Friday, April 20, 2012

Lockout 2012 dan RasaMas Alamanda

                       
Semalam Akram MC.
sakit belakang katenye. sebab one day before tuh macam buat kerja berat sikit.
tapi orang sepatotnya tak sihat pagi2 lagi dah pergi klinik. bila dokter bagi MC baru lah kau tak payah datang kerja.
tapi Akram ni mazhab kerja dia memang lain macam sikit.
dia tak sihat dia pergi tido sampai petang.
then baru lah pergi klinik mintak MC.
buat penat aku ke kejut dia macam orang gila. sikit2 dial henpon. sikit2 dial henpon.
agak kalau henpon aku boleh bercakap dah lama aku kene sembur.




so dalam pukul 4 tu Akram pergi klinik then tanya aku balik pukul berapa.
aku cakap macam biasa lah pukul 5.
then aku saje je tanya kenapa kan. nak jemput ke.
saja nak pancing.



"Alah, nak jemput pastu nak pergi mana?"


"Pegi lah memana. tengok wayang ke. haha :P"


"Nak ke?"


"Boleh je. Nak tengok cerita apa?"



Memula decide nak tengok cerita Battleship sebab dalam senarai GSC Alamanda cerita tu je yang femes. yang lain semua tak tahu.
Even Lockout pon aku tak pernah dengar.
so aku google. tengok macam best.
lagi pon battleship even dah lama still RM12.
kalau amik 2D RM13.
siap conquer 6 hall.
entah dah berapa puluh juta lah cerita tuh untung setakat ni.


so decide tengok Lockout.
RM9 saje. jalan cerita pon macam best.
yang penting murah. hehehehe.



duduk opis haruslah print tiket sendiri *gelak evil*



 Disebabkan semua kemudahan dah tersedia like ade CIMB Click, printer, internet maka haruslah dimanfaatkan sepenuhnya.
tak payah susah2 nak beratur beli tiket walaupon kat Alamanda tu hari2 biasa bukan ade orang nak tengok wayang pon.
masa aku pilih seat ada 4 ketul manusia je yang tengok cerita ni.
jadi dapatlah memilih tempat duduk yang disukai iaitu di belakang sekali untuk mengelakkan kesakitan tengkuk menyaksikan cerita action selama 2 jam sebab hall yang agak kecik kalau duduk depan sikit sumpah kene dongak jugak.
*tak paham apehal beria nak explain*




Akram sampai opis aku dalam pukul 545PM.
so terus gerak pergi Alamanda.
sampai2 Alamanda pergi makan dulu sebab Akram tak makan lagi.
(kate nak diet nak turunkan berat ke 75kg, now 85kg tapi asyik ajak aku pergi makan. ape pon tak boleh)
sebab tuh beria malam ni nak pergi main badminton dengan kawan2. konon2 nak start bersukan lah.
tapi bersukan pon kalau makan banyak tak guna jugak kan.
tapi sebagai perempuan yang baik haruslah menyokong dari belakang even sebenarnya dia tak tahu aku selalu kutuk dia kat belakang.
wakakakaka !



okey dah. kalau dah start merapu tu memang tak sah kalau tak berperenggan-perenggan.
maklumlah BM tak pernah dapat B.
eh riak pulak. haruslah riak kan. sebab tuh tak dapat PTPTN. dapat JPA.
(nak cakap result gempak lettew. kahh kahh)
jadi tak perlu sampai nak penat2 berkhemah semata-mata nak hapuskan PTPTN.
*gelak sinis*
okey dah.



fokus wana fokus.
 memula aku macam teringin nak makan McD. tapi tetiba teringat ada kupon RasaMas yang banyak tu yang diberi oleh Humaira (ofismate)



walaupon tak minat sangat RasaMas tapi sebab ade kupon Buy 1 Free 1 haruslah digunakan. Bukan kedekut tapi berjimat. Eh cakap lah rakyat Malaysia ni sape yang tak suka benda free kan. sebab tuh bertungkus lumus mintak kerajaan bagi yuran study free. Eh politik betul. *emosi*



and for the first time dalam sejarah hidup tak bergaduh sebab nak pilih tempat makan.
selalunya Akram akan tanya "Nak makan kat mana?"
and aku paling benci soalan tu.
tahu tak soalan tu soalan nombor 1 paling susah dalam hidup aku.
demn.
siap boleh bergaduh lagi lepas tuh sebab masing2 tak tahu nak makan kat mana.



tapi sebab ada kupon Rasa Mas jadi marilah kita ke Rasa Mas.



Buy 1 PrimeRoast Steak with Breaded Wedges and get 1 Roaster Rice. Jimat RM9.90 (dalam kupon). tapi sebenarnya jimat RM10.90 (harga dalam buku menu). maybe dah naik harga kot. Aku add Coklat volcano with ice cream kot nama dia. Kentang tu sedap ! and for the first time jugak aku berjaya menghabiskan coeslow tu. padahal before ni aku try makan rasa nak muntah balik. entah hantu ape lah dalam badan aku malam tadi.





Tak ade lah volcano sangat. bila belah je tengah2 kek coklat tu coklat keras je kat dalam. aku dok tunggu je bila coklat tuh nak mengalir keluar. yelah kata volcano kan. Kalau ini macam patot tukar nama Chocolate volcano not active with ice cream. wakakakaka.



