Friday, July 20, 2012

Dinner @ Bawal Power Uptown Damansara Utama

                                           
Set Bawal RM10.00


Semalam dinner kat Uptown Damansara Utama.
carik gerai Bawal Power.
yang pernah masuk jalan2 carik makan dulu tuh.
gerai arwah bob kuman and kawan dia.

Akram lah beria nak rasa nak rasa.
dah lama jugak dia cakap nak pergi makan kat sana.
tapi sebab jauh memang malas nak pergi.
tetiba semalam die terlebih rajin pulak nak drive.
so pergi lah kami.

Sebenarnya semalam aku just makan breakfast nasi goreng je. Tengah hari tak makan.
tapi tak tahu apesal malam tu macam tak lapar je.
mungkin perut aku dah kecik kot.
hahaha !

so kitorang amik set bawal besar 1 full set tambah set bawal kecik 1 taknak nasi dia nak ikan dia je.
yang bawal kecik tu ikan dia 3 ekor.
aku amik nasi suku ikan bawal besar suku yang lain Akram abeskan.
aku rasa biasa je takde lah power mana pon.
aku rasa aku goreng ikan bawal pon same je macam tuh.
kari dia pulak macam kari mamak takde santan.
lepas tuh sayur dia bagi ulam-ulam yang memang kitorang tak makan.

Akram memang tak makan sayur.
Aku pulak makan sayur mentah ni cuma dengan nasi kerabu je.
jadinya kitorang ni kira makan nasi dengan ikan goreng je pon.
Akram pon cakap ikan dia biasaje. tapi takpe lah kite cube kan.
dah cuba baru tahu.

makan camtu pon dah RM18.00
tak berbaloi lah. huhu.



okbai.



                                     

Thursday, July 19, 2012

Banyak betul penyakitnya.

                                   
Aku kan pernah cakap before ni aku pernah kene kencing tak lawas kan.
minggu lepas seminggu jugak lah aku kena lagi.
baru semalam dia macam okey sikit.
itupon setelah menghabeskan duit dekat 70 hengget.
*nanges*



aku rasa setiap kali keluar makan aku order air barli.
barli suam lagi.
sebab orang cakap air barli boleh cegah kencing tak lawas ni.
tapi tatapppp kene.



walaupon takde lah sakit macam sakit nak bersalin tu *macam pernah bersalin kan*
okey tukar lah.
walaupon takde lah sakit macam period pain tapi tetap sakit tau.
at least kalau kene period pain tu kau boleh la makan ubat, minum susu, tuam perut dengan benda panas pastu tido.
tapi kencing tak lawas ni nak tido pon terganggu.
kalau tengah tido dia rasa nak terkencing boleh ke taknak bangun?
pulak tu sakit kat bahagian ehem ehem kau. bahagian paling sensitif.
paham2 je lah kan.



Akram cakap banyak betul penyakit aku.
amboi merungut nampak.
hahaha !
Akram memang banyak kali suruh aku pergi klinik tapi aku kan kedekut. kahh kahh.


aku cakap dengan Pn. Ibu. Pn. Ibu suruh pergi farmasi beli ubat.
rupanya Pn. Ibu pon selalu jugak kene.
so dia memang selalu standby ubat.
dia cakap ubat cecair.
so ahad lepas alang2 aku ke Paradigm Mall aku singgah farmasi dalam tu.
dah sakit2 pon still nak berjalan. dasar perempuan. hihihi


tapi farmacist tu bagi aku ubat macam serbuk.
yang kene larutkan dalam air tu.
bila tuang dalam air dia bagi reaction macam panadol soluble masuk dalam air.
tapi naseb baik rasa dia just masin je. tak payau macam panadol soluble tu.
aku beli 4 paket ke 6 paket. lupa sudah.
tapi dah dua hari minum still takde ape2 effect.


so hari selasa tu aku pergi farmasi dekat2 dengan rumah aku.
mula2 dia nak bagi aku ubat yang macam aku beli tu tapi aku pon cerita lah yang ubat tu tak jalan.
aku tanya ade ubat air tak. farmacist tu cakap ubat air sangat tak sedap.
eleh macam lah ade ubat yang sedap kan. haha !
takde lah dia cakap ubat cecair tu rasa payau camtu.


so dia bagi aku ubat lawas kencing yang jenis gel dengan ubat mati kuman.


Ini ubat lawas kencing. makan 3 kali sehari sebelum makan.




Ini pulak ubat mati kuman. 3 bijik. makan sekali sehari sebelum makan.



