Monday, January 20, 2014

Aroma Ikan Bakar, Jeram, Kuala Selangor


Disebabkan kitorang tak jadi nak makan kat Aroma ni hari Ahad, so decide nak pergi hari Selasa sebab selasa tu public holiday. So Akram balik keje awal.
Baca2 review orang yang pernah datang sini semua cakap kene booking dulu sebab terlalu ramai orang.
Akram cakap nak booking Selasa pagi tu je. Aku pon okey je lah.
Tetibe bila nak booking full!
Yang paling kelakar Akram call banyak kali kot orang kedai tu tak angkat.
So dia mesej.
Bila aku try call sekejap je dah angkat. Hahah! Tapi booking memang full.




So Akram tanya macam mana.
Aku ni takdelah kisah sangat nak makan mana sebab setakat nak makan seafood Bagan Lalang melambak seafood yang sedap.
Akram nak ajak pergi esoknya hari rabu. Aku malas sebab rabu tu aku dah nak balik JB so malas nak rushing2.
So aku google lah kat area sana ada kedai makan ape lagi.
Terjumpa dengan Restoran Ikan Bakar Jeram. Actually dorang sebelah2 je.
Tapi Aroma ni lagi pemes kalau digoogle.
Tapi ada yang cakap Aroma lagi sedap, ada yang cakap Restoran Jeram lagi sedap.


Last2 Akram booking yang dekat Restoran Ikan Bakar Jeram tu.
Aku pon okey je lah.


Kitorang gerak dalam pukul 530 petang, sampai Jeram dalam pukul 7 malam.
Akram cakap nak try tengok Aroma dulu ramai orang ke tak.
Nak jugakkan makan kat Aroma.
Aku malas nak layan. Follow je. Asalkan makan.


Simpang masuk ke restoran2. Nak pergi sini memang senang la. Dah sampai simpang ni terus je sampai hujung. Direction memang aku bagi 10/10 sebab tak sesat. Dan tak mengelirukan. Macam biasa guna Maps je.



Model tak berbayar dan tak berapa nak tinggi. Aku nak snap nama restoran ni je. By the time aku tekan kamera, akram pusing belakang. So terhasil la gambar ni.


Sampai2 je Akram terus pergi kaunter nak tanya ada kosong ke tak.
Akak kaunter tu cakap kalau ada pinggan atas meja maknanya meja tu dah booking.
Kalau kosong tu kosong lah.
So Akram tanya lah dia ada call tengah hari cakap fully booked.
So akak kaunter tu cakap kalau yang call untuk booking memang dah full sebab dorang bagi meja yang best.
Kalau meja yang tak best memang ada banyak kosong lagi.


So kitorang pon cariklah meja kosong.
Dapat area belakang sikit. Jauh dari pantai.
Dalam dewan macam ala2 ballroom la. Belasah.
Dah dapat meja barulah boleh pilih seafood.


Macam biasa Akram pilih seafood. Aku dengan kamera henponnya.



Nak tunjuk berderet orang beratur nak pilih seafood. Tapi takde lah sangat. Kawan aku cakap masa dia datang orang beratur sampai ke jalan raya. So dorang tak jadi makan.



Sila amik perhatian ye. Mungkin nak elakkan salah order. Yelah orang terlalu ramai kan.



Tempat bakar2 ikan.



Kitorang amik ikan kerapu masak tiga rasa, sotong goreng tepung, ketam masak cili & butter prawn.
Dah siap2 semua pergi la jalan2 kejap tepi pantai sebab nak tunggu makanan kat meja memang aku tau boleh membawa kepada amukan sebab lambat.
Ramai orang kan.
Jadi marilah mengambil angin pantai.



Ni tempat makan terbuka. Aku duduk yang paling kiri sekali ada satu macam dewan.




Bamboo ni besar sikit. Betul2 menghadap pantai. Sebab tu die cas RM20. Tapi kalau ko makan dua orang rugi la sebab tempat ni besar gila. Sesuai untuk makan2 dengan family. Sebelah kiri ada Saung. Tambah Rm10. Yang saung ni sesuai untuk dua orang sebab kecik sikit. Semua penuh dengan orang tengah makan.



Bumbung merah tu sebelah kanan Bamboo. Menghadap pantai jugak tapi free tak silap aku. Ada meja dengan kerusi. Kalau Bamboo dengan Saung tadi makan bersila.




