


Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).


Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.


Berbeza dengan
peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital


Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.




3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan anda
Buktinya
para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
seorang graduan seni adalah seorang penggoda
seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat


Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.


Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.


sumber : facebook.



benda ni dah lama dah tapi saja nak tulis balik.


jadi kepada yang single-single lagi tuh tak payah lah carik doktor yang hemsem tuh. dorang takde life. keh keh.


mai carik engineer yang tak berapa hemsem tapi dorang bagus.
haha !






macam Akram, walaupon dia tak hemsem tapi dia sweet. dan berpoket tebal.
teball lah sangatttttttttttttttttt.
kahh kahhh !


okbai.