Friday, January 6, 2012

Nak bercuti pon banyak halangan.

                                   

entry agak panjang.
kalau ikhlas bacalah sampai abes. cewahhh.

ini adalah cerita tahun lepas. ecewah poyo gila nak cakap tahun lepas padahal baru 6 hari masuk 2012. boleh je cakap cerita 2 minggu lepas ke kan. eh yang beria sangat nak explain ni dah kenapa =_____=


okey ini cerita masa aku nak balik untuk cuti seminggu daripada cuti Krismas sampai lah cuti tahun baru.
hari Jumaat, 23/12/11 hari last day aku kerja untuk tahun tuh semua officemate aku wish "Selamat bercuti. Jumpa lagi tahun depan". macamkan aku ni bercuti 6 bulan gamaknya.


so disebabkan parents aku nak bawak adik bongsu aku jalan2 Melaka sebab dapat 5A UPSR so aku pon turun Melaka tak turun Kota Tinggi.
baru dapat UPSR 5A dah bawak jalan jauh2. nanti SPM dapat 10A entah2 mak aku bagi kereta satu.
ini yang mendatangkan kejelesan.
hari tuh nak naik sekolah asrama dia punya preparation fuhhh mantop.
mentang anak bongsu.


aku dengan kakak aku dengan ayat pasrah "dulu time kite takde pon kan. baju semua lama. duit pon sikit je. tak macam Anis. tsk tsk"

dan ayat mak aku "alah anak bongsu. takpelah lebih sikit"

Ini memang tidak Adil. hahahahahaha !





okey cukop gelak.
yang nak cerita bukan tuh.
nak cerita pasal perjalanan aku balik Melaka.
dah la time tuh aku bergaduh dengan Akram. memang suwey betul.


plan nak bangun awal pagi Sabtu tuh. so kunci jam pukul 6.30am.
tetiba henpon aku tak bunyik sebab tahap kebangangan dia yang amat tinggi. pukul 7.30am baru aku sedar.
siap2 semua pukul 9 kot baru keluar rumah pergi TBS.


sampai sana carik tiket bas.
sebab dah biasa naik Transnasional beli lah tiket dia.
dapat tiket pukul 11.30am. lambat lagi so lepak2 dulu.
agak2 dah pukul 11 aku turun bawah tempat tunggu bas.
time tuh ada satu budak kecik area umur 7 ke 8 tahun camtuh tengah nangis dekat mak dia sebab kakak dia tak bagi main henpon.
sangat memekak okey dah la betul2 sebelah aku.
mak dia pulak boleh selamba biarkan.
kalau aku yang jadi budak tuh memang dah lama kene cepuk dengan mak aku.
jangan main2.


mungkin sebab terleka tengok gelagat budak tuh yang menjengkelkan tengok2 jam dah pukul 11.35am.
ah sudah apesal bas aku tak sampai2.
tanya pakcik jaga bas dia cakap bas dah jalan.
aku cakap takde buat annoucement pon.
ade sorang brader tuh cakap dah buat dua kali dah. lepas tuh cakap aku yang tak dengar. sialan.
padahal annoucement pon ade macam takde. cakap tak jelas. entah pape je.




aku memang malas nak bergaduh so dengan muka bengang terus naik atas cari tiket lain.
nama nak naik Transnasional lagi memang tak lah !
aku beli bas Melur kot kalau tak silap.
naseb baik balik Melaka seploh hinggit je.
kalau tiga ploh hinggit terus cancel aku cuti.


kalau korang nak tahu Transnasional ade kaunter tiket sendiri. motif aku tataw.
tapi tiket dia yang biasa takde print nama korang.


kaunter sdn. bhd. Transnasional.




so kalau nak selamat baik beli tiket yang kat kaunter depan tuh yang akan mintak IC korang and print nama korang atas tiket.
kalau korang tak naik bas lagi depa akan buat annoucement panggil nama korang beberapa kali.


bas2 lain banyak yang guna kaunter depan.
senang. tak payah beratur ikot jenis bas. nanti sampai depan kau boleh pilih bas ape yang kau nak naik.

contoh tiket yang print nama korang. aku pinjam google.



okey itu satu masalah.
actually aku dah lama jugak berapi dengan Transnasional ni.
dah banyak jugak service dia yang macam bangang.
takpe itu nanti punya hal.


dah beli tiket baru, naik bas pukul 12.15. lega sikit.
tetibaaaaaaaa keluar je tol subgai besi hambikkkkkkkk kau.
JAM GILAAAAAAAAAAAAA !
bayangkan je lah nak ke Nilai pon dah dekat sejam lebih.
padahal bape minit je pon.


and the best part was aku duduk dalam bas hanya nak pergi Melaka selama 5 JAM !
padahal pergi Melaka baru 2 JAM !
sumpah lepas ni takkan aku balik sehari before perayaan.
serik.










tapi kalau Akram yang hantar 10 jam pon sanggup.
kahhh kahhh dasar gatal.

okbai.