Pharmacist tu cakap selalu nya orang kene kencing tak lawas ni sebab kurang minum air.
pastu suke sangat tahan2 kencing.

okey aku ni bukan lah tak suka minum air.
aku suka je minum air masak.
tapi disebabkan toilet kat opis aku ni jauh nak menapak so aku malas sangat nak minum air.

nanti kalau asyik minum air kejap2 nak pergi toilet.
kang 15 minit lagi nak pergi toilet.
penat lah.

aku ni dah la daya kemutan untuk menahan kencing tak tak berapa nak kuat.
kesian kan tak kawen lagi daya kemutan dah lemah.
*cepat-cepat google jamu*  eh?



Pastu pharmacist tu cakap air kencing kita kan ade kuman kan.
so kalau kite suka sangat tahan kencing, kuman2 dalam air kencing tu boleh melekat kat pundi kencing kita.
so bila kita rasa sakit masa kencing tu maknanya kuman tu ade kat badan kita.
bila kita dah pernah kene, lagi senang kuman tu nak melekat sebab dia dah ade tapak.
so pharmacist tu suruh aku minum jus craneberry sekali.






Jus ni bukan ubat.
tapi dia mencegah untuk kene kencing tak lawas ni.
50 hengget kau.
dah la masam yang amat.
kalau bulan pose ni minum lepas berbuka and lepas bersahur.


yang ubat lawas kencing tu kene makan 3 hari je.
pharmacist tu cakap itu ubat antibiotik so tak boleh makan banyak.
kalau tak okey lepas 3 hari dia suruh minum jus ni je.
tapi lepas sehari aku makan ubat tu alhamdulillah dah okey sikit.
dah tak rasa sangat dah sakit bila kencing tu.
lepas kencing pulak takde dah rasa tak puas.


mulai hari ni terpaksa jugak minum air banyak.
jadi minah toilet pon jadi lah.
asalkan sihat.

kalau biar boleh kene penyakit buah pinggang.

korang sanggup?
aku tak.



UPDATE ! : UBAT TERBAIK ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS..

okbai.


                                               

Monday, July 16, 2012

Agaknye dia dah kene manderem dengan bini dia kot.

                           
Hari tu kan aku ade pos pasal Nyonya Tan yang mati kene ragut tu kan.
tak sangka pulak aku yang hari tuh Akram mengalami situasi camtu jugak.
bukan lah Akram kene ragut tapi situasi which is dia nak lalu jalan tu tapi ade mamat Indon terbaring tengah jalan dengan motor2 sekali terbaring.


Jumaat lepas Akram balik kampung.
Bertolak Jumaat malam dalam 1030pm camtu.
singgah rehat lepak makan sampai Pontian dalam 2pagi camtu.
jalan masuk kampung biasalah kan kecik pastu sebijik kereta je boleh lalu.
pulak tu jalan gelap pulak.
tetiba je dia nampak ade sorang mamat ni terbaring tengah jalan dengan motor terbaring.
nak taknak memang mamat tu terpaksa bla lah supaya kereta dia boleh lalu.


so Akram call polis.
tapi yang polis ni punya lah lembab nak datang.
sejam call baru sampai.
macam Kak Reena komen entry nyonya tan tuh.  "Akak rasa, mungkin dah ada orang call kot, cuma polis / ambulan je yang lambat sampai. Eh. Hehehe... sebab apa akak cakap camgini. Sebab akak pernah hilang kereta depan rumah (pukul 1:30 pagi), akak nampak kereta kena bawak lari (sebab dengar alarm kereta bunyi tak berhenti). Cepat-cepat telefon polis. Sejam kemudian baru polis sampai -____-"


Lepas call polis die pergi lepak rumah kawan dia dulu.
Akram cakap mamat Indon tu mabuk tu yang terbaring tengah jalan tu.
sebab dia bau macam bau something lah.
tapi dia cakap masa polis sampai mamat tuh dah bla dah.
aku pon tak berapa nak paham sangat. hahaha !



tapi naseb baik lah kan tak kene samun ke ape ke.
orang mabuk ni bukan sedar. kang tak pasal2 kang tetiba keluar pisau segala.
naye je.
last2 dalam 4 lebih baru settle semua.



Hari Jumaat petang hari tu aku bosan gila so aku ajak kawan aku keluar.
pergi lah ke Mines.
nampak pulak kedai takoyaki kat Mines.
aku memang suka gila makan takoyaki tapi before ni selalu beli kat Mid Valley je.
sedap !
tapi setiap kali nak beli tu terpakse beratur panjang tunggu nombor giliran.



so aku order takoyaki dengan okonomiyaki.


