Thursday, March 8, 2012

Over.

                             
Semalam kan aku period.
selalunya kalau aku period memang mood takkan stabil.
lepas tuh period pain sampai rasa nak pengsan.
tapi semalam tak.
siap aku boleh pergi site, balik site pergi pos laju kat KL central sebab nak collect barang naik bas.
balik tuh boleh pergi pasar malam lagi jalan kaki dalam 10 minit.
tak rasa sakit langsung.



Sekali petang tuh Akram mesej aku.
dia baru bangun tido sebab kerja shift malam.
dia mengadu sakit perut.
aku tanya kenapa dia cakap tataw.
lepas tuh aku cakap lah maybe period pain aku pergi dekat dia kot sebab satu hari tuh aku tak rasa sakit langsung.
then dia reply "yela kan. takpe2"



itu je. tetiba nak emosi. tampar kang.
bila aku tanya dah siap nak pergi keje ke belum dia reply macam orang emosi.
alah macam orang period.
orang tak buat salah pon tetiba nak sentap.
bukan orang lain, aku jugak lah yang suka sentap tuh. hahahaha !
and now perangai tuh terkena kat Akram.



aku cakap lah dengan dia tak payah la nak emosi2.
tetiba dia reply "alah dia tuh kalau period selalu emosi takpe pulak kan"


okey fine. padan muka aku.
rasakan.



ngantuk gila hari ni.



aku bukak pesbuk aku up status cakap aku period tapi Akram yang emosi.
sekali ada sorang member aku ni reply "perlu ke bagi taw satu facebook kau period"
hahahaahahahah !


aku memang camni.
tak reti malu sikit.
dulu2 alah biasalah perempuan ni kalau period je segan nak cakap tak boleh solat dengan lelaki kan.
tapi aku rilek je.
alah biar lah dorang taw pon.
nanti bini dorang period jugak.



tapi paling best bila dah terlampau bohsan dalam kelas mulalah permainan keji.
tetiba nanti rasa tetek kene tampar.
ape lagi serangan balas lah.
keji sangat perangai.
tapi bila ingat2 balik tergelak aje.


okbai.



                                   

Wednesday, March 7, 2012

Sekali lagi

                 


Aku memang tak suka dengan kucing.
aku macam rimas sebab dorang kan suka nak manja2 kan.
sikit2 nak leset2 kat kaki.
haih rimas.
tapi kucing kat atas ni comel gila !
kalau aku dapat tuh aku picit2 dia sebab comel sangat. hahaha !



eh tapi aku takde lah tak suka kucing sangat.
kalau kucing parsi yang super gebu tuh aku sanggup nak jage.
sebab macam sedap pegang bulu2 dia tuh.
tapi lelaki banyak bulu aku tak suka. eh?




tapi tu lah mane pulak nak cekau duit beli kucing gebu mahal2 kan.
bra pon pakai yang lima belas hengget je ini nak beli kucing sampai ribu2.
memang tak lah.



hari tuh aku mesej2 dengan Pn. Saerah.
Pn. Saerah biasalah sikit aku tanya kemain jauh dia melencong.




Aku : Si A tak jadi bertunang ke?

Pn. Saerah : Haah tak jadi. Ibu pun tak tahu kenapa.

Aku : Owh yeke.

Pn. Saerah : Dengar cerita kawan adik si Z tuh nak kawen tahun ni. Maybe lepas raya. Adik bila lagi ? ha ha ha.





Persoalannya perlu ke dah tanya lepas tuh nak gelak2 ?





okbai.


                               

Tuesday, March 6, 2012

Service Edit blog

                 
Yessss.
finally siap jugak aku design kan blog kakak aku.
nak simpan resepi2 dia dalam blog katenyaa.









kakak aku nak tema pink and pepel.
tak ku sangka ibu beranak tiga pon minat kaler pink.
hewhewhew






Aku ade jugak amik tempahan buat header.

Antaranya :







Dia minat dengan anime.
tu yang nak tema anime tuh.