                                       

26 comments:

  1. Ahakx, bertuah adik sis tu..ngeee...wahh, seronok bercuti!!! Ena pula nk habis cuti.. biaselah tu, halangan time bercuti ni selalu kene kt org yg nk bercuti....

    ReplyDelete
  2. @♥Lady Ainaa♥

    tahu takpe.
    apelah naseb.
    takpe benda dah lepas.
    hihi

    ReplyDelete
  3. hahahaha..gatai nohhh ;p

    ohh, ada ke tiket bas printed nama kita? baru tau

    ReplyDelete
  4. @mary ann ;)

    aah.
    kalau naik kat tbs boleh lah tengok.
    hihihi

    ReplyDelete
  5. tak pernah pun beli tiket yg ade mntak ic..hiihih, tapi bagus gak kan..

    ReplyDelete
  6. @Ct Aja

    hehe tulah.
    bagusnya dorang akan panggil nama.
    hihihi

    ReplyDelete
  7. sy benci transnasional.. lembap.. tp nk buat mcm mn, konter dia plg dkt sbb ada kt petronas.. demit..

    ReplyDelete
  8. @mizzkechique

    sy pon start benci dengan itu bas.
    haha !

    ReplyDelete
  9. aku phm prsn jeles ko tu haha tp dlm kes aku, adik aku yg jeles ngan aku time skolah2 dulu haha

    pergh g melak smpi 5 jam..aku pnah rasa hahaha

    ReplyDelete
  10. @Jue

    apehal pulak adik kau yang jeles dengan kau ni?
    hahaha.

    ReplyDelete
  11. Salam Wana...

    Sis rasa sis kenal brader yang buat anoouncement tu... Ada ke masa Sis tunggu bas (Transnasional jugak!), dia boleh mengayat girl yang duduk belakang sis!~ Siap minta no HP, ok!~ Opsss!~ Tergosip pula ya... Haha!~

    ReplyDelete
  12. oh.aku tak pernah jeles ngan adik aku.sebab aku anak sulung. masa tu nak ape sume dpt. so bila parent aku manjakan adik aku. aku wat do no je.

    pasni ko balik la 2 hari sebelun perayaan. 5 jam tu dah bole sampai penang. hahahahaha.

    ReplyDelete
  13. bertuahnye adik..tahniah adik dapat 5A...

    pergh..betui ka tiket tu??cantiknyer...tak pernha tengok..:)

    p/s :: hehe...mmg makanan mereka mewah..:)

    ReplyDelete
  14. wah, adik die dapat 5A. tahniah kepada beliau. :)

    ReplyDelete
  15. tula wana asyik tgk budak tecit nangis tu yg smpi x sedar ada announcement.


    xpa. akak pon xmo naik transnasional dah. haha. mcmlah akak naik bas kan.


    ecececeyyy..paham sgt. kalau dh dgn boyplen tu jem 48 jam pon x ngape kan. hakhak

    ReplyDelete
  16. huhu..
    ikhlas ckp saye mmg xsuke trans..
    xsuke oooo xsuke..
    sekian..

    ReplyDelete
  17. mmg kagum betul dgn stesen bas sekarang ....

    ReplyDelete
  18. @SiS NaD

    yeke? cisss poyo gila abang tuh.
    kerekkk.
    ish tension betul. huhuhu

    ReplyDelete
  19. @Hanie_Dew

    bukan setakat penang.
    dah boleh sampai Kota Tinggi jugak.
    kekekeke

    ReplyDelete
  20. @starzieti

    kakak dia cakap terima kasih bagi pihak adik dia.
    hahahahaha

    ReplyDelete
  21. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

    opcos lah kak.
    before kawen lah nak gedik pon.
    kekekekeke

    ReplyDelete
  22. @Ezy Chiaki

    okey ramai rupanya yang tak suka trans.
    baguss !
    hahahahaha

    ReplyDelete
  23. fuhh wana...mmg lama gileeeee...;p..heee mgkin sbb bdk tu bising kot buat wana xprasan driver tu pnggil..ira ms study kat mlaka aritu ( kan br abis..hee ) nk blk melaka je naik bas trans..nk blk selangor..x..huuu..naik trans sbb leh beli on9..ira kalo blk slgr xturun tbs..turun serdang..tu y pyh nak beli tiket..

    ira xsuka seat trans..keras...kkkl n myang sari lagi sedapp...dah la 3 seat je..luassss..transss..jgn harap!

    ReplyDelete
  24. best ye tiket siap ada nama~ servis yg kaunter depan ni lagi tiptop la~

    gadu je dekat pengurusan tansnasional yunk~

    ReplyDelete

What says U?