Takoyaki





Okonomiyaki



Masa makanan ni sampai benda yang atas tu bergoyang-goyang. maybe kene angin kot.
pastu kitorang macam "eh benda ni hidup lagi ke?"
hahahaha !
tapi seyesly macam benda hidup yang bergerak-gerak. pastu masing2 takut nak makan. hihi.


Takoyaki tu aku rasa yang kat Mid Valley tu lagi sedap.
yang okonomiyaki tu pulak tak sure lah sebab first time rasa.
tapi tak habes pon.
okonomiyaki tu separuh aku bungkus bawak balik.
memang besar gila.



pastu semalam saje aku ajak kawan aku pergi jalan-jalan kat Paradigm Mall.
kate baru bukak kan.
haruslah terjah.
tapi aku rasa Mid Valley lagi best kot.
ecehhh semua nak Mid Valley kan. haha !


kat Paradigm Mall tu fast food yang ade cume burger king je kot.
pastu macam banyak je restoran yang bukan kita familiar.
restoran yang aku kenal adelah Subway, Chicken Rice Shop, Burger King.
yang lain semua tak kenal.
last2 pi makan kat Teh Tarik stall. Kedai mamak.
tapi kene order sendiri kat kaunter eh. boleh?
tapi servise charge nak 5%.


yang paling aku bengang lagi lah.
before kitorang makan pergi la check directory.
time tu ade sorang mamat cina ni bawak troli berdiri betul2 kat depan directory tu.
pastu anak2 dia dua orang sibuk tekan2 directory tu.
kitorang tengok2 je. pastu mamat cina tu nampak kitorang boleh dia buat bodoh dengan muka toya nak mampus.
lama jugak lah macam tu. padahal bukan dia guna directory tu. dia boleh pergi biar anak2 dia tekan2 benda tu.
bila aku datang dekat and nak guna directory tu dia boleh taknak bla.
aku memang rasa nak mencarut je kat situ.



last2 aku cakap nak guna ke? kalau taknak guna kitorang nak guna.
pastu dia cakap tak guna pon.
tapi ko tau ape dia buat?
dia tak bla pon. dia gerak sikit je.
dah aku pulak yang nak kene tolak2 troli dia sikit.
perangai memang lahanat.
muka dah macam kene manderem dengan bini.
eh sabo je lah aku.
member aku pon cakap muka die dah macam kene manderem dengan binik.
yelah toye pastu orang cakap macam takde respon.



tapi seyes lah kat sana memang ramai gila kaum dorang.
semua pulak jenis yang annoying.
tak koserrrrrr aku nak datang lagi.
dah la tak best.
baik aku pergi mines ke, alamanda ke, jusco ke.
boleh bla Paradigm Mall.



okbai.



                                               

Friday, July 13, 2012

Apa yang dah jadi sebenarnya?

                                 
Korang tengok tak berita tb3 ke tb9 malam kelmarin?
berita pukul 8 malam.
cewah tetiba up cerita pasal berita kan. macam kan hari2 kau tengok berita wana.
padahal malam kelmarin tuh tertengok je sebab malas nak pergi mandi.
before2 ni jangan harap kerajinan nak tengok berita tu ade. selalunya berita yang mendodoikan aku.
baca paper lagi lah haram.
kalau dah bosan tahap gaban baru lah beli paper. tu pon selak2 sikit. baca tajuk. baca pendahuluan sikit baca penutup sikit tengok2 gambar sikit pastu tutup balik paper. hehe.
tapi kat bahagian gossip retis aku baca lama sikit lah. wakakakaka. astarafirullahalazim wana wana.


disebabkan malam kelmarin aku tengok berita maka aku pon tertengok lah ade satu insiden yang berlaku kat Pulau Pinang ni.
Ada sorang nyonya ni (Tan) kene ragut dengan mat rempit pastu dia pengsan kat tengah2 jalan.




Yang menggemparkan insiden tuh sebab daripada rakaman CCTV, ada tujuh orang yang lalu lalang kat kawasan tu tak pedulikan pon si Nyonya Tan yang terbaring tengah jalan tu.
Masa tuh pukul 6pagi.
so maybe kawasan tu gelap lagi lah.
masa Tan ke ragut tu takde sape saksi. Masa dia dah terbaring atas jalan pengsan baru ade orang lalu-lalang.



