Wednesday, April 8, 2015

Cuti-cuti Sabah Part 1 : Departure, Arrival & Shang Ri La Hotel


Lepas kawen aku dengan Akram tak sempat nak jalan mana2 lagi.
Tiba2 aku dah peknen. So Akram cakap tak payah la jalan2 dulu.
Disebabkan takde rezeki nak dapat baby awal, so kitorang pon buat la plan nak pergi honeymoon.
Actually aku yang bagi arahannya. Bahahaha!
Aku cakap ngan Akram "By hook or by crook, kite mesti pergi jalan jugak. Tak kisah la pergi mana2 pon asalkan jalan"
Gittew.

Dan SEMUA plan untuk jalan aku serahkan sepenuhnya pada Akram.
Aku cuma nak readykan badan je. Eh?
Mula2 plan nak pergi samaada Sabah atau Bali. Bila pikir2 balik aku malas pulak nak hidupkan pasport sebab lepas tu takde plan nak jalan mana2 lagi.
Lagipon aku tak pernah jejak Sabah lagi. So aku cakap takpe lah habeskan dalam Malaysia dulu. Nanti2 kite pergi oversea pulak.
So decide ke Sabah la kami.

Dari segi tarikh, flight, hotel, kereta sewa, nak jalan mana, nak makan mana semua Akram uruskan.
Ada jugak die bagi aku link blog orang cerita pasal Sabah. Tapi aku baca gitu2 je la.
So kitorang decide untuk ke Sabah on 21/3/15 - 23/3/15. Kebetulan 23/3 tu memang Johor cuti. So aku tak payah apply cuti. Akram je la yang apply.
Flight kitorang 21/3 hari Sabtu tu pukul 7.30 pagi. Paling awal.
Malam sebelumnya Akram siap tak boleh tido sebab takut tak terjaga. Hahaha!
So pukul 5 pagi die dah kejut aku suruh bangun siap2.

Nampak tu jam pukul berapa dah tersadai tunggu Erl. Huhu.

Kitorang park kereta kat Erl salak tinggi je.
Malas nak susahkan orang mintak hantar pergi airport pagi2 buta.


Sampai airport terus check in kat kaunter.

Actually kitorang pergi Sabah ni guna tiket free yang MAS bagi pada staff.
So untuk dua orang pergi balik ni just bayar airport tax saja. Kitorang punya tiket RM60 je pergi balik. Huhuhu.
Tapi tak silap aku untuk tiket free ni kitorang kene standby. Means kalau flight penuh kitorang kene tunggu next flight sampai la ada kosong.
Masa booking tiket tu Akram cakap flight pergi KK semua dah merah2. Tapi dia mintak tolong kawan die punya kawan yang keje kaunter tiket untuk tolong adjustkan seat kitorang. Bahaha.
Tapi flight pagi tu tak penuh sangat pon. Still ada kosong jugak.


Tengah tunggu nak masuk flight. Lihat lah betapa mengembang nya pau kat pipi aku tu. zzzzz


Okey orang kaunter dah panggil. Let's go! Sebelum tu selfie dulu nak check in kat FB. Wakakaka.


Lelaki tak bedung tangan amik gambar. Bergegar semua =__=


Okey dah masuk perut pesawat (skema nau ayat. Ekekeke) Selfie dulu sekeping. Orang lelaki sebelah Akram tu lepas flight take off je die terus tukar pergi seat kosong kat belakang. Mesti malas nak layan kitorang asyik2 amik gambar je. :P

Indahnya ciptaan Allah :')
Ini gambar wajib ye kalau naik flight. Ekekeke. Actually flight KL-KK aku tak dapat duduk sebelah tingkap. Ni pinjam tingkap orang belakang. Bahahah! Duduk seat yang tak dapat tingkap ni rasa semak sikit aku rasa. Walaupon kat luar nampak langit je tapi aku tak kisah. Asalkan mata aku boleh tengok something. Kalau takde tingkap rasa seperti burung di dalam kurungan. Macam lah pernah jadi sang burung dan pernah dikurung kan. :P


