Assalamualaikum
PKPB di Selangor diteruskan di minggu ke dua.
Still kene WFH.
Dah WFH ni apa je boleh di buat kat rumah kan. Memang masak je lah.
Jadi kite tayang sikit menu makanan di minggu ke dua ni.
Isnin di mulakan dengan breakfast welcome2 banana.
Sebenarnya beli pisang hari ahad konon2 nak buat minum petang. Tapi sebab aku ni jarang sebenarnya prepare minum petang jadi aku pon lupa dengan pisang tu. Haha!
Aku memang jarang minum petang. Tapi kalau Akram memang wajib ya.
Kalau dia balik Malaysia dia akan cari something untuk kudap2 di petang hari.
Pastu wajib bancuh air panas.
Bancuh sendiri aku malas π Sebab biasanya dia akan buat air kopi/nescaffe. Aku ni tak minum kopi sangat jadi aku tak pernah tau sukatan untuk buat air tu. Takpe lah biar dia buat sendiri kekeke.
Tengah hari rasa macam malas nak beria sangat masak.
So kite buat nasi goreng. But still look at my Nasi Goreng yaw. Full of proteins & vege π
Begitulah dia ya puan-puan. Biar tak nampak malas sangat hahaha.
Walaupon cuma sekadar nasi goreng tapi letak udang, fishcake, meatball, sotong, dan sayur2. Biar bebudak excited nak makan.
Hari Selasa kene mengangkut double AN ke site office sebab nak submit report.
Sebabnya macam biasa lah nak beli pon xtau nak beli apa. Lagipon malas nak menyinggah dengan bebudak ni. Risau. Sepang ni macam dah nak masuk red zon dah. Kes semakin banyak sampai aku dah malas nak tengok berapa kes covid hari2.
Dia jadi macam masa PKP dulu. Sampai tahap dah malas nak check statistik. Cuma harap kes turun je.
Bila kes dah start turun baru aku follow balik. Ingat lagi paling excited bila jumlah kes aktif dah 2 angka. Tak sabar nak tunggu 0 mesti masa tu historic moment gila.
Tapi tetibe spike balik sampai 9k sekarang kes aktif.
Kecewa!
Bila Akram update kes hari2 aku cakap malas nak amik tau. Fed up. huhu. Kite jaga diri sendiri je lah elok2.
Hari Rabu teringin nak makan bihun sup ayam simple gara2 tengok Ig story Rizalman.
Nampak simple je kan?
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii nak menyiapkan benda simple ni Ya Allah aku terpaksa menempuh dugaan yang super besar π
Ya tak lain dan bukan inilah dugaan besar itu.
Ceritanya pagi2 ajak dorang pergi kedai sebab nak beli ayam.
Sampai kedai start drama.
Dua beradik berebut mask. Dah start dia melalak. Nak tinggal je dalam kereta tapi kang dia menjerit dah semua orang tengok aku kang. Aku dah keluar kereta masuk balik kereta pastu keluar balik.
Last2 kakak mengalah bagi mask gambar kereta dia kat Mina.
Fine.
Dah siap semua beli barang tu nak balik dah la.
Sampai rumah ada lagi dia mengaruk πͺ
Biasanya memang dia suka turun ikot pintu driver.
Tapi sebab masa tu aku nak cepat nak sidai baju, nak masak etc so aku turun dulu and terus tutup pintu.
Pastu terus pergi sidai kain.
Tup2 dengar dia melalak. Ingatkan kakak dia kacau. Rupanya dia nak turun ikot pintu driver. Malas nak layan so aku cakap turun je ikot pintu memana sama je. Terus dia merempan.
Pastu sambung merempan dalam rumah. Dok baling2 roti dia beli kat kedai tadi. Dah la jiran aku tengah tanam pokok kat laman. Buat malu je. Naseb baik dia memang dah masak sangat perangai si Mina kuat menangis. Huhu.
