Wednesday, January 16, 2019

Berurut dengan My Bidan House


Nak share pengalaman berurut dengan tukang urut dari My Bidan House.

Baru baru ni aku panggil lagi Kak Ita ni datang urut aku lagi kat rumah. Masa first time dulu aku tanya jiran aku kalau2 dia tau tukang urut mana yang best. So dia bagi aku nombor kak ita ni. Rumah kak ita ni dekat je dengan rumah aku. Satu kampung labu lanjut tu.

Masa first time dulu sebab aku bengkak susu. Masa tu Aminah baru 9 bulan tak silap. Memang sedap lah akak ni urutkan badan. Berasa betol.

Kali ni aku panggil sebab badan aku dah sakit2. Yelah buat keje rumah sorang2 dengan dua anak tu. Tambah pulak Aminah ni sejenis kalau nak tido mesti nak tido atas badan. Belom lagi Naqeesya mintak dukung kalau hantar dia pegi sekolah. Adoi. Dengan nak mengangkut beg laptop yang besar tu. Belom kalau kene bawak drawing dengan file2 pergi kereta. Letih! Sampai tahap aku tengah mandi pon tangan aku boleh cramp! Punyalah dasyat. Kalau cramp tu memang menangis sorang2 je lah. Dah tu siapa lagi boleh dipanggil? Laki jauh.




Yang bestnya kak ita ni boleh datang rumah and boleh berurut waktu malam. Senang sangat. Tu pon dia cakap khamis malam tu ada berurut orang pantang jugak pukul 8pm. Aku punya slot pukul 10pm.

Monday, January 14, 2019

Malaysian playing tourist in Kuala Lumpur

Halahh halahhh halahhhh tajuk kemain lagi kan nak omputih bagai. Hahaha.

Aku kan keje dekat KL. Ada satu hari tu masa tengah layan jammed balik keje petang2, tengok view KL tup2 rasa eh macam best je kalau stay satu malam dekat KL ni. Nak carik hotel or apartment yang boleh layan view KL malam2. Teringat zaman2 masa study kat UM dulu. Duduk dekat apartment Vista Angkasa sebelah Lrt Uiversiti tu. Malam2 layan view dari tingkat 10. Bestnyaa. Sekarang Lrt ni pon dah tukar nama kan? Kawasan tu pon dah lama gila aku tak jejak. Depan belakang semua dah naik condo tinggi2. Dulu zaman2 aku duduk situ, Vista Angkasa tu lah paling cantik kat situ 😂

11 tahun aku duduk area Kuala Lumpur ni tak pernah terasa nak ronda2 kat sana. Dah ada anak2 ni baru lah rasa nak bawak anak2 jadi pelancong kat negara sendiri. Padahal masa study dulu boleh kata tiap2 minggu dok pegi ukur jalan dekat Sungei Wang tu ðŸĪŠ Tak pernah sekali pon rasa nak naik KL tower ke amik gambar depan KLCC ke. Haha.

Actually aku suka jugak duduk rumah tinggi2 ni. Sebab view cantik (kalau dapat rumah view cantik lah 😂) Tapi bila memikirkan tiap2 pagi nak bertempur dengan dua askar tu dengan nak keluar masuk rumah angkut beg bagai, matikan je lah hasrat nak duduk apartment. Kene duduk rumah atas tanah jugak. Tapi kalau banyak duit nanti boleh la beli apartment cun2 satu jadikan homestay so diri sendiri boleh duduk situ jugak 😜


1. Hotel Renaissance, Kuala Lumpur

Cantik hotel ni. Berbaloi dengan harga. Boleh nampak view KLCC depan mata. Breakfast dia semua sedap2. Kalau korang malas nak turun breakfast kat bawah, dorang siap boleh hantarkan naik bilik lagi tau 😂



Sunday, January 6, 2019

Cerita pengasuh ANs


Aku dengan husband start cari pengasuh masa aku pregnant anak nombor 1, Ameera Naqeesya. Masa tu aku ada carik2 pengasuh kat group kat fb. Kebetulan sepupu biras aku ni duduk dekat2 dengan rumah aku. Mula2 tu tanya jugak dekat sepupu biras tu dia tanak ke mengasuh budak sebab dia pon housewife. Tapi dia cakap dia kene amik anak sekolah. So macam susah la nak jaga budak kecik. Tapi dia cakap jiran satu taman dia tu ada yang housewife jugak tak buat apa so nanti dia tanyakan.

So dah rezeki lah akak tu boleh tolong jagakan anak aku. Sebab anak dia sorang je. Dah besar pulak tu dah masuk kolej. Dia cakap boleh la try jaga. Masa tu dia jaga anak buah dia jugak dua orang. Tapi dua2 dah sekolah rendah.

Tup2 anak aku serasi sangat dengan dia.

Aku bayar RM400 masa tu sebab aku kerja KL. Rumah aku kat Sepang. So balik keje pukul 6pm sampai Sepang dah dekat pukul 8pm. Husband aku pulak keje shift. Kalau dia keje shift siang, dia boleh amik anak2 awal. Kalau dia keje shift malam memang pukul 8pm baru aku sampai rumah pengasuh amik anak2. So masa tahun 2016 rate pengasuh dalam Rm350 dekat Salak Tinggi tu. Jadi kami decide nak bayar Rm400 lump sum kalau teramik lambat. Makanan anak2 semua aku prepare dari rumah.

Sampai lah anak sulung aku umur 2 tahun setengah sekarang. Dan ada adik umur setahun dua bulan. Kitorang hantar dua beradik ni dekat pengasuh yang sama sebab anak aku pon memang dah serasi sangat dengan pengasuh ni. Kadang2 tu sampai tanak balik rumah. Kitorang bayar Rm750 untuk dua beradik ni.

Tapi tulah kite ni manusia yang mampu merancang je. Tapi perancangan Allah tu lagi Maha Hebat.

Bulan November 2018 baru2 ni dia mintak aku cuti 2 minggu nak bawak mak dia pergi umrah. So aku plan nak amik unpaid leaves. Tapi bos bermurah hati nak bagi aku buat keje dari rumah. Hahahaha. So aku amik 3 minggu terus.

Ditakdirkan lepas balik umrah tu mak pengasuh aku meninggal. Actually sebelum pergi umrah dah tak sedap badan. Tapi pergi jugak umrah. Balik tu terus demam. Doktor cakap bukan virus dari Mekah. So pengasuh aku extend cuti seminggu. Naseb baik aku memang amik cuti 3 minggu.

Then, lepas siap urusan arwah tu pengasuh aku nak cuti lagi sebab nak uruskan pembahagian tanah ke tukar nama tanah camtulah. Masa tu aku dah serba salah lah. Takkan aku nak cuti lagi. Tak sedap lah kan dengan company. Lagipon korang tau je lah buat keje kat rumah dengan dua anak kecik banyak  mana je lah boleh siap. Hahah.