Breakfast dalam flight pagi tu. Boleh pilih nak nasi lemak atau ape tah satu lagi. Tak ingat aku. Sebagai seorang melayu dan jawa asli of coz aku pilih nasi lemak. Lagi satu tu western. Tapi Akram cakap dah tak best dah makanan die. Few years back masa akram pergi sabah siap dapat toblerone lagi kau. Tak lah sendu camni. Tapi takpe lah. Rezeki. Alhamdulillah. :D



Tak silap aku flight MAS semua dah pasang benda ni kat seat dorang. So dah takde lah steward/stewardess buat demo langkah2 keselamatan dalam flight. Semua keluar kat screen ni je.
Aku ingat semua flight dah install benda alah ni. Rupanya masa aku naik Air Asia last week dorang still guna khidmat steward/stewardess untuk buat demo.
Steward air asia dah la hensem2 uolss. Bergetar jap naluri. Kahkahkah. #lawakhambar

Flight KL - KK dalam 2jam setengah je ya.
Bagi aku agak lama jugak. Bosan okey. Nak tengok muvie pon macam tak best. So last2 aku pasang lagu and membuta. Sampai lah kapten buat announcement nak landing.
Aku bangun2 je tetibe rasa sakit telinga yang amat sangat sebelah kanan.
Telinga kanan aku ni memang something sikit. Aku rasa tersumbat sebab kadang2 pekak.
Nak pergi sembur tak pergi2.
Sekali masa nak landing tu hambik kau sakit giler okey sampai menangis2 aku. Akram dah malu dah. "Jangan la nangis. Jangan nangis. Telan air liur tu telan. Banyak2 sikit. Telan lagi"
Bahahaha

Serius weh sakit giler macam nak pecah gegendang telinga kau. Rupanya kawan aku cakap masa landing memang sometimes akan ada orang rasa camtu. Selalunya orang yang selsema yang akan rasa camtu. Or orang yang ada masalah telinga. Since aku tak selsema time tu so aku assume telinga aku yang bermasalah.
So untuk langkah berjaga-jaga artikel yang kawan aku share tu suruh stand by gula-gula untuk bagi kau telan air liur banyak2 masa landing tu. Or kalau kau selsema mintak dokter sejenis ubat tapi aku lupa lah nama ubat tu. Kalau ulang alik JB-KL aku okey je. So aku assume pergi Sabah flight tinggi kan. So tu yang ada effect tu.


Yeayyy dah sampai! Terus hilang rasa sakit. Ekekeke. Touch down je memang hilang terus sakit tu. Konghasam betol telinga aku ni. zzzzzz

Balai ketibaan Sabah ni kau kene lalu satu kaunter dulu before keluar.
Untuk orang sarawak or orang semenanjung/ foreigner, dia akan bagi satu pas untuk kau stay kat Sabah.
Nanti bila kau nak balik kene pulang balik pas tu.
Just tunjuk ic or passport je. nanti die lekatkan something kat ic or passport kau.
Tak silap aku pass tu valid 90 hari. Kalau nak stay lagi lama aku tak pasti. Maybe renew or masa kat kaunter tu kau cakap ngan die nak stay lama kan.


Dah siap semua, kitorang tunggu kereta sewa sampai. Baru aku tau ada airport lain2 untuk MAS and Air asia. Nanti orang kereta sewa tu tanya turun airport mas ke air asia. Huhuhu. Time ni dia pergi hantar kereta kat airport air asia. So kitorang tunggu je la. Sebelah2 je kot tak silap aku.

Lepas dapat kereta sewa terus gerak pergi hotel.
Kitorang sewa dengan sorang lelaki ni.
Akram google je. Ust. Sabri Car Rental KK ---> 013 8900244
Akram save nama die camtu. Tak tau la memang ustaz ke apa. Tu bos die. Yang hantar kereta masa tu budak2 dia je.
Kitorang amik viva sehari RM100. So untuk dua hari RM200 la.
Masa dapat kereta tu minyak dah berkelip-kelip dah. Naseb baik pam minyak dekat je.
Nak dijadikan cerita masa kitorang nak pulang kereta Isnin tu ngam2 minyak pon berkelip. Bahahaha!
Kitorang stay hotel KK lepas tu petang sabtu tu just jalan2 sekitar KK je. Ahad baru naik Kundasang. Pergi Rumah terbalik, Desa Farm, Poring Hot Spring, balik semula KK. Isnin just jalan kejap kat Pasar Filipin je. Total isi minyak RM45. So kalau korang punya plan lebih kurang kitorang je boleh la bajet2 isi minyak camtu.


