Showing posts with label Vector. Show all posts
Showing posts with label Vector. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Berjanggut nak siap.

                            
Hola selamat tengahari.
aku tak pergi lunch sebab diet.
motip sangat nak cakap kat orang kan macam kan ade orang kisah kau gemuk ke kurus.
eh tapi Akram kisah. hahahahahahha !


okey dah cukup gelak.
ingat lagi entry aku yang aku nak bagi vector free?
daripada before cuti si Dhiera ni email gambar die kat aku.
tapi hari ni baru siap.
well aku kan busy mengalahkan perdana menteri.
PM tuh buat2 busy je.


okey tak payah nak cakap banyak.
ini hasilnya.


*update : sebab ramai sangat yang tanya ni aku bagi taw. aku lukis pakai microsoft excel. tak guna pon AI jadah tuh. mungkin belum tiba masa untuk aku explore AI lagi. satu2 dulu. keh keh. ada masa aku ajar okey. doakan aku rajin lah :P



ini gambar masa dia bertunang.
untunglah tak lama lagi nak kawen.
bila lah aku nak kawen ni.
asyik2 kene pergi kenduri kawen orang.


21 January ni sampai tiga jemputan aku dapat.
hmmm hmmmm time tuh maybe takde kat Malaysia.
sedihh kot tak dapat pegi.


mak aku pon dah bising asyik pergi rewang rumah jiran2 anak sendiri entah bila nak kawen.
alah ibu don't worry lah.  ur daughter ni so hot.
sape2 pon nak lah.
ibu sediakan duit je secukupnya.
kite terus hantar rombongan meminang.
kahhh kahhhh.
eh terlari topik pulak.



wahai dhiera yang ayu.
kawen jangan lupe jemput tahu.
kalau tak saya tacing.
eh?


macam biasa kalau ade yang nak tempah boleh email kan kepada syazwanajamal@hotmail.com.
harga boleh dirunding. keh keh.
okbai.

                      

Monday, December 26, 2011

Dan pemenangnya ialah ....

                           
Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat ni aku cuti.
so tahun depan baru naik kerja balik.
cewahh bunyik macam lama je kan padahal nexwik dah masuk 2012.


ni pon baru je sampai rumah family dekat Kota Tinggi.
daripada sabtu, ahad sampai arini dok berjalan dari Melaka sampai ke Muar sampai ke batu pahat fuhhh penat gila.


memang banyak gila aku nak cerita ni tapi biasalah kalau dah dekat rumah memang akan amat jarang untuk meluangkan masa bersama blog.
lagi2 sebab zara ada dekat rumah jugak.
memang tangan aku nak gentel pipi dia je lah instead of menulis kat sini.
keh keh.


okey dah. pendahuluan pon nak panjang2 macam kan ada orang kisah.
fine now aku nak umumkan pemenang untuk giveaway simple aku hari tuh.
sorry sangat untuk sapa2 yang tunggu2 kan.



dan pemenangnya ialah Dhiera.
yeayy !!
aku dah pon emel dia just aku tak check emel aku lagi je. busy katekan :P


okey keputusan ni Hazwan yang buat.
kalau korang tak puas hati pergi serang dia.
nah amik nombor dia 017-7251364







eh ada yang call betul2 ke ?
itu kan nombor telefon dalam satu lagu dulu2 sape entah yang nyanyi aku pon dah lupe.



okey2 keputusan muktamad di tangan Hazwan.
aku memang tak campur langsung sebab kalau aku yang pilih kompem aku rasa semua pemenang.
matik lah nak lukis bebanyak.
hihihi.



maybe next time boleh cuba lagi okey :)




nak pergi makan.
maklum lah dekat Home sweet home kan.


okbai.



                              

Friday, December 23, 2011

The making of Vector and ehem ehem wana nak bagi vector for free ?

                  
ini sticky post. entry baru di bawah :)

                        
ada satu hari tuh aku bukak email tiba2 tersenyum.
ada orang nak tempah lukisan vector daripada aku.
ni semua sebab naz cci up entry pasal vector aku dekat blog dia.
hihihi.




ni dia orangnya yang menempah. nama dia Ni Da.
aku tak sure dia da blog ke tak.






memula kene draft gambar dulu.
memang leceh.
kene banyak sabar.





close-up sikit.
hehehe.






dah siap garisan barulah boleh main kaler2.
main kaler pon stress jugak.
tapi fun sebab benda yang aku suka kan.
ce kalau boss suruh buat keje manjangg muka aku masam.
keh keh :P






lepas tuh kita tambah background sikit bagi ceria.
hihihi.






and done after 3 hours.
fuhhh berpeluh ketiak haa.






