Wednesday, February 15, 2012

Aku still tak rasa itu adalah perkauman antara lelaki dan wanita.

                              
Hari ni aku pergi kerja lambat sikit. saje.
semalam aku dah plan dah malamnya nak tengok Vanilla Coklat lepas tuh nak tengok Pelangi Kasih.
tapi lepas balik kerja dalam pukul 5.30pm aku macam ngantuk gila.
terus tidur.


ingat nak tidur kejap je sekali hamikkkkkkkkkk pagi ni baru bangun.
naseb baik period.
adalah jugak aku terjaga-jaga time tidur tuh tapi memang tak boleh bangun.
last2 Vanilla Coklat kemana Pelangi Kasih ke mana.
okey stress !



tadi aku bukak blog Kak Di.
blog feveret aku.
sampai aku dah hafal url blog dia walaupon berbelit lidah aku ni nak nyebut.
memang tiap2 hari kompem aku akan terjah blog dia dulu. hahaha !



aku baca entry romantik Kak Di.
lepas tuh ada satu ayat tuh aku rasa macam cool so aku letak dekat status aku.
sekali ada lah sorang mamat ni emosi.
aku takde niat pon nak diskriminasikan lelaki ke ape.
aku just rasa ayat tuh macam comel je.
sekali dia pulak nak bangkang2.
ayat kalau elok takpe.
menyakitkan hati pulak tuh.




Orang lelaki ni, bak kata kawan laki aku, dorang ni fitrah dia pada yang masuk akal. KEBANYAKKAN lelaki kalau sentuh bab-bab romantik ni mesti dorang buat nak tak nak je sebab bagi dorang benda-benda romantik-romantik like bagi-bagi bunga, coklat, teddy bear ni segala semua benda remeh-temeh. Kalau takde pun tak mati. Memang dorang ada jugak sifat romantik tu, tapi KEBANYAKKANNYA lebih suka simpan, malas nak tunjuk. Nak simpan buat apa pun aku tak tau. -Kak Di-








kau rasa ayat tuh berbaur perkauman antara lelaki dengan perempuan ke?
aku rasa tak.
LELAKI sila bagi pandangan ye.
mana tau korang pon fikir macam tuh jugak.
maklum lah aku ni jahil sikit -__-



dah la cakap aku kaki kopipes status orang.
hello aku siap email Kak Di lagi mintak kebenaran nak update kat status dengan blog.
pastuh sukati nak cakap isteri malang lah ape lah.
tak tahu hujung pangkal main redah je.


hari tuh dia dok tak puas hati dengan Ustaz Azhar Idrus kat fesbuk.
kot ye pon tak suka tak payah la nak memalukan orang lain.
blogger jugak dia ni.
mungkin dia ni kurang kasih sayang kot.



eh panas pulak aku dengan mamat ni.
okey lah marah2 ni elok pergi makan.


okbai.