Lepas makan aku ajak Akram masuk carefour kejap sebab nak carik barang2 buat kek batik.
si Akram ni bagus jugak.
aku cakap nak milo dia terus bawak aku pergi tempat milo.
then cakap nak serbuk koko.
dia jalan2 terus jumpa koko. padahal aku ni sibuk lah dok toleh kiri kanan cari barang.
ciri2 bakal suami yang akan dikerah membeli barang dapur dah nampak dah tu.
haha !




Akram cakap mak dia selau buat kek batik campur kismis. aku tak pernah lah pulak makan kek batik ade kismis. tapi aku beli jugak kismis. saje nak try. kalau tak sedap siap lah dia.
memang akan dipersalahkan 3 purnama.


beli barang kat carefour alamanda ni untung tau sebab korang boleh guna resit tuh untuk dapatkan cop daripada carefour so that korang tak payah bayar parking.
even korang beli sebotol air dalam carefour pon boleh dapat cop.
tapi ikot condition jugak kot.
macam malam tadi sebab kitorang masuk lepas pukul 6 so suppose kene bayar RM 2 sekali masuk tapi lepas cop dengan carefour bayar RM1 je.
pernah aku pergi dengan Humaira tengah hari tak payah bayar parking langsung.




so lepas siap semua ke wayang lah kita.
duduk2 je Akram cakap "mana alas meja? ada bawak?"

aku punya lah berfikir alas meja apa. rupanya pashmina aku tuh. memang aku sentiasa prepare dalam beg sebab kalau sejuk2 aku selubung je guna pashmina tu.
siot panggil alas meja. cisssss.






best ke tak?
bagi aku best ! tapi aku tak reti lah nak bagi bintang2 ni.
tapi worth it lah.



Lockout ni cerita pasal masa depan. masa ni tahun 2079. kalau umur aku panjang tahun 2079 umur aku 91. fuhh mesti time tuh aku dah kerepot2. tapi comel tatappp comel. hik hik.


so si Hero ni Snow (nama nak salji. bajet comel) kene tuduh buat pengintipan terhadap Amerika Syarikat and kene tuduh bunuh sorang pegawai polis kot. pegawai polis tuh simpan satu rahsia dalam briefcase dia. so dia kene tuduh curi briefcase tu padahal sebenarnya dia tak salah pon.


dalam cerita ni korang akan diuji sama ada first impression korang tu betul ke tak. macam aku kompem lah salah. sebab aku ni selalu je first impression terhadap orang lain mesti tak betul -____-"
so dalam cerita ni orang yang korang tengok baik sebenarnya jahat and orang yang korang tengok ish entah pape je mamat ni sebenarnya baik.


dalam cerita ni (bape kali nak guna ayat ni) sebabkan dah moden sangat, dorang punya penjara dekat angkasa lepas. dan semua banduan akan ditidurkan dalam kapsul. kalau kau kene hukuman penjara 30 tahun maka 30 tahun lah kau tidur dalam kapsul tu.


so nak dijadikan cerita ada sorang minah, Emilie ni anak presiden kene buat kajian pasal banduan2 kat angkasa lepas tu. Tapi nak dijadikan cerita lagi banduan tu berjaya rampas pistol pegawai yang bawak Emilie tuh and serang semua orang. Lepas tu mamat tu serang semua pegawai and lepas kan semua kawan2 dia and jadikan pegawai2 lain termasuk Emilie tu as tebusan.



Dia ni lah yang serang pegawai polis and main sesuka hati je tembak pegawai2 atas kapal angkasa tu. dah la tak hemsem.




Snow. Nama penuh Marrion Snow (kot. lupa. hehe). ape ke pelik nama. macam nama perempuan. tapi badan tough gila kot *melting :P*



Then bila presiden dapat tahu anak dia kene jadi tebusan dia pon panik lah.
so si Snow ni ditugaskan untuk selamatkan anak presiden tuh dengan tawaran dia akan dibebaskan daripada tuduhan.


memula dia taknak pergi tapi bila dia dapat tahu yang kawan dia yang tolong dia simpan briefcase yang ada rahsia tuh ada dekat angkasa lepas jugak so dia decide nak pergi.
maka bermula lah misi menyelamatkan anak si presiden ni di samping nak cari kawan dia si Mace.
tapi si Mace ni macam dah tak betul kat angkasa lepas.
sebab ape entah lupa pulak aku.
so Snow ni tak dapat lah info pasal briefcase tuh.
dah la si Mace ni mati sebab tak sempat keluar dari pintu. sob sob.



so start Snow sampai kat penjara tu memang banyak lah adegan aksi2.
bunuh bunuh.
dan setiap kali ade tembak tembak setiap kali tu lah aku menjerit. naseb tak ramai orang.
yelah aku geli kot dengan darah2 ni.


at last Snow ni berjaya selamatkan si Emilie ni.
tapi dorang dua je lah yang terselamat.
yang lain semua kene bunuh dengan banduan yang tak hensem tuh.
semua banduan pon mati sebab AS lancarkan serangan kat kapal angkasa penjara tuh.




masa aku google2 gambar tadi baru aku tahu cerita ni baru keluar semalam.
patot lah cari review filem kemain payah lagi.
tak pernah jadi antara orang terawal tengok filem ni. *kembang2 hidung jawa*
selalunya filem dah 3 4 minggu dalam wayang aku baru terhegeh-hegeh nak tengok.
itu pon kalau tengok kalau tak donlod je lah.



cerita ni banyak part kelakar.
cuma ada satu part tu masa si Snow ni nak larikan diri naik motor besar tayar satu dia punya teknik CGI tuh nampak sangat.
sangat tak real.
apa pon worth tengok muvie ni.



okey sejam nak taip entry ni.
dah nak buat kerja.


okbai.