Tapi lepas tu ade 4 orang lelaki yang tolong mangsa. And sadly mangsa mati 9jam lepas tu kat hospital.
Persoalannya betul ke rakyat Malaysia ni dah hilang perasaan simpati?
Dah takde hati perut?



Kalau korang ingat or pernah tengok dalam berita jugak before ni yang budak perempuan kat China kene langgar dengan lori tuh and CCTV tunjuk takde sape pon nak tolong budak tu.
same macam kisah nyonya ni cuma bezanye budak tu kene langgar kat China.
Nyonya tu pulak kene ragut kat Malaysia.


Betul ke rakyat Malaysia makin pentingkan diri sendiri?


So semalam masa aku makan dengan Akram aku cerita kat dia pasal benda ni.
Dan kitorang punya pendapat sama.



comel gila Akram tengah makan pon boleh buat perbelanjaan kira-kira lagi. hik hik. tapi tulisan Akram buruk kan. sebab tu selalu paksa aku tulis ucapan kat kad kawen nak bagi orang. aptb.



So aku pon cerita lah kat Akram kalau aku ade kat tempat kejadian pon aku tak sure yang aku akan tolong ke tak.
sebabnya sekarang ni macam2 benda boleh berlaku.
walaupon pihak polis cakap kadar jenayah kat Malaysia ni dah berkurang tapi aku tetap rasa tak selamat dah bila nak keluar rumah lagi2 dengan kejadian samun kat parking mall makin banyak.
adoii camne nak pergi sopink dengan bff aku ahad ni. takut lah pulak. huhuhu.



yelah kan asal tengok berita je kes samun. tak pon ragut. tak pon paling ngeri kene culik.
sape tak takur derr.
cuba bayangkan kalau niat kita baik nak tolong orang yang pengsan tengah jalan tapi tetiba orang tu acu pisau kat kita.
rupa-rupanya dia pura-pura pengsan.
rupa-rupanya dia nak samun kita.
rupa-rupanya dia nak duit kita.
rupa-rupanya dia memperdayakan kita je.
arggghhhhhhhhhhhhhh.
camne?
dah la time tuh pukul 6 pagi. gelap.



tapi kalau aku lah kan. kalau aku jalan sorang2 kat tempat camtu pastu nampak orang terbaring kat jalan camtu maybe aku takkan dekat tapi aku akan call polis dari jarak jauh.
untuk keselamatan lah kan.
lain lah kalau aku jalan dengan 5 orang lelaki ke boleh la nak tengok2 pon.
ape2 hal at least dorang boleh tolong aku.
tu pon kalau badan semua macam abang aaron ajis lah.
kalau badan semua macam tiang je balik tak payah. kahh kahhh.



macam Akram cakap jugak.
rakyat Malaysia ni sebenarnya baik hati. Tapi disebabkan dekat Malaysia ni dah banyak sangat kejadian jenayah maka orang akan pikir dua tiga kali untuk tolong orang lain.
takut2 kalau kita baik sangat tolong orang, kita pulak yang kene.
betul tak?
orang sekarang kan sanggup buat ape je demi duit.
wallahhualam. mintak jauh dari tu semua.



contoh, ade orang buat2 terlanggar bontot kereta kau. tetiba kau keluar terus kene samun.
tak pon ada orang buat2 tanya jalan tetiba kau kene acu pisau.
tak pon macam kes ni dia buat2 pengsan tetiba kau datang dekat dia bangun terus acu parang.
segala nya mungkin.



tapi maybe orang2 yang lalu lalang tu patot call polis dari jarak jauh kan?

kalau korang ?






okbai.


                                                     

Wednesday, July 11, 2012

Diet konon.

                                   



Poyo lah Akram. Diet konon.
Menyampah.


Takpe kite buat muka kesian + comel.
Akram mane boleh tengok muke kesian aku.
Nanti mesti dia cakap "Eleh. Kenapa muka camtu"
Hehehehe.
Takpon kite buat manja2 sikit dengan dia. Mesti dia cair.
Kahhh kahhh #okbai.



Camne lah nak kurus camni (sambil lari2 carik penimbang)
takpe bulan pose nanti mesti boleh turun.
yakin boleh ! wana boleh ! pasti boleh !


Takpe Akram, aku akan pastikan kita pergi tempat ni.
Berani nak cakap taknak.
Berani nak buat aku amukan super saiya.
Muahahahahahaha !




Talapia Penyet ! Tunggu dakuuuuuuuuuuuuuuu !
credit SINI.




okbai.



