Tuesday, April 28, 2015

Pengsan


Semalam balik keje sampai rumah dalam pukul 8 malam. Terus solat Maghrib lepas tu tunggu Isyak sekali. Habes je solat Isyak rasa macam nak termuntah. Terus baring. Sedar2 je dah pukul 5 pagi. Haha! Padahal nak balik keje tu punya lah lapar. Siap plan nak goreng kopok lekor la buat susu panas la. Dalam mimpi je.

Mungkin weekend lepas banyak aktiviti kot.
Aku gerak ke Nilai macam biasa Jumaat malam.
Petang Jumaat tu hujan selebat-lebat hujan kat JB. Rupanya KLIA pon hujan selebat tidak. Akram cakap takut flight delay je. Sebab jenis hujan tak nampak jalan.
Dah la aku dah beli tiket wayang nak tengok Fast & Furious 7 pukul 11.30 malam.
Alhamdulillah flight still on time sebab pukul 9 malam tu dah reda dah hujan.

Landing KLIa dalam pukul 945 malam Akram terus amik and terus ke Alamanda.

Orang dah start tengok Avenger dah kitorang baru terhegeh-hegeh nak tengok FF7. Haha! Satu-satunya movie yang tak pernah miss tengok kat wayang #forpaul


Masa aku beli tiket wayang online hall kosong lagi. Movie ni dah tinggal hall kecik je sebab hall lain banyak fokus untuk Avenger.
Bila masuk je hall wow full house ok. Sampai seat depan.
Gigih sangat manusia2 ni nak tengok wayang sampai sanggup duduk seat depan sekali.
Seumur hidup aku, pernah sekali je aku duduk seat depan. Masa tu zaman study. Member aku ajak tengok Transformers. Keluar wayang semua sakit tengkuk. Mata berpinar. Haha!
Lepas tu memang tak lah aku nak duduk depan lagi. Kalau wayang full sanggup aku balik rumah tido.

FF7 memang best gila!! Rasa macam nak tengok lagi sekali je. Dari awal sampai akhir action je. Tak bosan. And of course part ending tu sedih gila kot. Tapi aku tak nangis :P


Esoknya Sabtu ada event untuk alumni sekolah aku dulu.
Event setiap tahun. Pesta Futsal Sakti.
Kalau yang follow blog aku dari dulu mesti pernah baca aku post pasal event ni dulu.
Last year aku datang sebagai tunang orang. This year sebagai bini orang. Next year sebagai mak orang maybe? Ekekeke. Ameen. Doakan aku tau :)

So macam biasa lah. Tiap2 tahun pon aku dengan Akram kompom terlambat. Bahaha!
Akram la aku dah kejut awal dia boleh cakap "nak bangun tapi kejap lagi"
Aku sambung la tido balik. Bukan aku yang main futsal pon.

Akram, Wana dan dua biji pau. =__=

Kitorang sampai dalam pukul 9 kot. Tapi tak start lagi.
This year buat kat Bangi. Best sikit sebab dekat dengan kedai2 boleh la jalan2.
Lagi pon rumah Sally and Ajak pon dekat. Bosan2 boleh balik rumah. Selama ni tiap2 tahun buat kat Puchong. Yang ada area sana Tesco kot. Bapak bosan la kan. Nak carik kedai makan pon susah.
This year awal2 lagi Sally and Ajak dah bawak aku pergi breakfast siap2 before event start. Akram aku tinggalkan dengan kawan2 dia kat sana. Sebab dia main futsal tu. Hehehe

Sally dukung anak budak batch kitorang. Well dalam umur 26 nak masuk 27 ni memang patot la datang event bawak anak kan. Kahkah! Kitorang je yang terlambat sikit. Tapi takpe sebab kitorang selalu maintain muda. Ekekeke.


