Nampak tak dah seminggu baru nak apdet. Hahaha!
Sebenarnya aku paling malas nak transfer gambar.
PC aku ni bangang. Tak boleh nak read memory henpon.
Macam nak baling je kat jamban sebelah tu.
Sudahnye aku upload kat fb pastu download balik. -__-
Minggu lepas masa match JDT Pahang kat Pahang cancel Akram dah cakap siap2 dengan aku kalau lawan kat Bukit Jalil die nak tengok.
Sejak2 JDT ditubuhkan ni baru lah kitorang berminat sikit nak pergi tengok bola.
Cube kalau dulu? Mengharapkan team Johor tu adoiii sampai ke sudah asyik lah nak kalah.
Pergi Stadium nak tengok kekalahan buat ape kan. Kahhkahh.
Konghajo betol takde semangat kesukanan.
Mase FAM umumkan match buat kat Bukit Jalil aku dah cakap dengan Akram dah tiket start jual Jumaat pagi.
Tapi Akram cakap dalam berita cakap jual Sabtu pagi.
Aku malas la nak cakap ebih2.
Sekali betul memang jual Jumaat pagi.
Akram dah bersedih. Haha! Itu pon nak sedih.
Dia cakap takpe Sabtu pagi tu try je pegi usha tiket. Kalau ade rezeki kalau takde nak buek camno kan.
Akram dah la keje Jumaat malam tu. Gigih jugak nak pergi Sabtu pagi tu. Sukati ko lah der.
Sekali kitorang pergi sabtu pagi tu area pukul 10 pagi ek elehh sebuku lagi tiket belum jual.
Pastu takde orang beratur pon. Bagus senang keje.
Beli tiket tak sampai 5 minit pon.
Panas giler hari tu. Dah la aku pakai baju hitam. Memang berlendir je celah ketiak.
Kedai2 jual baju pon dah banyak jugak yang bukak. Aku memang nak usha satu jersi JDT ni. Of cross kaler pink. Aku tak tau lah entah sejak bile aku terjatuh cinta dengan kaler pink.
Tiket kitorang dua je. Yang lain tu semua kawan Akram kirim. Satu tiket Rm15.
Ape-ape pon kite minum dulu. Tak larat dah dengan panas nye. Dengan berpeluhnya. Dengan tak makan apenye dari pagi.
Lepas minum kitorang pergi usha kedai2 yang jual jersi.
Aku memang berniat nak beli jersi.
Aku dah cakap dengan Akram dah.
Tapi orang tue tu memang suke amik mudah.
Aku ni memang tak suke nak pilih2 ni. Aku ikot genetik bapak aku.
Masuk kedai tanye harga. Pastu pilih kedai paling murah. Terus beli.
Akram ni dah la masuk setiap kedai tanye harga.
Pastu tawar dah.
Pastu keluar balik.
Sampai kitorang dah pergi kedai yang sama sampai tige kali.
Tu pon tak beli2 jugak.
Pastu dia terus ajak balik.
Pehhhhhhhhhh berasap aku. Terus amukan. HAHAHA!
Aku cakap aku nak beli jersi.
Dia boleh cakap "Lah diam je tadi ingat tanak beli"
Dah aku nak beli macam mane kalau masuk setiap kedai ko tu semua tak berkenan.
-____-
Aku terus lah tarik muke.
Akram siap dah start kereta dah malas nak layan aku.
Tetibe die drive depan sikit berhenti terus ajak aku keluar. HAHAHA!
Takut lettew tetibe mem besar cancel petang nanti nak tengok bola.
Pastu die dah tengok aku beli satu die pon nak beli jugak. Ehhhhhhhhh besar kecik besar kecik je aku perati dia ni. Memula tadi tanak beli.
Siap fitting bagai. Ehhhhhhhhhh die ni. HAHA! Akram ni jenis tak suke nak pakai jersi. So dia amik baju tshirt berkolar biasa. Tapi cool lah baju ni. Pakai L tak muat. Terpaksa amik XL. Naseb baik ade stok lagi. Memang lelaki sekarang banyak yang dah gemuk. Eh? Kakakaka.
