Showing posts with label Cerita artis. Show all posts
Showing posts with label Cerita artis. Show all posts

Monday, January 7, 2013

Passport, Indonesia, AJL dan Rahmat.



Hari ni tak sempat nak Monday Blues.
Ape tak nya masuk kerja pon lambat setengah jam.
Naseb opis aku takde punch card.
Bos pon okey. Aku suruh opismate aku cakap dengan bos jalan jem macam haram.
Bila dah masuk lambat tu tak sempat lah nak berangan-rangan ade boipren hensem macam Rahmat Mega (cecececewah sempat!).
Terus kene buat keje. Terus berpinar mata tengok drawing kat pc.
Tapi yang bestnya tengok2 jam je eh dah dekat pukul 1.00 yeay masa buncitkan perot. Ulala.


Akram punya passport.


Sabtu lepas teman Akram buat passport kat Imegresen kat Pudu Central.
Reason buat kat situ sebab kat situ bukak sampai malam.
Akram kan kerja 7 hari seminggu. Kalau weekend balik kerja dah petang.
So nak tanak memang kene pegi situ jugak lah.
Aku pon baru tau ni ada imegresen yang bukak sampai malam.


Before teman dia tu sebenarnya kitorang berperang.
Akram tu lah membebel kat aku hari Selasa lepas masa aku tengah drive.
Dia malas nak drive pastu bila aku drive dia dok komen2 ha memang nak kene lah.
Terus sentap tak layan dia seminggu.


Aku kalau memang salah aku pon aku buat bodoh je ape tah lagi kalau bukan salah aku.
Memang tak aku nak roger2 beliau.
Yesss aku ni hati keras sikit. HAHA!


Pastu Akram pulak emosi sebab jeles tengok aku bergiat aktif dalam stegeram (search : syazwana_jamal. Sempat ajeww) and fesbuk.


Menyampah sangat.
Tak paham aku.
Muke aku ni kalau tahap2 Hamis Jalikha tu boleh la nak jeles aku komen2 kat stegeram dengan lelaki lain.
Ni muke jawe asli kot.
Takde orang nak pandang la Akram oi.
Suke buat aku ferasan diva ala-ala Lisa Surihani kan.
Cewahhh. :P


Pastu aku cakap la aku boring. Dia bukan nak layan aku 24 jam (hamboi kemain lagik kau kan. Drama sangat !).
Tapi at least bukan aku keluar deting dengan orang lain pon.
Kalau aku dating dengan orang lain baru lah lain cerita.


Last2 Sabtu tu Akram call aku ajak pergi buat passport.
Aku malas nak layan dia.
Tetiba dah ada kat parking bawah rumah.
Dalam hati aku memang la suke tapi wat rilek je sudah la kan. Harap2 Akram tak bace lah ni. Wakakakka.


So Sabtu tu dekat 5 jam kitorang tunggu kat imegresen tu.
Sampai dalam pukul 4.40pm camtu.
Nombor baru 1410. Nombor Akram 1503.
Pasrah.


Dan Akram mengambil langkah selamat dengan bawak aku pergi food court dulu.
Takut aku amukan lapar lettew.
Tapi naseb baik aku tak berapa lapar sangat.
Tapi food court kat Pudu Central jauh gile kot.
Sangat tak convenience.
Dah la direction macam entah pape.
Rupanya food court tu kat blok lain.
Memang patot kitorang pergi tak ramai makan sana. Jauh sangat nak menapak.


Memang ramai giler orang Sabtu hari tu.
Dah habes cuti sekolah pon berduyun-duyun orang buat passport lagi.
Siap ada yang rilek je duduk bersila kat lantai main kad sementara tunggu nombor giliran.
Sempat aku habeskan layan fear factor Malaysia, Maharajalawak Mega, video2 lagu kat youtube sementara tunggu tu.
Dekat pukul 9.30 malam baru settle semua.
Dan terpaksa membayar parking bernilai RM13.00.


Yang bongoknya masa dah bayar kat autopay tu Akram suruh aku pegang kad parking tu.
Pastu kitorang masuk kereta.
Time tu aku pegang majalah Remaja atas riba.
Tetibe bila dah sampai kat palang nak keluar parking tu aku gelabah sebab carik kad paking tak jumpe.
Siap geledah satu beg carik tak jumpe.
Dah la dah sampai betol2 kat palang nak keluar tu.
Member kat sebelah dah geram je sebab baru beberapa minit boleh lupe.
Kekekeke.
Rupanya atas riba aku bawah majalah remaja.


Ada abang dua orang jaga palang parking dah gelak2 je.
Terasa sangat bangang pulak.
Dah teruk sangat dah tahap pelupa aku ni.


