Tuesday, December 13, 2011

Ketam masak sos cili lah pulak.

                       


Yeay dah rehat. boleh hapdet blog.
takkan time rehat pon nak menghadap kerja ofis kan.
bajet dapat gaji lebih la.
jangan harap. boss kedekut tahik idung masin.
asstarafirullah al azim. Ya Allah ampunkan lah aku ni asyik mengumpat bos je.


aku selalu rehat memang tak makan.
faktor utama DIET. (konon lah :P)
faktor sampingan kafe jaoh. malas nak jalan.
dengan foreigner yang ramai. haih malas nak sesak2 lah.
dok opis makan biskut cicah air teh lagi syiok.


pagi tadi Akram buang tebiat.
tak pernah dalam sejarah dia suruh aku masak.
tetiba pagi tadi pukul 08:23:23am dia mesej.
"Eh, pandai buat ketam masak sos cili tu. Tau?"



aku dalam hati dah kenapa orang tue ni.
buang tebiat ke hape.
entah hantu makanan ape yang dah merasuk dia pagi2 dekat KLIA tuh.
tapii takkan nak cakap tak tahu kan.
sebagai anak seorang tukang masak, jatuh lah air muka ayah aku kalau tau anak dia ni cakap tak pandai masak.
macam jatuh air muka Chef Wan bila dapat tahu Chef Riz menipu resume.
kahh kahh !


tapi aku tak cakap la tak tahu.
aku cakap "tak pernah masak. sebab tak pernah beli ketam"


aku ni tak suka sangat makan ketam sebab kulit dia keras.
and aku tak reti nak sedut2 isi dia tuh.
sebab tuh aku tak reti makan siput sedut.





kemudian terus gugel resepi Ketam Masak Sos Cili.
zaman moden katenyee.
takde alasan kalau cakap tak reti masak.
bukan tak reti tuh. PEMALAS namanya.
gugel resepi lepas tuh try and error lah.
selagi tak try mane nak tahu pandai ke tak kan.
heh kan dah emosi.




Aku : kenapa tanya ?

Akram : saje je. hehe

Aku : eleh ingat nak suruh masak.

Akram : boleh jugak kalau nak masakkan. huhu

Aku : tapi tak reti beli ketam.

Akram : owh. beli senang je. masak tu lah kene tau camne. tau cane taknak bagi hilang rasa ketam je.

Aku : cane taknak bagi hilang rasa ketam ?

Akram : senang je. basuh bersih2. siang dia bla bla bla ....

Aku : letak sos cili je ke or campur lada kering sikit ?

Akram : entah. bla bla bla ....

Aku : letak telur ke tak ?

Akram : ada yang letak ada bla bla bla ....

Aku : nak kene goreng dulu tak ?

Akram : tak payah bla bla bla ....

Aku : oh okey2. sebab resepi dia banyak. beza2 pulak tuh. hehe







aku usha2 resepi kat blog atas tuh.
fuh macam terliur jugak.
hehehehe.


sape2 yang pernah masak mai mai kongsi2 resepi ye.
hehehe.




mungkin kah hajat Akram tercapai?
nantikan di episod seterusnya.
bajet masterchef lah. poyo.
haha !


okbai.




                                        

34 comments:

  1. wah sedapnya ketam

    schaze suka sangat ketam,

    tapi malas nak makan sebab tak suka nak kopek =="

    tapi kalo ade org sudi nak kopekkan mmg terus nganga jek =D

    ReplyDelete
  2. @schaze zainn

    betul betul.

    paling tak pon sedia lesung batu kat sebelah.

    haha !

    ReplyDelete
  3. sedap ketam ni dimasak cili..penah masak beberapa kali. cubalah..

    http://my-dapur.blogspot.com/2010/06/ketam-bercili-telur.html

    ReplyDelete
  4. aiyak, x de resipi lak yang boleh di share since yana pun baru je nak belajar masak...

    ni baru lepas masak kicap... ehehehehhehe

    ReplyDelete
  5. @Kancilbiru

    wah mekasih mekasih.

    baru semangat nak cuba ni.

    hik hik.

    ReplyDelete
  6. @nuyui a.k.a miss YUI

    kenapa kenapa ?
    mesti malas nak kopek kulit dia ni kan.
    hehehe.

    ReplyDelete
  7. Makan ketam... perlukan kerajinan..
    itu penting... hihihi.......

    pernah makan ketam... luka kot mulut...

    ReplyDelete
  8. ketam sdap, tp sye x mlas nk mkn ketam sbb nk ambik isi dia pyah skit.. bila dh hbis ketam tu, boleh lah main dia punya kepit kat tgn dia.. haha XD

    gudluck utk msak ktam tu yea, hntr kat rmh sye skali, hehe.

    ReplyDelete
  9. @Alieza Dayasari

    aloh kesiannya dia.

    len kali sila hati2 ye.

    hehe

    ReplyDelete
  10. @Miss Xyz

    haha.
    amboi2.
    bajet tak cukop lah.
    kui kui :P

    eh tapi main sepit ketam best kan.
    hik hik

    ReplyDelete
  11. terliur kot tgk ketam tuh.
    btw,gua pandai makan siput sedut,cuma tak pandai masak sbb mak tak pernah masak. hee~

    ReplyDelete
  12. seyes ko buat aku terliur! gulp! -__-

    ReplyDelete
  13. dap nya...ish, rindu nk makan ketam banyak2!

    ReplyDelete
  14. waahh.. sedapnya krusty crab.. hehe... Adik Syazwana.. abg iwan ade mention adik kat blog.. satu lagi nak minta adik send kan adress kat email abg iwan sbb nak antar hadiah..

    ReplyDelete
  15. sedap2....bru jek makan ketam masa dinner pra graduan hari tu...

    selamat berjaya ye..hehe... akram nampak lauk ketam kt tv la tu..hehe..sbb tu dia mntk..

    ReplyDelete
  16. @shahrazali

    fuyoh dinner makan ketam.
    terbaik lah.
    hehe

    ReplyDelete
  17. da berkurun x mkn ketam..terliur plak tgk gamba tu~ ;p

    ReplyDelete
  18. @WuMing

    uih mengidam ka.
    pergi restoran pesan lauk ketam okey.
    hihihi

    ReplyDelete
  19. saya tak makan ketam. allergik. jangan lah tunang mintak masak kan ketam~

    ReplyDelete
  20. @dhiera

    takpe.
    belanje dia dekat restoran saje.
    mudah dan senang.
    hihihi

    ReplyDelete
  21. hOhO chaiyok2 ek masak ketam kalau ade lebey, anta kat naz ckt. hehe ;)

    ReplyDelete
  22. heee..ira suka ketam msk lemak cili api..;p

    tp xreti bsuh n bersihkan ketam juga..heee ;p

    ira rs hajat akram tercapai..hehehe

    ReplyDelete

What says U?