14 years of friendship. Naseb baik ada budak dua orang ni. Takde lah bosan sangat. Sebab selalu aku lepak dengan Datin Fieda. Tahun ni mak datin tu tengah pantang pulak. Tengah hari siap lagi dua orang ni bawak aku tapau nasi kukus ayam lepas tu bawak balik rumah membuta. hahaha! Yang laki aku pon takde nak kol ke apa ke so syok lah aku buat taik mata. Dengan hujan pulak lagi kan. Lepas makan membuta. Pehhh heaven. Bangun2 dah pukul 3.30 petang. Hahaha!


Before pergi semua kat tempat futsal sally bawak aku singgah kedai jual barang2 party sebab aku nak beli something.
Weekend ni birthday Akram and i am planning something sweet. Auwwww terasa hormon romantik mengalir deras dalam badan. :P
So lepas dah siap2 bayar tu rasa macam nak feeling2 gedik sikit. Terus beli satu belon helium tulis I love u nak letak kat kereta Akram. Hahaha!


Ni masa dah nak balik tu. Gigih la kan lari2 kejar Akram dari belakang sebab nak snap gambar. Hahaha!


Sometimes, all we need just a little bit of suprise in our life. So takde la bosan sangat kan. Tapi selalunya aku je la yang buat suprise nya pon. Hahaha! Tapi tak kisah la sebab aku suke benda2 camni. Yelah dulu2 zaman bercinta tak mampu weh. Mana ada duit. Sekarang dah kawen baru la boleh nak buat camni. 


Sebelum balik amik gambar kenang-kenangan sikit.


Ni antara alumni sekolah aku yang join event ni. Tapi ni separuh je. Yang senior2 dah balik awal dah. Biasalah makin veteran makin sendu main futsal. Dah kalah awal balik la. Bahahaha! Alumni dari tahun 2001 sampai tahun lepas 2014. So ada 14 group of student. Sampai datang2 je semua dah tak kenal lagi2 adik2 yang baru habes sekolah kan. Bila tanya "Eh korang batch mana?" "Batch spm 2013 kan" Pehhhh terasa tua disitu. Baru perasan dah dekat 10 tahun tinggalkan zaman sekolah. Muka pon dah berubah. Yang paling ketara of coz la size badan. Ekekeke.


Balik futsal tu singgah jap pasar malam bangi sebab Akram cakap dah lama tak rasa air tangan bini die ni.
Okey lah. AKu pon dah lama tak masak.
Tapi menu aku yang pilih sebab dari hari tu teringin nak makan asam pedas daging tak dapat2.


Asam pedas daging, timun & sambal ketuk. Akram makan tambah dua kali. I is happy. Hahaha! Cuma kurang pedas sikit and nak kene belajar nak bagi pekat je lagi.


Makan tengah hari dalam pukul 2 petang.
Lepas tu terus solat siap2 and ke ioi city mall sebab dah beli tiket wayang nak tengok Avengers. Ehehehe
Sampai2 sana tengok raammaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiii gila orang beratur. Naseb baik dah beli tiket online awal2.

Basically aku rasa FF7 lagi best dari Avengers. Hahaha!
Sebabnya aku hampir tertidur masa tengok tu.
Siap boleh keluar pergi toilet jap. Banyak sangat dialog la. Action macam kurang sikit.
But okey lah jugak. Takde la tak best langsung.


Habes wayang terus ke Magnum cafe sebab nak jugak try apa yang orang dok cakap2 pasal ice cream ni kan.

Mula2 tu plan nak dine in. So kitorang pergi la pintu untuk dine in. Ada sorang staff tu cakap tunggu jap nanti cashier dia layan.
Tunggu 10 minit takde orang layan pon okey.
Akram dah start bengang dah. Dah la takde sorang pon staff tunggu kat depan.
Tiba-tiba ada orang lain datang terus masuk dalam cafe tu. Pehhh lagi la kitorang bengang kan.
Akram terus panggil sorang staff dalam tu. Dah la staff myanmar tak reti cakap melayu =___=

Disebabkan Akram memang bengang giler time tu terus masuk dalam jumpa manager dia. Hahaha!
Tak tau la manager ke supervisor ke. Tapi kitorang komplen la takde staff tunggu depan nak layan bla bla bla.
Pastu lelaki melayu (manager/sv) tu cakap sorry2 nanti die carikan table for two. Masa tu dah malas dah nak layan. Terus take away je.

