Wednesday, July 17, 2013

Kuih Cara Berlauk


Sumber: Google


Everytime datang bulan puasa, makanan yang wajib aku beli everytime pergi Bazar is Kuih Cara Berlauk.
Aku rasa every year kot aku jadi pelanggan tetap gerai2 yang jual kuih cara ni.
Tak dapat ayam golek takpe. Tak dapat Nasi Kukus ayam rempah takpe asalkan dapat kuih ni.
Boleh buat moody kalau sebesar-besar bazar aku datang tak jumpe kuih ni.


Tapi kalau ikotkan bulan2 puasa ni ramai yang carik tepung pelita kan.
Akram pon kalau pergi bazar mesti nak beli kuih tu.
In fact dah tiga kali aku pergi bazar pon berlambak orang jual kuih tu.
Cume sedap tak sedap je.
Aku tak layan sangat kuih tepung pelita ni.
Sebab tak boleh terima oleh tekak.


Tapi tahun ni dah tiga kali aku pergi bazar kuih cara berlauk ni macam segan-segan je nak jumpe.
Kat bazar area rumah aku memang haram nak jumpe.
Pastu Isnin kot aku pergi Bazar Pantai Dalam. Bazar memang besar giler tapi satu gerai je jual kuih ni. Itupon mase aku nak beli dah memang tinggal 5 keping RM2. So terus beli semua.
Semalam aku singgah bazar kat sebelah matrik UIA pulak. Bazar kat situ pon boleh tahan best jugak. Even gerai die macam tak berapa banyak sangat tapi makanan yang die jual macam best.
Like Nasi kukus ayam dara sampai ramai giler orang beratur kat gerai tu.
Pastu ada nasi tempayan kot.
Nasi ayam black pepper.
Roti John RM3.50
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii again. Only one gerai yang jual kuih cara berlauk.
Sabo je lah.


Macam biasa harga standard 5 keping Rm2.
Mase aku beli kuih tu pon saing2 aku ade dalam tiga orang mintak kuih yang sama.
Heran aku kenapa tak ramai orang jual.
Mungkin aku patot invest bissness kuih cara berlauk lah everytime bulan puasa.
Haha!


Pastu aku pon mengadu lah kat kakak aku.
Kakak aku cakap wiken ni balik rumah terus beli acuan die nanti buat setempayan.
Akakaka.


Semalam aku balik kerja pukul 5 petang, pukul 7 malam dah sampai rumah siap before tu boleh singgah bazar berjalan-jalan lagi.
Seyes jalan giler lengang.
Kalau tak start daripada flyover sebelah matrik UIA tu membawak sampai depan PPUM membawak lagi sampai federal die punye jem.
Tapi semalam okey pulak giler lengang takde kenderaan.
Kawan aku pon siap pos gambar jalan duta clear nak mampus waktu2 balik kerja.
Konpius betul aku dengan orang2 KL ni lah.
Kalau hari2 camni kan bagus.
Takde lah tiap2 petang aku meroyan dalam kereta.


okbai.