Monday, January 14, 2019

Malaysian playing tourist in Kuala Lumpur

Halahh halahhh halahhhh tajuk kemain lagi kan nak omputih bagai. Hahaha.

Aku kan keje dekat KL. Ada satu hari tu masa tengah layan jammed balik keje petang2, tengok view KL tup2 rasa eh macam best je kalau stay satu malam dekat KL ni. Nak carik hotel or apartment yang boleh layan view KL malam2. Teringat zaman2 masa study kat UM dulu. Duduk dekat apartment Vista Angkasa sebelah Lrt Uiversiti tu. Malam2 layan view dari tingkat 10. Bestnyaa. Sekarang Lrt ni pon dah tukar nama kan? Kawasan tu pon dah lama gila aku tak jejak. Depan belakang semua dah naik condo tinggi2. Dulu zaman2 aku duduk situ, Vista Angkasa tu lah paling cantik kat situ 😂

11 tahun aku duduk area Kuala Lumpur ni tak pernah terasa nak ronda2 kat sana. Dah ada anak2 ni baru lah rasa nak bawak anak2 jadi pelancong kat negara sendiri. Padahal masa study dulu boleh kata tiap2 minggu dok pegi ukur jalan dekat Sungei Wang tu ðŸĪŠ Tak pernah sekali pon rasa nak naik KL tower ke amik gambar depan KLCC ke. Haha.

Actually aku suka jugak duduk rumah tinggi2 ni. Sebab view cantik (kalau dapat rumah view cantik lah 😂) Tapi bila memikirkan tiap2 pagi nak bertempur dengan dua askar tu dengan nak keluar masuk rumah angkut beg bagai, matikan je lah hasrat nak duduk apartment. Kene duduk rumah atas tanah jugak. Tapi kalau banyak duit nanti boleh la beli apartment cun2 satu jadikan homestay so diri sendiri boleh duduk situ jugak 😜


1. Hotel Renaissance, Kuala Lumpur

Cantik hotel ni. Berbaloi dengan harga. Boleh nampak view KLCC depan mata. Breakfast dia semua sedap2. Kalau korang malas nak turun breakfast kat bawah, dorang siap boleh hantarkan naik bilik lagi tau 😂






Lepas check in tu kitorang malas nak keluar carik makanan. So panggil Room Servis je. Order mee goreng dengan spagheti carbonara. Portion dia besar gilaaaa. Makan empat orang pon tak habes.


2. HR Steakhouse, Kampung Baru

Malam2 kalau tak tau nak makan kat mana, korang boleh datang kampung baru ni. Kat sini macam2 ada. Kiri kanan kedai makan. Nasi Lemak, Bubur berlauk, Western, etc. Kitorang naik grab je sebab Kampung Baru tu tak pernah tak jammed dah susah nak dapat parking.



Rasa dia still sama macam 10 tahun lepas. Patot lah kedai pon ramai je orang. Tapi servis dah agak laju dah.


3. KLCC



Konon2 nak pergi naik bridge tengah2 menara tu. Kitorang datang petang Jumaat dalam pukul 6.30pm. Semua tiket dah sold out. Pastu konon2 nak beli tiket untuk esok nya. Pon dah 95% sold out. Tinggal tiket untuk sesi pukul 8.15malam. Lambat sangat dah. So tak jadi naik.

If korang berminat nak naik, sistem tiket dia sama macam nak beli tiket wayang. Beratur kat kaunter pastu boleh pilih nak beli tiket untuk naik atas pukul berapa. Bukan korang datang pagi korang kene beli tiket pagi. Tak. Korang datang pagi nak beli tiket malam pon boleh. Memang sama macam nak beli tiket wayang. Kalau tiket habes memang habes lah. Satu sesi tu aku tak pasti berapa ramai yang boleh naik. Tapi dia ada banyak sesi dalam sehari.

Kalau datang harini nak beli tiket untuk esok pon boleh. Kitorang ni last minit punya plan tu yang takde rezeki lah nak naik.


4. Aquaria KLCC




Kalau korang rajin boleh la survey online tiket dekat apps atau fave. Tiket dewasa Rm60+ kanak2 bawah 3y free. Atas 3y berapa entah. Kitorang dapat diskaun sikit sebab booking hotel guna booking.com so guna yang tu je.






5. KLCC Park


Keluar je dari kawasan Aquaria tu boleh lepak2 dekat taman KLCC. Taman ni famous lah orang suka jogging dekat sini. Duduk santai2 pon syok tapi kitorang nak cepat so takde lah nak bersantai bagai ðŸĪĢ


6. KL Hop On Hop Off Bus



Korang boleh check website dia. Basically bas ni kalau korang datang KL kalau nampak bas dua tingkat yang takde bumbung tu, itulah basnya. Ada dua route, satu city route lagi satu garden route. Kitorang naik yang city route. Bayar Rm25 sorang dewasa.

Kalau betol2 nak round KL amiklah yang garden punya. Dia pusing jauh. Kalau city tu memang dia cover area bandar je yang dekat2. Tapi tu pon jauh jugak siap boleh tetido 😂 Nanti boleh turun dekat tempat2 yang dia tetapkan. Nak tunggu bas dalam setengah jam macam tu. Tiket boleh guna 24 jam, jangan bagi hilang.


Boleh gugel kat mana bas ni punya route. Korang boleh beli tiket masa nak naik bas tu dekat salah satu perhentian dia. Macam aku, aku naik kat KLCC.


7. Menara Kuala Lumpur

Aku rasa seumur hidup aku 30y inilah pertama kali kot naik Menara KL ni. Aku rasa macam tak pernah je ikot lawatan sekolah pegi sini. Aku rasalah tak tau lah kalau memori otak aku ni ada sedikit shot boleh lupa. Maklumlah dah beranak.

Nak naik atas ni ada banyak pilihan tiket. Kitorang beli tiket nak naik deck biasa je. Boleh beli tiket naik yang atas sekali tu. Pastu ada tiket combo kalau nak masuk mini zoo kat bawah tu. Dan lain2.

Kawan aku cakap mini zoo kat bawah tu best sangat untuk budak2. Tapi aku tak masuk sebab baru tau. Aku ingatkan biasa2 je. hehe




Rasa macam sikit je tempat berjalan kan. Tapi tu pon dah habes seharian dah. Berjalan dengan anak2 ni tau2 lah macam mana kan. Kang sorang merengek penat, sorang merengek lapar 💆ðŸŧ‍♀️ Jadinya kene ikot mood dorang lah.

Tapi basically boleh la dikatakan yang kami dah pusing Kuala Lumpur yeayy 😂




More photos and video boleh ke Instagram :)

Till next destination. Bye 😘







4 comments:

  1. lamanya tak ke HR Steakhouse. teringat2 pula kenangan dgn kawan2 pukul 12am x balik2 lagi melepak hehe.. zaman students =P

    ReplyDelete
  2. sorry tanya, sy rsa xda tulis dlm entry(atauu terlepas pandang mata ni 👀)... ticket bridge klcc tuu brape ye?

    ReplyDelete

What says U?