Hari ni tak sempat nak Monday Blues.
Ape tak nya masuk kerja pon lambat setengah jam.
Naseb opis aku takde punch card.
Bos pon okey. Aku suruh opismate aku cakap dengan bos jalan jem macam haram.
Bila dah masuk lambat tu tak sempat lah nak berangan-rangan ade boipren hensem macam Rahmat Mega (cecececewah sempat!).
Terus kene buat keje. Terus berpinar mata tengok drawing kat pc.
Tapi yang bestnya tengok2 jam je eh dah dekat pukul 1.00 yeay masa buncitkan perot. Ulala.
Akram punya passport.
Sabtu lepas teman Akram buat passport kat Imegresen kat Pudu Central.
Reason buat kat situ sebab kat situ bukak sampai malam.
Akram kan kerja 7 hari seminggu. Kalau weekend balik kerja dah petang.
So nak tanak memang kene pegi situ jugak lah.
Aku pon baru tau ni ada imegresen yang bukak sampai malam.
Before teman dia tu sebenarnya kitorang berperang.
Akram tu lah membebel kat aku hari Selasa lepas masa aku tengah drive.
Dia malas nak drive pastu bila aku drive dia dok komen2 ha memang nak kene lah.
Terus sentap tak layan dia seminggu.
Aku kalau memang salah aku pon aku buat bodoh je ape tah lagi kalau bukan salah aku.
Memang tak aku nak roger2 beliau.
Yesss aku ni hati keras sikit. HAHA!
Pastu Akram pulak emosi sebab jeles tengok aku bergiat aktif dalam stegeram (search : syazwana_jamal. Sempat ajeww) and fesbuk.
Menyampah sangat.
Tak paham aku.
Muke aku ni kalau tahap2 Hamis Jalikha tu boleh la nak jeles aku komen2 kat stegeram dengan lelaki lain.
Ni muke jawe asli kot.
Takde orang nak pandang la Akram oi.
Suke buat aku ferasan diva ala-ala Lisa Surihani kan.
Cewahhh. :P
Pastu aku cakap la aku boring. Dia bukan nak layan aku 24 jam (hamboi kemain lagik kau kan. Drama sangat !).
Tapi at least bukan aku keluar deting dengan orang lain pon.
Kalau aku dating dengan orang lain baru lah lain cerita.
Last2 Sabtu tu Akram call aku ajak pergi buat passport.
Aku malas nak layan dia.
Tetiba dah ada kat parking bawah rumah.
Dalam hati aku memang la suke tapi wat rilek je sudah la kan. Harap2 Akram tak bace lah ni. Wakakakka.
So Sabtu tu dekat 5 jam kitorang tunggu kat imegresen tu.
Sampai dalam pukul 4.40pm camtu.
Nombor baru 1410. Nombor Akram 1503.
Pasrah.
Dan Akram mengambil langkah selamat dengan bawak aku pergi food court dulu.
Takut aku amukan lapar lettew.
Tapi naseb baik aku tak berapa lapar sangat.
Tapi food court kat Pudu Central jauh gile kot.
Sangat tak convenience.
Dah la direction macam entah pape.
Rupanya food court tu kat blok lain.
Memang patot kitorang pergi tak ramai makan sana. Jauh sangat nak menapak.
Memang ramai giler orang Sabtu hari tu.
Dah habes cuti sekolah pon berduyun-duyun orang buat passport lagi.
Siap ada yang rilek je duduk bersila kat lantai main kad sementara tunggu nombor giliran.
Sempat aku habeskan layan fear factor Malaysia, Maharajalawak Mega, video2 lagu kat youtube sementara tunggu tu.
Dekat pukul 9.30 malam baru settle semua.
Dan terpaksa membayar parking bernilai RM13.00.
Yang bongoknya masa dah bayar kat autopay tu Akram suruh aku pegang kad parking tu.
Pastu kitorang masuk kereta.
Time tu aku pegang majalah Remaja atas riba.
Tetibe bila dah sampai kat palang nak keluar parking tu aku gelabah sebab carik kad paking tak jumpe.
Siap geledah satu beg carik tak jumpe.
Dah la dah sampai betol2 kat palang nak keluar tu.
Member kat sebelah dah geram je sebab baru beberapa minit boleh lupe.
Kekekeke.
Rupanya atas riba aku bawah majalah remaja.
Ada abang dua orang jaga palang parking dah gelak2 je.