Pastu masa tu Akram baru nak tido. Aku terus suruh dia on cctv bagi dia dengar anak dia melalak sebab aku nak masak. Dulu2 aku spam ws dia dengan video Mina. Now ada cctv senang biar dia dengar sendiri hahah. Takkan aku nak stress sorang2 kan π
Actually Mina ni senang je nak pujuk. Ko dukung dia pelok2 manjakan dia, dia terus ok. Tapi malas aku nak layan so aku biar je dulu dia melalak. Telinga aku ni boleh kata dah immune dengan tangisan dia π
Aku upload video dia melalak kat ig. Just nak tunjuk yang hidup aku takde lah tenang sangat. Sebab kadang2 orang selalu tengok hidup aku macam smooth je LoL. On the other side nak tunjuk kat orang lain yang reality tak seindah apa yang ditunjukkan di IG. IG basically semua yang indah2 je. Jarang lah orang upload benda2 sedih kat IG kecuali orang tu memang sejenis attention seekers haha!
So guys & all mom out there, kite semua hadapi benda yang sama setiap hari. We have our own struggle. No one is perfect in this world. Dan kite semua pernah marah anak sebab kite bukan malaikat. Cuma pada aku, tak salah untuk kite marah anak. Yang salah kalau kite tak minta maaf pada dorang. So jadikan habit to says sorry to them. Explain why u scold and yell at them. Tell them u are stressful & U loves them so much. InshaAllah dorang tak simpan dalam hati.
Hari Khamis hari meeting jadi mengangkut lagi double AN ke office.
Orang kat site pon sampai dah kenal dengan bebudak ni. Haha!
No virtual meeting sebab orang lain semua lelaki and basically dorang takde problem untuk datang kerja. Aku je perempuan. Takpelah aku ok je pon huhu. Selagi ada rezeki.
Kene kerja lagi. Banyak sangat kemahuan dalam list nak kene beli. Nak beli Norwex lagi. Wakakakaka.
Ni pon lagi satu hal. Nampak macam tenang je kan bebudak ni. Tapi ketahuilah aku abes meeting je dengan nasi berterabur atas lantai, kertas bersepah, buku bersepah. Allah hai sabar Wana sabar.
Balik tu singgah RnR Mex Highway belikan donat untuk bebudak. Beli jiwa lah.
Hari Jumaat mengangkut lagi dorang ke office sebab Hari Khamis
busy tak sempat nak submit claim.
Pastu supervisor belanja makan KFC
Aku tolong beli KFC ni kat Food Panda. Ya Allah sampai sejam KFC Jcorp tu dok siapkan meals. Pastu sebab lambat dia bagi lah voucher Rm5 dalam wallet.
Bila aku godek2 Apps Food Panda ni baru aku tau sebenarnya banyak gila voucher aku yang dah expired π Rugi2. Pastu ada satu voucher yang nak expired hari tu. RM15 kau. Banyak tu. Jadinya balik kerja terus decide tanak masak. Kite Food Panda aje lah.
Tapi besar kang tak payah jadi Engineer lah. Stress π
Finally Sabtu yeayyy!
Tapi tulah kerja apa je yang tak stress kan?
Jadi guard pon stress kot melayan karenah manusia. Gaji pon kecik. Stress jugak tu. Huhu.
Petang tu dok scroll2 Food Panda pikir nak makan apa.
Dulu masa Sepang takde kedai sangat dalam Food Panda stress. Now dah berpuluh kedai dalam FP pon masih stress sebab masih susah nak buat pilihan untuk makan apa.
Pernah tak korang rasa lapar tapi rasa tak tau nak makan apa. Stress kan.
Last2 aku suruh Ameera Naqeesya scroll and pilih nak makan apa. Sekali dia pilih Megi ketam kau!
Rm30 π
Naseb baik lah ada voucher RM15 haha.
Pastu Mina pilih pizza Ya Allah haritu baru makan pizza. So aku tukarkan dia ke nasi goreng.
First time order dari kedai ni. Sedap tapi ketam tu harap besar je isi tarak.
Akram cakap sebab tengah bulan. Bulan Islam awal bulan. Bulan tak penuh jadi isi ketam tak banyak. Huhu.
So menu kite ikan caru bakar dalam oven, kari udang & tempura sayur.