Dalam pukul 12 camtu kitorang balik dulu.
Tak larat nak tunggu sampai ke petang.
Naseb baik jugak game tangguh ke malam.
Kalau game start pukul 4 lebih aku tak tau macam mana gayanya.
Memang berjejes lah peluh.
Kompem bau paing dalam stadium. Hahaha!
Pukul 4 lebih kitorang gerak pergi stadium.
Aku terpaksa bawak sekali Encik Harimau Putih untuk bagi effect comel. Mane tau kot2 malam tu keadaan tak dapat diakwal kan. At least orang tak sampai hati nak pukul aku sebab comel sangat. Wakakaka.
Otw pergi stadium. Jadi blogger ni mesti kene pandai buat duckface *tampar diri sendiri* Haha!
Kitorang sampai dalam pukul 5 lebih camtu.
Selalunya kalau nak jalan KL akram suka bawak kereta aku. Kereta aku kan auto.
Tapi hari tu terpaksa bawak WWE. Sebab dia takot kereta aku kene pape. Dah la pakai plat Johor. Sticker JDT memenuhi cermin kereta. HAHA! Mengundang je.
Sampai Stadium dah neves dah sebab parking bahagian depan semua penuh kuning je.
Jalan sikit belakang kat Parking C fuhhhhhhhhh lega sebab nampak jersi biru.
Maka membelok la kami ke Parking C.
Bayar parking Rm2.00
Hello Bukit Jalil. Second time aku tengok match JDT. Dulu sekali mase lawan Selangor pastu kalah tu. Kakakaka.
Time ni dah ramai dah orang. Entah pukul berapa agaknye dorang sampai. Semua pon bersantai-santai dulu sementara tunggu gate bukak. Kat sini semua team JDT je. Sebab dekat dengan parking C.
Mase tengah tunggu2 kawan Akram yang lain sampai tetibe Akram cakap "Eh tu bukan budak satu batch ke?"
Sekali aku tengok eh aah la. HAHAHA!
Akram memang cekap mengenal pasti kawan2 kami.
Maklum lah aku ni sebenarnya rabun tahap dewa tapi pemalas punye orang nak pakai spek.
Nak pakai contact lense memang haram jadah tak pandai pegang mata.
Jadi rela aku menjadi orang buta.
Sebelah kiri tu kawan satu batch aku. Tapi aku lupe aku pernah ke tak satu kelas dengan dia. Pernah kot sekali mase Form 4. Lupe lah. Dah bape puluh tahun tinggalkan sekolah. HAHA! Kitorang selalu kenekan si Helmi ni sebab dia comel sangat. Kakaka.
Sebelah kanan Akram tu semua kazen dia. Tak silap aku dorang semua gerak dari Johor kot. Giler kan? Haha! Memang semangat kesukanan tinggi betol. Tapi kitorang tak duduk same pon. Duduk dengan sorang je kazen dia. Tapi takde dalam gambar sebab lambat.
Tengah2 tu kawan Akram, Apai, satu batch dengan dia zaman sekolah. Kire senior aku lah dulu. Paling pailang dulu kat sekolah dia ni. Satu geng la dengan Akram. Sekali dah kawen insap dah. Kakaka. Sebelah Apai paling kiri tu kawan die. Apai cakap die kenal mamat ni mase JDT lawan Pahang kat Larkin. Die tengok kat Mamak. Tumpang duduk kat meja mamat tu. Sekali terus kawan. Kire baru seminggu je lah berkawan. Senang gile jadik lelaki ni eh.
Aku cakap dengan Akram apesal lelaki ni senang sangat nak berkawan.
Kalau perempuan macam susah je.
Tak tau nak berbual pasal ape.
Tau Akram jawab ape?
"Tanye lah dia pakai bra size ape?"