Harap je cafe mahal. Layan orang nak tanak. Pirahhh.
Kaunter take away jugak yang bagus. Layanan tip top.


Kitorang amik dua. Total RM28++ Yang aku punya ni namanya cookies monster. Apa aku boleh cakap aku rasa Walls selection lagi sedap. Bahahaha!


Lepas tu jalan2 kejap kat ioi city mall sebab aku nak beli back pack baru.
Masuk Tesco jap terus balik rumah.
Buat nasi goreng sebab nasi tengah hari banyak lebih lagi. Lepas makan membuta. Ish2. Pastu komplen gemok. Dasarrr kan.

Esoknya flight pagi pukul 7.35 pagi and terus pergi keje. Dengan dua meeting lagi semalam.
Agaknya sebab tu aku penat sangat kot.


bye.


Thursday, April 23, 2015

Cuti-cuti Sabah Part 5 : Poring Hot Spring, Ranau Sabah


Destinasi seterusnya ---> Poring Hot Spring


Actually tempat ni tak masuk pon dalam plan kitorang.
Tapi sebab kitorang keluar dari Desa Cattle tu macam awal lagi je so Akram tanya nak pergi mana?
Aku mana la tau kan.
So Akram suruh decide nak pergi ke tanak Poring ni.
Aku pikir2 kalau balik KK pon takde nak buat apa pon dah. So alang2 sampai sini terus je la pergi Ranau. Kata berjalan kan.

Masa otw ke Poring tu, kita akan lalu pekan Ranau dulu.
Masa sampai pekan tu aku dengan Akram macam impress gila. Sebabnya nama je pekan tapi macam bandar weh.
Ada maybank besar, cimb besar, kfc besar, kedai makan banyak gila, ada pasaraya. Eh macam2 lah.
Rasa macam wow. Ingatkan Ranau adalah sebuah pekan yang agak sendu. Haha! Kalah Bandar Penawar Kota Tinggi tu. Harap nama je bandar. Bank besar pon takde.


Dah sampai.


Kaunter untuk beli tiket.


Pejabat pentadbiran tempat ni.


Kat kawasan luar ada jual2 macam ni.


Ni jalan nak masuk ke tempat2 rekreasi dalam poring tu.


Tempat check tiket yang beli tadi.


Tempat2 yang ada kat dalam kawasan ni.

Mula2 korang akan jumpa kolam air panas dulu.
Lepas tu naik sikit baru jumpa tempat2 lain.
Disebabkan kitorang ni tak tau nak buat apa, maka kitorang buang la masa dengan mendaki jambatan kanopi tu.
Mula2 tu macam eh nak ke tanak ek. Lepas tu Akram cakap dah alang2 sampai ni naik je la. Tak tau bila lagi nak sampai. So aku pon okey belasah je lah.

Selain tu tak silap aku dalam ni ada jugak taman rama2.
Tapi kitorang tak masuk lah.
Kalau nak ke air terjun kipungit tu tak silap aku kene mendaki lagi. Aku pon lupa dah. Tapi macam jauh sikit lah. Tapi air terjun tu ada limit masa. Tak silap aku sampai 2 petang je kot maksimum.


Nampak tak gigih gila mendaki bukit ni. Sebelum sampai ke kanopy walk tu kene mendaki macam ni. Tinggi weh. 800m tu. Pengsan! Naseb baik aku memang pakai kasut sukan tau. Tak silap aku last akupanjat2 camni 3 tahun lepas kot. Masa pergi air terjun congkak. Menggigil jugak kaki nak menyampaikan ke atas.

Oh lupa nak cakap. Nak masuk kanopi walk ni kene bayar tiket lain.
Tak ingat lah berapa harga. Yang aku ingat kalau nak amik gambar kat dalam guna henpon or kamera kene bayar Rm5.
Time tu kamera kitorang dah full memory so kitorang cakap tanak amik gambar pon.
Tapi sampai atas curik2 amik gambar jugak. Kikiki.
Tak tau ala apa reason dia nak cas orang amik gambar kat atas.


