Thursday, October 9, 2014

Minyak naik. Gaji tak naik.


Sejak-sejak Pak Najib umumkan subsidi minyak dikurangkan itu hari aku takde lah nak bising2 sangat. Bukan sebab tak kisah. Giler apa tak kisah kalau kene bayar minyak lebih. Cumanya aku macam tak tau dah nak bising apa. Kira macam dah pasrah dah. hahah!
Dah la aku tak tau pon harga minyak naik haritu.
Aku sampai2 rumah bukak fb tengok orang dok apdet status pasal minyak naik.
Gila ketinggalan kan.
Bila cakap dengan housemate aku lagi best "Kak Maz tau tak minyak naik?"

"Eh bukan minyak turun ke?"

Ekekekeke.

Subsidi ye yang turun. Bukan harga minyak.

Tapi bila semalam aku terbaca satu artikel kat Utusan online tiba2 aku rasa nak maki orang je.

Gaji RM2,500 cukup jika urus kewangan dengan baik


Hambek kau besar giler aku tepek. Sila lah baca kalau rajin.
Aku tak kisah sangat pon kalau pak menteri yang bijak pandai tu nak highlight point lain. Point nak suruh berjimat cermat ke. Point nak suruh puasa setahun ke. Aku boleh terima lagi.
Tapi bila masuk nak salahkan orang yang baru kerja beli kereta awal, part tu memang aku tak boleh terima. Lepas tu sibuk lah nak suruh kita naik public transport.




Bagi aku, zaman sekarang ni kereta bukan lagi satu kehendak tapi lebih kepada satu keperluan.
Tak payah cerita yang menunjuk kereta lah. Itu lantak dorang lah nak hidup miskin ke apa.
Kita amik yang basic je.
Tak payah contoh banyak sangat. Aku sendiri jadik contoh.


Masa aku mula2 kerja gaji aku baru RM1800 sahaja.
Masa tu aku keje kat Uniten. Aku tumpang kawan aku. Aku duduk Pantai Dalam. So aku akan amik bas dulu dan tunggu kawan aku kat bus stop.
Kitorang selalu pergi site visit sama2. So duit minyak tong2 la.

Nak dijadikan cerita kawan aku dapat kerja lain.
So aku macam tension jugak lah time tu. Menangis-nangis aku hari2 memikirkan macam mana aku nak pergi keje. Masa tu memang bawak kereta adalah masalah terbesar aku. Aku nak beli kereta second hand mak aku tak bagi. Takot senang rosak. Lagipon aku perempuan. Susah. Dan memang lama jugak lah aku tak buat site visit.

Nak dijadikan cerita ada sorang lagi kawan aku ni bersedia nak tumpangkan aku. Dia duduk UKM.
So aku akan naik ktm dari pantai dalam sampai lah stesen UKM. Kawan aku tumpangkan aku sampai Uniten. Sebab memang takda bas nak masuk Uniten.
Kadang2 aku tumpang tidur bilik kawan aku ni bila aku penat sangat.
Bila menumpang ni automatik jadual kita lari. Aku kene tunggu dia siapkan kerja dulu baru lah boleh balik sama. Takkan nak mintak dia keluar semata-mata nak hantar aku pergi stesen komuter kan.
Banyak cantik muka aku. Hahhaha!


Tak lama lepas tu aku beli kereta Viva.
Sebab aku rasa kereta tu paling kecik dan paling selamat untuk aku bawak.
Menggigil2 masa first time nak bawak kereta comel tu balik KL.
Hahaha. So sejak haritu aku pon drive sendiri pergi keje. Baru lah rasa senang sikit. Boleh pergi site visit dengan senang hati. Kekeke.


Tak lama lepas tu aku tukar keje kat Mont Kiara. Sape duduk KL tau tak Mont Kiara tu macam mana. Tempat orang2 kaya. Semua kondo mewah. Sekolah pon semua nak sekolah antarabangsa.
Ada bas je yang masuk area Mont Kiara sana. Itu pon boleh kira berapa kerap dia datang. Satu bas metro satu bas rapid.
Seriously time memang out!
Masa zaman aku study dulu dah tak terkira dah aku merempan dengan driver bas sebab bas tak jalan on time. Orang nak pergi kelas jadi lambat. Cuba bayangkan? Macam ni nak suruh naik public transport. Ada one time tu serius aku menjerit kat pakcik driver tu sebabnya die lebihkan bas pergi Mid Valley berbanding bas nak masuk UM. Sabar je lah aku time tu.


So bila kereta aku eksiden dulu seminggu aku ulang alik pergi keje naik teksi.
Mahal nak mampos.
Sebelum tu aku nangis2 kat Akram cakap macam mana nak naik bas. Nak kene tukar LRT. Pastu nak kene berebut bas dengan bangla2 semua. Bas macam sardin penuhnya. Bila kita dah beratur dorang dengan selamba potong que dan tolak2. Nanti sampai tempat keje lambat. Belum lagi kalau kene buat OT. Balik lambat. Malam2 nak naik bas? Area sana dah la bahaya. T___T

So still nak cakap kereta bukan keperluan?
Nak cakap public transport kat Malaysia ni bagus sangat?