ehem sempena hujung tahun ni dan sempena aku nak bercuti seminggu ni aku nak bagi vector free kat sorang pembaca bertuah blog ni.
yelah dah setahun lebih ada blog tak pernah nak buat penghargaan kan.
ahkak takde duit uolls nak buat giveaway2 ni.
sob sob.



jadi kepada anda yang berminat untuk mendapatkan vector free senang sajeee.
tak payah follow tak payah buat entry tak payah tag2 bagai sebab aku pon paling pemalas kalau nak join giveaway leceh cenggitu. hihi :P



just komen entry ni dengan ayat "saya nak wana vectorkan gambar saya kerana ............... "


pemenang akan dipilih berdasarkan komen yang paling kreatif.
bukan aku yang pilih tapi aku pon belum tentukan sape yang akan jadi juri. hihi 

oh jangan lupa tinggalkan email sekali ye.


tarikh tutup akan diberitahu kelak.

sebelum lupa, komen takkan dipublish sampai tarikh tutup untuk mengelakkan peniruan.
hihihi


gud luck :)



kalau nak tengok contoh gambar lain yang aku vectorkan boleh klik SINI.
okbai.

                                   
 

Antara sahabat dan kekasih.

                 



kalau terpaksa memilih antara bestfriend dan juga boyfriend, mana satu yang akan dipilih ?




ada orang akan pilih bestfriend.
tak kurang jugak yang akan pilih boyfriend.
konon boipren akan tinggalkan kite, akan curang, akan berubah perasaan and so wateva.
bestpren pulak konon setia, ada susah dan senang, susah nak cari ganti and bla bla bla.
setiap orang akan bagi jawapan yang berbeza. nama pon manusia.



tapi bagi aku, aku takkan pilih sesiapa.
memang setiap jawapan ada pro and contra.
setiap jawapan ada risikonya.
kalau kau cakap boipren boleh tinggalkan kau, tapi kau kene tahu yang bestfren pon boleh tinggalkan kau sekelip mata.



dah berapa banyak entry aku baca pasal sahabat yang tak jujur.
sahabat yang ada waktu senang je.
waktu susah harammm.
sahabat yang sanggup tipu kita semata-mata sebab duit.
macam kess Fizo Omar tuh.
tak memasal tanggung hutang.
sape punya keje kalau bukan kawan ?





zaman sekarang kawan boleh berubah jadi lawan dalam sekelip mata je.
sebab dalam hidup ni kau tak boleh percayakan sesiapa 100% walaupon kawan ko dah berjanji nak susah senang dunia akhirat.
kau patot percaya diri kau sendiri sahaja.



macam aku, banyak jugak aku dah jumpa kawan macam ni.
bila kite senang memang kawan keliling pinggang.
tapi bila kite minta tolong ?
semua lari.
aku tak cakap aku adalah sahabat yang baik.
tapi aku sedaya upaya menjaga hati kawan2 aku.
walaupon aku selalu kene tipu sebab mungkin aku terlalu lembut hati :')



sepatutnya aku gembira hari ni sebab hari ni last day aku kerja untuk tahun 2011.
tapiiiii.
hmmm fikiran aku macam bercelaru.
memikirkan orang2 di sekeliling aku.





bagi aku, kalau sahabat aku tuh nak berubah memang bagus.
tapi ingat, kalau dah berubah tuh tegur2 lah orang lain dengan cara berhemah.
bukan dengan cara yang menyakitkan dan mengecilkan hati.
jangan ingat bila kau dah berubah ke arah kebaikan kau akan jadi betul untuk semua perkara.
itu salah.




sekarang ni aku memang takut sangat nak cakap buruk pasal orang.
takut aku sendiri buat benda yang sama satu hari nanti.
serabutnya hari Jumaat aku ni.
entry sedikit kecewa di situ.



tapi satu benda yang pasti.
aku hampir menangis tengok video Dumex Dugro Sayang Mama Full Version kat bawah ni.
tengok ombak rindu pon aku tak nangis tahu.







oh video ni sangat menyentuh hati.
nasib baik esok aku balik rumah :)





Pada sesiapa lagi yang berminat untuk dapatkan vector free boleh klik SINI.
komen pada entry tersebut. mana tahu anda bertuah.
komen paling kreatif akan dipilih oleh Hazwan sebab dia budak seni.
aku budak comel so tak berseni. kahh kahh.


Giveaway akan ditutup tepat pukul 4 petang ini. jadi sila cepat.
harap maklum.



okbai.




