Aku sebenarnya memang dah banyak kali makan kat Bagan Lalang ni.
Adelah dekat 10 kali camtu kot. Ke lebih aku pon tak ingat.
Tapi pernah review sekali je masa makan kat Senandung Malam tahun lepas.
Makan kat sini best sebab seafood dia memang fresh.
Kedai melambak ko pilih je nak makan kat kedai yang mana.
Harga InshaAllah boleh tahan berpatutan lagi.
Sabtu hari tu aku pergi servis kereta kat Perodua Nilai.
Appointment pukul 2.30pm.
Sepatotnya Akram cakap dia nak teman kan aku.
Tapi disebabkan malam sebelumnya dia carik pasal dengan aku, satu call die pon aku tak angkat.
Daripada pukul 8 pagi bawak ke 4 petang adelah dalam 30 miskol camtu.
Semua aku boo layan.
Aku ingatkan dah aku tak layan call dia, dia datang je lah kat Pusat Servis tu.
Ni nan hado.
Penat je aku feeling2 aku sampai sana pukul 2.30 dia dah tunggu kat sana.
Puihhhhhh.
Sampai ke sudah pukul 5pm aku sensorang.
Dan aku ingat dia kerja Sabtu tu. OT kan.
Rupanya syok membute kat rumah.
Mane lah aku tak geram.
Padehal aku sendiri yang tak angkat call dia kan.
Tapi aku pedulik hape. Aku nak emosi jugak.
Tau lah demam. Tapi demam2 pon hisap rokok jugak.
Tampa kang kecik hati. =__=
Pukul 6pm aku call suruh dia turun.
Turun2 aku terus cakap "Kate nak datang sana!"
Pastu terus nanges. Hahahaaha!
Cengeng tahap bangang.
Yang Akram pulak "Nape tak angkat call?"
"Dah makan belum ni?"
"Jangan lah nangis"
"Ok2 jom kite pegi makan eh"
Makin dia cakap makin kuat aku nangis.
Dah la jem gila mase otw nak datang.
Pastu dari pagi tak makan pape.
Servis kereta lama gile 2 jam lebih.
Wuwuuuuuuu.
Dekat 2 jam jugak lah aku nanges.
Gigih sangat. Akram cakap "Boleh tahan lagi tak lapar?"
Okey kompem nak bawak makan jauh sikit. Terus senyummmmmmmmmm. Kuikui.
Tengok jalan okey kompem Bagan Lalang. Yeay!
Sampai sana fuhhhhhhh ramai gile orang.
Baru teringat dah start cuti sekolah.
Siap ade yang camping tepi pantai buat BBQ. Syok gilerr.
Semua kedai makan parking penuh.
Last2 stop kat Wak Lan. Penuh jugak. Parking tepi2 jalan je.
Mase sampai orang tu suruh pilih meja dulu. Biasanya kitorang datang boleh pilih seafood rilek2 je baru pilih meja nak duduk. Kali ni jangan mimpi. Penuh gile sampai ade table yang reserved. Naseb dapat jugak table kosong.
Dah ade meja barulah boleh pilih seafood dengan tenang.
Tengah sibuk pilih2 seafood tetibe Mat Salleh semua ni datang nak pilih seafood jugak. Siap tanya Akram ikan mane yang best. Dorang semua dari Polland. Datang Malaysia supply barang mende entah.
Yang Akram ni pon layankan aje. Siap cakap dengan aku "Ish ade ke tanya acik, mane lah acik tau" Ewahhh kemain lagi tak tau ye. Kalau dengan aku tu gebang kemain semua pon tau. Huh. Yang paling kiri tu ala-ala tour guide yang bawak Mat Salleh tu. Dia tu pon tak tau sangat. Siap suruh Akram suggest ikan ni nak masak ape. Ketam nak masak ape. Udang masak ape. Huhu.
Hamekkk memang ramai gile orang. Berader baju biru tu entah dah berapa kali dok angkut sotong. Sotong dia mak aihh besar2 lengan aku pon ade. Aku kalau seafood besar2 sangat ni aku jadi geli nak makan. hahaha! So kite amik yang sedang2 saje.
Dah siap order makanan ayuh lah kite bertenang-tenang dulu sambil minum air. Air kelapa untuk Akram. Air laici untuk aku.
Tapi seyes memang lame gile nak tunggu makanan sampai.
Adelah dekat sejam kitorang tunggu.
Naseb baik perut aku behave.
Kalau tak mesti saka lapar dah amukan.
Tak pasal drama minggu ini kat Restoran Wak Lan. Hahahaha.
Ikan Pari bakar sampai dulu. Aku rasa before ni aku makan kat sini dorang serve sekali harung. Kali ni hantar satu2 dish. Maybe sebab ramai orang kan. So mane yang dah siap dia hantar dulu.
Ketam masak sambal. Memula request ketam masak sambal dengan telur masin tu. Takde pulak. Aku ketam ni memang malas lah nak makan. Mengharap Akram kopek dan letak atas pinggan aku je. Naseb member dah paham kan. Senang kerja. Hehehehe.
