Wednesday, September 17, 2014

Bagaimana memahami perempuan sewaktu datang bulan.


Tadi masa aku layan2 Fb terjumpe la kawan aku share satu artikel pasal macam mana nak handle perempuan yang tengah period which is aku rasa sangat best. So aku nak share kat sini.
So far artikel ni memang ditulis khas buat kaum lelaki la sebab dorang memang selalu complain yang perempuan ni suka emosi tak tentu pasal bila datang bulan.
So sila baca wahai kaum lelaki.



1. Kene sedar apa yang kaum perempuan alami sewaktu datang bulan.

Obviously memang lah kaum lelaki takkan paham sepaham-pahamnya apa yang perempuan akan alami bila datang bulan sebab dorang tak pernah kene. Tapi sebagai lelaki, dorang boleh try untuk paham simptom2 yang perempuan akan alami. Selalunya bila datang bulan, perempuan akan rasa sangat sakit pada bahagian perut macam rasa kejang yang of course takkan rasa seronok punya. Dia punya sakit tu depends jugak pada individu dan masa. Kadang2 sakit tu tak datang pon. Kadang2 kene teruk sangat sampai berguling-guling tak boleh bangun. Menangis-nangis. Kadang2 boleh rasa macam nak pitam.

Lepas tu mood akan swing. Kejap2 nanti happy. 10 saat lepas tu tetiba sedih. Lagi 10 saat lepas tu macam nak nangis pulak. Ada orang bila datang bulan akan dapat sakit kepala, jadi sangat letih, mengantuk, bahagian ehem2 akan jadi sakit dan paling obvious sekali nafsu makan akan meningkat secara mendadak.

Kadang2 lelaki selalu cakap "Memang la bad mood bila datang bulan. Tapi kan boleh kawal emosi tu"

Ok sebagai seorang perempuan, mesti la aku pon selalu kene period pain ni kan. So aku boleh cakap yang memang kita boleh kawal marah tu. Tapi ada masa2 tertentu yang kita akan jadi sangat sensitif. Padahal benda kecik je pon tapi kite perempuan akan rasa marah, sedih, lepas tu nak nangis. Dan aku sendiri takde jawapan untuk tu. Dia memang akan terasa sendiri. Sebab tu tolong lah para lelaki jangan carik pasal dengan perempuan masa datang bulan. Level sensitif perempuan memang meningkat sama banyak dengan level nafsu makan dia.



2. Buat perempuan rasa special tentang diri dia.

Bagi pujian. Cakap perkataan atau ayat yang boleh buat perempuan rasa cantik, bijak, tenang masa datang bulan tu. Kadang2 benda2 kecik macam ni lelaki tak sedar yang perempuan perlukannya. Benda2 kecik ni la yang boleh naikkan konfiden level perempuan dan kadang2 tu boleh elakkan mood perempuan jadi swing.



3. Tolong perempuan buat kerja rumah

Ini basically untuk yang dah kawen lah kan. Kalau macam ada benda2 kecik yang rasa boleh tolong sila tolong. Macam basuh pinggan, lipat baju, basuh baju etc. Benda ni boleh ringankan sikit kerja2 perempuan and bagi dia lebih masa untuk berehat. Just macam fikir yang perempuan (lagi2 yang bekerja) nak handle stress keje lagi, balik rumah nak handle rumah, anak2, dengan period lagi. So lelaki kene consider dan bagi kerjasama.



4. Tenangkan dia.

Para suami boleh la urut2 sikit isteri tu. Peluk isteri. Even kau gosok2 tangan bini kau pon bini kau dah rasa seronok sangat dah. Dah rasa yang kau sayang gila kat dia. Padahal benda simple je kan? Tapi ini lah realiti dia. Perempuan kan suka dibelai.

Ada one time tu Akram hantar aku pergi klinik nak buat xray. Time tu aku baru je datang bulan. Menangis-nangis aku dalam kereta. Bila aku komplen Akram tak buat pape tau die jawab apa "Tak tau nak buat ape. Mana lah nak paham" Padahal aku ni dok lah mengharap die pujuk2 aku ke. Buat muka kesian kenkonon dia pon rasa sakit sama ke. Tak pon cakap "Tahan sikit tau lepas ni kite pergi beli ubat pastu makan sedap2" Best la jugak aku dengar. Tenang sikit hati ni. Hahah. Ni harapan. Lelaki take note okey. Alah bukan susah pon. Sebulan sekali je.



5. Buat dia rasa disayangi dan dihargai

Perempuan memang sukakan perhatian dan pujian. Biar dia tau yang korang bahagia sebab ada dia. Bagitau dia yang dia such a great friend/girlfriend/wife. Kalau yang macam duduk jauh tu boleh call just nak bagitau yang dia cantik haritu. Seriously perempuan suka.