Nampak tu. Pehhh. Masa aku tengok ni tak tau lah nak ketawa ke nangis. Hahaha! Orang tu cakap paling tinggi 30m dari tanah. Seriously masa aku lalu ni siap selawat istigfar semua aku baca. Punya lah takut. Bahaha! Sebab aku ni gayat yang amat. Thats why aku tak suka pergi tempat2 adventure sangat. macam naik roller coaster tu. Rela aku tunggu bawah jadi budak pegang beg.


Curik2 amik gambar. Takde orang jaga pon. Kanopy walk ni panjaangggggggggggg gila! Tapi die takde lah straight terus panjang gitu. Dia ada station2 dari pokok ke pokok. Kat situ ada tulis berapa orang je yang boleh lalu. Masa aku lalu ni depan aku ada sekumpulan manusia lelaki yang badan agak besar jugak. So bila dia jalan belakang akan berayun. Kau tak menggigil gitu. Haha! Last2 aku biar dorang semua lepas dulu baru aku jalan slow2. And we did it!! Haha!


Ni masa jalan nak turun pulak.


Inilah dia hot spring konon2 nya. Haha! Yang dua kolam bulat tu bukan air panas. Sebab tu budak2 tu enjoy je terjun2 dalam tu.


Yang ni pon takde lah panas sangat sebenarnya. Suam2 je. itupon kejap je. Dalam 5 minit kot. Lepas tu sejuk balik -___- Akram malas nak basahkan kaki so aku je lah yang try. Dekat atas sikit ada pondok2 kecik dia buat macam yang aku duduk tu tapi kecik sikit. Untuk orang mandi2. Macam kolah kecik tu. ada pipe untuk air. Full!


Bila dah takda benda nak buat kitorang pon nak gerak balik la. Masa tu pukul 4 lebih kot.
Akram tanya boleh tahan lapar tak sebab malas nak singgah kat Ranau.
Nak direct balik KK je.
Aku pon okey je lah.
Bila kita buat aktiviti ni memang lapar tak termaktub dalam kepala otak.
Bila dah takda benda nak buat mula lah meroyan kelaparan. Hahahaha!

Perjalanan turun dari Ranau ke KK kejap je.
Aku rasa sejam setengah je kot. Sebab tak menyinggah mana2 kan.
Masa turun tu memang dah tak nampak dah puncak kinabalu dari jauh. Kabus tebal.


Masa ni kitorang otw nak pergi restoran gayang. Sebab ada orang suggest makan kat situ. Lalu la area ni dulu. Nama tempat ni Kampung Salut, Jalan Sulaman Kelapa Bakar kot tak silap aku. Kat sini banyakkkkkkk sangat kedai makan macam dalam gambar tu.

Bila sampai kat Gayang Restaurant tengok2 tak ramai orang pon.
Disebabkan malam sebelumnya dah melantak seafood banyak so tak rasa nak makan seafood lagi.
Tapi seafood kat restoran tu memang hidup2 lagi dalam akuarium.
So kalau ko nak makan ko pilih je seafood tu nanti dorang tangkap dari dalam akuarium tu.
Kitorang pikir2 balik malas la. Rasa macam nak makan biasa2 je. Terus patah balik ke gerai2 tepi jalan tu.


Pilih kedai ni.


Gambar ni nak tunjuk kelapa bakar tu. Nampak tak? Aku wonder jugak apa rasa kelapa bakar tu. Tapi kedai yang aku makan ni takde jual.


Gambar ni pulak nak menunjukkan kondisi dalam kedai ni. Aku cakap dengan Akram rasa macam dalam drama zombi kampung pisang pulak. Ekekeke. Sebab meja2 kayu. Kerusi2 kayu. Dah lama weh tak jumpa kedai makan camni. 


So kitorang order biasa je. Basically kedai makan banyak2 macam gambar atas tu semua lebih kurang menu ni jugak. Tapi masakan goreng2 dorang kureng. Boleh la telan jugak kalau dah lapar. Jelly kelapa tu sangat sedap! Yang lokan bakar tu pon sedap!