Dan juga header untuk blog aku yang sesuka hati aku bebila nak tukar.
huahuahua













Sesiapa yang berminat untuk memiliki blog yang menarik tapi sangat malas nak menghadap coding2 serabut tuh boleh lah tempah kat aku.
boleh email kat syazwanajamal@hotmail.com
harga boleh runding.
cewah :P







okbai.





                                        

Masalah kencing tak lawas.

                                    




Aduhhh dia datang lagi pulak.
stress betul aku.
before ni aku memang tak tahu pape pasal kencing tak lawas ni.
tapi tahun lepas masa aku pergi rumah kawan aku, aku cakap macam tak selesa sebab kejap2 rasa macam nak terkencing.
then baru aku tahu yang aku terkena kencing tak lawas.


aku takde lah selalu sangat kene.
masa aku kene tahun lepas sekali dalam bulan berapa entah. aku pon lupa.
setakat ni baru dua kali kot kene.
aku rasa sebab aku kurang minum air lah. :(



memang terseksa lah kalau kau kene penyakit ni.
kejap2 kau nak pergi toilet.
toilet kalau dekat takpe ni menapak jauh jugak lah.
tak pasal2 kang ade yang terkencing tengah jalan.

kalau kau rasa tanda2 macam kat bawah ni means kau pon dah terkena. hahaha.


Asyik-asyik nak pergi toilet. Kalau boleh nak bertapa terus kat toilet tuh.

Kencing rasa panas dan pedih. Yang ni memang rasa palat betul sakit dia. pehhhhhh.

Sakit pada bahagian ari-ari.

Tak dapat tahan kencing. Lepas tuh kalau kencing je mesti rasa tak puas. Mesti rasa macam nak terkencing lagi lepas tu.




Okey boleh rasa macam mana aku rasa sekarang.
rasa macam nak duduk je kat toilet tuh.
ada kang yang kene rasuk syaitonnirrojim sebab bertapa lama sangat kat toilet.



aku ada usha2 jugak kat google cemana aku boleh terkena kencing tak lawas ni.
maybe lah sebab kurang minum air.
tapi kot2 ade sebab lain ke kan.



Hygiene : rutin harian kebersihan dalaman like selalu tukar panties. tapi sebab aku pakai pantyliner so tukar pantyliner je lah. dan kadang2 terlupa jugak nak tukar. okey noted !

Pakai seluar dalam basah : okey sape yang selekeh sangat kan sampai nak pakai seluar dalam basah. kalau semua basah baik tak payah pakai. lagi best. berangin je. hahahahaha !

Food yang kita makan : Like yang manis2 and pedas2 sangat. Aku rasa semalam aku makan ayam merah pedas lepas tuh tak minum air lah. penyebab jugak tuh.



Okey lepas ni kene selalu tukar pantyliner, kene rajin minum air masak, kene jaga makan.
kalau tak boleh lead to batu karang.
jadi sila takut.





Biar muka tak cantik,
Tapi badan sihat walafiat






okey cukup. nak pergi toilet untuk ke sepuluh kalinya.


UPDATE ! : UBAT TERBAIK ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS..

okbai.


                                  

Monday, March 5, 2012

Bila keluar dengan lelaki yang busy.



1.00 pm : sampai mid valley.

setengah jam cari parking.

setengah jam beratur nak beli movie tiket.

nice !




2.00 pm : sampai kaunter wayang.

Fast 5 and Kongsi semua full. kene cari wayang paling lambat pukul 2.30pm sebab En. M.a.s kene balik awal (keje shift malam).


Last-last tengok Thor. tuh pon actually tiket pukul 1.50pm haku masuk wayang dah 2.10pm.
cerita dah berkurun aku baru terhegeh-hegeh nak tengok
T_________T


double nice !





3.30pm : pergi makan area rumah sendiri.

lagi-lagi Pantai Dalam.


sangattttt nice !






4.00pm : home.

=___=











ok bai.






Acah-acah kelakar pulak pesbuk ni.

                   




















naseb baik dapat balik akaun.
terus bagi password panjang sikit.
ape pon tak boleh -___-






okbai.