Mula lah tu dah start nak merepek. Malas nak layan.
Gambar ni aku yang beria suruh dorang berkumpul amik gambar ramai2. Baru meriah kate koo. Budak2 yang ramai2 tu semua anak sedare Apai.
Ehem gambar berdua tidak ketinggalan. Sebenarnya kan aku dah pakai dah seluar kaler pink betol2 same kaler dengan Jersi. Tetibe terpikir macam bangang giler semua nak pink. Akram cakap badut kalau nampak aku pon boleh lari. Konghajo betol. Terpaksa aku pakai jeans. Ish memang nak kene carik lah seluar kaler hitam. Senang match dengan semua. Dulu ade sehelai dah koyak tak terbeli lagi. Haha!
Disebabkan aku sorang je perempuan di kalangan dorang makanya aku bosan gile. Terpaksa bersantai-santai sambil mengambil gambar orang2 sekeliling. Nak tunggu masuk stadium peh lame giler. Pastu lapar pulak tu (padehal tengah hari dah makan nasik). Terus ajak Akram naik bahagian atas sikit tempat gerai banyak2 tu carik makanan.
Naik2 atas pehhhhhhhhhhhhhhh ramai giler manusia. Bertambah cuak bila tengok kuninggggggggggggg je semua. Terus otak pon jadik kuning. Eh? Hahahaha! Tapi seyes lah dah macam final dah. Memang ramai giler orang.
Ramai giler kan manusia?
Fuhhhhhhhhhhhhhh.
Naseb aku ni bukan jenis yang alah manusia2 ramai ni.
Boleh laaaaaaaaaaa.
Perasan tak tangan harimau sebelah kiri tu. Aku nak amik gambar penuh sekali terhalang pulak. Pakcik tu memang mendukung anak patung harimau besar giler sepanjang-panjang die jalan. Style lah pakcik.
Dalam pukul 7 kitorang gerak masuk stadium.
Akram cakap jangan bawak air ke makanan ke masuk nanti kene rampas.
Eleh sekali mase nak masuk tu beg aku takde orang check langsung.
Cisss.
Tapi kali ni dorang cek tiket betul2 lah.
Siap pakai laser lagi nak tengok tiket tu ori ke tak.
Masuk2 tengah2 carik tempat duduk tetibe aku terperasan eh macam kenal.
Sekali si Yana kawan blogger. HAHA!
Yana lah pandang2 aku dulu. Aku kan rabun.
Sekali aku tengok eh terus jerit2 kat situ. Kahhkahh.
Ni la Yana yang comel. Penyokong tegar JDT. Selalu tengok die post gambar nak pergi tengok JDT lawan. Kitorang dah lama kawan kat fb tapi tak pernah jumpe. Tak sangka dalam berpuluh ribu penyokong dalam stadium tu kitorang boleh terjumpe. HAHA! Jadi bergambar itu haruslah. Hihi.
Dah sibuk sangat bergambar dengan Yana tetibe toleh belakang Akram dah hilang.
Wakakaka.
Terus bye bye kat Yana sebab gelabah.
Sekali naik atas Akram tengah turun bawah balik carik aku.
Yang lain dah menganjing2 aku cakap aku nanges sebab hilang.
Dorang tak tau aku bergelak sakan dengan Yana kat dalam.
Kahhkahh.
Memula memang nak duduk area tempat Yana tu. Memang strategik. Tapi full.
So kene carik tempat lain.
Kitorang duduk area sini. Okey lah daripada masa lawan Selangor dulu. Satu haram aku nak nampak ape even dah pakai spek mata.
Nampak tak yang tengah jalan tu. Style gilew woahhh. Macam Ninja. Haha! Smart! Ah kak suke.
Lautan Merah Biru :)
Nampak tak benda2 putih atas track tu. Mase kat luar stadium aku dok pelik amende dorang jual mende putih2 ni. Dok jerit resit resit. Owh rupanya after lagu Johor dorang baling resit tu. Akram cakap ala-ala macam kat oversea lah. Ohhhhhhhh. Style style.