                                      

Monday, December 5, 2011

Vector Naz Cahaya Cinta Ilahi

                                              

Tahu tak betapa takde moodnya aku hari Isnin ni.
monday blue katenyeee.
dah la boss aku suruh marking test student dia yang takde kene mengena dengan aku.
sebab aku baik aku tak buat kerja dia.
aku buat kerja lain.
kahh kahh !!




ini Naz Cci.
sape tak kenal pergi terjah blog dia.







sukahati aku nak buat kerja lain kan.
nak buat camne.
melukis lagi best daripada buat kerja2 research
Y___________Y






okey aku nak marking test student.
kang esok boss aku mintak mati lah haku.
nak tunjuk muka comel kang takut orang tue tuh terpikat je.
tak relaaaaaaaaaaaaaa ah kak.


okbai.






tempahan di buka sekarang.
berminat email kan kepada : syazwanajamal@hotmail.com



                                   
                                                  

Wednesday, November 23, 2011

Doodle with Microsoft Excell 2007

                                                         

wah sekarang ni fenomena doodle makin hebat eh.
bagus bagus.
makin ramai rakyat malaysia yang kreatif.
ini akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin maju dalam bidang seni kreatif
(apesal ayat nak macam menteri pembangunan pulak kan)


aku bosan ni.
actually banyak je assignment and test student nak kene marking tapi mood tuh takde.
so kene tunggu mood tuh datang baru semangat nak buat kerja pon datang same.
keh keh keh.


jadinya mari kita lukis doodle.
selalu aku guna adobe photoshop.
tapi hari ni aku nak try guna Microsoft Excell 2007.
mesti korang akan cakap "eh boleh buat doodle guna excell?"



dan sebab aku baik mari aku tolong jawabkan.
yeahhhh dude. banyak cara boleh guna untuk lukis doodle.
dan aku pon baru tahu. *sob sob.


tapi takpe.
ilmu tuh harus dicari walaupon sampai ke negeri China.
tapi nak belajar lukis doodle tak payah la pergi negeri China. aku pon takde duit ha.
google je tutorial.
macam2 keluar.
yang penting jangan malas.
okey done dengan membebel like makcik-makcik.


mari melukis my favourite cartoon. yeah PATRICK !!! spongebob's bestfriend.






gambar asal.


dan resultnya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





hmmm takde lah lawa mana pon.
well baru belajar kan.
tapi aku lagi suka pakai photoshop kot. macam lagi senang.
tapi tak salah kalau mencuba sesuatu yang baru kan.
(macam iklan mountain dew plak =____=)








okbai.

                                                            

Tuesday, May 17, 2011

Melayan anak buah di waktu cuti seronok jugak :)


aku kan bercuti-cuti Malaysia dekat Perlis kan.
so kalau takde keje (actually memang hari2 pon takde keje) keje aku kene melayan anak-anak buah aku.






ni lah dia aaisyah humaira. hobi dia mewarna. tengok je lah tuh kaler dia bersepah-sepah.
disebabkan takde orang nak layan dia mewarna terpaksa lah aku yang jadi geng dia.





tapi disebabkan buku mewarna dia tuh dah habes semua dah kaler maka dengan kebijaksanaan aku kami pon menyambung sesi mewarna dekat Paint.

ape lagi aku lah yang kene melukis aisyah mewarna je.

mengelat betol. susah taw lukis2 kaler senang je =_____=






memula lukis Dora the explorer cartoon feveret dia lah sape lagi.

ada lah jugak rupa dora kan.
asalkan tak rupa doraemon sudah.






lepas tuh nak upin ipin pulak.

okey tu dia version aku.
ni kalau company les copaque tengok aku lukis menangis dia.
haha !






then nampak CD spongebob suruh aku lukis spongebob pulak.

sekati je si aisyah ni kaler mata spongebob kaler purple.
sikit2 purple. muke orang pon kalau boleh nak kaler purple. =____=







bila dah bohsan aku lukis gambar2 binatang dekat cover laptop aku ni ha.
lagi pon senang sikit. bulat2 je. hehehe :P









cantik tak cantik tak?
okey aku taw memang cantik kan :P






tiba-tiba kakak aku baru siap masak nak bagi anak buah aku makan.
boleh pulak dia tak percaya aku yang hebat ni yang lukis. cissss.

oleh itu aku telah menggunakan kehebatan aku untuk melukis depan dia hingga dia kagum.




tadaaaaa.

katun feveret anak buah aku yang lelaki tuh. cerita UP. satu hari nak tengok 10 kali
before tido nak kene pasang bangun tido kene pasang nak makan kene pasang nak tido lagi kene pasang lagi =______=







last-last aku dah penat aku lukis ABC je.
ape lagi seronok lah si aaisyah tu menkaler.






seronok jugak layan budak2 ni lukis2 kaler2.
jimat duit tak payah beli buku mewarna.
tapiiiii sanggupkah ko melukis banyak2 guna paint (?)



























jawapannya aku penat nak tido.

ok bai.