Nak balik tu konon2 tapau ayam madu sikit sebab takut malam lapar. Kikiki. Tapi tak abes pon sebab dah penat lepas mandi solat semua terus membuta.


Esoknya dalam pukul 10 pagi camtu kitorang brekfast dulu kat depan hotel. Ada satu kedai mamak. Then singgah pasar pilifin jap sebab ayah aku suruh beli ikan masin banyak sikit. Dalam pukul 11 lebih camtu check out.


Dalam flight. Konon2 ingat kan flight pukul 1 tengah hari dapat la makan nasi. Rupanya dapat sandwich je. Kelaparan ahkak. Nasi ada tapi kalau flight pukul 12 tengah hari. -__-


Alhamdulillah selamat mendarat. Masa ni dalam ERL. Laki aku sejak dua menjak ni asyik je ajak selfie. Haha!


So begitulah percutian kami 3hari dua malam di Sabah.
Seriously Sabah ni termasuk dalam salah satu tempat menarik untuk korang honeymoon. Tak rugi.
Hujung bulan ni macam nak ke Fraser Hill pulak. Sebab Akram dapat apartment murah kat sana untuk staff MAS.
hihihi.

bye!


1. Cuti-cuti Sabah Part 1: Departure, Arrival & Shang Ri La Hotel
2. Cuti-cuti Sabah Part 2: Pasar Filipin
3. Cuti-cuti Sabah Part 3: Makan seafood kat Sabah Waterfront

Wednesday, April 15, 2015

Cuti-cuti Sabah Part 4 : Kundasang, Rumah Terbalik & Desa Dairy Farm


Super duper cantik kan? Yes ini lah puncak Kinabalu.

Tips 1: Sepanjang nak naik ke Kundasang kau akan dapat tengok pemandangan indah puncak Kinabalu macam ni. Sangat-sangat-sangat cantik yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tiga kali sangat tu maknanya memang betol2 cantik ye. Haha! So kalau korang mempunyai impian nak tengok puncak kinabalu ni (yelah mungkin nak mendaki tak larat kan macam aku. kekeke) disarankan untuk naik atau turun kundasang sebelum tengah hari. Sebab waktu pagi je boleh nampak view cantik macam ni. Aku turun petang tu dah berkabus tak nampak langsung Kinabalu. Naseb baik masa naik kundasang tu dah berhenti siap2 tepi jalan nak amik gambar macam ni.

Tips 2: Kat Kundasang macam susah sikit nak makan. So adalah lebih baik korang makan berat siap2 dulu kat KK (in case kalau malam tu tido KK lah kan). Kalau tido kundasang maybe chalet dah sediakan makanan. Lagi bagus tapau sekali makanan bawak naik Kundasang.


So Ahad 22/3 tu  pukul 7.30 kitorang dah start gerak dari hotel.
Mula2 plan nak makan dulu kat KK tapi sebab tak tau nak makan kat mana so kitorang pun drive je lah menghala ke Kundasang dengan harapan kang tepi2 jalan jumpa la orang jual2 makanan ke kan. Macam kat semenanjung. Kan bersepah gerai2 kecik tepi jalan pagi2.
Tapi harapan. Sebijik kedai pon tak nampak. Hahaha! Pastu gelabah sebab perot tak makan pape lagi.
Luckily sampai kat Taman Putera Jaya, Telipok tu nampak macam pekan so kitorang masuk area situ.


Dalam 20 minit je dari KK. Landmark die kau akan nampak Giant kat sebelah kiri jalan. Kat dalam tu banyak sangat kedai makan. Mamak pon ada. Pilih je nak yang mana. Tapi kitorang just tapau kuih dengan air panas je.


Karipap dengan jemput-jemput pisang abang ni sedap giler. Menyesal tak beli banyak. Abang ni orang pahang. Bini die orang penang. Tak tanya pulak dorang keje apa jauh ke Sabah ni ha. Maybe bini die cikgu kot.

