Thursday, March 19, 2015
Sekolah Agama Johor
Pagi tadi keluar gambar ni kat Timeline aku.
Memang mengimbau kenangan sungguh la. Hahaha!
Kat tempat lain aku tak sure. Tapi kalau kat Johor memang wajib pergi sekolah Agama. Dan yang paling best kalau tak lulus periksa memang tak dapat naik kelas.
Contoh kau darjah satu sekolah agama. Periksa akhir tahun tak lulus, tahun depan kau stay jugak darjah satu. gitu.
Seingat aku la, adik beradik aku yang lain semua habeskan sekolah agama ni kot kecuali aku.
Bahahah! Nampak tak kecik2 dah perangai syaitonirojim.
Bukannya apa. Dulu masa zaman2 aku dulu kan darjah tiga sekolah kebangsaan baru masuk darjah satu sekolah agama. So bila aku darjah 6 sekolah kebangsaan, sekolah agama baru darjah 4.
Bila tingkatan satu aku masuk asrama penuh memang tak lah kan aku nak continue sekolah agama tu. Adik2 sila jangan tiru perangai ahkak ye. :P
Mak aku tanya jugak nak amik ke tak periksa darjah khas sekolah agama. Lepas darjah 6 sekolah agama kot tak silap aku ada darjah khas. Lepas kau amik exam darjah khas tu kau boleh dapat macam sijil yang membolehkan kau mengajar jadi ustaz/ustazah sekolah.
Lebih kurang macam tu la.
Macam aku dulu kan sekolah asrama penuh kan. Sebenarnya boleh je nak study sendiri nanti kita just sit for exam darjah khas tu je. Takda masalah. Tapi aku dah cakap awal2 dengan mak aku yang aku memang tak minat nak sambung. Beheee.
Tapi masa aku kat asrama tu ada je kawan2 aku yang amik exam darjah khas tu.
Adik bongsu aku pon sama.
Die masuk asrama penuh and continue sekolah agama.
Tapi masa adik bongsu aku tu dah lain. Die darjah satu sekolah kebangsaan terus darjah satu sekolah agama. So by the time die masuk asrama penuh dah terus masuk darjah khas. Lepas tu time tu sekolah asrama penuh agama sebelah sekolah dia tu ada buat kelas on weekend. So senang la nak amik exam kan.
Kalau nak cerita pasal sekolah agama ni tak banyak yang aku ingat. Sebabnya aku tak suke pergi sekolah tu. Bahahaha!
Lagi2 kalau kelas bahasa arab. Masa tu cikgu lelaki yang ajar.
Aku ni dah la bab2 menghafal ni agak benak sikit kepala. Asal ada kuiz je tak lepas. Asal kene hafal je fail. Denda die kalau tak kene cubit kat lengan sampai nampak darah, kene jalan itik dalam 100 meter camtu. Dengan baju sekolahnya. Dengan panas teriknya pehhhh kau mampu?
Paling aku ingat masa aku darjah tiga.
Ada satu kerja sekolah tu aku dah siapkan awal dah. Tak ingat kerja sekolah untuk kelas apa.
Tapi tiba2 entah macam mana entah adik aku boleh koyakkan kerja sekolah aku tu.
Daripada aku kene marah cikgu baik aku mogok tanak pergi sekolah kan.
Ingat kan dapat lah simpati daripada bapak aku. Harapaannnnnnnnnnn
"Kau tanak pergi sekolah kan? Takpe. Ayah bungkus kain baju sekolah ko tu buang je"
kata bapak aku.
Kahkahkah!
Itu lah seumur hidup aku kene marah dengan ayah aku.
Dan aku sorang je anak yang pernah kene marah teruk macam tu. Yang lain tak pernah okey.
Nampak tak macam mana degilnya perangai aku dulu.
Dan memang betul pon bapak aku bungkus semua kain baju sekolah aku buang kat tong sampah. Hahaha! Tapi mak aku kutip balik kot. Ekekeke.
Tapi paling membuatkan aku suke pergi sekolah agama dulu sebab ada makcik jual makanan sedap2.
Tiap2 hari sampai sekolah aku akan beli dua benda. Mee goreng dalam plastik lepas tu gigit sikit kat bontot plastik buat lubang lepas tu makan lalu situ. Pehhhh nikmat weh.
Lagi satu mee siput. Selalunya dah bungkus siap2 dalam plastik. Lepas tu masuk sambal. Hancur2 kan die lepas tu makan. Walaweh. Mana nak dapat lagi sekarang?
Okey cakap pasal mee siput tetibe dah teringin ni. Tak boleh jadi ni.
bye.