Ni masa otw nak pergi area hotel. Kitorang benti tepi jalan sebab macam cantik kawasan tu. Kat mana entah. (Update: Ni kat sutera harbour. Akram baca blog aku lepas tu buat audit. Bahaha! Biasalah ahkak ni kurang makan kismis :P)


Masa amik kereta baru pukul 10 lebih kot. Nak check in hotel macam awal sangat lagi.
So kitorang round2 dulu sekitar KK.
Lepas tu singgah makan tengah hari dulu.
Kitorang nak check in kat Shang Ri La hotel. So lalu2 bawah hotel tu nampak macam ada kedai makan berlauk. So singgah la tapau je. Malas nak makan kat bawah.


Tak banyak sangat pilihan lauk. Tapi boleh la. Buat alas perut sebelum makan malam tu. Masakan dia takde lah sedap sangat tapi takde la jugak tak sedap. Boleh la makan.




Bila dah tak tau nak buat apa kitorang pon try la pergi check in hotel. Masa tu belum pukul 12 tengah hari kot. So bilik kitorang tak ready lagi.
Lama jugak la menunggu. Mula-mula Akram dah booking hotel apa entah. Menghadap laut. Tapi hotel tu takda bath tub. So kitorang cancel. Akram booking Shang Ri La sebab ada bath tub.
Nak pergi honeymoon sila amik hotel yang ada bath tub okey. Bahahaha!

Tapi ni bukan shang ri la yang mahal tu. Ni shang ri la budget kat area2 KFC KK. Dekat dengan roundabout. Staff Mas dapat murah sikit. Kitorang dapat rm127/night kot tak silap aku. Tapi takda breakfast. Pakej untuk staff mas memang takda breakfast. Tapi aku tak kisah pon sebab breakfast hotel kan balik2 benda yang sama je. Bosan.

Dan hotel ni servis tak best sikit.
Macam aku sampai awal kan. Bilik tak ready lagi patotnya sediakan la refreshment ke apa ke.
Ni aku melangut lama jugak la kat loby tu. Dah la lapar giler.
Pukul 1 baru dapat masuk bilik.


So inilah bilik kitorang. Aku tanya Akram kenapa takda hiasan2 honeymoon. Tuala angsa ke kelopak rose ke. Akram cakap dah lambat. So dorang tak sempat buat. Ceh hilang mood honeymoon. Disebabkan aku keje construction maka aku akan meneliti setiap ruang dalam bilik ni tau. Die punya toilet ni punya la hampeh. Kalau korang nampak jamban die punya spray tu. Water outlet sebelah kiri tapi pegi letak bidet tu sebelah kanan. Dah camne nak pusing kan. zzzzz. Last2 kitorang keluarkan pipe ru ke sebelah kanan lepas tu sangkut je atas tangki tu. Tak masukkan pon dalam tempat asal die. Lepas tu bilik ni takda remote air cond. Nak control air cond kene pergi kat dinding lepas tu adjust benda kat dinding tu secara manual. So kalau kau tengah baring nak adjust air cond terpaksa la bangun jalan ke dinding. Tolak markah untuk hotel.


Tapi nampak bath tub mood honeymoon kembali semula. Bahahha! Tambah satu markah balik.


Okey ada lagi satu yang tak best pasal hotel ni. Perasan tak dua buku atas peti ais tu? Itu bible ye. Dorang letak dalam laci meja tv. Aku keluarkan letak atas peti ais. Kalau korang tak confortable tak payah la stay sini. Kitorang buat bodo je. Tak usik pon bible tu.

Lepas kemas2 beg semua terus makan sebab kebulur.
Lepas tu rehat2 jap before keluar untuk pergi pasar filipin. Yeayyy sopink!

Macam penat la menaip. Sambung next entry la eh?


1. Cuti-cuti Sabah Part 2: Pasar Filipin
2. Cuti-cuti Sabah Part 3: Makan seafood kat Sabah Waterfront
Bye!