Terasa sangat bangang pulak.
Dah teruk sangat dah tahap pelupa aku ni.
Sabtu ni sampai Khamis depan Akram bercuti dengan kawan2 dia kat Jakarta dengan Bandung.
Kawan2 dia naik Air Asia beli tiket setahun awal so dapat harga murah masa tengah offer.
Yang Akram ni sebab dia kerja ngan MAS bila2 pon dia boleh beli lah sebab dapat harga staff.
Menyampah aku.
Siap lagi cakap dengan aku "Pergi lah usha harga Air Asia berapa. Jumpe kat Jakarta eh"
Fine. Takpe.
Sementara bujang ni gasak kau lah sana. Ewahh.
Pastu semalam dia ajak pergi tengok wayang cerita Minyak Dagu.
Kemain beria lagi.
Aku tanya kenapa. Sebab nak tengok betul tak macam yang orang cerita2 pasa minyak dagu tu.
Tapi aku cakap tanak sebab aku nak tengok AJL.
Mampu tak nak pergi tengok wayang sebab nak tengok AJL?
HAHA !
Tapi aku frust la sebab lagu Black tak menang.
Naseb baik menang persembahan terbaik.
Masa time lagu anak kampung punya persembahan tu aku dah terkekek-kekek ketawa.
Serius mengimbau kenangan zaman2 kegemilangan Noraniza Idris naik pentas bawak rombongan Cik Kiah.
Tapi zaman tu boleh la menang persembahan terbaik.
Zaman sekarang orang nak yang simple yet crative.
Tak silap aku tahun lepas juri pilih Alyah persembahan terbaik jugak.
Simple je Alyah tem tu. Pusing2 jugak tapi ala-ala barbie doll dalam music box.
Kalau ikot citarasa aku, aku nak tiga lagu yang menang Teman Pengganti, Pelangi Senja and Terukir di bintang.
Bagi aku lirik lagu Teman Pengganti tu puitis jugak. Tapi juri lagi paham KOT.
Terukir di bintang tu aku pilih sebab Aizat yang nyanyi.
Aku memang minat Aizat sebab lagu2 dia best !
Kalau Yuna yang nyanyi aku tukar ke lagu Amy Search sebab aku suka dia. Hehe.
Tapi sayang sangat lagu Pelangi Senja tu best tapi Stacy nampak macam tak fit nak bawak lagu tu.
Masa turn Stacy nak nyanyi lagu tu News Feed aku penuh cakap takut nak dengar Stacy nyanyi live.
Sebab dah banyak kali tengok dia buat persembahan bawak lagu tu termengah-mengah.
Terus rasa nak berak lepas dengar lagu tu.
Hafiz memang aku suka suara dia. Lunak.
Even dia cakap biasa pon aku suka dengar.
Apatah lagi kalau nyanyi.
Sebab tu Datuk CT pon berduet dengan dia.
Dan yang paling best of coz persembahan akhir oleh rokers2 hebat !
Lagi2 ada Rahmat Mega. Auwwwwwwwwwwwww hensem gila ok.
Cair.
Mandai2 Akram je Awang BPR. Joey BPR lah. Pirahhhhhhhhhh. Awang tu yang sebelah kanan Joey tu ha. Terima kasih google sebab tolong saya.
Walaubagaimanapon (amboi ayat) tidak la ku kesah siapa pon yang menang kerana tidak lah pula ku dapat duit royalti kerana menonton AJL.
Jadi jangan nak emosi sangat lah.
Btw ape benda paling best untuk aku pow Akram masa dia pergi Bandung eh?
Jangan jawab air sirap bandung.
Aku sepak kang.
Sila takut.
Okbai.
awang? hahaha
ReplyDeletedatang mana pulak awang tu? bwahaha
Joey tu tak bape pemes sgt :p
hahaha xmo majuk lelama ye sis.. ngeeeee... ahakx.. ena tak tngok pun AJL aritu.. huaaaaaaaaa sedih2
ReplyDeletebyk citer dlm 1 entry..hihi.
ReplyDeletexbaik tauuuuuu...hahaha..part yg post kt fb tu best, pastu akram komen.. beria dia nk kurus
ReplyDeleteYou are tagged! Komen bnyk bnyk tau, :). Love you ! http://meanwhileinparalleluniverse.blogspot.com/2012/12/new-year-giveaway-by-sheera-aya.html. Mohon komen bnyk bnyk sikit k :)
ReplyDelete