Lepas dah tapau teruskan perjalanan la apa lagi.
Destinasi pertama adalah Rumah Terbalik.
Kitorang pasang GPS je kat handphone. Tapi jalan dia takda lah susah sangat. Terus je. Ada satu tempat je yang kene belok kanan nanti.

Signboard dia kecik je tau sebenarnya. Kitorang pon terlepas. Before sampai rumah terbalik ni memang ada signboard tepi jalan tunjuk rumah terbalik pastu anak panah ke depan. Tapi tak cakap lagi berapa meter. Tetibe tengok2 eh dah terlepas. Naseb baik tempat u-turn depan tu tak jauh sangat. Akram siap komplen lagi kat staff rumah ni suruh besarkan signboard. Haha! Even staff tu pon cakap dah ramai terlajak. Tapi tulah takda inisiatif nak besarkan signboard ni.


Kitorang sampai dalam 8.00 macam tu. Naseb baik dah bukak. Jadi orang pertama lagi. Hahaha. Tiket masuk sorang RM10 untuk warganegara Malaysia. Nanti dorang akan bagi sorang tourist guide untuk bawak masuk ke rumah. Disebabkan masa kitorang sampai tu just kitorang dua je so tourist guide terus bawak masuk jalan. Kalau time tu agak ramai orang die akan kumpul dulu dalam 10-15 orang camtu baru gerak.


So ini lah dia rumah terbalik yang femes tu.

Ni kat depan pintu masuk rumah terbalik ni. Untung jugak datang awal. So boleh mintak tolong tourist guide amikkan gambar. Kalau ramai2 mesti susah nak bergambar.

Mula-mula tourist guide akan bawak masuk dalam rumah ni.
Kalau nak amik gambar tempat2 lain lepas keluar rumah ni boleh patah balik.
Kat dalam rumah tak boleh langsung amik gambar.
Maybe sebab rumah ni harta persendirian bukan milik kerajaan kot.

Basically rumah ni adalah typical rumah untuk suku kaum Dusun dan Kadazan (lupa lah)
Rumah ni betol2 wujud ye. I mean suku kaum tu punya rumah memang sebijik macam ni.
So pemilik rumah ni buat satu model macam ni supaya kaum lain dapat la tengok depan2 sendiri. Cuma diterbalikkan so that boleh bagi sedikit kelainan.

Dalam rumah ni ada dua bilik, ada dapur, ruang tamu. meja makan, peti ais, ada beranda dan semuanya terbalik.
Tak silap aku benda paling berat dalam rumah tu is TV. Tapi komponen dalam tv tu semua dah dikeluarkan.
Lepas tu kat beranda tu ada dua ekor belangkas, jantan dan betina sebab kepercayaan dorang belangkas ni kira macam penjaga rumah la.
Dan rumah ni memang dibina dalam keadaan terbalik dari bahagian bumbung sampai ke lantai. Bukan bina macam biasa and diterbalikkan.


Ni kat bahagian keluar rumah terbalik. Akram acah2 je pegang pemukul gong tu. Tak palu pon. Haha!


Kereta terbalik pon ada. Mintak tolong kat tourist guide tadi amikkan gambar. Kikiki


Dah la pakai baju Joho. Plat kereta pon plat Johor. Haha! Persoalannya sekarang kenapa plat J? Kenapa tak guna plat Sabah? Aku pon tak sure. Lupa nak tanya masa tu.

Toilet terbalik kat bahagian depan rumah terbalik.



Lepas dah keluar dari rumah tu kitorang dah boleh buat aktiviti bebas. Maksudnya boleh amik gambar kat sekitar kawasan ni la. Garden ni kat area belakang rumah terbalik. Sebelum masuk rumah terbalik garden ni kat belah kanan.

Mintak tolong staff yang jaga kedai souvenier amikkan gambar. Bahaha!


