Wednesday, September 11, 2013

Alhamdulillah saya masih hidup.


Tajuk kemain lagi kan?
Yelah in case ade sape2 yang ingat aku sakit ke tengah kritikal kat ICU ke kan sebab dah seminggu lebih aku tak hapdet blog.
Harini biar aku lepaskan gian menaip.
Biar korang bace sampai muntah menjejes-jejes. Euwwwwwwwww.
Sape2 yang fren dengan aku kat Facebook or Instagram tau lah ape aktiviti aku selama seminggu ni.


Aku memang busy giler seminggu ni.
Hari2 balik kerja pukul 9 malam. Kau mampu?
Naseb baik boleh claim OT.
Dah macam bangla aku rasa kene kerah tenaga.


Selasa dengan Rabu lepas aku cuti dua hari.
Berjalan-jalan dengan aman damai ke Pahang sana.
Actually hantar adik aku masuk UIA Kuantan tu ha. Family aku gerak dari Kota Tinggi dua kereta and aku gerak dari KL dengan Akram.
Harus angkut Akram sebab aku mane berani drive jauh2 pergi tempat tak familiar.


Lepas hantar adik aku, kitorang keluar kejap pergi bandar Kuantan nak carik barang.
Then carik tempat makan.
Yang sangat mengherankan kitorang semua kat Kuantan macam tak banyak makanan berlauk.
Mase kitorang carik makanan tu baru pukul 11 lebih.
Ingat lah kot dorang tak siap masak lagi ke kan.
Jumpe satu kedai ni lauk dia just Ikan patin tu wajib la ade. Then lauk ayam dua jenis. Lauk ikan tiga jenis. Pastu sayur sejenis. Itu pon dah habes.
So kitorang gerak carik kedai lain.
Adelah dalam 3-4 buah kedai kitorang sinnggah. Same.


Last2 sebab dah lapar sangat singgah la satu kedai makan ni tepi pantai.
Pon same.
Ikan patin wajib.
Lauk ayam dua jenis.
Lauk ikan 3 jenis.
Sayur sejenis.
Tapi sebab dah lapar sangat kitorang belasah je lah. Janji makan.


So aku nak tanya sape2 orang Kuantan kat sini.
Memang Style Kuantan masak sikit2 camtu ke?
Sebab aku dah terbiasa duduk KL and Johor kalau pergi kedai makan tu lauk penuh semeja.
Kadang2 tu boleh tak cukop semeja.


Lepas makan hantar adik aku balik UIA semula then kitorang pergi jalan kat Telok Cempedak.
HAHAHHA! Padan muke adik aku tak dapat ikot sebab stended la kan baru masuk U mesti kene pergi dengar taklimat dulu.
So bergerak lah kami ke Telok Cempedak.



Ini namanya tido gaya putus cinta. Ada orang cakap muka dia macam penyanyi Tegar. Yeke? Faiq ni kalau aku ade suka sangat naik kereta dengan aku. Aku syak mesti sebab dia feeling2 anak tunggal. HAHA! Dalam kereta tak reti duduk diam. Last2 aku suruh tido sebab bangun tido nak mandi pantai. Kalau tak tido tak boleh mandi pantai. Dan2 terus tido. Senang rupanya nak gula-gulakan budak kecik ni. Kekeke.


Ingatkan kat Telok Cempedak boleh la dating sambil feeling2 makan kepok lekor dengan rambut ditiup angin pantai sepoi2 bahasa.
Sekali hampeh. Satu gerai pon takde.
Telok cempedak ni macam pantai yang urban.
Mungkin sebab sebelah dia betul2 ada hotel ape entah.
So kat tepi pantai tu yang ada McD, Chatime, Pizza, KFC, Tutty Fruity. Ape entah lagi.
Terpaksa la kitorang lepak minum Chatime tepi pantai.
Kakak aku dengan laki dia melayan anak2 dorang mandi pantai.
Spesies yang tak boleh tak mandi pantai kalau jumpe pantai. Wajib mandi.


Lepak2 sembang dengan Parent aku jap.
Pastu dalam pukul 5 lebih kot kitorang gerak balik.
Dorang terus balik Johor. Aku terus balik KL.
Balik tu Akram ajak singgah rumah kawan dia kat Jengka.


