Wednesday, January 7, 2015

Feedback on Bridal Aiman Amin Kota Tinggi


Semalam hari yang betul2 bersejarah.
Tak sangka post bridal aku jadi viral sampai ramai gila orang like and share.
Untuk entry bridal tu je total view sampai 41k. Yang share aku tak boleh trace berapa ramai.
Sampai Akram cakap kawan die punya bini pon baca.
Sampai aku masuk keje kat site, kawan aku jumpa aku terus tanya "Woi apehal bridal kau??" sebab bini die bercerita kat dia.
Dan yang paling kelakar bila kawan aku yang keje kat KL kene tanya dengan bos dia apa jadi dengan bridal aku. Hahaha!

Tapi itu bukan yang aku nak. Aku cuma nak takda orang lagi yang kene tipu sebab aku tau macam mana sakitnya hati bila majlis impian kita musnah. Bila orang kepercayaan kita buat taik pada kita.
Dan paling aku terkejut bila aku apdet entry tu banyaakkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat komen masuk and mostly buat luahan perasaan apa yang jadi kat dorang masa majlis kahwen dorang.
Ada yang kene dengan bridal yang sama. Ada yang kene dengan bridal lain.
Mostly semua terkene janji2 manis bridal masa awal2 buat tempahan.
Dan aku macam nak menangis sebab ada yang kene lagi teruk dari aku.

Bila aku baca komen2 entry tu ada yang siap tanak halalkan duit dorang lagi. Sampai macam tu sekali dorang trauma. Ada yang cakap bila ingat balik rasa nak nangis. Ye aku sangat paham perasaan tu lagi2 bila ko bukak FB kawan2 ko share gambar pelaminan dorang yang very the gojes.
Sabar.

Tapi semalam ada ramai jugak yang pm aku buat sesi luahan keluh kesah kak esah.
Aku share salah satu nya.






Ni gambar pelamin dia. Bawah khemah ya. Sebijik tak dengan pelamin aku? Ya memang sebijik.

Kesian kat dia sebab khemah dia sewa dengan orang lain. Siap scallop and lampu lagi.
Tetibe pelamin masuk macam apa je.
Bila suruh tambah bunga bridal boleh mintak duit lagi 500 bayangkan.
Lagi kesian bila dia dapat pakej photographer sekali. Photographer India. Nak balik cepat je.
Last2 kene buat outdoor sendiri amik photographer lain.

Sekarang ni dia tengah chase gambar dia. Akak bridal tu pulak boleh tanak reply mesej dia. Sabar je lah. Siap photographer india tu boleh mesej kawan aku tu mintak duit. Padahal duit semua dah habes bayar kat bridal T___T
Aku bersyukur jugak sebab aku awal2 memang dah ada photographer sendiri.
Jadi kurang la sikit sakit hati tu.

Semalam MUA aku mesej aku siap ugut2 aku.
Siap nak saman malu aku. Tapi aku dah tanya kawan aku yang keje lawyer. Dia boleh gelakkan je MUA tu siap cakap ini memang kelakar. Haha!

Tapi malas lah aku nak print screen mesej dia. Cuma ada lah dia panggil aku gampang. Siap nak ajak bergaduh. Tapi satu ape pon aku tak reply.
Semakin aku dewasa ni semakin aku boleh handle orang2 yang psycho ni. Cewahh.

Sejujurnya aku sebenarnya dah cool down.
Tapi bila aku baca komen2 orang kat page aku yang cerita kisah sedih dorang tetibe darah aku mendidih balik. Haha!
Tapi takde lah aku stress dah.

Aku cuma anggap ni semua ujian dan dugaan untuk aku.
Kalau yang kenal aku lama, or yang follow blog aku dari awal tau lah aku dulu memang panas baran. Pantang silap sikit cepat je aku maki.
Bila aku nak kawen aku dah janji dengan diri sendiri yang aku akan cuma sehabis boleh untuk tak marah2 lagi.
Agaknya masa majlis tu Allah nak uji aku betul ke aku ni betul2 nak berubah. Hehe.
Alhamdulillah kawan aku semua terkejut macam mana aku boleh jadi cool sebegitu.