Now aku kerja kat Johor.
Cuba cakap public transport cover semua tempat ke? NO.
Haihhhh.

Kadang2 bila kita interview kerja pon bos akan tanya kita ada kereta ke tidak.
Still nak cakap kereta bukan keperluan?

Lagi2 keje engineer yang selalu sangat kene travel.
Macam mana?

Menteri ni aku rasa belajar tinggi tapi tu lah tak tau kenapa setiap kali bagi statement asyik je lah keluar statement bodoh.

Aku tau kalau beli kereta ni memang duit gaji banyak dihabeskan untuk kereta. Duit minyak, duit tol, nak kene simpan untuk roadtax lagi, belum masuk kalau tetibe kereta buat hal emergency ke apa ke, nak kene servis lagi.
Memang kereta banyak pakai duit. Tapi apa nak buat? kereta tu memang penting.
Kenapa tak pakai motor? Seriusly aku pernah cakap kat mak aku nak beli motor. Mak aku tak bagi. Kat bandar besar nak pakai motor? Perempuan pulak tu. Jangan harap mak aku nak bagi. Bahaya katanya. So apa lagi pilihan yang ada selain untuk pakai kereta?

Masa kereta aku kene langgar haritu masuk bengkel. terpaksa aku tumpang housemate aku. Naseb baik dia kerja Nusajaya jugak. Tapi masa balik tu aku kene ikot timing dia la. Susah. memang susah.

Memang kita tak boleh suka sangat merungut. Tapi ini bukan rungutan. Ini namanya realiti hidup yang aku sendiri lalui. Haha!
Aku tak kisah sangat kalau orang nak cakap belanja berpada2 dengan gaji sendiri. Tapi bab nak cakap beli kereta awal ni penyebab untuk hidup susah memang aku tak boleh terima.

Masa aku gaji rm1800 dulu dan tak berkereta, duit gaji aku cukup. Bila dah berkereta pon duit gaji aku cukop jugak. Masuk gaji 2k++ duit gaji cukop. Now gaji aku around 4k. Duduk Johor lagi. Memang banyak boleh simpan. Dah la aku bukan kaki shopping sangat. Paling tak duit aku selalu habes sebab suka beli makanan. Ekeke. Dengan gaji sekarang memang boleh sangat kalau aku nak tukar kereta besar sikit. Tapi disebab kan aku jenis pemalas nak basuh kereta, pemalas nak pergi carwash, dan tambahan lagi aku kerja site memang tak lah aku nak pakai kereta cantik sikit. Kesian kereta aku.

Orang patot pertikaikan golongan kurang berkemampuan tapi sibuk nak pakai kereta mahal. Beli baju mahal. Yang tiap2 minggu nak karaoke. Nak shopping. Pastu merungut tak cukop duit.
Bukan pertikaikan orang yang beli kereta sebab ianya satu keperluan. Itu memang aku takkan setuju sampai bila2.

bye.





10 comments:

  1. smlm pun kak effy post kt fb ttg artikel ni. sgt tak masuk akal!

    ReplyDelete
  2. @Effy Fazira

    Kak effy yang kaya pon cakap tak masuk akal. Apatah lagi kami rakyat marhaen. Wakakaka

    ReplyDelete
  3. Btl wana..artikel yg xdpt ak telan 100%..zaman yg die cite gji die 2500 ckup untk die 2 zaman bile..siap mampu beli rumah bagai.ni zaman paknajib.ape sume da naik.dr harga brg dapo harga minyk,tol ape sume.ni lg harga umh mcm pfffttt..lg ckp ckup.kalo ckup xdela pak menteri ssh pyh reka cite ckp pndptn seisi umh kt mlysia da jejak rm5900..

    ReplyDelete
  4. menyampah dengar statement diorang...kerja keluar subuh balik maghrib..siap asyik kena keluar outstation..lagi nak cakap tak payah pakai kereta...kereta company semua pengarah-pengarah je boleh pakai..

    ReplyDelete
  5. menyampah dengar statement diorang...kerja keluar subuh balik maghrib..siap asyik kena keluar outstation..lagi nak cakap tak payah pakai kereta...kereta company semua pengarah-pengarah je boleh pakai..

    ReplyDelete
  6. Betul tu wana.. Tak semua boleh survive dgn hanya bergantung dengan duit gaji 2500 tu.. Bila zaman makin maju, hidup makin stress... Hmm..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  7. KT NI HA GAJI BWH 2K.. BLOM KIRA BERSIH TINGGL BRAPE..

    DEPA SMBG KENCANG JE.. MGKN TAK PERNAH ALAMI SITUASI GAJI BYK TU.. KALAU DLU GAJI TU MMG BYKLAH LEH DPT.TP ZAMAN SKG??

    HUHU

    ReplyDelete
  8. pasrah je la. nak marah pun, bukan boleh turun pun harga minyak tuh

    ReplyDelete
  9. diorg je la ikat perut..kita ni dh ikat leher xfkr lak..ni bkn statement yg bodoh, tp diri diorg sendiri yg bodoh.. haihhh

    ReplyDelete

What says U?