Kawan Akram ni satu batch dengan dia masa kat sekolah dulu. Kire senior aku jugak lah.
Cuma bini dia aku tak pernah jumpa sebab masa dorang kawen aku tak datang.
Dulu si Shahid ni kerja kat Mersing. Bini dia keja kat KL. Dua2 keja ngan FELDA.
So sebab nak duduk sama dorang dua2 mintak tukar kat Jengka ni.
Daripada keluar tol nak menyampaikan kat Felda Tekam tu fuhhhhhhhhhhhhhhh punya lah jauh.
Dah la aku yang drive. Jalan sikit punya berlingkar.
Mak aih. Siap langgar lubang bagai. Haha! Dah la time tu dah gelap. Sikit hari lagi kalau Akram ajak datang sana lagi memang sumpah aku taknak drive dah.


Tapi kat sana best giler.
Dah la sejuk. Aman damai. Tak jem.
Rabu pagi tu aku bangun rasa macam tanak balik KL dah. Best siot kalau dapat duduk kampung.
Lepas breakfast Akram ajak jalan2 dalam Felda tu.
Felda tu besar giler. Semua orang yang duduk situ kerja dengan Felda. Kira tempat tu semua untuk staff je lah. Takde penduduk tetap.
Office si Fiza, bini Shahid alahai 5 minit je dari rumah. Heaven tak heaven kan. Dah la tak jem. Takde tol.
Pam minyak pon dalam tu.
Agaknye isi minyak penuh setangki entah bape minggu baru habes.
Arghhhhhhhhhhhhhhh stress haku tengok.



Jalan2 jumpe kedai buah ni. Singgah jap usha2 mata. Dah alang2 tu kitorang makan durian terus kat sana. Amik D24 sebijik yang besar. Pastu Akram beli Dukong nak bawak pergi opis. Aku beli limau bali sebab dari aritu teringin nak makan. Durian tu masa kitorang sampai dia baru tambah stok. Kitorang habes makan tengok2 dah licin.


Dah siap makan, sambung lagi melawat kawasan.
Siap ade padang golf.
Ade challet.
Aku cakap kat akak kedai buah tu best nya duduk sini aman damai.
Akak tu cakap "Yelah datang sekali sekala best la. Cube hari2 duduk sini baru rasa bosan"
HAHA! Yeke?
Aku suke je kalau duduk kawasan camtu. Kompem keliling rumah aku penuh pokok bunga ros.
Tak masuk lagi aku tanam segala mak nenek jenis sayur and cili padi.
Sebab aku suke giler tanam2 pokok ni.
Pakkal la rumah kat KL ni apartment.
Kalau tak.


Masa kecik2 dulu memang hampir everyday aku berkebun kat belakang rumah.
Tanam kacang botol la, kangkung la, taugeh la, semai pokok bunga ros lah.
Rindu nya dengan tanah. :'(


Okey tak payah nak feeling sangat dah.


Dalam tengah hari kitorang gerak balik KL sebab Akram kerja malam tu.
Sampai KL terus tertekan sebab jem. Haha!


Sabtu lepas sebenarnya aku dah plan nak masak Sepagheti.
Akram siap pesan letak meatball bebanyak sikit sebab die teringin nak makan meatball IKEA.
Dah plan baik punye tetibe Jumaat petang tu bos suruh masuk kerja buat OT hari sabtu tu.
Sebab nak kejar dateline nak submit drawing.
Jadi plan nak masak terus cancel.
Akram tanya balik pukul berapa aku cakap dalam pukul 3 petang camtu.
So dia cakap baik die ikot. Dah alang2 pegi KL balik keje boleh merewang sikit.


Aku pon okey2 je lah.
Aku sampai opis pukul 10 pagi sebab bos cakap masuk pukul berapa2 je.
Akram stay kat bawah siap hantar kat aku gambar die tengah melepak minum Starbuck.
Siot je.