Basically ada orang rasa Rm10 untuk masuk rumah terbalik ni adalah mahal.
Maybe la kot. Sebab 5 minit je dalam rumah tu. Macam rumah biasa cuma keadaan dia terbalik. Memang semua terbalik. Takda satu pon yang tak terbalik. Peti ais pon terbalik. Dan semua guna benda real. Bukan replika.
So kalau datang sabah korban kan la rm10 tu untuk tengok sendiri hasilnya. Hehehe.
Kalau datang Sabah lagi dah tak payah la nak masuk lagi. Masuk sekali dah cukup dah. Nanti kalau orang tanya boleh la cerita pengalaman kan.


Ni sekitar kawasan rumah terbalik. Masa kitorang nak balik tu ramai yang baru sampai. Atas kiri tu kedai souvenier. Boleh la kalau nak beli fridge magnet. Bawah kanan tu ada cafe sape2 yang nak makan minum. Aku tak tengok pon senarai harga dia murah ke mahal.


Destinasi seterusnya ---> Desa Dairy Farm
Sejujurnya inilah tempat yang paling aku nak pergi kat Sabah ni.
Sebab nak feeling2 kat New Zealand kan. Bahahah!


Ini adalah pemandangan biasa untuk naik Kundasang. Jalan dia sebijik macam nak naik Cameron Highland. Makin lama makin sejuk. Matahari terik tapi angin dia memang sejuk.

Kalau korang ada bajet lebih sewa je la Hilux. Berbaloi weh. Sebab jalan dia memang agak curam.
Kitorang ni sewa viva je. Auto pulak tu. Kadang2 semput jugak. Hahaha!
Dan lori memang sangat banyak. Kalau dapat lori yang baik dia akan ke kiri sikit untuk bagi laluan kereta belakang potong. Kalau dapat lori yang jaki memang menyumpah jugak lah kau tengok dia seboleh-boleh nak bawak tengah jalan. Dah la lambat.


Masa on the way naik tu boleh pulak rasa nak terkucil. Bahaha! Naseb baik jumpa ala-ala RnR ni. Tapi aku tak ingat la bape minit lepas rumah terbalik tu. Kiri kanan semua hutan. Tetibe ada tempat rehat camni. Ada orang jual-jual souvenier. Ada toilet. Ada tempat makan. Aku singgah toilet dia je.


Dah nama perempuan kan. Tak telek tak sah. Tapi telek je la. Tak beli pape pon.


Pemandangan kat sini pon agak cantik jugak. Belakang tu Kinabalu la tu. Tu yang ada perempuan tu acah2 jadik model tu. Krik krik.


Perjalanan diteruskan dan ini adalah satu tempat yang korang boleh berhenti untuk amik gambar macam ni.


Cantik sangat kan?


Masa kitorang berhenti ni luckily ada satu kereta berhenti jugak. So mintak dia tolong snap gambar dua orang. Haha!


Perjalanan diteruskan lagi dan kitorang berhenti kat lagi satu tempat yang cantik untuk amik gambar.


Taraaaaaaaaaa!! Masa kitorang sampai ni ada satu kereta baru je balik. So tak dapat la mintak tolong sesiapa amikkan gambar berdua. huhuhu


Seriously boleh nampak puncak kinabalu dengan jelas. Tak payah naik pon takpe dah. Hahaha! Cantik giler weh. Masa kitorang turun dari Kundasang petang tu memang dah tak nampak apa dah. Dah kene tutup dengan awan. Naseb baik sangat kitorang berhenti masa nak naik.


Sebelum sampai Kundasang akan sampai kat Kinabalu Park ni dulu. Memula kitorang pikir2 jugak nak singgah ke tak. Last2 Akram singgah je. Lepas tu tanya kat Guard yang kene bayar tiket tu ada apa kat dalam. Dia cakap ada hotel and tempat amik2 gambar boleh nampak Kinabalu. Pastu ada la tempat2 yang boleh amik gambar. So kitorang cakap takpe lah. Nak turun balik tanak masuk. So tak payah bayar.


Kitorang just amik gambar camni je buat kenang-kenangan. Cewahhh.


Masa nak sampai area Kundasang tu pemandangan memang cantik sebab boleh nampak rumah2 kat lereng2 bukit.
Hijau je. Lepas tu memang banyak chalet kalau korang nak pilih untuk bermalam. Tinggal nak survey je. Next time kalau ada rezeki pergi Sabah lagi kitorang nak stay area Kundasang pulak. Hehe.