Sebenarnya memula sekali before datang KL aku cakap dengan Akram yang aku tension keje. Hahah! So Akram terus cakap nak makan seafood tak? Aku bab2 makan kan laju je. Kakaka! Tu yang Akram suggest tempat ni kenkonon nak romantik2 lah tengok sunset. Tapi time tu awan tebal so matahari pon malu2 gitu nak keluar.



Tengah2 duduk tepi pantai nampak pulak orang makan ice cream goreng. Apa lagi moh la kite carik. Hehe.



Ada kedai jual sevinier jugak.


Dekat depan area restoran ni boleh nampak owner punya rumah.
Banglo setingkat.
Besar giler kau. Kawan aku cakap 4 juta.
Seyes rumah idaman aku sebab aku lebih suka rumah setingkat.
Pehhhh menangis. Dah la halaman besar nak mampos.
Sobsss.



Ni lah area makan kitorang. Ala-ala ballroom kan. Tapi tempat ni paling kurang orang duduk. Sebab paling belakang. Naseb lah. Nak buat camne. Sampai2 meja je baru ada nasi, air dengan kerapu tiga rasa.



Ikan kerapu tiga rasa. 


Masa aku sampai2 kat meja aku terus cakap dengan Akram "Ini betul ke menu kita? Ni masak tiga rasa ke? Bukan tiga rasa ada nenas, timun, carrot."
Pastu kuah dia ala2 sos sikit kan?
Ni ikan aku dah macam Ikan kerapu masak sambal cili.
Seyes aku sedih sebab aku memang dah lama tak makan tiga rasa.
Presentation memang out lah. Salad pon takde.


Aku konon2 tak order tomyam sebab terbayang-bayang kuah tiga rasa ni yang banyak bahan2.
Sekali datang macam ni. :(


Ketam masa cili sebab mintak ketam masak cili telur masin takde. Kalau nak cili, cili saje. Kalau nak telur masin, dorang buat goreng telur masin tak pakai cili.


Ketam pon out.
Terlalu masin.
Aku rasa sikit je pastu memang tak lalu. Akram yang habeskan.


Butter prawn. Kering gila. :(



Sotong paling last sampai. Sejuk.





So basically aku rasa kedai ni indah khabar dari rupa.
Tapi seyes memang ramai gila orang.
Jangan tanya aku kenapa.
Aku just boleh bagi 6/10 sebab kedai ni tempat dia cantik, senang nak carik & selesa.
Tapi makanan sorry memang tak kene tekak aku.


Kalau korang nak try silakan.
Sebab kawan Akram dah tiga kali makan kat sini. Aku dengan Akram pon pelik. Dia cakap kalau ramai orang memang tak sedap sikit. Kalau tak ramai orang ok je.
Camtu pulak? =__=

Aku tau kalau aku review makanan yang kureng sikit ada je yang tak puas hati cakap aku nak jatuhkan melayu la. Kalau kedai western cepat je puji la. Kedai orang melayu nak condem la.
Well aku review ikot tekak aku. Takkan kalau aku makan tak sedap aku nak cakap sedap.
Make sense? Tak kan? Baik tak payah review camtu.

Paling mengecewakan sebab semua lauk sejuk.
Even dorang baru hantar pon dah sejuk.
Maybe sebab terlalu ramai orang. Tapi walaupon ramai orang, kualiti kene la jaga jugak.

Memang kali terakhir la aku datang sini.
Lepas ni akan pergi Bagan Lalang je.
Seafood fresh and sedap!



Info: Kalau korang google tempat makan untuk tau tempat makan tu sedap ke tak, kat search tools tu korang instead of tick kat any time, korang pilih yang paling latest. Contoh klik kat past week ke. Past month ke. So boleh dapat review yang paling latest.


Macam amik contoh aku pergi makan kat Umbai & Alai, Melaka, masa aku pergi makan sana tahun lepas kot sedap sangat.
Tapi baru2 ni kawan aku pergi sangat mengecewakan.
Tak sedap langsung.
Pastu kawan aku yang duduk Melaka cakap Umbai & Alai memang dah tak sedap.
Now yang sedap sungai duyung. Aku pon tak sampai lagi.


Untuk pengusaha kedai makan, tolong lah jaga kualiti.
Kesian kat kami yang kuat makan ni. Expectation tinggi. Sanggup tu datang dari jauh sebab nak try. Tapi hampa.
Kalau customer makin ramai, Alhamdulillah. Rezeki Allah. Kualiti kene lah jaga jugak.
Jangan bila dah glemer, dikenali ramai, buat sambil lewa je.


okbai.