Buat kerja punye buat keje tetibe dah pukul 3 petang.
Tak lunch bagai sebab pagi tu dah breakfast siap2 dah.
Terus mesej Akram cakap tunggu jap.
Last2 pukul 4 petang aku tak kire aku nak balik jugak.
Buat keje cepat2 pastu terus cakap ngan bos nak balik.
Fuhhhhhhhhhh naseb baik sempat.
Cepat turun pergi kereta. Akram dah masam sebab janji pukul 3 petang last2 pukul 4 baru turun. Hehe.


Terus ajak Akram pergi IKEA pekena meatball.
IKEA dengan opis aku dekat je pon.
Kalau tak jem dalam 15 minit dah sampai.
Tapi tempat tu mane pernah tak jem kan lagi2 hari minggu. Jem semedang.
Setengah jam baru sampai.


Hambek kau dah lama sangat tak pekena meatball kan. Sorang order 15 ketul sorang lagi order 20 ketul. Cube teke sape yang order 20 ketul tu? Kekekekeke.


Tapi IKEA ni memang tak sah la kalau tak penuh orang.
Satu mungkin sebab parking dia murah kan.
Aku datang pukul 5 petang pon panjang giler orang beratur.
Tengah makan pon panjang lagi orang beratur.
Lepas makan pon jangan cakap la macam tak berkurang orang.
Tempat duduk memang full sentiasa.
Siap ade orang tumpang meja kitorang lagi.


Lepas makan jalan2 usha barang2 IKEA jap.
Tengok set katil pastu verangan nak pakai katil camne.
Aku suka yang simple yang katil besi kerawang kaler putih tu.
Tapi Akram cakap tak best la sebab tak kukuh. Eh?
HAHAHHA!


Beli lilin wangi yang kecik2 tu satu peket ade 36 pieces.
Pastu beli tempat letak lilin kecik tu 3 ketul.
Tapi nak bayar punye la azab nak beratur.
Dan aku baru tau kalau beli barang kat IKEA dapat percuma parking 3 jam pertama.
Nampak sangat datang Ikea semata2 nak makan meatball je kan selama ni.


Tapi yang membuat bengang tu adalah manusia2 yang suka sangat tak bayar parking kat autopay.
Memang la Ikea bagi free parking 3 jam pertama.
Tapi still la kene pergi autopay tengok ade lebihan cas lagi ke ape ke.
Ni terus nak keluar. Sampai palang keluar kad tak sah.
Dah manjang jem.
Sabo je lah.


Korang kalau pergi Ikea jangan nak perok sangat k.
Haha!


okbai.



11 comments:

  1. suka bab nak bercucuk tanam tu.. akak pun dah lama tak tanam bunga, last zaman sekolah.. sekarang ada hati lagi tapi...

    20 ketul meatball mesti untuk Akram kannn.. :P

    tak pernah pergi IKEA lagi..lalu jer pernah .. :)

    ReplyDelete
  2. A'a la, memang muka ala2 gaya penyanyi tegar tu :)


    Aduiii jeles nengok meatball tu.... da lama tak makan :D

    ReplyDelete
  3. @nita
    salah. jawapannya adalah untuk kite. hahahaha! dasar tamak :P

    ReplyDelete
  4. @Myra Jay
    tulah ni sebab dah lama tak makan ni yang order segunung tu.

    ReplyDelete
  5. seronoknya jalan2...adalah iras sikit dengan budak tegar tue hihihi

    ReplyDelete
  6. amboi bila dah update, pjg betul cerita nyer ni !

    ReplyDelete
  7. ikan patin tu memang dah jadi menu wajib untuk kedai makan di pahang.. tapi akak tak suka makan ikan patin.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Pergh! Meliur iols tengok meatball IKEA ni tau.. Lama giler dah tak makan.. Selalu klu gi sana pun memang tu jelah tujuannya pun.. Nak makan meatball.. Ngahahaha!

    ReplyDelete
  9. sedapnye meatball tu.. nyum2.... =)

    ReplyDelete
  10. Tu dia...seminggu punya citer. Habis pon baca. Bestnya jalan2.

    Alahaiii...terliur tgk meatball ikea tu.

    ReplyDelete
  11. meatballl!!!!


    teringin sgt sobsob

    last sekali makan pun bulan 4 ke berapa ntah kat ikea dulu. heh

    ReplyDelete

What says U?