Okey game dah start. Tapi minit kedua Pahang dah gol. HAHA! Terkejut semua. Macam tak percaya je. Penyokong Pahang ape lagi meriah lah.
Tapi paling aku respect budak2 BOS ni (Boys of Straits) lah.
BOS ni ala-ala Ultras Johor lah. Tapi dorang pakai name tu.
Dorang punye bersorak 90 minit full okey. Takde rehat2. Takde berhenti-berhenti.
Separuh masa pertama dah kene balun dua gol pon sorak tetap sorak.
Yang kitorang ni naik sheikh sekali lah bersorak sebab duduk dekat dengan dorang. HAHA!
Yang Akram ni siap nyanyi2 jerit kat telinga aku. Eh mamat ni berbulu je aku perati.
Ni mase separuh masa kedua masa JDT dapat gol pertama. Semua penyokong berdiri bersorak. Memang meriah giler. Kawan aku sokong Pahang. Dia cakap penyokong JDT memang sporting giler lelaki perempuan bersorak. Takde nak kacer2 control ayu. Cool!
Bila dah dapat satu gol tu memang penyokong semua bersemangat balik la.
Sebab ade harapan nak menang kan. :)
Sebenarnya aku nak amik gambar budak ni. Kemain lagi budak ni mekap kau. Siap eye shadow lipstik bagai. hahaha! Pastu asyik je nak membetulkan tudung mak dia. Hiaskan kepala mak dia dengan Mafla lah. HAHA! Sejibik perangai adik bongsu aku. Dah la suke berangan. Pakai mekap lah ape lah. Pastu kalau kitorang pergi mane2 keje die memang membetulkan tudung mak aku.
Tapi kan kalau ko duduk dalam stadium ni duit ko memang mengalir macam air.
Dah la haus.
Pastu budak2 jual air kemain lagi every lima minit dia lalu depan jerit "Air bang. Kuaci bang"
Ko nampak air sirap ais tu dah macam nampak air jus oren okey.
Dia punye memanggil-manggil tu memang tak boleh nak tolak. Kakaka.
Dah la mahal. Air biasa kat pasar malam sehinggit tu dorang jual dua hengget.
Kalau kat luar nugget yang singgit tu pon dorang jual dua hengget.
Beger jangan cakap lah.
Setakat daging beger sekeping kering kontang macam tu dah tige hinggit.
Sabo jelah.
Naseb baik berbaloi sebab JDT dapat pergi Final.
Lepas JDT dapat satu gol tu penyokong Pahang dah senyap je.
Hihi.
Bila pengadil tiup wisel penamat je ape lagi berpesta lah budak2 ni.
Fuhhhhhhhhhhhhhhhhh dasyat.
Sebelum balik marilah kite bergambar dulu.
Final Piala FA Johor akan jumpe Kelantan.
Dah la lawan akhir bulan ni.
Aku dah feeling2 syok sebab ari tu Akram cakap nak bawak jalan pergi Bukit Tinggi atau pon Bukit Fraser.
Sekali ada bola pulak.
memang kompem dia nak pergi.
Tapi takpe.
Aku tau nak pow dia makan kat mana before tu.
Dia mesti takkan cakap tak.
Muahahahahaha.
Mission started.
okbai.
sportingnya semua org
ReplyDelete:)
kite tak tgk pun aritu kat tb
tgk drama apa ntah kat tv3 tu
p/s: luaskan kuasamu #jadi trending pulak ayat ni
Yang jalan tengah2 tu BOS kan?
ReplyDeleteI g final nanti. tggu I kat sana hokay
ReplyDeletewana, manbom pun ade.. kalau tak ingat aku hingatkan..haha.. pernah lah sekelas 4 mut, aku pun kelas tu gak...pastu ko jadi pandai masuk 5 bai... bye2
ReplyDelete