Wednesday, August 29, 2012

Penyelesaian Masalah Samsung Galaxy SII i9100G Yang Tak Boleh ON.

                                     
Kan aku cakap Galaxy SII aku rosak tak boleh nak ON kan.
memang hidup pon macam tak bermakna je lah jadinya. Cewahh.
Ahad ari tu Akram ade jugak try call company henpon tu tapi takde orang angkat.
Maybe dorang operate time office hour je kot.


Pastu kitorang pon plan nak hantar kat Samsung Centre je.
Siap aku dah selongkar beg2 aku carik box henpon ni sebab nak amik surat warranty dia.
dua hari lepas ada jugak aku google2 tengok ade tak orang yang ada masalah sama dengan aku ni.


root tu maknanya kalau tak silap aku upgrade kot. masalah dia sejibik sama dengan masalah aku. cuma dia sedar punca masalah dia tu. aku ni bangun2 tido je tengok henpon tak boleh on. tapi aku agak punca aku dengan dia sama je kot. Aku memang ada upgrade daripada Gingerbread jadi Ice Cream Sandwich. Tapi Akram punye ok je. Aku punye pulak yang problem. Akram cakap henpon aku ni banyak sangat application. tu yang hang. alah henpon pompuan kan. haruslah ada macam2. hehehe. 


carik punya carik jumpa tapi sayang forum tu tak bagi penyelesaian penuh.
macam tergantung.
yang ada macam gambar kat bawah ni.




aku try jugak buat camtu. tekan power + volume down + home serentak sampai keluar download mode.
memang berjaya tapi dari malam sampai ke subuh still dalam download mode tu je.
aku ni dah la tak paham gadget2 ni.
sampai batery aku habes. aku surrender.
cas bagi full and simpan dalam beg.
terus down lagi. hehe.


hari ni aku try lagi.
aku try usha satu forum ni. http://www.forum.peranti.my
actually satu minah ni sII dia tak boleh nak touch screen.
aku saje lah bace.
sampai lah nak dekat2 page last tu aku jumpa ni.




aku saje try step nombor dua tu.
yang performing a factory data reset using phone button.
ikot betul2 step dia. tunggu punya tunggu tetiba boleh.
macam nak melompat aku kat situ. hehe.


yang bestnya cuma contact, games and application je hilang.
tapi gambar2 dengan semua lagu still ade lagi.
kira macam dapat henpon baru jugak lah.
memang gembira tak terkata.
baru je siap aku hidupkan balik henpon tu tetiba Akram call.


dia cakap dia dah call dah kedai henpon tu. bla bla bla.
hahaha ! tergelak aku.
aku lagi cepat. siap dah boleh hidup balik SII tu. hehehe.
baru Akram nak ajak pergi hantar kat Samsung Centre.
lambat !


Terima kasih tidak terhingga kepada Pakcik Google kerana membantu saya.
tapi sebenarnya aku memang hebat pon.
wakakakaka. nak jugek up kan diri sendiri.


Baiklah hidup aku sudah bermakna kembali.
*kembang-kembang hidung*
hoyeahhhhhhhhhhhhhhh.


Hello Whatsapp. Hello Instagramm. Hello FB mobile. Hello Gamesssssssssssssssssssssssssssssssss.
I am cominggggggggggg !!


okbai.