Sabtu ni sampai Khamis depan Akram bercuti dengan kawan2 dia kat Jakarta dengan Bandung.
Kawan2 dia naik Air Asia beli tiket setahun awal so dapat harga murah masa tengah offer.
Yang Akram ni sebab dia kerja ngan MAS bila2 pon dia boleh beli lah sebab dapat harga staff.
Menyampah aku.
Siap lagi cakap dengan aku "Pergi lah usha harga Air Asia berapa. Jumpe kat Jakarta eh"
Fine. Takpe.
Sementara bujang ni gasak kau lah sana. Ewahh.


Pastu semalam dia ajak pergi tengok wayang cerita Minyak Dagu.
Kemain beria lagi.
Aku tanya kenapa. Sebab nak tengok betul tak macam yang orang cerita2 pasa minyak dagu tu.
Tapi aku cakap tanak sebab aku nak tengok AJL.
Mampu tak nak pergi tengok wayang sebab nak tengok AJL?
HAHA !


Tapi aku frust la sebab lagu Black tak menang.
Naseb baik menang persembahan terbaik.
Masa time lagu anak kampung punya persembahan tu aku dah terkekek-kekek ketawa.
Serius mengimbau kenangan zaman2 kegemilangan Noraniza Idris naik pentas bawak rombongan Cik Kiah.
Tapi zaman tu boleh la menang persembahan terbaik.
Zaman sekarang orang nak yang simple yet crative.
Tak silap aku tahun lepas juri pilih Alyah persembahan terbaik jugak.
Simple je Alyah tem tu. Pusing2 jugak tapi ala-ala barbie doll dalam music box.


Kalau ikot citarasa aku, aku nak tiga lagu yang menang Teman Pengganti, Pelangi Senja and Terukir di bintang.
Bagi aku lirik lagu Teman Pengganti tu puitis jugak. Tapi juri lagi paham KOT.
Terukir di bintang tu aku pilih sebab Aizat yang nyanyi.
Aku memang minat Aizat sebab lagu2 dia best !
Kalau Yuna yang nyanyi aku tukar ke lagu Amy Search sebab aku suka dia. Hehe.


Tapi sayang sangat lagu Pelangi Senja tu best tapi Stacy nampak macam tak fit nak bawak lagu tu.
Masa turn Stacy nak nyanyi lagu tu News Feed aku penuh cakap takut nak dengar Stacy nyanyi live.
Sebab dah banyak kali tengok dia buat persembahan bawak lagu tu termengah-mengah.
Terus rasa nak berak lepas dengar lagu tu.


Hafiz memang aku suka suara dia. Lunak.
Even dia cakap biasa pon aku suka dengar.
Apatah lagi kalau nyanyi.
Sebab tu Datuk CT pon berduet dengan dia.


Dan yang paling best of coz persembahan akhir oleh rokers2 hebat !
Lagi2 ada Rahmat Mega. Auwwwwwwwwwwwww hensem gila ok.




Cair.



Mandai2 Akram je Awang BPR. Joey BPR lah. Pirahhhhhhhhhh. Awang tu yang sebelah kanan Joey tu ha. Terima kasih google sebab tolong saya.



Walaubagaimanapon (amboi ayat) tidak la ku kesah siapa pon yang menang kerana tidak lah pula ku dapat duit royalti kerana menonton AJL.
Jadi jangan nak emosi sangat lah.
Btw ape benda paling best untuk aku pow Akram masa dia pergi Bandung eh?
Jangan jawab air sirap bandung.
Aku sepak kang.
Sila takut.


Okbai.


                                     

Sunday, February 19, 2012

Akhirnya wujud jugak drama melayu yang berkualiti.

                               
Malam minggu kene duduk rumah bagi seorang yang bujang adalah sangat bosan.
ape nak buat.
Akram kene pergi kenduri tahlil.
takkan tanak bagi pergi pulak.
tak cium bau syurga nanti. eh?



hari tuh gaduh sampai ramai telefon tanya kenapa.
siap up entry poyo. kahhh kahhh.
hari ni dah baik.
beselah orang tak matang memang camni :P



disebabkan duduk rumah saje malam minggu ape lagi yang boleh dibuat selain online fesbuk and blog.
dan juga layan cerekarama tv3.
naseb baik cerita Puan Hajjah Ziela Jalil sangat superb.
berbaloi jugak haku tengok.
siapa tak tengok boleh pergi donlod kat mana2 okey.
worth watching it !
tajuk dia Jujur aku dayus.





masa aku tengok cerita tuh dalam hati aku ni asyik je cakap "cantiknya Nora Danish ni"
patot lah Akram dok gila-gila kat Nora Danish ni.
lepas tuh si Beto tuh boleh tahan dasyat die berlakon eh.
tetiba pulak dia macam femes.
tak silap aku ada satu cerita tuh dia berlakon lepas tuh terus femes.
lupa pulak aku cerita apa tuh.