Akhirnya sampai jugak kat tempat idaman hati ni. Seriously kalau korang nampak je signboard ni terus belok kiri okey? Sebab masa kitorang datang tu agak blurr. Nampak signboard ni. Pasang GPS lagi. Tapi macam tak yakin sebab jalan die agak tak senonoh gitu.


Tengok la jalan macam ni. Aku macam tak percaya eh betol ke masuk ikot jalan ni. Mula-mula kitorang tak masuk pon. Just terus je. Bila dah terus tu GPS cakap dah terlepas. Pastu tengok2 semua macam dah hutan balik je terus patah balik. Tapi sebenarnya ramai jugak yang terlajak. Bukan kitorang je. Bahaha! Tapi dont worry. Sikit je jalan berbatu macam ni. Depan sikit dah tar dah. Apa lah salahnya tar semua kan. Buat rosak tayar kereta je.


Hello Lembu.


Before masuk sila bayar tiket dulu k. Dewasa Rm4 sahaja. Tak payah parking pon nak bayar tiket. Drive thru saje. Kekeke.


So inilah dia Desa Dairy Farm or Desa cattle. Kitorang sampai atas ni dalam pukul 12 tengah hari camtu. Walaupon cuaca agak sejuk tapi matahari sangat la terik. So rasa panas la jugak. Beria kitorang bawak jaket konon2 sejuk sangat atas ni. Bahaha! Kalau korang pergi awal pagi mungkin sejuk kot. Or kalau bermalam kat Kundasang maybe jaket adalah sangat diperlukan.


Basically tempat ni sebenarnya adalah tempat ternakan lembu. Tapi bukan lembu biasa kat Malaysia tu. Ni lembu susu yang macam kat New Zealand tu. Sebab tu dia jadi tarikan pelancong untuk datang sini. Macam pelik kan? Kandang lembu pon boleh jadi tempat perlancongan. Hahaha! Lama jugak aku berdiri kat depan kandang lembu tu dok perati lembu tu buat apa. Siap lembu berak kencing semua aku dok perati. Kahkahkah. Lembu2 dalam kandang tu besar2 okey. Bagi makan apa aku tak tau.


Pemandangan sekeliling kawasan ni.


Kat dalam bangunan masa gambar mula2 tadi boleh la kalau nak beli souvenier. Macam biasa aku beli fridge magnet saje. Tshirt dia mahal! Fridge magnet dia comel2 rasa nak borong semua je.


Kalau lapar pon boleh beli makanan kat sini. Tempat duduk untuk makan pon ada. Kitorang just beli susu coklat je. Tapi susu dia memang sedap weh. Menyesal beli sekotak je. Tak manis sangat. Ngam ngam soi je rasa dia.


Tempat wajib amik gambar. Batu tu boleh panjat tau. Tapi kalau jatuh tanggung sendiri. Aku tak kosser la nak panjat bagai kan. Dah jadik bini orang ni perangai kasi behave sikit. Bahaha!


Ni masa jalan nak keluar balik. Cantik kan?



Tempat ni dah keluar dari bangunan desa cattle tadi. Kitorang parking jap tepi jalan sebab nak amik gambar dengan lembu2 ni. Amik gambar dari jauh pon jadik lah.


Aktiviti kitorang kat sini banyak amik2 gambar je pon. Tapi dah alang2 korang pergi sabah tempat ni wajib singgah tau. Salah satu tempat yang best jugak. Walaupon tengok lembu je. Haha!



So next cerita pasal poring hot spring pulak okey?

1. Cuti-cuti Sabah Part 1: Departure, Arrival & Shang Ri La Hotel
2. Cuti-cuti Sabah Part 2: Pasar Filipin
3. Cuti-cuti Sabah Part 3: Makan seafood kat Sabah Waterfront
4. Cuti-cuti Sabah Part 5: Poring Hot Spring, Ranau Sabah.

bye!