Tomyam Ayam.
Tomyam sampai je aku dah tak kosser nak tunggu.
Lapo wehh. Cannot tahan lagi.
Walaupon sotong goreng tepung tak sampai lagi.
Dah tak pedulik dah.
Yang sotong tu pon satu hal.
Nasi aku dah nak habes baru lah nak sampai.
Itu pon lepas panggil berader tu tolong tengokkan sotong tak sampai lagi.
Tapi sotong kurang kick lah malam tu. Tak garing sangat. Lepas tu hantar sotong macam tu je. Selalu ade lah jugak dia bagi sos sekali. Naseb baik pencicah kicap untuk pari bakar tu sedap. Boleh lah dari takde kan.
Akram siap mintak nasi tambah.
Yang aku ni mintak pencicah kicap tambah berejam nak hantar.
Lama gile dekat 20 minit tunggu.
Akram tengok aku macam nak emosi je terus dia bangun pergi kat depan konon nak amik sendiri.
Sekali benda tu kat belakang. Nanti orang tu hantarkan.
Harammmmmmmmm tak hantar jugak.
Nak kene panggil dua kali baru nak hantar.
Aku kalau lauk sampai lambat boleh tahan lagi.
Ni mintak pencicah pon lambat ape hal.
Dan makanan malam ni semua kureng sedap.
Dulu pernah jugak makan kat Wak Lan ni. Sedap!
Setakat aku makan kat Bagan Lalang ni, ni lah first time makanan kurang sedap.
Tomyam macam tak rasa sangat.
Ikan Bakar je lah yang ok.
Ketam pon tak sedap sangat.
Bagi aku, orang ramai macam mana pon kualiti makanan kene lah jaga kan.
Ni orang sikit baru nak masak sedap.
Orang ramai sikit dah kelaut.
Dah nama kedai makan mesti lah expect orang ramai datang. Ye idokk?
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Licin tatappppppppp licin. HAHAHHAHAHAHA!
Nampak tak meja yang paling kiri sekali tu sederet panjang. Dorang tengah celebrate besday. So nyanyi lah lagu hepy besday. Mat Salleh empat orang tadi duduk belakang meja aku. By the time group tu habes nyanyi lagu besday Mat-mat Salleh tu sambung nyanyi lagu besday jugak. Kemain kuat lagi. Itu takpe lagi.
Nampak tu sorang Mat Salleh tu. Tetibe dia bangun pergi kat group tu nak amik gambar ngan dorang. Hahaahahha. Selamber dia je. Yang group tu pon layankan aje. Siap pelawa makan kek lagi. Tu yang terus duduk tu. Kawan2 dia lepak kat meja sendiri lagi.
By the time kawan2 dia nak balik, dengan kawan2 dia sekali join duduk. Pakcik yang diselebrate besdaynya itu aku tengok pandai pulak layankan mat salleh tu bercakap. Siap masa aku nak balik tu dorang dok nyanyi lagu besday lagi sekali. Siap berdiri-berdiri tepuk tangan lagi. Kemain.
Total makan malam ni RM60.
Balik tu lalu jalan yang tembus Banting.
So kitorang jalan lah area Pantai Morib tu.
Akram beli jeruk.
Memula aku cakap dengan Akram "Orang batuk tak boleh makan"
Cewahhh eksen kan.
Sekali aku makan pehhhhhhhh terus sesak dada.
Tak sangka pulak jeruk tu kemain lagi dia punya perasa tu kuat giler.
Memang dah macam orang nazak dah aku.
Sampai susah gila nak nafas.
Yang akram tolong tepuk2 belakang tapi sempat lagi nak gelak "Tadi cakap orang batuk tak boleh makan. Orang takde pape dia pulak yang kene"
Cissssssssss.
Nampak nya aku memang tak boleh makan jeruk lain selain dari jeruk Pak Ali.
Jeruk Pak Ali sebesen pon aku boleh abeskan.
Sebab perasa dia tak kuat sangat.
Fuhhhhhhhhh fobia terus.
okbai.
Hello, every time i used to check webpage posts here in the early hours
ReplyDeletein the dawn, as i like to gain knowledge of more and more.
My site :: webcams
mata kau nampak sangat merah dek banjir air mata weh . haha .
ReplyDeleteHai Wana! Lama tak singgah sini.. Baru balik dari berkursus.. Hehehe..
ReplyDeleteseronok berdating lepas sama2 merajuk jual mahal.kih3 :D
ReplyDeleteamboiiiii makan berdua,macam makan satu family. tapi tetap habisss..kih3~
menarik..yui suka tmpt mkn cmni...
ReplyDeletesedapnyaaaaaaaaaaaa!hee
ReplyDeletearitu ira gi ikut bdk gi kem kat bagan lalang beach resort tp xmkn plak seafood hahaha adoyai rugi :P
Comei la adek nie .... Mesti manja gilerrr .....
ReplyDelete