Kalau dulu sampai pinggan kat restoran pon aku pernah terbalikkan. :P

Aku ni jenis yang susah nak berdendam dengan orang. Rasanya semua orang yang pernah buat silap dengan aku, aku dah maafkan kot.
Cuma tu lah kawan aku beria suruh aku apdet entry bridal tu. Sebab dorang still emosi. Haha!
Aku tak sangka lah pulak ramai yang terkene dengan bridal yang sama.
Sebab aku try google takde pulak keluar cerita2 pasal bridal tu.

Mungkin orang lain just mengadu pada kawan and family je kot.
Disebabkan aku ada blog, aku tulis je lah kat blog.
Rupanya sangat2 ramai yang kene tipu jugak.

Sabar je lah korang. Orang teraniaya ni doa nya dimakbulkan. Heheh.
Untuk bakal2 bridal kat luar sana tolong lah buat research dulu okey before hired bridal. Kalau boleh amik yang kawan2 bagi feedback positif. Jangn jadi macam aku.
Anggap ni semua aku share sebagai pengajaran untuk kita semua.
Allah tu maha adil.
Mungkin bukan rezeki aku nak merasa naik pelamin yang gojes.
Mungkin rezeki aku nanti dapat pelamin paling gojes masa anak aku kawen (wah berangan sangat uols)
Bahahaha.

Yang penting biar orang buat kita. Jangan kita buat orang okey?
Keep calm and lets eat!

bye.

12 comments:

  1. hmm, nnt ko naik jelah pelamin Sally (oops) ke, Ajak (eh?) ke ..tompang glamour~ *didiesado*

    ReplyDelete
  2. mua tu melampau n kejam.. apa la rsnya mkn duit xberkat kan.. moga ada balasan utk diorg.. bknnya servis percuma..

    ReplyDelete
  3. tumpang kesian walaupon aku tak dapat nak tengok pelamin ko depan mata. tapi boleh tak nak gelak? haha! sebab giler drama la bridal ni!! macam mana bridal macam ni boleh wujud lagi sedangkan ramai dah terkena. saman weh. mwahaha.. lagi kejam :p

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum awak. hehehhehe baguslah di viralkan entri tu. bior orang tahu, mana bridal yang ok dan tak ok. hehehhee sheila pun macam awak, pantang salah sikit laju je nak marah. skrg dalam proses nak control diri hihiiii

    ReplyDelete
  5. Aduhh
    Ramai rupanya terkena
    Kesian sgguh..

    ReplyDelete
  6. Tahniah wana kerana tabah.. Bile bace kisah2 mcm ni mcm bersyukur plak dlu akak kawen pelamin runtuh pagi bute korset kedut2 buruk tp ends well (kalau nak compared to kawen kat seblah lelaki yg terus fefiling artis tu).

    Selamat pengantin baru. K.meilin

    ReplyDelete
  7. aini follow sini...feel free to follow me back...b2b blogger dari ohmywedding...
    wana...cerita wana jadi viral...nak sangat baca apa bridal tu cakap...

    ReplyDelete
  8. Bagus la share pendapat kita.. Klaau as business owner tapi bole terima review camne nak improve kan? Company besar2, pun terima review dan feedback..lagi pun patut da ambik duit deposit tu kira da janji nak deliver apa yg di janjikan.. Kalau rasa tak bole tak payah ambik deposit or tak payah offer in the first place.

    Sabar la yer :) insya Allah more good things coming your way.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah.tak tau nak ckp apa.mmg kesian sgt.org mcm ni mmg patut kena band.kita nk tolong org melayu.tap org melayu? mcm ni lah.hish teruk!

    ReplyDelete
  10. Mmg patut jugak awak share benda ni kat blog.at least org lain tau kan psl bridal nih..bkn la niat kita nk tutup periuk ns orgkan..tp niat kita jgn bg org lain terkena jugak..good sharing actually

    ReplyDelete
  11. ada gambar diaorg tak ? nanti dia tukar nama bridal lain .... sama juga menipu... ramai lagi terkena.....

    ReplyDelete
  12. Saya pun ada share entry awak kat fb, sebab ramai kawan yg nak kawen biar dorg lebih hati2 nnt. Btw cakap je kat MUA tu, "patutnya saya yang saman awak sebab tak buat kerja." Orang mcm ni pun ada. Heran.

    ReplyDelete

What says U?