Aku baru kenal brand kari cap O. Sekali try masak memang sedap dan pekat. Bebudak pon suka makan walaupon agak pedas siap request lagi nak makan kari.
Tempura sayur tu aku guna tepung bestari je.
Memula cuci sayur bersih.
Bancuh sikit tepung bestari (aku guna yang spicy sedap) dengan air cukup2 nak gaulkan semua sayur tu bersalut.
Pastu salutkan dengan tepung kering. Aku mix tepung bestari dengan tepung beras. Nisbah bestari 4 beras 1.
End up bebudak suka gila. Terung, kacang panjang, bendi habes licin. Siap request nak lagi haha.
Sayur tu sayur. Haha.
Bila aku upload gambar makan dalam dulang ni ramai yang follow.
Best tau makan dalam dulang. Rebut2 dengan anak2.
Berselera.
Aku ni sebab malas nak basuh pinggan bebanyak jadi guna dulang senang. Yang ni 50cm. Beli dekat shopee je.
Pernah dengar tak pepatah jawa berbunyi "Family who eats together, stays together"
Somehow aku setuju dengan quote ni. Cuma tulah zaman sekarang ni mak pak busy bekerja kan. Jarang ada masa untuk makan satu family.
Tapi kalau boleh weekend kalau ada masa tu makan lah sama2 satu family.
Sebab aku pernah dengar satu ceramah ni.
Dia cakap kalau rasa2 family tu macam nak tumbang, try lah amalkan makan sama2.
Aku rasa sebab masa ni lah kite boleh berbual macam2 topik dan santai.
Ahad petang tu bosan2 rasa nak makan ais krim.
Tapi ais krim dah habes.
Terus lah bukak apps Bungkusit.
Dulu Bungkusit tak cover area Sepang ni. Now dah banyak. Maybe sebab ramai dah kene buang keje kan.
So aku pon order lah.
First time order kan so tak berapa faham sangat. And tak perasan rider ada chat kat apps tu. Sekali dia call cakap 'Kak, boleh tak transfer duit dulu? Takde duit lah. Rm50 pon ok'
Allah hai sayu aku dengar.
Pastu aku belek2 apps baru jumpa chat dia dah bagi nombor akaun. Aku pon transfer RM60.
Tak tau lah kalau dia memang tanak guna duit dia dulu ke takot kene tipu ke kan. Tapi kawan aku cakap mostly rider macam ni lah. Macam kais pagi makan pagi je.
Ada lagi sorang pernah cerita. Dia jual baby food. Kalau tak boleh buat delivery dia sekali guna runner. Selalu je runner cakap ngan dia kalau ada job roger2 sebab dia takde keje π
Kadang aku terfikir, aku kat rumah ni kemain syok baring2 tengok tv, makan tido, bilik aircond, walaupon Akram tak boleh balik Malaysia tapi dia pon tengah syok tido kat Qatar tu off day.
Agaknya bro2 rider ni yang dah kawen, demi nak cari rezeki, keluar awal pagi, malam baru balik. Tah2 anak pon tak jumpa jugak. weekend pon cari keje lagi. Sedihnyaa.
Walaupon upah Bungkusit ni agak mahal sikit. Macam tadi barang2 dalam RM50 je. Upah RM11. So total RM61. Aku tanya nak tambah berapa? Dia cakap eh tak payah la kak singgit je. Eh aku terus bagi dia RM5 suruh dia amik baki.
Benda ni bukak mata aku sekarang. Selama ni dok rasa bayar runner mahal walaupon cuma RM5. Tapi dorang memudahkan kerja kite. Dia jual masa dan tenaga dorang, berpanas untuk penuhkan permintaan kite. Aku tak boleh la benda2 camni. Sayu hati rasa huhu.
Kadang rasa nak berhenti kerja. Tapi aku rasa aku kene keje jugak untuk bantu sikit2 dan guna perkhidmatan dorang.
Semoga Allah permudahkan urusan dorang dan kite semua.
Terima kasih sebab ajar aku untuk lebih banyak bersyukur.
Love,
Wana.
No comments:
Post a Comment
What says U?