Tapi haritu masa aku tengah mesej2 dengan Akram tak habes lagi tiba2 dia call. sekali okey la. Pastu mesej2 lagi call lagi. Okey benda tu kadang2 agak annoying. Kau boleh tanya dulu ok tak kalau kau nak call time tu. Biasa lah mood swing kan. Benda2 kecik pon nak marah. Macam aku haritu aku tengah best2 mesej tetiba call padahal aku bukan dalam mood nak bercakap. So boleh jadi gaduh. Benda kecik kan? Tapi silalah paham perempuan.



6. Jangan buat tindakan yang 'disgusted'

Contoh perempuan nak cerita keadaan dia time tu pada kau. Jangan lah pulak kau buat muka lepas tu cakap dengan dia "Eh pergi lah cerita dengan kawan perempuan sana" Memang mintak kaki sangat. Macam nampak sangat yang kau tak kisah dengan keadaan dia time tu. Kalau tiba2 time datang bulan pad pulak habes tolong lah belikan. Jangan nak anggap beli pad tu memalukan okey. Or rasa geli. Tak matang sangat perangai. Dah alang2 beli pad tu ape lah salahnya beli kan coklat ke majalah favourite dia ke, memang confirm kau ni terus masuk kategori calon lelaki terhebat di alam ni.


Harap membantu!

Sumber : http://m.wikihow.com/Make-a-Woman-Feel-Better-While-She's-on-Her-Period

Bye.


12 comments:

  1. emosi masih ok sbb blm piyed since bersalin hri tu.. LOL

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Sy ade emel kt awk nak edit blog.Dah bukak emel blom??hehe..

    ReplyDelete
  3. Absolutely betul ! Untungnya kalau dpt lelaki gitu yeh���� lebih laginklw dpt coklat time piyed ni, baru lah rse seronok je. Selalu time piyed laa time byk assignment la, nak buat itu ini. ������ presentation la. Nak xnak, sabar dan tahan je sakit sensorg. Nak cerita pn org x paham ������

    ReplyDelete
  4. SAYA PERNAH BADMOOD SAMPAI SEMINGGU , SEMINNGU JUGAK SAYA TAK LAYAN BF SAYA HAHAHA .

    ReplyDelete
  5. Syukur, dia memahami. Time sakit2 mcmtu dia tau dh kta ni xsuka dduk diam. Dia bwk g tmpat2 tenang. Just kadang2 ja suka carik gaduh xkna masa, sunyi katanya.. Kita time tu dh tgh sakit dh, mmg xkan balas sikit2, bls kaw2 punya.. Tp dh ok t kta mnta maaf balik. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Kalo stakat moody blh lagi suami sabo tapi isteri sy stiap kali datang waktunya..perkataan yg selalu keluar adalah makian babi sial shj.bukan itu shj ia berlarutan pada ibu mertuanya..pada anak2 juga.jd bayangkan apakah situasi si suami ketika itu..ya isteri sy berusaha juga untuk mengawal tetapi kerap juga kecundang..pada yg berpengalaman..perlukah rujuk pada pihak tertentu untuk atasi masalah ini.?sy dh bertahan hampir 9 tahun dan insyaallah sy usaha bertahan semampu saya tp itulah..bila pikir ia berlaku tanpa sengaja..sy tidak mampu lihat dia memikul dosa dan sy maafkannya namun ketabahan hati sy ini mungkin sikitbdemi sedikit berkurangan.

    ReplyDelete
  7. aq nie lelaki.. kdg2 aq pun pelik dgn prngai si prempuan nie, bila dtg bulan je nak bad mood.. kita tgh syok buat ayat cinta utk dia, ttiba je dia nk mrah2, kite pun jd ptah smngat nk mlayan dia.. dah baca atikel nie baru lah aq fhm.. ok thanks..

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya, saya prnah mngalami situasi bila kekasih datang bulan. .bnda kecil pom jadi lebih besar. .saya rasa bingun dah xtahu nak buat apa. .hari2 kami gaduh bnda yg sama. .hahahha2 bagi seorang lelaki saya rasa nak ketawa pom ada, cbb bnda kecil jah pom tapi marah dia mcn hilang anak. .hahah tahan telinga jela. .tapi mujur saya trbaca artikel ni dapat jgak saya sejukan diriku dan kekasih ku jga. .hahahah😂

    ReplyDelete
  9. Benda tu biasa..kwn lelaki sya..dia akn ambk tndakn dgn mndiamkn dri sbb dia the sya kuat Bebel...

    ReplyDelete
  10. Sy kalau lg sehari dua nk dtng piyet tu..laen mcm first rasa mual pening ngantok mata nk pejam je gelap mata..perut peha pinggang rasa sengal yg amat..mmg moody time tu xnk kuar bilik pun nk baring je..tdo kjap bngun bosan.sib bek somi phm..dia yg urus segala rumah dan ank2..dia tau dah klau aku diam muke monyok tu ha nak piyet la tu.

    ReplyDelete
  11. Okay aku kene faham & belajar banyak bende yang special sangat pasal perempuan ni sebelum kawin insyaallah aku boleh jadi suami terbaik dia amin

    ReplyDelete

What says U?