aku takde lah jenis yang suka gila cerita melayu ni. takde pulak poyo sangat sampai tak tengok cerita melayu kan.
kalau cerita tuh best kompem aku layan.
alah semua cerita pon kalau best aku layan.
tapi disebab kan before ni cerita melayu semua ending tergantung lah itu lah ini lah so aku bet semua orang pon menyampah.
lagi2 kalau kite boleh predict jalan cerita tuh.
sumpah bosan.



tapi cerita ni lain.
masa tengok cerita tu neves gila kot.
lepas tuh asyik tengok jam bila nak ending sebab tak sabar nak tahu ape ending dia.
aku predict si beto tu buat salah sebab tu dia jadi macam tuh.
sekali bila dia cerita aku ingat nora danish pulak yang salah.
rupe2 nya dua2 pon tak salah.
aduh sakit jantung.



cubalah kau bayangkan kalau kau tengah jalan2 dengan pakwe kau tetiba ada orang pandang kau cakap "i will marry you one day"
agak-agak ape kau nak buat?


kalau aku, pandang pakwe kat sebelah. sengih-sengih. lepas tuh cakap kat pakwe "saya tak sangka saya sangat hot"



dan sampai sekarang still berfikir wujud ke lelaki macam edree tuh.
well mungkin ada istilah jatuh cinta pandang pertama.
tapi ayat keramat si beto tuh mungkin tade sape pernah buat.
mungkin lah.



okbai.


                                     

Tuesday, February 7, 2012

Peminat Muslim Ahmad jangan kecewa ye.

                        

rasa macam dah lama tak cerita pasal si hensem Muslim Ahmad ni.
sebabnya sekarang ni macam dah kureng sikit suke tengok bola.
kalau tengok pon sambil2 online.
sambil2 baca blog orang.


hari tuh ada sorang budak komen dekat entry ni.

katenyeee


Skrg muslim dah couple dgn org lain . Dia putus dgn awek lama dia tu bulan 4 tahun 2011 . Dorang dah lama couple , masa sekolah lg .
Nie kita tahu sendiri dari awek lama dia :)




so kepada semua peminat2 Muslim Ahmad sila jangan frust ye.
kumbang bukan seekor. eh.


lagi pon Muslim tuh adik2 aku je.
setakat minat geli2 gitu boleh lah.
takde lah fanatik sangat.
cewahhhhhhh ayat orang tak dapat camni lah. cuba dapat?
kahhh kahhhh.


hari tuh aku tanya Akram dia main bola untuk MAS jadi ape?


dengan riaknya dia jawab "mestilah jaga defend. macam Muslim"


pirahhhhhhh.
ada hati nak jadi Muslim.
tinggi pon dah jauh beza.
hahahahahahahahaha.


okbai.


                             

Thursday, January 12, 2012

Itulah orang tue2 dah cakap jangan tak suke sangat..

                                  



aku ni tak tahu lah terkene sumpahan ke ape ke.
tapi aku macam sedar yang benda2 aku tak suka before ni mesti akan end up with sama ada aku akan pakai benda tuh or buat benda tuh or else.


contoh dulu aku memang menyampah kalau lelaki merokok ni.
macam bajet cool gila.
alah zaman budak2 sekolah dulu kan.
kalau tanya lelaki idaman mesti nak cakap yang penting tak merokok.
dan agak bangga jugak bila x-bf aku dulu tak merokok. kahh kahh !


sekali zaman realiti nya sekarang dapat Akram yang merokok.
ape punya nasib lah. hahahahha !
hari tuh ade gak sekali aku sound dia.
yelah boleh pulak sanggup tak makan daripada tak rokok.
ape punya perangai lah. bagi penampar sekali kang.



lepas tuh dulu time study mati2 aku cakap lepas belajar aku nak kerja. taknak dah sambung2 study ni. penat.
beria punya azam.
sekali lepas konvo amik kau.
tersadai kat UNITEN buat master.
memang lah kerja jugak buat research.
tapiiiiii still kene baca journal, buat paper, bla bla bla...



and pernah dulu aku memang tak suka yang amat dengan kereta Kelisa.
aku rasa sangat hodoh dan entah hape2.
better kancil.
kalau orang cakap suka Kelisa bermati-matian aku bangkang.
but now aku rasa alahai comel jugak kereta kelisa ni.
rasa nak lempang diri sendiri pon ade sekarang.



yang terbaru, dulu punya lah kerek aku pandang henpon touchsekerin ni.
konon susah nak taip lah, jari besar lah.
so aku aim nak pakai BB.
beria dah usha BB daripada Digital Mall sampai ke Pertama Kompleks.
sekali beli jugak Samsung Y yang tacsekerin tuh.
okey jugak menaip walaupon jari besar. kahhh kahhhh !
ape pon tak boleh.
































mungkin lepas ni aku patot menyampah tengok Randy Pangalela







mimpi sampai ke bintang lah.
hahahahahaha !


okbai.