                                                   

Tuesday, July 10, 2012

Ayam Penyet AP

                                 

sorry lah kalau blog aku dah jadi macam blog jalan-jalan carik makan je.
asal update je gambar makanan. asal ade gambar makanan je aku update.
well nak buat camne aku dengan Akram memang suke pergi makan.
dan mencuba tempat2 makan.
kitorang ni memang jarang la kalau keluar tu nak pergi tengok wayang ke pergi mall ke.
typical date sangat. haha !
kitorang suka jalan-jalan tempat baru.
try makanan kat tempat baru.
kalau tengok wayang tu adelah sebulan sekali. tak pon dua bulan sekali.



Hari Ahad hari tuh nampak A&W. Lepas tuh rasa macam teringin gila nak makan waffle dia. Padahal takde lah sedap mana pon tapi tekak ni macam cakap nak nak je. So paksa Akram pergi A&W jugak. Last2 waffle tuh tak abes pon. Sebabnya tepung dia tebal sangat lah. Pastu macam tak masak sangat. Dan akhirnya Akram yang kene habeskan. Hehehe.




Perangai aku ni, aku memang kuat makan. Tapi selalunya aku makan dalam kuantiti yang sikit.
Takde lah sikit sangat. Tapi takde lah sampai tahap mengketedarah tu.
Aku akan makan sikit tapi selang setengah jam aku akan cakap lapar.
Dan orang yang paling tensen of coz lah Akram sebab aku cakap kat dia je aku lapar.


Pernah sekali tu kitorang tengah jalan2 kat Carefour.
Tengah jalan-jalan tu tetiba Akram tutup mata aku. Pastu cakap "Jangan tengok. Bahaya. Jangan tengok"
Rupa-rupanya kat depan tu ade kedai makan.
Siot je. Pttfffffff.


Dan setiap kali makan nasi berlauk aku akan pindahkan nasi aku sikit kat pinggan Akram.
Sebab aku takkan habes punya.
Dan dia selalu cakap aku ni faktor menyumbang kegemukan dia. kahh kahh.
naseb lah :P




Pastu malam tu teringin pulak nak makan ayam penyet. Dekat2 area situ pulak memang ade restoran ayam penyet AP. aku tak pernah try. so kitorang pon makan situ je. tak ramai orang.





Order Nasi Putih Ayam Penyet 2. Teh O Limau Suam satu. Air Suam 1.





Nak fokus kat Smashed Prawn tu sebenarnya. Ade eh Udang penyet? Aku ingatkan Ayam penyet je ade. First time dengar.





Ini lah kerja mamat ni kalau takde kerja. Ayat apakah ini. Kerja tapi takde kerja. Bukankah main game itu satu pekerjaan. Ahhh abaikan.
Pantang free sikit. Tak abes2 dengan game ape entah tu. diamond ape entah. Menyampah. Dah la Cover kaler pink. 






Nasi Putih Ayam Penyet. Servis boleh tahan cepat maybe sebab tak ramai orang kot. Masa kitorang makan ade lah dalam 4 group lagi yang tengah makan.





Aku rasa ayam penyet dia biasa je kot. Aku lagi suka Ayam Penyet Wong Solo sebab dia ada sayur terung sambal yang sedap ! Pastu sambal dia ada dua jenis kot tak salah. And yang penting kalau taknak makan ayam penyet, kat Wong Solo ade ayam bakar yang sedap gila ! 




Kawan aku cakap dia makan kat Wong Solo tak sedap.
Well taste orang lain2 kan.
Dia cakap ayam penyet kat restoran periuk belanga lagi sedap.
okey nanti nak ajak Akram pergi try.


Selalu kalau makan kat Wong Solo amik set ayam penyet RM10.90.
Nasi Putih, Ayam penyet dengan air mineral yang plastik kecik tuh.

Kat Ayam Penyet AP ni kene order lain2.
Nasi Putih RM1.50.
Ayam Penyet pulak RM8.50.








Ini pinggan aku sesudah makan. Aku memang tak suka nak kemas2 pinggan ni. Sebab kita kan bayar servis charge. So bagi lah dorang buat kerja. Mahal tu servis charge. 5% tu. huhu.






Ni pulak pinggan Akram. Akram memang suka mengemas. Bajet rajen lah. Bla lah. *tetiba*
Takpe. Bagus2. Inilah ciri2 lelaki yang kita sebagai perempuan impikan *mata ke atas*





Dan tengok resit ni aku pelik. Air suam = Open Drink ?
Ke open drink tu membawa maksud lain ? Naseb baik free. So jangan banyak cakap. hahaha ! Dah kenyang mari kita balik tidoooooooooooo.




okbai.